Pages

Wednesday, March 30, 2011

Tertunailah Hasrat Di Hati.....

lately internet service kat umah mokwo nih menjadi semakin slow...walhal baru je mokwo upgarde the service kepada yang lebih laju.....kok jadi sebalik nya lah pulak...bila nak upload gambar2, memakan masa yang sungguh panjang...mokwo lak lately tak dak masa nak bersantai2 depan komputer, jadi nya asyik terbantut ajer nak buat satu2 n3

oklah...straight to the point, lamaaaaaaaaaaaaa dah dok ngidam ini takoyaki...pagi semalam, gagah kan diri membuang begitu banyak vitamin "M" yang membalut diri ini, untuk buat takoyaki....buat pun sekali gus 2 adunan...hahaha..amek ko! Tapikan bila dah siap , 90% mokwo yang makan sendiri !!!!

mujurlah takoyaki nih kena jugak kat anak tekak mokwo...yang lain di umah, hanya main cuit2 , jamah skit2...sah lah depa tuh tak leh dok jepun..!

meh tengok video di bawah , untuk dapat gambaran yang lebih jelas cam no nak buat takoyaki nih



mokwo pun guna acuan yang lebih kurang sama macam dlm video tuh...acuan ni boleh di dapati dari chik mi's blog..just in case ada sesiapa yg berminat nak beli ! cumanye guna acuan nih , kena pandai control api..jangan terlalu besar , nanti takoyaki cepat hangus !!

hasil nya....taraaaaa...tak berapa nak bulat sebb mokwo malas nak top-up dgn adunan batter masa membakar tako nih....but rasa dia..... not bad at all ! next time, kena buat satu adunan sudahlah !!

sikit jerr tabur 'rumput-rampai'......bukan kedekut tau..,cuma tak suka hanyir !!!!


recepi's taken from madiha's blog, originally from Ilhammusafir.....tq dear..panjang lebar madiha tulis cara2 nak buat tuh !! tq 3x, mokwo tempek kat sini pulak yeah !

Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir
Dirujuk & diedit semula : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
 ¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki

1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki

Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan

Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )
Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana.  Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan.  Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3.  Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
 
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit. 
Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. 
 
Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan.  Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat..
 
isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya
 
Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya  tu supaya garing sekata.  Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
 
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan.  Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi.  Sedia untuk dihidangkan!

Nota MaDiHaA : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian.  Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.

Monday, March 28, 2011

Lempeng kampung dan kuah durian


Asssalamualaikum people....durian's fever is baaaaaaackk! mokwo buat kuah dan makan dengan lempeng . kalau makan macam tu saja , ku fening laaaah!
adunan lempeng yang cukup versatile nih, boleh buat lempeng..boleh buat roti jala dan boleh gak buat adunan takoyaki...cubalah ! lembut dan sedikit kenyal

kuah durian tuh  mokwo main campak2 jer, tapi resepinya iras2 resepi syahmi di myr..mokwo letakkan di sini buat rujukkan semua

 Lempeng Kampung

bahan2:
2 cawan tepung gandum
2 1/2  or 2 3/4 cawan air ( ikut pekat mana yang kita suka, lagi cair lagi lembut )
1 biji telur
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

cara2:
  1. kisar semua bahan2 dalam blender
  2. biarkan pada suhu bilik selama 30 min
  3. panaskan non-stick pan
  4. ambil 1/3 cawan adunan dan tuangkan atas pan
  5. lenggangkan supaya menjadi bulat dan nipis
  6. masak sampai permukaan atas menjadi light colour, masak dah tuh!
  7. sedia di hidang, nak potong2 kecil pun boleh!


kuah durian resepi from syahmi myr

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 5 ulas durian
  • 3 sudu gula pasir
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • Pilihan : boleh juga tambah gula merah untuk mengubah warna

Cara-cara

  1. Buangkan biji durian dan hancurkan sedikit.
  2. Masukkan dalam periuk bersama gula dan santan.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Kalau nak makan dengan roti jala, klik di sini

Wednesday, March 23, 2011

Desserts sebelum gaji.....

low tech, minimun energy use, low budget but highly requested desserts terutama by children...
hemm tak mo cakap banyak2 lah..belum start masak lagi nih...enjoy the recipe yeah!
tq to the beauties yg dah share the recipe! mokwo copied from kak nor's blog!






