Fuhhhh....mokwo boleh menarik nafas lega..coz tetamu2 mokwo sudah pun pulang.......tinggalkan mokwo dengan seribu kenangan...seribu rasa...
so apakah makanan yang paling baik utk menambah energy
kali ni mokwo buat yang letak halba punya....memang sedap dan wangi bagai di kata Ros JMC.....satu pinggan bagaikan tak mencukupi....rasa lemak dan aroma wangi pandan dan halba begitu menambat selera
jemput makan..!!! maaflah mokwo makan pun ni sambil kaki angkat ke kerusi...tak senonoh ekkk...tapi apakan daya...lutut ambo nih bagai nak tercabut kepenatan...huhu!!! jemput!...kopi cap badak, dah pun pokwo sediakan....alahai, dah tak dek tetamu baru boleh mokwo boleh bermanja2 dgn asben.... kalau tak, semua berlagak macho...:))
halba tu dah menyorok kat dalam timbunan nasi...memang tak nampak batang iddung lerr |
mokwo kopi pes kat sini yek Ros...tq gazillions much ! memang sedap!
Nasi lemak Halba:
Bahan-bahanya
2 cawan beras
1 cawan santan+1 cawan air
1 sudu kecil halba
sedikit hirisan halia,
3 ulas bawang merah- hiris
1 ulas bwanag putih -hiris
1 ikat daun pandan
sedikit garam
* untuk sambal ikan bilis*
1 genggam ikan bilissedikit belacan ( kalau tak nak letak pun takpe)
3 biji bawang merah
1/4 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 sudu besar cili kisar
garam
gula
sedikit air asam jawa
*Pelengkap nasi lemak*
telur rebus, timun dan ikan bilis gorengCara-caranya
1. Basuh beras dan masak nasi seperti biasa, masukkan semua bahan-bahan untuk nasi lemak dan sukatan santan untuk masak nasi ni boleh ikut sukatan air pada periuk nasi masing-masing ya.
2. Masak sambal ikan bilis, goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan, kemudian bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus atau diblender halus, panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar bersama bahan yang diblender tadi, tumis hingga betul garing, baru masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau selalu.
3. Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan ikan bilis goreng tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula, jika terlalu kering masukkan sedikit air, masak hingga sambal agak pekat dan naik minyak, tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak, Selamat Mencuba.
Untuk sambal dia , mokwo guna resepi sendiri...tapi mokwo sertakan jugak resepi dari Ros...nanti mokwo kongsikan resepi sambal tumis mokwo yang ada sedikit kelainannya...anak2 mokwo kata..sambal tuh is the best sambal in the whole wide world....ecececehh...saja jek nak bodek mak dia kan!!! alahai anak2 ku!