Pages

Monday, December 26, 2011

nasi lemak halba....apasal lah sedap sangat???

Assalamualaikum.....salam santai dan coti2 semalaysia....harap nya hari cuti kalian semua sudah ada plan yang indah2 dan manis2 yek!!

Fuhhhh....mokwo boleh menarik nafas lega..coz tetamu2 mokwo sudah pun pulang.......tinggalkan mokwo dengan seribu kenangan...seribu rasa...

so apakah makanan yang paling baik utk menambah energy lemak yang dah drained out....jawaban nya tak lain dan tak bukan ialah nasi lemak.....alasan yg bagus nak berlemak

kali ni mokwo buat yang letak halba punya....memang sedap dan wangi bagai di kata Ros JMC.....satu pinggan bagaikan tak mencukupi....rasa lemak dan aroma wangi pandan dan halba begitu menambat selera

jemput makan..!!! maaflah mokwo makan pun ni sambil kaki angkat ke kerusi...tak senonoh ekkk...tapi apakan daya...lutut ambo nih bagai nak tercabut kepenatan...huhu!!! jemput!...kopi cap badak, dah pun pokwo sediakan....alahai, dah tak dek tetamu baru boleh mokwo boleh bermanja2 dgn asben.... kalau tak, semua berlagak macho...:))

halba tu dah menyorok kat dalam timbunan nasi...memang tak nampak batang iddung lerr

mokwo kopi pes kat sini yek Ros...tq  gazillions much ! memang sedap!

Nasi lemak Halba:

Bahan-bahanya
2 cawan beras
1 cawan santan+1 cawan air
1 sudu kecil halba
sedikit hirisan halia,
3 ulas bawang merah- hiris
1 ulas bwanag putih -hiris
1 ikat daun pandan
sedikit garam

* untuk sambal ikan bilis*
1 genggam ikan bilis
sedikit belacan ( kalau tak nak letak pun takpe)
3 biji bawang merah
1/4 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 sudu besar cili kisar
garam
gula
sedikit air asam jawa

*Pelengkap nasi lemak*
telur rebus, timun dan ikan bilis goreng

Cara-caranya
1. Basuh beras dan masak nasi seperti biasa,  masukkan semua bahan-bahan untuk nasi lemak dan  sukatan santan untuk masak nasi ni boleh ikut sukatan air pada periuk nasi masing-masing ya.

2.  Masak sambal ikan bilis, goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan, kemudian bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus atau diblender halus,  panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar bersama bahan yang diblender tadi, tumis hingga betul garing, baru masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau selalu.

3. Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan ikan bilis goreng tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula, jika terlalu kering masukkan sedikit air, masak hingga sambal agak pekat dan naik minyak, tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak, Selamat Mencuba.

Untuk sambal dia , mokwo guna resepi sendiri...tapi mokwo sertakan jugak resepi dari Ros...nanti mokwo kongsikan resepi sambal tumis mokwo yang ada sedikit kelainannya...anak2 mokwo kata..sambal tuh is the best sambal in the whole wide world....ecececehh...saja jek nak bodek mak dia kan!!! alahai anak2 ku!

Sunday, December 18, 2011

Tip memaniskan buah yang masam.....

Assalamualaikum......salam sejahtera buat pembaca budiman...
mokwo nih sedang di 'hempap' virus M..... besar wehh menggunung tinggi nya....:D.....di samping sibuk mengemas rumah..kerana beberapa hari lagi ada tetamu yang akan bertandang......since mokwo nih tak berapa minat mengemas , so bila sesekali kena mengemas...u ols can image lah bergantang2 habuk nya...tapi yg paling best, bila dah mengemas tuh...benda2 yg kita sangkakan dah hilang rupa2 tak hilang pun...:D...dan benda2 yg kita ingat kita tak ada...rupa2 dah lama kita 'peram'...:))

jumpa silicone moulds...entah zaman bila beli nih??

erkkk...mokwo update cepatlah yek...coz..kat belakang nih dah dengar bunyi merengek2 anak2, sedang tunggu turn nak main komputer games dan ber Fb ...haiiishh bebudak ...langsung tak leh tengok umminya happy hour kat depan komputer....langsung kita mati idea nih...