JAGUNG MANIS by Aziemas

Bahan2nya:-
500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen , mokwo guna sweet corn kernels yg dalam tin)
2 s b butter
4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
secubit garam

Cara-cara:-
1.Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
2.Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
3.Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..

**nota k.nor:  bg yg tak ada susu pekat manis boleh gantikan dgn susu cair dan tambahkan sedikit gula.

Monday, March 21, 2011

Jika hidup ini semanis Sira ....






jika hidup ini selalu manis, kita mungkin akan sentiasa ketawa. bila banyak ketawa hati akan menjadi gelap gelita..kadang kala kita di uji dengan sesuatu yang pahit....mau di salahkan siapa?? takdir ...atau manusia?? atau Allah Yang Maha Berkuasa ??? eeeeiii jangan lah kita jadi manusia yang derhaka !!

kepada sahabat baik si kakak yang baru sahaja kehilangan bapa......mokwo kelu hilang bicara...mau berkata apa pada si gadis sunti yang mata berkaca2....mokwo doakan agar gadis ini bisa menjadi dewasa...tabah ,sabar dan tidak mudah kecewa.....

wahai anak, hidup ini umpama roda...ada kalanya terasa sepahit peria...di lain masa, terasa nikmat manis umpama sira...harap kalian tidak akan lupa..... supaya bergantung harap senantiasa..... pada Allah Yang Maha Esa!!

bahan2:
1 biji labu ( dalam 1 kg )-- buang kulit dan potong memanjang atau dadu besar2
1 1/2 sudu besar air kapur + air secukupnya untuk rendaman
5 helai daun pandan -- simpul
gula melaka secukupnya
gula pasir secukupnya
1/4 cawan air atau lebih, kalau sukakan berkuah2
sedikit garam

cara2:

  • rendam  labu dalam air kapur selama 4 jam
  • basuh bersih . tus kan dan gaulkan dgn sedikit garam, anggaran 1/2 sudu kecil
  • masukkan dalam periuk, kalau boleh guna periuk yang tebal vontotnya supaya tak hangus
  • masukkan gula pasir, gula melaka dan daun pandan
  • masak sampai gula cair ..kalau ada yg tak cair sikit2 pun tak apa ..dengan api perlahan sambil periuk di tutup. tak perlu di kacau selalu
  • masukkan air, biarkan gelegak sekejap
  • angkat dan hidangkan..mokwo lebih suka kalau simpan sira nih semalaman dalam fridge!

Wednesday, March 16, 2011

Fried Udon Mee with Peppers



yesterday, ada seorang jiran mokwo nih busy mencari betadine cream...so tertanya2 lah mokwo apa ke nak di buatnya dgn betadine cream tuh...rupa- rupanya dia nak sapu kat her exposed body so that she will not be harmed by  leaking nuclear radiation from Japan...oh cam tuh ka !!  but sad to say, betadine cream (antiseptic cream untuk luka ) is brownish yellow...kalau sapu kat muka, tangan..tak ke macam orang demam kuning dah jadi nya!!! nasib baik juga betadine tuh tak hitam...kalau tak..hemm.... lets go to Africa lah!!!

tapikan pancaran radioaktif nih memang bahaya..silap haribulan, orang yang terdedah tuh boleh dapat kanser...something that nobody likes! boleh baca tentang tuh di sini !

so sambil2 makan tu, mulut jangan lupa bersyukur ke hadrat Allah swt..kerana penduduk di Malaysia ni cukup jarang terkena bala bencana yang dahysat2 seperti di Jepun nun biarpun maksiat dan kezaliman  makin menjadi2...Allah itu Ya Rahman, Ya Rahim!

bahan2:
400 gm udon mee ( I bought from Jusco )
150gm daging batang pinang -- hiris memanjang
10 ekor udang sederhana besar -- buang kulit
1/2 biji capsicum hijau-- di dadu
1/2 biji capsicum kuning-- di dadu
1/2 biji capsicum merah-- di dadu
1/2 batang carrot -- di dadu
1 labu bawang besar -- di dadu
4 ulas bawang putih -- di cincang
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk
1 sudu besar serbuk lada putih-- mokwo letak 1 sudu kecil ajer...too hot
2 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 biji  limau kasturi -- perah ambil air nye
1/3 cawan air
minyak untuk menumis
garam secubit rasa

cara2:
  • panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih till naik bau
  • masukkan segala capsicum, carrot, daging dan udang
  • masukkan kicap2 , oyster sauce, lada hitam, lada putih, garam dan air
  • masukkan pula mee udon yg sudah di basuh dan di tus .
  • masak sampai sedikit pekat..matikan api..akhir sekali masukkan perahan limau kasturi. kacau sebati
  • sedia di hidang

