Pages

Monday, November 15, 2010

kuih seri muka


salam semua pembaca budiman..di sebab kan semalam ada terlebih skit pengunjung kat blog mokwo nih..so,mokwo buat lah kuih skit...kuih biasa2 dan sememang nye kuih evergreen ..kaler pun green, yg menjadi kegemaran mokwo dulu, kini dan selamanye...mcm pernah ku dengar motto sebegitu, tapi di mana yahhh!!!...hahaha...

resepi asal dari Amy beh  yg telah di publish beberapa tahun dahulu dlm akhbar the star..mokwo dah kurang kan kuantiti telur, sebb klau buh telur banyak, macam nak termuak lak rasa nye...lagi satu kalau boleh letak lah jus daun pandan yg telah kisar , akan lebih mengbangkitkan aroma dan rasa kuih nih

oklah kepada yg datang bertandang di dapur mokwo nih jgn lupa yeh pakat2 tapau bawak balik sehiris sorang...... hihihi.....nak kopi, buat kat umah sendirik yeh!!
tq all for dropping by!





bahan2:
1 biji kelapa parut---perah ambil  200ml santan pekat dan 300ml santan cair

lapisan pulut:

300ml pulut--basuh dan rendam 3 jam, tuskan
2 helai daun pandan--siat2 dan simpul
300ml santan cair--ambil dari perahan santan di atas
1 sudu besar gula
garam secukupnye dlm 1/2 sudu kecil

cara2:

  1. satukan semua bahan2 di atas
  2. kukus sehingga pulut masak jernih
  3. tekan2 dlm acuan loyang bulat 8 " yg telah di alas dgn plastik
lapisan hijau atas:
bahan2:

1 biji telur A
100 gm gula
200ml santan pekat dari perahan kelapa di atas
secubit garam
1/2 pandan pes
6sudu besar tepung gamdum
1 sudu besar tepung beras
4 helai + daun pandan 100ml air---blend jadi juspandan

cara2:
  1. dgn menggunakan hand whisk satukan semua bahan sampai sebati n tak berketul
  2. dgn kekdah double boiler kacau adunan sehingga agak skit pekat 
  3. tuang atas lapisan pulut tadi
  4. kukus sampai masak
  5. tunggu sejuk baru potong klau tak, tak cun lerr kuih!

5 comments:

  1. salam kok wonik..alahai..memang menggoda betul kuih ni..
    tengok warna hijau nya tu pun rasa dah meleleh air liur ni ha..
    dah lama tak buat ni..tima kasih..share resepi..boleh cuba ni..selalu main agak2 je..

    ReplyDelete
  2. Salam mokwonik...
    Nampak pejal elok je seri muka mokwo nih... akak pasni nak terai le masak dulu adunan sebelum dikukus.. selalu terus tuang je atas pulut..thx k mokwo... :)

    ReplyDelete
  3. This is my all-time favourite kuih too! Loved the combination...;)

    Hantar 5 ketul kat Love pls! hehehe ;)

    ReplyDelete
  4. salam mokwonik...nampak selera kuih tu..must try..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mokwo, nak tanya sukatan sudu besar tu sukatan sudu makan ke?

    ReplyDelete