ok lah kali nih mokwo paparkan bukan resepi tapi lebih kepada petua yek...kot2 u oals senasib dgn mokwo... terkena, terbeli anggur yang masam menyengat tuh, o uals bolehklah cuba petua nih....petua yang di turun kan khas dari chef pokwo...ahakks....memang berkesan!!!!!...walaupun pada mulanya mokwo cukup skeptikal...
buah2 yang lain uoals bolehlah cuba sendiri yek...but pastikan buah2 tuh berkulit nipis..jangan pergi rendam durian lak...setaun pun tak manis punya..:))



Bhan2:
1 kilo anggur yang masam punya...kalau dah manis tak yah lerr buang karen!
1liter air
4-5 sudu besar gula pasir

cara2:
  1. kacau gula dengan air sehingga gula larut
  2. rendamkan anggur dalam larutan gula tersebut selama 30min
  3. toskan anggur..sedia di makan! InsyaAllah manis..selamat mencuba!

Friday, December 2, 2011

Alang-alang menalam biar sampai ke Tokyo...:D!!


Sessi balas dendam.....hah amek ko...mokwo buat satu adunan...waduh banyak dapat nih.....tapi InsyaAllah habis!

Tq yatie SK coz sudi kongsi resepi Talam tokyo kepunyaan Chef Asma yang sedap nih...walaupun sticky habis tang nak potong bahagian bawah tuh...ternyata Talam nih memang sedap,lembut, lemak manis...umpama makan kuih sago bronok dan serimuka sekali gus !!

kepada yang nak mecuba nya...sila baca, paham dan ikut nasihat yang di tulis oleh Yatie supaya Talam anda jadik mantop gituww!!

Hip, hip hoooraaay...menjadi jugak Talam ku kali ini................:D

 kepada yang tinggalkan komen dan ziarah mokwo di sini, mokwo ucapkan banyak2 terimakasih...mokwo masih belum berkesempatan nak buat kunjungan balik dan membalas komen2 tersebut coz sekarang tengah 'oustation' memanjang...kejap lagi nak merempit ke Giant..sebb nak cari bahan keperluan sekolah budak2...
Salam Jumaat yang Mulia untuk semua !!


 Talam Tokyo
resepi asal fr : chef Asma
copied fr : Yatie Sinar Kehidupanku


Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
  • 300 gm sago kecil warna putih
  • 60 gm sohoon
  • 100 gm kelapa parut putih
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam.
Cara-Cara
  1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
  2. Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
  3. Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
  4. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 4 biji telur (mokwo guna 3 biji )
  • 300 gm gula pasir ( mokwo guna 280gm)
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan) (mokwo guna 300ml air )
  • 100 gm tepung kastard
  • sedikit pewarna hijau
  • 1/8 sudu kecil alkaline water@air abu (takde, Yatie dan mokwo juga guna 1 sudu kecil air kapur)
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
  2. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
  4. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
Tips Yatie yang sangat2 berguna=
Saya tak bungkus dngn kain penutup kukusan tu semasa mengukus kuih, tapi saya buka penutup tu setiap 5 minit dan sentiasalah di lap dan sambung lagi mengukus.
Cara ini saya gunakan semasa guna pengukus biasa dan juga trio steamer.
Sekiranya terdapat sedikit air di atas permukaan kuih, sendengkan/sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu perlahan2.
Boleh juga gunakan kertas tisu dapur. Selepas itu, letakkan semula kuih di tempat rata dan biarkan benar2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik dan pembaris supaya kuih kelihatan rata dan cantik. Selamat Mencuba...
# mokwo guna santan yang di perah dari 2 biji kelapa parut utk mendapat kesemua amount cecair yg di guna di atas...

Thursday, December 1, 2011

Si fluffy buttermilk pancake.....!!!

Hari tuh mokwo ada singgah dekat dapur chik mimi......dan terbacalah luahan seorang blogger masakan nih yang mana bila blogger tak fofular contohnya mcm mokwo (contoh aje..dia tak sebut pun sapa2 ) nih tayang resepi, satu hapah orang pun tak mo menerai.....tapi kok kalau bloggers fofular yang tayang macam ehem, ehem....orang lain laju berdesup, berebut2 nak coba.....hemmm apa pendapat u ols?...