Monday, March 14, 2011

Chocolate Chips Muffins


 fuhh penat semalam masih terasa.....terperangkap dalam trafik jam yang panjang berjela2 bukan lah sesuatu yg menyeronokkan....ari nih amny lak demam..bila budak demam mulalah naik ngada2....kekadang mahu di riba dan di kendung......cukup manja kededek!

sebenarnye muffin nih dah lama dah buat, tapi baru hari nih mokwo berkesempatan utk update...tapi dalam freezer muffins nih masih lagi bertapa....... yang peliknye semua kat umah nih macam tak lalu makan je muffin nih...tak sedap ke?? mokwo rasa ok jek, sedap.....mungkin mokwo buat nih silap timing lah sebb depa semua dah kenyang dan muak di jamu chocolate yang pokwo beli...hahaha...mokwo pun rase2nye dalam 3 bulan nih tak moh sentuh ape2 chocolate lah kot....hihi.. boleh ke?? 

resepi yg senang dan very2 simple ..... mokwo copy dari blog kak nor-- secubit garam.... resepi asal telah di kongsi dari blog Rima - Bisous a toi.....tak lupa hasue dan ramai lagi  yg dah buat muffin nih...tq to all !!


CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
source : Rima
source : K.Nor@SecubitGaram

Dry Ingredients:
1 3/4 cups Plain flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
2 tbsp quality cocoa powder - I used Valrhona
3/4 cup superfine sugar ~ k.nor letak 1/2 caw jer
1 cup semisweet chocolate chips (put aside 1/4 cup for sprinkling)
1/2 tsp salt ( mokwo added, as suggested by Rima )

Wet Ingredients:
1 cup milk
1/3 cup plus 2 tsp vegetable oil - I used Canola oil
1 egg
1 tsp pure vanilla extract - I used vanilla essence

Method:
1. Line muffin tin with paper cases
2. Preheat oven to 200deg - I used 175C
3. Put all dry ingredients into a large bowl
4. Pour all the wet ingredients into a measuring jug
5. Mix the dry and wet ingredients together (the batter should be lumpy, DO NOT over-mix)
6. Spoon into the prepared muffin cases
7. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top
8. Bake for 20 minutes or until the muffins hv risen and are springy

sebahagian dari choc yang di jamu! mokwo paling suka yg dlm kotak biru tuh!

Sunday, March 13, 2011

apam beras


semalam ada kenduri makan2...hari nih pun rasenye ade jemputan jugak...hemmm penat2...rezki2...Alhamdulillah...yang malasnye nak ke kelang tuh.....
apa yang menarik nye semalam antara menu yg menambat hati mokwo ialah apple crumble...1st time mokwo makan n waduh sedap sungguh laah...apple crumble tuh depa hidang dgn kuah kastard dan whipped cream.

mokwo makan dgn whipped cream...sedap weii!! tapi kan nak makan banyak2 tak dapatlah , sebb dia buat skit jer...so masing2 rase skit sorang.....hemm nampaknye kena cari resepi n buat sendiri lah..apple pun berlonggok dlm peti sejuk akibat dari rancangan nak buat apple pie yg jadi2 lagi

ok lah sebelum mokwo pergi dress up lawo2, mokwo tempek resepi apam beras nih.....sedap sejuk nyaman ajer masuk dlm perut....kemanisan dia pun sedang2 aje....memang sedap!!
resepi yg di salin dari blog ayu CBS..resepi asal dari cha@myr...terimakasih banyak2



Thanks to both ayu n cha@myresipi.com for this recipe.

