Pages

Showing posts with label donut. Show all posts
Showing posts with label donut. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Donut Gebu Hasue

Assalaamualaikum,
gebu gebana ..tu lah kawan2 kat Fb dok cerita pasal donut ni.....tapi yang paling menggembirakan ialah donut ni tak perlu di perap lelama...hanya campurkan semua bahan dan canai terap... di sebabkan kandungan yis yang dah cukup banyak, adunan boleh cepat mengembang...time kita tengah terap2 tu, dah nampak dah donut mengembang...so bila dah habis terap boleh cepat2 masak dan lepas tu boleh cepat2 makan ...yum yumm! suka, suka, suka kuih yang cepat2 nih... :))

Resepi Asal Dari Hasue (yg baru dapat baby chomel sgt !)...tapi KNJ copied dari Izah tokeh muffin (jugak dah dapt baby chomei!)..cukup produktif..hihi!

kali ni KNJ guna acuan 'lap u lap me' ...ter'romantik' lak! hihi



DONUT HASUE
sumber: Hasue@myR , Izah ML ...TQ!!

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )


500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) *saya letak separuh gandum separuh tepung roti
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir (KNJ guna 4-5 sudu besar)
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Topping:
Gula Halus @ susu tepung @ apa2 topping kegemaran

Cara-cara

Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..

Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.


nota: donat ni memang gebu dan lembut dan best walaupun tak perlu diperam. Selamat mencuba!!


Thursday, March 21, 2013

Donut Yogurt Vanilla...a keeper!

Assalamualaikum,
Alhamdulillah....hari ni tak perlu lagi mengadap ke Big apple Donut di tesco sinun...KNJ buat sendiri donut...sedap , lembut, gebu macam yg Ros kata...

KNJ jugak buat 2 adunan  sebab nak buat frozen...sangat suka dengan resepi nih


Tq Ros...this recipe is a keeper indeed


Donut Yogurt Vanila

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan
400gram tepung gandum
45gram Plain Yogurt@Natural Yogurt
6gram Yis
2 sudu kecil esen vanila
150ml cecair ( susu segar+1biji telur) -- KNJ guna lebih air )
40gram marjerin
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
minyak untuk menggoreng
 
Untuk Salutan
sedikit serbuk gula
 
Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan kecuali marjerin, uli hingga menjadi doh, setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli lagi sehingga betul-betul lembut, untuk mendapakat doh yang lembut dengan cara yang mudah dan cepat,  setelah menguli doh beberapa minit masukkan doh dalam platik bersih dan ramas-ramaskan doh selama 5 minit, kemudian keluarkan dan uli sekali lagi dalam bekas adunan. ( jika guna Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan boleh tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin dan terus bentukkan). 2. Selepas itu perap doh selama 40 minit sehingga satu jam, atau sehingga doh menjadi dua kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sekali lagi beberapa minit, kemudian bahagi doh pada bebola kecil, bentukkan doh seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit. ( pastikan alas dulang dengan kertas minyak, supaya senang untuk diangkat apabila tiba proses menggoreng nanti).
3.  Setelah donut naik, panaskan minyak dan goreng donut dengan api yang sederhana, balik-balikkan donut supaya masak sekata, setelah perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, salutkan donut dengan serbuk gula dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak topping dengan cooking coklat pun boleh dan jika mahu frozenkan donut ni, boleh goreng donut separuh masak, sejukkan dan kemudian dimasukkan didalam plastic ziplock, simpan di dalam peti sejuk beku, bila mahu makan, keluarkan donut frozen tadi dan biarkan di dalam suhu bilik beberapa minit baru digoreng.

Tuesday, July 17, 2012

Donut Sawo TERMatang...hihi!!


itam2 si tampok manggis.....biarpun itam, ku makan tetap manis....:D

Assalamualaikum...
Beberapa hari lagi kita kan menyambut Ramadhan Al-Mubarak..kalau tak silap mokwo..ikutkan jadual di kalender..1st Ramadhan jatuh this coming sabtu

Jadinya this few days..adalah hari yang mokwo peruntukkan untuk menghabiskan sisa2 makanan., tepung2 roti dan pendek kata meng-clear-kan fridge seboleh mungkin......

