Pages

Monday, September 16, 2013

ORANGE POUND CAKE

Assalaamualaikum,
Hari ni kita panaskan oven...Orange Pound Cake ni adalah projek terbengkalai Hari Raya Puasa lepas ..sepatutnya KNJ bawa balik beberapa bijik keks ke kampung...tapi sudahnya satu biji pun KNJ tak sempat buat....lain kali lah Mama ku...tapi Mama cukup faham...hingga Mama pesan 'Jangan yor yor orr buat kuih Raya tahun ni sampai tak leh balik macam tahun lepas'...Yang penting Mama kata , KNJ n anak beranak selamat sampai ke kampung....

hok aloh lah..tersentuh naluri KNj sebagai seorang ibu...tu yang bila dapat bersalaman dengan Mama dan Abah masa pagi Raya hari tuh.....airmata KNj bagai  paip air yang bocor...berderai jatuhnya...malu jugak... terutama depan anak2 dan adik beradik berserta ipar duai yang lain....macho ku ilang ontah mano! :D
Kalaulah rumah mama dekat.. mau hari2 KNJ buatkan Orange Pound Cake ni untuk mama ...(kalau daku rajin :D )

tengah sejukkan kek...tajuk kat gambo tersalah lah pulok!

berbalik pada Orange Pound cake  ni.....Resepi asal dari Chef Wan..tapi re-posted ke My Resipi oleh blogger Masak2 paling ngetop seMalaya ie Mat Gebu ...tahun 2008 punya resepi pun tak pe lah..asal kan kek KNJ menjadi ...ye tak!
kalau sukakan kek pound orange yang penuh dengan rasa butter...bolehlah try resepi ni ...lembut, gebu dan moist ! ramai dah terai resepi ni

di bolak balik kek tuh..sampai sopak permukaan atas..so kena cover line dengan gula icing!

Jazakallahu khairan Mat Gebu...KNJ letak di sini pulak ye!

Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

  • 225 g mentega atau marjerin( KNJ lebih sukakan unsalted nye!)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 4 biji telur Gred A, diasing kan putih dan kuning
  • 2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) diayak
  • 2 biji oren, diparut kulitnya 
  • 4 sudu besar jus oren yg di perah

Cara-cara

  1. Pukul mentega/merjerin dengan gula hingga kembang atau hingga gula hancur. Masukkan parutan kulit oren terus memukul.
  2. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga habis. Terus memukul hingga gebu.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren tadi. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  4. Dalam bekas lain pukul putih telur hingga kemabng dan pekat. Kaupkan putih telur ke dalam adunan kek sambil digaul sehala hingga sebati (jangan terlebih gaul).( KNJ tak buat ni..coz KNJ masukkan terus telur sebiji, sebiji kedalam adunan butter yg dah kembang)
  5. Tuangkan adunan ke dalam tin kek yang telah disapu mentega dan dialas kertas pada dasar tin. Bakar dalam oven yg terlebih dahulu dipanaskan pada suhu 175C selama 40 minit. Suhu bergantung pada oevn masing-masing.
  6. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan sesuai untuk minum petang. 
who knows...sedaaaap !

Tuesday, September 10, 2013

GATHERING GROUP SAMBAL HIJAU NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum,
Hari Ahad punya cerita...cukup meriah, cukup kenyang .... selama ini hanya berinteraksi di alam maya... Alhamdulillah dapat jua bertemu mata dengan yang empunya badan... bila dah kenal mengenal ni ternyata masing2 adalah individu yang hebat2 belaka...

Group Sambal Hijau ni adalah merupakan group yang di boleh di sertai oleh sesiapa sahaja yang minat dalam dunia masakan ni. So pada sesiapa yang nak join boleh request  dari Admin Sambal Hijau di laman sosial Facebook sana yek! Bnyak manfaat yang KNJ dapat sepanjang menyertai Group ni... dengan resepi yang cukup banyak dari ahli2 nya..disamping ahli2 juga tak lokek untuk memberi tunjuk ajar dan petua supaya resepi yang di cuba menjadi dengan jayanya

Jom layan gambar yang sempat KNJ abadikan sepanjang perjumpaan Group Sambal Hijau bahagian Negeri Sembilan . walaupun ada beberapa orang yang tak dapat hadir pada saat2 akhir atas sebab yang tidak dapat di elakkan, perjumpaan ini berjalan sangat lancar dan dlam suasana yang cukup meriah...terima kasih banyak2 pada Kak Zee Zi dan suaminya yang telah sudi membenarkan kitaorang 'sepah-sepahkan' rumah beliau

tuan rumah kak Zee Zi membuka tirai majlis

sebelum makan..ini adalah acara wajib..hihi!