macam mana mokwo nak cakap......sepintas lalu apa yang di cakap dek blogger tersebut ada betulnya......tapikan usah di ambil kisah sgtlah pasal yang tuh...biarlah orang tak moh terai resepi kita pun tak apa.....yang penting kita berkongsi sama2 ilmu yang mana patut...kita sedekahkan apa yang kita tahu....moga2 orang lain dapat manfaat......dan moga2 ilmu yang baik itu akan di beri ganjaran pahala disisi Allah swt.......ok naa pada yang berkenaan, mokwo harap janganlah patah semangat ....perkara nih pun mokwo selalu ingatkan pada diri mokwo sendiri juga....setiap kali menulis, mokwo berharap agar apa yang mokwo kongsi nih akan memberi kebaikan bukan nya keburukkan........

kekadang bila di pikarkan berkali2...mencabar jugak nak jadi blogger masak2 nih (ecehceh).... memang nak kena rajin lebih (sebb nak kena masak n tayang!), dan jugak nak kena sabar lebih ( coz selalunya ada jek 'dajal' yang mencuri hasil karya terutama gambo2 masakan yang cun2)..ye tak!!??

oklah berbalik pada menu hari nih....mokwo nak tayang menu breakfast lak biarpun hari dah masuk malam...........pancake yang di buat dari buttermilk....first time mokwo guna buttermilk nih...memang menhasilkan pancake yang lain rasanya dari sebelum nih....di samping bau yang harum menusuk hidung, pancake ini juga menjadi sungguh fluffy lembut!

selain dari pancake....masakan lain jugak boleh di olah dari buttermilk nih spt kek, donut, biskut, roti...dan sebgainya

tapi , frankly speaking, buttermilk nih mokwo rasa sedikit overly priced lah kat sini...mahai!! tapi mokwo beli gak, out of curiosity ( jakun nih, tak pernah try!)...in my opinion kalau ada resepi yg require buttermilk, nextime replace ajerlah dgn yoghurt (bukan yg low fat nye tau!)....taste more or less the same lah!


resepi asal dari Martha Stewart...tapi mokwo dah buat sedikit adjustment dan 'half'kan dia punya measurement.....

Best Buttermilk Pancake

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
2 sudu besar melted butter
1/2 sudu kecil garam
2 cawan buttermilk
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar gula
2 biji telur

cara2:
  • pukul telur sampai berbuih...dengan hand whisk or mixer
  • satukan semua bahan2...kacau sebati, a bit of lumps are permissible..jangan pukul..kalau tak nanti jadik lempeng ler
  • panaskan kuali non-stick
  • sendukkan 1/2 cawan bancuhan biarkan bancuhan masak sehingga timbul buih2 kecil di atasnya, barulah boleh di terbalikkan
  • hidangkan panas dengan maple syrup n butter
# lebihan pancake yang tak habis di makan, boleh di simpan di dalam peti sejuk dan di hangatkan semula dengan microwave...since mokwo tak ada microwave, mokwo deep fried ajer pancake tersebut....sedap lah pulokk!


makan dengan raspberry jem aje mcm tak berapa kick....coz maple syrup ku dah abeh stok...huhu!

Wednesday, November 30, 2011

Benggali punya nama...

Assalamualaikum wbt,;
ingatkan mau pecah rekod, buat entri terus menerus selama sminggu  tapi tak.berjayalah..... kantoi sudah! dalam kita dok relaks2 tetiba banyak hal pulak mendatang......hemmmm

sedang asyik terkejar sana sini...tetiba kakak ipar mokwo call...katanya daging korban yang di kirim oleh MIL masa raya haji ari tuh, pokwo belum ambil lagik ( kira dah bagi last warning lah tuh, kita orang asyik lah kena last warning jek!))....looorrrrr kok kita orang boleh lupo sampai dah masuk muharam dah.....so kita orang ape lagi....berdesup ke cheras nun untuk mengambil  daging yang di datang khas dari Kulim, Kedah.....Ya Ampun lah mak kedah....lenkali bagi banyak2 skit naaa.....boleh safe budget ku utk beli lauk barang seminggu ! banyak cekadak punya menantu lak ekkk...hari tuh suruh amek malu miauw, miauw..:))







so daging tuh dah habislah mokwo buat kuah pasta...alah kuah simple2, yang segera punya...tak moh letak resepilah.....mokwo hari nih nak kongsi satu resepi roti...yang, bagi mokwo roti yang sgt hampir tekstur dan rasa dengan roti yang beli punya......dan bahan2nya pula budget habis....rasa rotinya  sungguh lembuuuuuut, mulus dan sedap...

boleh di buat plain atau berinti...roti nih sungguh menepati selera mokwo sekeluarga.......memang syukur sangat mokwo jumpa resepi nih dan mesti simpan baik2.....setakat nih mokwo dah buat roti nih hampir setiap 2 hari sekali...sungguh senang kerana bahan2 nya cukup simple !


