Assalamualaikum,
wayoooh... sedar tak sedar, dah seminggu lebih Kak Nik Ja tak up date blog yek!...time really flies!
kali ni entry berkenaan Malaysian Food Fest - masakan Kelantan, yang di hos kan oleh
Gert dari My Kitchen Snippets...jom! sesiapa nak join boleh baca syarat-syarat penyertaan di
Blog Gert yek..yang pasti tiada bayaran di kenakan ...betul tak Kak Nor ??...:)
Hari ni KNJ nak memperkenalkan masakan yang cukup popular jugak di Kelantan ni ie Ikan Percik.....kalau uols pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah, di bahagian food court tingkat atas tu...boleh juling biji mata tengok berbagai juadah yang sedap2 belaka..bukan tu saja..harga dia jugak amat2 berpatutan...Ikan percik ni adalah salah satu juadah yang uoals boleh dapati di sana...
lagi satu tempat, kalau nak cari ikan percik sedap..dahulunya boleh di beli di Padang Bas , Kota Bharu ...tapi sekarang, peniaga-peniaga tu telah di pindahkan di tempat lain...KNJ masih belum berpeluang lagi nak cari.
Baru-baru ini Mama KNJ ada menyarankan Restoran Yatie Ayam percik untuk di cuba...In sha Allah, kalau balik kampung pasti KNJ akan terjah ke sana!...ohh rindunya nak pulang ke kampung!!
Yang unik tentang Ikan Percik kelantan style ni..rasa dia tak pedas langsung, berwarna lebih putih dan manis-manis manja gitu...so bukan saja boleh di nikmati oleh orang2 tua, budak2 pun boleh makan, coz tak pedas kan! kalau tak mau ikan..uoals boleh jugak gantikan dengan ayam bakar... sedap juga! jadi lah ayam percik!
Resepi yang KNJ paparkan di sini mungkin sedikit berbeza dengan yang orang lain coz resepi ni mama KNJ yang ajar...dan setakat ni..Alhamdulillah cukup sesuai pada selera KNJ sekeluarga
Ikan Percik Kelantan style
5 ekor ikan kembung/ kerapu/bawal (KNJ guna kerapu)
air asam jawa secukupnya
1/2 inchi halia*
2 ulas bawang putih *
2 sudu kecil garam*
cara2nya:
- bersihkan ikan dan rendam dengan air asam jawa untuk 15 min
- bilas ikan dan gaul dengan bahan2 tumbuk yang bertanda *
- perap sebentar
- bakar ikan sehingga masak..KNJ guna non-stick pan aje!
bahan untuk kuah:
7 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1 inchi halia*
3 tangkai cili kering*
1 sudu kecil lada hitam*
1 batang serai *
2 keping asam keping
2 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa parut
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung
Cara:
- kisar bahan2 bertanda *
- masukkan bahan2 kisar bersama-sama asam keping dan 1 cawan air. renehkan sehingga pekat
- masukkan pula 2 cawan santan. kacau sentiasa supaya kuah tidak pecah minyak..pecah minyak tak cantik!
- masukkan pula tepung jagung yang telah di bancuh bersama 2 sudu air
- masak hingga gelegak dan pekat
- boleh lumurkan pada ikan bakar tadi dan bakar sekejap
- selamat mencuba !
|
budu sudah di beri nama komersial baru..pati ikan bilis! |