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! 
  8. Sources:-From  cha@myresipi.com

Friday, March 11, 2011

LEPAT PISANG

lepat pisang, enak di makan malam atau siang!!

masa mokwo kecil2 dulu, semasa masih tinggal bersama arwah nenek, kami cukup kerap membuat lepat untuk minum petang or breakfast..al maklumlah pokok pisang penuh keliling umah, kalau dah berbuah tuh bertandan2..dan lepas sedekah2 kat sedara mara, pisang masih banyak lagi sampai tak termakan !

mewah sebenarnye hidup di kampung nih...asal ape teringin, boleh pergi depan umah main petik2 ajer..nak makan ikan haruan atau ikan sungai fresh, tahan ajer kail kat taliair atau bendang, maka sangkutlah ikan sekor dua

kalau boring2. mokwo ajak arwah nenek pergi menauk udang2 kecil atau tangkap belalang kunyit utk di bakar or goreng....sedap!! belalang dan udang sebenarnye dari segi rasa, memang tak banyak beza...i really2 miss those beautiful old days...and really2 miss my mokwo (arwah nenek), sebb selalu jadi pengikut dia bila masuk hutan, panjat pokok2 di dusun dan selalu duduk termenung di bendang...moga Allah cucuri RahmatNya ke atas roh nenek..amin!

lately kan asyik dok buat kek pisang jerr, lidah nih seakan2 terlupa akan kesedapan masakan tradisi yang memang tak lapuk dek zaman......biarpun zaman sudah berubah, lepat pisang nih cukup menambat selera seisi keluarga

kalau ade inti lagi best nih!

selalunye  mokwo buat,  mesti ade inti,  tapi kali nih ade sedikit ketidak rajinan, mokwo hempuk semua bahan dlm food processor, kisar and bungkus..senang kerja...hihi..

bukan apa,tangan nak buat kerja, mata sibuk nak tengok CSI...dapur mokwo lak tak dak TV lah.......haha, jadinya time iklan, mokwo terkejar2 lah sambung membungkus...tabiat yg tak patut di contohi oleh anak2 dara yek!! mak dara cam mokwo nih tak pe lah..hahaha

so lets check out the recipe okay..salah satu versi lepat yang mokwo suka buat :

lepat pisang:
bahan2:
2 cawan pisang berangan yg telah di lecek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi/kanji
1 cawan kelapa parut putih
1 biji telur
3 sudu besar santan pekat
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan gula ( please adjust yurself as the sweetness may differ due to the bananas used )
daun pisang yg sudah di bersihkan dan di layukan atas api secukupnye

cara2: sediakan pengukus
  1. masukkan semua bahan dalam blender or food processor.kisar sampai sebati
  2. cedukkan 2 sudu besar adunan dalam daun pisang
  3. lipat kedua2 hujung dan bungkus kemas2
  4. steam kan kuih untuk 20 minit atau hingga masak
  5. sejukkan dan boleh di hidang dgn kopi panas kaw2
selamat bercuti untuk semua!!!

Wednesday, March 9, 2011

roti idaman kalbu

assalam semua dan salam sejahtera buat semua pembaca
sebenarnye...dalam folder mokwo ada banyak jugak resepi2 yg hendak di kongsi...tetapi masaku sungguh2 tak mengizinkan...i'm trying my best to cope with everything !!

lagi pun bila buat sesuatu projek, resepi2 yg dah di tulis tah mana2 pergi nye...tulah time membancuh tuh kekadang tulis atas kertas kotor ke, paper towel ke, ingat2 lupa dlm otak ke...bila dah selesai pasti resepinye dah terbuang dan otak pun dah blank......nak buat balik,  malas kok!!

ni special n3 buat seorang tetamu blog mokwo dulu , nor JB, yg bertanyakan tentang penggunaan BreadMaker dan Food Processor dalam pembuatan roti...by the way..dah siap ke blog nor tuh??

sebenarnye dua2 method nih ada pro n contra masing2...terpulanglah dgn citarasa dan kesesuaian masing2
setakat nih mokwo lebih seronok menggunakan mokwo punya FP dari BM mokwo...tapi bagi orang lain terpulanglah...tepuk dada tanya selera!!....