hanny dan erisya

tukar2 buah tangan...

jom serbu!! tak sesabar nak potong kek coklat oren dari Watie!

meja no 2..jugak penuh !

juadah yang muat atas meja..sebenarnya banyak lagi tau..SubhanaAllah murah rezki!


antara juadah yang di bawa oleh tetamu dan juadah yg di sediakan oleh tuan umah

kek yang sedap dan cantik ni adalh dari watie...tokeh talam!

dari kiri..watie mekhtar, delia dan anizah

amboi Kak Hasimah..suka hati puding menjadi dgn jaya nya.. :)
sessi bergamba dalam rumah..kat luar hujan masih mencurah..
bergambar sebelum balik...kekenyangan dan puas hati
Selesai sudah pertemuan sulung Grp Sambal Hijau Negeri 9...In Shaa Allah ..lepas ni kalau ada kelapangan dan rezki..akan ada lebih lagi perjumpaan seumpama ini. Moga ukhuwah ini akan terjalin dengan baik dan berpanjangan..Ameen!

Thursday, September 5, 2013

KUAH KACANG SODAP KAK PINA !

Assalaamualaikum,

Syawal sudah sampai ke penghujungnya...rindu pulak nak merasa juadah raya.....KNJ pun buatlah nasi impit kuah kacang ni....KNJ cuba guna nasi himpit dagang ni...kononya nak rasa kelainannya.....cute pulak bila dah masak dengan celoreng2 maroon nya tuh.....tapi rasa dia sama ajer dengan ketupat segera biasa !


 Kali ni kuah kacang dia KNj cuba resepi dari Kak Sapina Hamid......ada masuk santan tau....sedaaap !! angkat 2 ibu jari untuk resepi ni !!

nanti ada orang tanya ...sapa  Sapinah Hamid tuh???? loooor uoals tak kenal ka?? kalau Acik Erna uoals kenal tak??? haaah kan dah kenal..... tapi KNJ tak sanggup la nak panggil dia 'Acik' coz bila di lihat  rupa paras Kak Erna ni...sebenarnya masih sweet dan ganteng gitew...klau dia dok sebelah KNJ pun, KNJ rasa macam KNJ lebih tuo !! :D


sepatutnya kuah ni KNJ biarkan di reneh hingga terbit minyak...tapi tak sempat lah nak tunggu, sebb tersangatlah lapo nye

potong2 nasi himpit. ceduk kuah, ceduk serunding daging siap beli punya...taraaaa.! Jemput makan semuaaa !! Best ever kuah kacang !

Jazakillahu khairan Kak Erna....KNJ panjangkan resepinya di sini pulak !

KUAH KACANG


Bahan bahannya..

1 kg kacang tanah
digoreng tanpa minyak..dan di mesin..
jangan halus sangat.. (KNJ mesin terlebeh halus suda! )

(a). 7 batang serai
(b). 1 1/2 inci lengkuas muda(kalau dapat lengkuas padi lagi sedap)
(c). 8 ulas bawang putih
(d). 14 ulas bawang merah
(e).1 inci halia muda
(g).1 sudu udang kering
4-5 senduk cili kering yang dah siap dimesin
1/2 kg santan-campur air lagi


bahan (a) hingga (g) dikisar halus.


1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih


Gula( tambah sekeping gula kabung), garam..air asam jawa secukupnya..


Tumis semua bahan2 hingga betul2 masak..
masukkan air asam jawa..biarkan mendidih..
masukkan santan yang dah dicairkan dan
biarkan mendidih lagi
masukkan kacang tanah, gula dan garam secukup rasa..biarkan betul2 masak
kepekatan ikut suka..ada yang suka pekat dan ada suka cair sedikit.
kemanisan ikut tekak sendiri sebab ada yang suka manis dan ada yang suka pedas.
anak2 acik suka manis dan ada rasa pedas juga.
mak ai..susah kan..tu la selera anak2 acik ni.
tu yang acik guna cili kering sampai bersenduk2.
tapi masa beli cili kering jangan yang jenis pedas sangat.dan jangan yang tak pedas lansung tu..
tak ada rasa nanti.

Wednesday, September 4, 2013

WOrdless Wednesday...

the day where you speak nothing..but think bout a lot of things!


even ..life is bitter...there's always something to smile about ! senyum2 sokmo! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...