Pages

Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

MEE JAWA KAK BESAH

Assalaamualaikum..

*sebelum KNJ celoteh lebih panjang lagi..KNJ nak buat pengumuman bahwa kepada sesiapa yang ada hantar e-mail baru2 ni...KNj nak minta maaf banyak2 kerana kebanyakkan e-mail KNj teeeer delete dengan tak sengaja...so sapa2 rasa nak tanya apa2..boleh email KNJ semula yek..Harap Maaf!*

Hari ni buat lah mee jawa..lepas dah tak tau idea apa nak masak...habiskan lah apa yang ada dalam peti sejuk tu...memang sedap!!... terasaa ke'jawaan'nyer itew! :D

ade satu benda nak cerita pasal mee kuning ni...klau uaols buat mee kari atau campur kuah yang mempunyai kunyit di dlamnya dan dapati mee bertukar kaler menjadi merah atau maroon...bermakna mee tersebut ada mengandungi asid boric yang merbahaya pada kesihatan...eloknya buang aje mee tu dan pastikan kalau beli mee...ada tertera perkataan "tanpa bahan pengawet" di tulis..paling bagus pakai mee kuning homemade atau boleh pakai sphagetti ajer


resepinya dari Kak Besah My Resipi*
Tq very much!

Bahan-bahan ( 20 org. )

  • 35-40 tangkai cili kering(ikutlah kepedasan yg diingini)
  • 2 biji bawang besar(jika kecil ltk 3)
  • 1 labu bawang putih (+-10 ulas)
  • halia muda - sebesar ibujari
  • 3 btg serai diketuk (harus saja))
  • *2 sudu mkn jintan manis
  • *1 sudu mkn jintan putih
  • 12 biji buah pelaga (ni wajib)
  • 1/2 kg daging lembu - hiris & rebus empuk. simpan air rebusannya.
  • #1/2 kg udang basah (elok yg besar skit +- jari manis) - buang kulit & kepala
  • #1/2 cwn tepung gandum(50 g)
  • 1/2 sudu mkn asam jawa extra
  • 4 @ 5 sudu mkn mmbukit gula pasir (maaf..memang ltk banyak gula yer..)
  • 3 bungkus mee kuning (1 1/2 kg) - dicelur
  • akseseri cm besa sprti sawi celur, telur rebus,daging rebus, tauhu goreng, tauge, cili potong, hirisan cekodok udang. (sme ni harus je..)
  • bawang goreng & hirisan daun sup (wajib)
  • limau kasturi @ limau nipis(wajib gak)

Cara-cara

  1. blend cili kering(mstilah dh buang bj & cuci kn..), bawang besar, putih & halia.
  2. tumbuk jintan2 atau dimesin kering sj - ketepikan.
  3. panaskn 2 senduk minyak, tumis cili mesin td brsama serai hingga pecah minyak.
  4. then masukkan jintan2 & buah pelaga, tumis sehingga.. hb/ank2/jiran sbelah tanya;"hai, msk ape tu..?" (hingga wangi la..heheh)
  5. then masukkan 2 cwn air, biar mendidih dlm 3 minit. terus MATIKAN API. tambahkan 4 cwn air sambil dikacau - biar sejuk dulu.
  6. bancuh tepung dgn 3 cwn air, lalu diblend bersama udang hingga halus. udang lebih untung guna yg kasar coz yg kecil, bila dh dibuang kulit skit je dptnyer. kena doble kn timbangannyer plk 9t.. (KNJ blend udang berasingan dengan tepung) sterusnya campurkn ia bersama bhn yg ditumis td. masukkan juga air rebusan daging. kacau sebati.
  7. pasang balik api dapur, sentiasa kacau hingga mendidih. masukkan gula, asam jawa n garam. suaikan rasanya. ia memang agk manis, (x mcm mee kari ,bandung,hailam.) nama pon mee jawa kan...hehe..
  8. agk2 lah kepekatannyer yer. tambah air jika pekat sgt. tp, jgn lah terlalu cair plak. utk sukatan di atas, menhasilkan kuah dlm..( jap ek, akk gi ukur dlu..) >>ha, hampir penuh dlm periuk 24 cm, tinggi 10 cm.
  9. bila dah mendidih beberapa mnt, bleh lah tutup api. x prlu didihkn lama2 coz, kita akn panaskn lg, setiap kali nk hidangkan.
  10. seterusnya.. bubuh mee ke dlm pinggan, tabur bhn2 sampingan, lalu dicurahkan kuahnya panas2. mee ni kena bubuh bawang goreng lebih, baru naik aromanyer. limau msti bubuh utk balancekn manis kuah. kuah mesti belinang, x bleh lecat2 sje.. ni memang cara menghidangnyer..
  11. kuah bleh dibuat banyak & dibekukan dlm freezer. bila nk guna juz didihkan semula.
  12. Alhamdulillah.. dgn respini ramai yg order (kuah sj) utk jamuan fmly gathering, open house dll. jg prnah menyediakan kuah utk mjlis kahwin 1000 jmputan. tp.. skarang dh pencen la...hehe..