BM--breadmaker mokwo punya, tesco brand, orang lain punya mokwo tak tau yek, mungkin tak sama
pro:
  1. senang dan ringkas..campak2 semua bahan ikut urutan..then dah..hanya tunggu hingga siap uli..tak sempat nak berpeluh pun
  2. boleh setkan masa untuk roti siap, makna nye boleh buh bahan awal2 dan setkan masa selesai masak..cukup convinent...tup2 tau dah ade roti segar!
  3. tak banyak 'gadget' nak basuh...

doh yg telah selesai di uli 20min dgn BM mokwo..permukaan doh yg masih menggerutu dan doh masih tidak kenyal dan licin


contra:
  1. masa ulian yg panjang dan doh menjadi tak cukup kenyal dan tak cukup smooth selepas tamat masa ulian
  2. bahan2 seperti butter, harus di diamkan dalam room temperature sebelum di masukkan...kalau tak doh tak akan di adun dgn sebati..jadi berbelak2
  3. bila doh tak cukup kenyal masa mengadun, roti yang di masak, kekadang macam nak keras especially bila guna tepung wholemeal
Food Processor : brand cuisinart 14-cup
pro:
  1. menguli memang sungguh cepat mengambil masa lebih kurang 1 hingga 3 minit ajer
  2. butter sejuk dan keras tuh tak perlu dilembutkan..campak ajer dlm FP, doh akan sebati in no time!!
  3. doh  memang smooth n elastic...roti yg di masak sungguh2 lembut macam kapas!!no bread softener or improver needed... really!

dalam 2 minit doh dah licin dan kenyal...kelihatan gelembong2 udara yg kecil, menandakan yis sudah mula aktif

    contra:
    1. kena monitor masa menguli..sat gi terlebih uli FP akan panas...tak pasai rosak lak!
    2. kalau adunan terlalu banyak, kena uli by batches ler makan masa jugak but it will take no more then 15 min for 1 kilo tepung
    3. banyak skit 'gadget' nak basuh..pun kena hati2..kang silap haribulan  tangan terhiris dek mata blade,  tak ke haru...kena sopan santun lerr skit!
    well anyway, mokwo sebutkan sekali lagi...terpulanglah kepada kesukaan masing2.....if yur r happy using BM...go a head! for me i'll stick to my FP for the time being lah, kalu tak dok simpan terperuk dalam gobok, nanti ade yg tarik muncung pulak...beli untuk kita , kita tak guna..

    tapi kan kalau urat veteren nih nak kerah uli roti idaman kalbu, mokwo angkat bendera putih lerr...tak sanggup mokwo, lebih baik beli or buat cekodok ajerr!!!

    Monday, March 7, 2011

    mee kari yang mewah !


     assalamualaikum dan salam sejahtera kepda semua pembaca..


    meh makan mee kari..masih guna resepi yang selalu mokwo guna..resepi ambil dari Dayang Jack..seorang jelitawan yg sungguh berbakat ..sungguh ku jatuh cintan dgn resepi nye yg sedap, lagi tiada bersantan ini..memang tidak memuakkan...kali nih mokwo guna spaghetti, sebb si kakak tak makan mee kuning, katanye nak muntah.....heeeei mcm2 lerr budak bertuah sorang  nih!!!!!

    bila di tengok gambar2 dlm blog mokwo nih ..kekadang mokwo rasa nak sebak pun ada...bukan apa, mengenangkan betapa besarnye nikmat yg Allah bagi pada mokwo boleh makan dgn kadar yg mewah begini...walhal pada suatu masa dahulu, dgn kedaifan hidup mokwo, mokwo hampir tidak punyai apa2 utk di buat lauk............hemmmm.....jangan sekali2 berputus asa dgn Allah!!!

    jom check out the recipe...dalam kita dok makan2 jangan lupo pada mereka yang kurang bernasib baik  dan moga kita semua berada dalam golongan orang2 yg banyak bersyukur..InsyaAllah!!

    Mi Kari Resepi II

    Bahan-bahan :

    Bahan A :
    • Mi kuning secukupnya (direbus sedikit)
    • tauge (dicelur)
    • sawi (dicelur)
    • hirisan cili merah
    • sedikit daging rebus (dihiris nipis2)
    • telur rebus
    • hirisan daun sup
    • bawang goreng
    • tauhu goreng (dihiris)
    • limau kasturi jika perlu (tp dyg x suka ltk limau sb kurang sedap)
    • lain2 hiasan jika suka
    Bahan B : Kuah
    • 300-400 g keledek merah rebus (dikisar dgn air secukupnya)
    • 3-4 sudu makan serbuk kari ayam (dibancuh dgn sedikit air)
    • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis,cengkih & pelaga)
    • 1/2 labu bawang besar
    • 5 biji bawang merah (dikisar)
    • 2 biji bawang putih (dikisar)
    • 1 sudu besar udang kering (dikisar)
    • 1/2 inci halia (dikisar)
    • 1 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
    • garam dan gula secukup rasa
    • air secukupnya
    Cara-cara :
    1. Tumis rempah dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
    2. Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
    3. Masukkan keledek kisar dan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
    4. Perasakan dgn garam dan gula. 
    5. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau kuahnya hingga sedikit pekat.
    6. Jika terlalu pekat, tambahlah air panas.
    7. Setelah masak, hidangkan bersama bahan2 yg lain.

    tq muah, muah dayang!