jumpa tepung roti barang 1  cawan...my doter nak sangat makan donut..umi nya pulak tak suka donut...so mokwo pun cari lah kekdah buat donut short-cut..:)

jumpa resepi ni yg lama jugak dah salin..mokwo hanya buat setengah adunan...jadi lah!!
ingatkan nak kerja senang...rupanya..leceh juga nak handle adunan donut nih yang melekit-lekit bila masa nak goreng...time nak goreng tu pulak...ada pula peminat  talipon...:D

adeh...sudahnya jadi lah donut mokwo ni hitam2 tompok manggis...lawo ape..ala2 kulit jeniper lopes gitew!!!(ayat cover line)

kalau dari segi rasa mengikut piawaian tekak mokwo nih..mokwo lebih sukakan donut yang di buat secara konvensional gituw...apa2 pun....mokwo suka cuba sesuatu yang baru...so kepada sesiapa yang berkenan..bolehlah cuba donut ni

Resepi asal dari TTM, tokeh corelle, tapi mokwo ambil dari blog Izah, tokeh baju .. ...:)..tq Izah dan TTM ,selamat maju jaya dalam perniagaan yang di ceburi !!


MASTERCHEF JAM DOUGHNUT
sumber: TTM

Bahan-bahan

220ml susu segar , panaskan 37C. *suhu agak2 je hingga dapat mencairkan butter
50g unsalted butter, lembutkan * izah letak 3 sudu besar
30g gula kastor *izah letak 4 sb
2 biji telur
5g dried yeast *izah letak 1 3/4 sk
2 cwn tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng

200g raspberry jam *izah tak letak
clotted cream, to serve *izah tak letak
2 tsp lavender flowers* izah tak letak
100g caster sugar



Caranya:

Panaskan susu segar ke 37 C. *Agak2 sehingga boleh mencairkan butter pada suhu bilik.
Masukkan butter dalam susu dan sebatikan.
Masukkan pula gula dan telur ayam. Sebatikan.
Ceduk 1/2 cawan adunan susu tadi letak ke dalam mangkuk kecil.
Kemudian bancuh  yis dengan 1/2 cawan susu tadi.
Masukkan semuLa bancuhan yis ke dalam adunan susu.
*izah tak bancuh yis tu dengan susu pun. Izah satukan yis bersama tepung. Kemudian tuang susu n telur. Kacau rata. (mokwo ikut cara izah)
Tepung di masukkan ke dalam mangkuk besar dan buatkan lubang ditengahnya.
Curah adunan susu tadi ke dalam lubang tepung dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk.
Biarkan adunan selama sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng.
Cara menggorengnya adalah ambil adunan menggunakan tangan dan ramas sehingga adunan keluar diantara jari telunjuk dan jari ibu. Sila praktik untuk berjaya ye. hehehee..

Coated dengan jem kegemaran atau gula. Dah..sila makan dengan berseleranya. TQ.


 nota izah: goreng menggunakan api kecil. Lamakan sikit menggoreng donut ni supaya donut cukup masak hingga ke dalam.
klau dah tak dak masa sangat, mokwo suka beli donut di Big Apple Donut...sedap jugak donut dia..mewah dgn topping...padan lah dengan rege nya!

Wednesday, July 20, 2011

selera menten sihat !! Donut air kelapa bersira

salam semua..moga semua pembaca berada dalam keadaan yg memuaskan..

beberapa hari lepas mokwo sekeluarga bergelumang dengan keaadan cuaca yang ekstrem...hari jumaat...sepetang di putrajaya...gagahi jua mengharungi rintikkan hujan shopping kat pasar malam nya..itupun ikutkan hati nak sambung shoppin pula di uptown..tapi di halang oleh pokwo..nyatanya keghairahan menjamu mata dengan segala barangan jualan..terutama makanan di situ menyebabkan mokwo leka tentang kesihatan diri

sejurus balik ke rumah...ingatkan nak terus rehat dan rebahkan diri ..tup2 terkedek2 si tikus buat 'cat walk'..hayooo ..kita orang memang pantang nampak tikus ade dlm umah...perang2 punya perang, tikus cenonet tuh berjaya melepaskan diri...panjang lagi umur ko yek!!...malam tuh ajer kitaorang tido pukul 4 pagi !!



hari ahad .. pulak...kulit terasa bagai nak rentung di bakar mentari tika menyaksikan sukan tahunan sekolah Amny...selesai sahaja acara yg di sertai Amny..mokwo angkut dia balik...badan ku udah tak tahan rasanya...............sampai di rumah...mokwo bukak kipas + air con..full blast !!
malam nya badan mokwo menggigil...tak tau sebenarnya gigil sebb panas ke atau sebb sejuk sgt....flat terus malam tuh !