Terimakasih kepada empunya asal resepi nih....Yani...dan terimakasih Mat Gebu yang telah berkongsi nya..dan mokwo pun cilok resepi nih dari rumah Mat Gebu jugak...tetapi mokwo jugak ada buat sedikt adjustment yek...bersesuaian dengan keadaan stok semasa !


hujan2 nih, ada roti cicah kopi 'o'....alllooolaaah....mokwo guna kopi cap dua badak.....haha...jangan gelak noo...kopi nih sangat kawww tau...tak caya pergi beli kat Tesco sana....moh lerr sapa nak pekena roti dan kopi cap badak dengan mokwo..:D


Roti Benggali

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (mokwo guna 330gm tepung gandum + 20gm susu tepung)
1 camca besar shortening (lemak sayur)
Secubit garam
120 - 160 ml air suam (guna 200ml + 1 sb air biasa)
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam, yeast dan gula, kacau rata dan biar sebentar. Gaul rata tepung, garam dan lemak sayur. Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan dan susun dalam dua bekas yang telah disapu sedikit mentega. Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.

Thursday, November 24, 2011

Bingka roti kukus pandan...promo baik dr ummi K !!

yg ni guna respi yg ori....harum segar bau daun pandannya! sudu tuh ter'enteprem' jap!




Assalamualaikum...mood me'nalam' masih belum timbul......fobia mokwo masih ada...tunggulah dulu.... justeru, meh lerr buat kuih yang gerenti jadik nih, gerenti boleh makan pun ssgt sodappppp !

1st time tengok di blog ummi K..mokwo cepat2 salin dan peram lah resepi ( as usual )..sampai seru baru kita buat....bila dah buat, memang tak de full-stop lagik...sekarang, pantang nampak roti tak bersentuh...cepat2 mokwo buatkan bingka nih......sampai pokwo pun naik heran, coz roti yg di beli cepat betul 'laku' lately...:D

bingka nih jugak sudah me'rantau' banyak tempat dan memang menepati citarasa ramai nih...thanks for the owner n for those who care to share....resepi ni memang nak kena simpan kemas2 !

 yang ini mokwo letak gula merah...hanya gantikan quantiti gula biasa dgn gula merah dan masak bersama air

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Dicuba/Uji : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor, mokwo pun)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)

Wednesday, November 23, 2011

DIY pan grease......mudah dan efektif !

Assalamualaikum.......

Cuti2 sekolah nih rajin pulak mokwo update blog yek!!! agak2 itu perkembangan yang sihat ker?? sebenarnya bila cuti sekolah....mokwo ada lebih sedikit masa lapang....maklumlah tak perlu terkejar2 nak ambil anak2....tak perlu kelam kabut siapkan breakfast dan bekal pagi2....so mokwo manfaat lah masa yang ada tuh utk mokwo berblogging lah.....( biarpun kerja rumah lain bertimbun2 banyaknya !!..huhuhu)......nak layan astro , udah rasa macam tak lalu nak tengok cerita basi yang diulang2, entah untuk kali ke berapa tah

hari nih ...dapur mokwo tak ada resepi canggih yek...tapi mokwo harap resepi pan grease nih dapat memberi manfaat kepada semua....pan grease nih dah banyak kali mokwo guna...dan hasil nya cukup memuaskan terutama sekali, dalam pembuatan kek or roti

kerak kepada kek ataupun roti yang telah di masak, akan menjadi lebih lembut dan sedap...berbeza bila kita guna butter atau marjerin sahaja..kekadang kerak akan jadi sedikit hangus dan keras

pan grease nih boleh di buat awal2.....nak simpan dalam fridge pun boleh...tak simpan pun tak apa (mokwo tak pernah simpan, boleh tahan selama lebih sebulan)....ianya tak mudah basi atau berkulat....bila nak guna...just oles pada loyang yang kering , yang mahu di gunakan...resepi adalah hasil meng'google' !



Pan grease :
50gm tepung gandum
50 gm minyak masak (apa2 minyak pun okeh!)
50 gm shortening

cara2:
  • campurkan semua bahan2 dalam bekas yang kering dengan menggunakan hand whisk
  • sebatikan ..sehingga tiada sebarang ketulan.
  • simpan dalam bekas tertutup yang kering lagi bersih
  • selamat mencuba !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...