    Sunday, March 6, 2011

    ahad yang bisu......



    Thursday, March 3, 2011

    mai dah!!! mai dah!!!

    eh..eh..eh..bukan ada sesiapa yg datang ..cuma chickken wings nih dah mai dah kat dapur mokwo
    sedap nnyeeeeerrrr!!! mokwo sukahhh!! actually..ni adalah pertama kali mokwo masak menggunakan chick wings secara total..biasa2 memang tak beli chic wings nih  samada yg mentah atau yg masak

    tapikan kalau nak masak nih, mokwo tersangat syorkan  guna non-stick pan yeh!! karamel tu pasti stick to d ayams ajer..tak stick2 kat frying pan anda.. second time mokwo dah try guna chick thigh  pulak..memang sedap jugak!!!

    posing paling seksa!!


    yu ols perasan tak masak dgn chicken wings nih , banyak minyak  keluar.......baru mokwo tau daa!!
    tapi memang sedap..kalau sesiapa tak cuba lagi harus cuba yeh..nak guna ayam sekor pun boleh jugak...sedap meratah2 gitu

    oklah resepinye mokwo pinjam dari umah hasue...banyak dapur2 yg lain yg dah berasap dgn ayam nih..terimakasih semua kerana telah berkongsi !!!

    Sticky Caramel Chicken Wings >> mutiarazura myresipi.com

    Bahan-bahan ( 24 keping )

    * 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
    * 2 sudu besar minyak masak
    * 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
    * 1 sudu besar halia dicincang
    * 1 sudu besar sos ikan
    * 1 sudu besar kicap
    * 1 sudu besar sos cili
    * 1/4 cawan (60ml) madu
    *1 sudu besar sos tiram -hasue tambah
    *2 sudu besar cili boh ( mokwo tambah)

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
    2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
    3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

    dahhhh abeeesss!! tu lah sapa suruh datang lambat!!! hihihi

    Wednesday, March 2, 2011

    hubby for rent!!!

    " can u please ask u hubby to marry me?? "
    pertanyaan dari seorang janda yg tiba2 menyirap darah muda (perasan je muda) ku!! my blood went upstair already ...but being professional n rational, mokwo remained cool ( cewah boleh caya tak??  heroine lah katakan..tak leh drop water face )

    " that doesn't solve anything"

    " i only trust yur hubby..anybody else might just give me a headache" she still insist, tuh siap buat muka satu sen, airmatanye mcm siap sedia nak gugur bila2 masa aje utk buat menambah sympathetic effect ...( wah!3x manyak shantik muka ko !!..)

    boiling3x bilik yg tak panas pun terasa cukup berbahang bagi mokwo tatkala itu...pokwo sedari jauh hanya tersengeh2..seolah2 saja biarkan mokwo handle d 'thing' my own way....nih salah pokwo jugak!!
    gatai2 buat joke yg tak kelakar langsung!!!

    "well if u marry him..u need to convert to Muslim and second, throw away all yur dogs !!!"
    hah amek ko..kalau tak paham lagik tak tau...yes i'd stroke her soft spot...convert. she might do so...but she will never ever give up her dogs..not in a million years...ada ka nak kawin dgn pokwo just to get PR as she i singaporean and , so she can take care of her 6 dogs...yes 6 dogs...living like kings an queens

    ingat hubby haku tuh boleh disewa dan jual beli ke??? furthermore she is 73...if 23, then maybe pokwo pun fikir 2x kali sebelum reject....hemmm siap lah pokwo lepas nih kena brain wash dgn mokwo..haha
    sebenarnye pokwo tuh terlepas cakap, dia kata kat mak cik tuh kalau nak dapatkan PR cara yg senang, dia boleh kawin dgn local people...lepas tuh, dan2 mak cik tu mau kawin dgn pokwo...hahaha...pokwo terkedu !! tu lah cakap siang pandang2 !!