siann anak ummi !!!  baru baik dari demam tetapi semangat kesukanan begitu berkobar2


Today...i'm much better..lagi best dapat pekena donut ayaq nyok bersira nih ( pinjam ayat pokwo ..oreng kedah) di sulami dengan ayaq oren sejuk...ummmmph ummmp..semput2 pun tolak tepi lah dulu../wahaha

many thanks to noorma...(dah jadik tokeh frozen food dah sekarang nih...moga bz noorma sukses) utk resepi donut nih..lembut bagai di kata..rasa sedikit lemak2 santan..sedap..resepi yg noorma bagi dapt memang banyak...tapikan pada pendapat mokwo nih..bila dah dekat2 bulan posa..eloklah buat banyak2 kuih yg boleh di frozen...jimat masa dan tenaga ! bila nak di guna just defrost n goreng....senang bonaar!

resepi sira dan ideanya pula dari besan hasue..si noorsha..creative ehh!=D> macehh!!

jom temankan mokwo makan...bawak pinggan sendiri yeah!! kita demam2 nih tak kosa nak basuh pinggan..:))...kiranya breakfast mokwo pun on bed.....ngada2 je lebih!! :P

mokwo buat bentuk bebola ..senang nak ngap!!


Donut Air Kelapa
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
* 3 1/2 sudu kecil yis mauripan
* 1/4 cawan air kelapa muda
* 1 1/2 cawan susu suam
* 1/2 cawan gula halus ( mokwo guna 1/4 cawan ajerr )
* 1 sudu kecil garam
* 2 biji telur
* 1/3 cawan butter/margerin
* 5 cawan tepung gandum
* Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau
Buat lubang ditengah. Masukkan susu. air kelapa dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
Uli sehingga tak melekat ditangan
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Canaikan lagi dan ambil sedikit, terap dengan acuan donut.
Rehatkan sebentar dan tunggu donut naik sekali lagi.
Goreng dalam minyak panas
Salut dengan gula ketika donut masih panas

Bahan² untuk sira
from : noorsha to hasue to noorma to everybody else !

15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
1 sudu kecil ketumbar--tumbuk (mokwo tambah )
1/2 sudu kecil jintan kasar-- tumbuk (mokwo tambah )

Cara2 untuk sira sambal:
1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
4.Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba

Sunday, July 3, 2011

Donut Vanilla

assalamualaikum...sudah2 lah tuh dengan cerita basi.....merah muko adik mokwo dah tuh..sebb mokwo buat free promo tuk dia..:D

masa balik kampung hari tuh..semua sedara mokwo tegur...gemuknyeeee!!!...nyampah tau...yang paling nyampah bila yang tegur kita tuh lebih gemuk berganda2 dari kita ..tapi tak nampak dek diri sendiri....begitu lah sebetulnya lumrah manusia....suka melihat orang lain dengan 'cermin mata'...bukan nya melihat dengan 'cermin muka'.......eeeeh mokwo marah kerrr nihh?? tak kose hakak nak melenting...cuma kena  lebih bersenam dan jaga makan semula lah...seksa tau zahir dan batin ku !!!



so meh kita mulakan pemakanan yang sihat itu dengan memakan donut....:))...sungguh ajaran sesat betul nih! tapi bila nafsu dah berkata2...kalahlah diri ini nak menahan nya....( nipis tul iman  dan prinsip...tak mo ikut naaa!!) tapikan bukan mokwo nak goda..donut nih lebih sedap dan lebih baik..lebih lembut dan lebih harum dari Dunkin' Donut...tu yang makan sebiji tak leh nak berhenti...!! bahaya...so ada sesiapa berani nak mencobanya..silalah lah ya!!! sangat sesuai utk orang2 yang kurus kerimping ..:D

2 cawan tepung gandum
½ cawan + 1 sudu besar air
2 sudu besar gula pasir
2 ½ sudu besar marjerin
½ sudu kecil garam
1 telur C
1 sudu kecil yis instant
½ sudu kecil Baking powder
¼ cawan susu tepung
½ sudu kecil serbuk vanilla atau ½ sudu kecil esen vanilla
minyak masak utntuk menggoreng

cara2:
= campurkan semua bahan dan uli sehingga adunan menjadi lembut dan licin (kalau ada BM, FP, mixer.. lagi baguih ..sonang keje!!)
= tutup adunan dengan kitchen towel lembap dan perap di tempat yang panas selama 30 minit (yis lebih cepat    = membiak dgn kekdah nih)
= tumbuk2 adunan yang mengembang tuh utk keluarkan angin
= canai dan terap mengikut bentuk yang di sukai
= perap doh yang telah di canai sehingga doh mengembang 2x ganda
= panaskan minyak dengan menggunakan api yang sangat sederhana
= goreng dan balik2kan donut till golden brown
= angkatkan dan tus minyak berlebihan


nih letak peanut butter glaze !! sweet n nutty!!





