Pages

Tuesday, January 10, 2012

Talam Suji...percobaan yang ketiga!

Assalamualaikum...
Dah makan ke belum tuh??? Jadual masak mokwo sudah berubah sekarang.....by 12 noon, mokwo sudah harus habis memasak...kakak kena lunch sebelum ke sekolah...elok jugaklah begini....petang kira mokwo boleh rilek, golek2....hepi ekk!

Bila petang, kala kerajinan masih berbaki..mokwo akan buat sedikit kuih utk minum petang....mokwo kurang suka kek..talam adalah antara kuih yg akan jadi pilihan...mungkin kejadian talam yang lembut2 dan basah itu cukup sesuai dengan tekak ke'melayu'an mokwo nih
Talam suji adalah antara Talam feveret...ini adalah percubaan mokwo yang ke-3 utk membuatnya...3 kali 'rujuk' baru mokwo ada jodoh dgn talam nih...:))
Masih menggunakan resepi yg sama....kerana mokwo suka akan rasanya yg lemak manis..ternyata memang resepi nih tiada salahnya silapnya...cuma mokwo telah tersalah pilih loyang utk talam nih

Jadi..pesan mokwo kepada sesiapa yg nak buat apa2 jenis talam..pilih lah loyang yang mempunyai ketinggian tidak melebihi 2 inchi...supaya talam senang masak , tak lembik atau 'banjir'

resepi dari chef asma...mokwo beli set resepi talam ni ketika membeli pengukus trio dari nya...memang sedap..lemak manis, lembut2 gitew.....resepi asal boleh lihat di blog bdaria.... resepi ni mokwo sudah alter sedikit, dan sesuaikan kemanisannya ikut mulut mokwo yek


#Resepi ini dalah separuh dari resepi asal .....mokwo guna loyang 7"x7"x2"

Talam Suji

1 biji kelapa parut-- perah dan ambil 600ml santan utk di gunakan dalam talam nih

LAPISAN BAWAH

Bahan-bahannya:

Bahan (A)
90gm tepung suji @ semolina
225gm air

Bahan (B)
100gm gula pasir
1 biji telur
225ml santan (dari perahan santan di atas)
pewarna kuning

Cara-caranya:-


Rendam bahan-bahan A selama 30 minit. rendam dalam periuk.

Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.

Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)

Guna loyang 7 x 7 x 2 . sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam. Kukus selama 25 minit.



LAPISAN ATAS

Bahan-bahannya:

Bahan (A)
90gm gula merah cap bintang
60gm gula pasir
375ml santan (dari perahan santan di atas)

Bahan (B)
90gm tepung gandum
2  biji telur
1/2 tsp garam
1/4 sudu kecil air kapur

Cara-caranya:-

Rendam bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.

Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata

Masukkan bahan B kedalam bahan A dan tapis dalam kuali

Kacau atas api yang sederhana dengan whisk. bila sudah sedikit pekat , tutup api dan terus mengacau sehingga adunan sekata. jangan pekat dan jangan cair sangat. kalau adunan masih kelihatan  cair, bolehlah tenggekkan kuali semula di atas api

Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

tunggu betul2 sejuk dahulu baru di potong yek!! kalau tak sememeh gini lerr ghuper nyer!

7 comments:

tun_telani said...

tun x pernah menalam.. paling hampir ngan talam yg tun pernah buat pun kuih kaswi. hihi..
sedap je nmpk talam mokwo.

Trying To Be Muslim.. said...

mmmm mokwo....dah abis golek-golek dah ayu ni...nak vongkos talam suji ye....:)

Tahniah kak...:) jadi tuuuuuu!!!

cik cek said...

Lama teringin nak buat..tepung suji pun dah dibeli...cuma seru je tak sampai2 lagi...ngendeng kat mokwo la sepiring kecik..he he..:)

Kak Nik Ja said...

to tun:
tunnn cuba jgn tak cuba..kalau dah jadik kan mcm ketagih jek nak buat!

to ayu:
tq ayu..nah talam vongkos 4 ketui siaaap! lepas tuh bole sambung golek yek!:)

to k ham:
salam tahun baru jugak buat kak ham...jom minum2..errr kopi o cap badak bleh kerr??

to cik cek:
cik bagi mokwo resepi di atas memnag sedap...fuh3x..nah mokwo bagi seru skit!

Unknown said...

saya pun suka kuih talam juga mok wo.kuih talam suji ni dah banyak kali juga saya buat. memang sedap.

reply: saya jwb sini yer mokwo, saya guna lens 50mm f1.8 :)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Mokwo...
sedapnye dpt makan talam suji petang2 kan
rasa lemak2 suji yum yum..

Kak Nik Ja said...

to nieza:
tq nieza...banyak benda yg harus mokwo pelajari tentang dslr nih...:)

to mama sara nur:
nyam.nyam..nyaman...!;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...