    lepas tu kan, tak dapat pokwo...dia mintak pokwo suruh bapak pokwo pulak yg jadi pak sanggup.....memnag dah tak betul mak cik nih!!! now bukan setakat mokwo hangin...pokwo pun dah naik hangin sama dah!! tapi kita mengenagkan dia tuh orang tua..kita berusaha jugak  cakap baik2 lagi

     so di pendekkan cerita mak cik tuh dan pokwo pun pergilah ke jabatan immigration kat seremban nih dan apply for the her visa...Ya Allah sesungguhnye Engkaulah Maha Besar...pegawai disitu kata mak cik nih ada second option..pokwo has to declare that d mak cik is his 'mak angkat' under commissioner of oath....nampak nye kena buat surat sumpah then hopefully lepas nih mak cik tuh boleh renew her visa every 6 months by paying RM90 together with RM500 application fees....alahai mak cik bersusah payah for d sake of her dogs

    but at leastlah mokwo dapat mak angkat......kalau isteri angkat....haru3x!! ku tak rela di madu walaupun bermadu itu halal di sisi Islam bagi yang mampu...hemm kalau u oals lah , satu hari nanti ade orang mintak berkahwin dgn yur hubby supaya dia dapat pelihara keIslaman dia..u aols sanggup tak???...............mokwo harap crita hindustan sebegitu takkn berlaku pada mokwo lah

    daaaaaaaaaaaaa!satu masaalah dah selesai nampaknye..mokwo nak pergi godek mapin lak....haiiisss tak de lak paper cup warne biru !!!!!

    Tuesday, March 1, 2011

    grrrrr n brrrrrr of my life

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...hi peep!!! hayoooh lama gak mokwo tak sembang2......Allahuakhbar!! masa cukup tidak lapang buat mokwo lately...sibuk dgn tugas seharian, masaalah mendatng..tak cukup dgn tuh..sekarang masaalah orang pun ada yg pakat2 mai hempuk bagi mokwo selesaikan....grrrrrrrr......tak nak tolong, orang dah mintak tolong...hemm serba salah di buatnye!!!

    grrrrrrrr....so jadilah mokwo nih consultant tak berbayar.....grrrrrrr.....tapi kan yg paling2 grrrrrrrr...orang yg di tolong itu mau penyelesaian di buat itu ikut cara dia yg tak betul.....sabarrrr jelah...kalau tidak kenangkan kita tolong kerana Allah, mau saja mokwo buat donno ajer..lantak mati keringlah org tuh!!!!

    nanti lah kalau ada masa sesuai mokwo ceritakan yek...u all pun pasti gelak terguling2 dengar crita kartun mak cik yg mintak tolong nih!!! tunnnggguuuuuu...!!!

    sedapnyeeer lepas di simpan semalaman dalam fridge!!!


    meh legakan tekak dgn benda sejuk2...brrrrrrrr....lately mokwo asyik dok buat benda nih ajer...dessert paling senang nak buat...tak yah renyah2...sampaikan pokwo pun dah saun asyik dok makan mende nih ajerr cam dah tak dak modal lain...hihi..sebenor nye mokwo dah jatuh cinta lak dgn dessert nih...nampak kat rumah mimiey..dan kak sam jugak dah buat...resepi asal dari yani deco choco.....thanks to all!!!

    oklah mokwo betul2 kena beredar dahulu..terimaksih banyak2 kepada semua yg letak komen dan shout2 mokwo...kalau mokwo tak sempat balas mokwo mintak maaf banyak2 ...harap2 bila dah selesai semua , mokwo boleh ber'blogjog' seperti biasa...

    RESEPI OREO RAISIN YOGURT
    Bahan-bahan:

    • 200 gm plain yogurt
    • 6 keping biskut oreo
    • 2 sb susu pekat
    • segenggam kismis ( mokwo dok buh weei!! dah abeh)
      Cara-cara:

    1. Ramaskan 5 keping biskut oreo dengan krim. Kemudian campurkan dengan yogurt dan juga susu pekat. Gaul hingga sekata. Masukkan juga kismis.
    2. Patah-patahkan pula satu keping lagi biskut oreo. Taburkan pada bahagian atas campuran yogurt tadi.
    3. Simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan. Jom makan!!!!

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...