= boleh salut dgn gula, atau letak topping kesukaan...hepi trying!!

Saturday, August 28, 2010

donut malus domestica

acara donut-mendonut oleh anak2 dara mokwo..mokwo tukar karier jadik 'mamarazzi'..snap2 pic aje..wahh ade arapan nak goyang kaki skit mase lagi....tapi yg tak syoknye kerja2 pembersihan mau nye jadik 2 kali ganda...grrrrrr...nak marah,...mengenangkan minat yg baik harus di pupuk sedari kecik..mokwo biarkan saja..tu lah bebudak zaman sekarang memang beruntung sebb teaching n parenting method sekarang dah berlainan..klau kita dulu kalau sepah2 kan dapur cam gini...huiih mesti tak cukup kaki nak larik kena ligan dgn rotan..hahaha..
di sebabkan donut2 nih di buat oleh para2 amatur..so bentuk dia berbagai2lah..but the taste maintains sodap..masuk dlm mulut tetap rasa donut sejati..satu yg paling sedap texture nye yg kenyal2 spongy gitew! resepi yg berbaloi2 di cobak!
resepi yg mokwo amek dari blog cik timah-TTM (sebeno nye tak tau nama sebenar dia, panggil cik timah main hentam aje, betui ka dah tuka nama jadi ila..looh glamer tul mak cik sorang nih!) terima kasih byk timah aka ila aka rossana becker...mcm2 ada! tq again!

kakak says"pada tuan puan yg berminat nak ode..tempahan akan di buka lagi 10 taun yeh!"

bermacam variety bentuk dan kaler yg ade...hemmm boleh lah asal bleh makan! mokwo makan paling banyak, sebab nye org lain yg buat..best betul!

 
300ml air suam
80g/1/3 cup melted butter
2 eggs
1 1/2 tsp salt
3 tbsp sugar
600g/4cups bread flour
2 tsp yeast

Pakai BM, masuk ikut urutan. Setting:Dough.

Kalau pakai tgn, campurkan air suam ngan yeast (biar dlm 5 minit).

Satukan bread flour, salt and sugar.

Buat lubang tengah..masukkan telur yg dipukul sedikit dengan butter. Pastu tuang yeast.

Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh. Biarkan doh naik selama sejam

Uli setebal 1cm. tekan dgn acuan donut.

Biarkan naik seganda, goreng dgn api sederhana.

bolehlaa letak apa2 atas donut tu..chocolate cair ke..caramel ker..aku suka cinnamon ngan castor sugar je.

Friday, May 21, 2010

donut nasik

mempelbagaikan kegunaan nasik..bleh buat roti dan donut jugak! sedap dan lembut..adunan nih dapat skit je tau! kalau kat rumah tuh memang ramai peminat donut..di syor kan buat lebih! selamat mencuba.....

bahan2:
bahan A:
1/2 cawan nasi (60grm)
70ml air suam
bahan B:
1 cawan tepung roti/ gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil yis instant
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
bahan C:
1 sudu kecil marjerin
Cara2:
  • kisarkan bahan A
  • satukan bahan B dlm mangkuk adunan. masukkan bahan A
  • uli sampai sebati. atau sapa yg ade food processor or BM bleh masukkan aje dlm nye
  • masukkan bahan C dan uli lagi till kenyal. kalau adunan sedikit lekit..bleh tambah 1 sudu kecil tepung gandum
  • tutup adunan dgn kain bersih dan biar naik 2 kali ganda or lebih kurang 1 jam
  • tumbuk2 adunan dan canai terap dgn acuan donut
  • jika susah nak terap, sapu sedikit minyak pd acuan dan tangan
  • letakkan donut pd dulang yg dah di lenserkan dgn minyak dan biarkan naik kembung elok for 1 hour lagi
  • goreng terendam menggunakan api yg sederhana
  • sejatkan dan buh lah topping choc ke, gaul gula ke...ape2 lah yg berkenan dek ati!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...