Sunday, March 24, 2013

tidak sehebat buah Zaqqum....

Assalamualaikum....

Hari nan Indah...panas terik sebentar, kemudian belah petang skit...hujan turun membasahi bumi Allah swt.....biarpun hujan dan air-cond di pasang full blast....badan KNJ terasa membahang...duduk tak kena, tidur pun tak kena...lama KNJ tak demam..tapi tu lah orang kata...bila sihat lawan nya adalah sakit...2 hari jugak terlantar di atas katil...

hari ni Alhamdulillah sudah ade kederat utk masak2 yang simple....walaupun bukan ade sapa2 pun suruh KNJ masak..tapi tekak KNJ mengidam nak makan mee hoon bodo2...:D (demam2 pun, selera meneten baik punya!!)

mee hoon grg bodo2...sedap nyeer!


tekak masih sakit lagik..telan mee yg lembut tu pun, terasa bagai menelan buah berduri...arrrgh bagai mana agak nya kalau di paksa memakan hidangan buah Zaqqum, buah berduri yg menjadi santapan orang2 yang di neraka kelak....Nau'zubillah..moga Allah jadikan kita di kalangan orang2 yng menerima catatan amalan dari tangan kanan...amiiiiiin

makan sayur, mesti..kalau nak cepat baik..sayur sawi grg belachan!

hemmm bila dah sakit2 ni terasa amat-amat insaf...agaknya itulah salah satu hikmah bila dpt sakit ni kan..harus terima dgn redho...

so.. KNJ nak sambung kerja2 yg banyak terbengkalai tuh...cuti2 sekolah ni tntu ramai yang gi jalan2 makan angin ekk....kenduri kendara pun banyak jugak...hepi holiday to all n have a safe journey yek! don' forget to buckle up! daa!

 P/s : tq kak Erna atas SMS bertanyakan khabar...

Wednesday, January 11, 2012

belasah ajer apa yg ade ...mee udon goreng ala mamak

 Kebetulan nak habiskan mee udon dlam esbox...asyik dok goreng black pepper jek ...apa kata kita tukar selera lain


Hari tu nampak Ita published pasal mee maggi goreng ginih...teringin lah pulak...mokwo pun acu coba try test guna mee udon..Alhamdulillah sedap sgt !! legaaaaa....takut silap kacuk...caca merba di buat nya nanti....:))
yg nih gerenti sedap! nampaknya mamak jugak yang akan glamer



MEE UDON  GORENG ALA MAMAK
Dari resepi MEE GORENG MAMAK
by: Chef Hanieliza
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi
copied from : Ita masam manis

3 peket mee udon
100 gm daging ~ hiris nipis
1 peket kek ikan ~ hiris nipis
1 peket bebola ikan ~ hiris nipis
1 cawan kerang - ita tambah
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah sekiranyer mahu lebih pedas
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu besar sos tiram ~ ita tambah
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar ~ cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau ~ hiris nipis
1 kiub ikan bilis ~ ita tambah
2 sudu besar udang kering ~ ita tambah (kisar)
2 ulas bawang putih ~ ita tambah (kisar)
garam dan gula secukup rasa

Cara2nya:

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar , bahan kisar, kiub ikan bilis dan rempah kari. Biarkan garing dan harum.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kek ikan dan bebola ikan. ita masukkan sekali kerang. Masak dan biarkan sebentar.
Masukkan kicap, sos tiram dan mee udon. Kacau rata. masukkan sedikit air utk melembutkan mee udon
Ketepikan mee dan pecahkan telur ditengah2 kuali. Biarkan telur masak sedikit barulah dikacau dan digaul rata.
Masukkan sawi dan taugeh. kacau rata. Rasakan garam dan gulanyer.
Biarkan mee sedikit kering. mokwo suka basah2
Siap untuk hidangan.

moh ceduk, kita pakat2 makan...letih dah mee nih posing!!

Wednesday, March 16, 2011

Fried Udon Mee with Peppers



yesterday, ada seorang jiran mokwo nih busy mencari betadine cream...so tertanya2 lah mokwo apa ke nak di buatnya dgn betadine cream tuh...rupa- rupanya dia nak sapu kat her exposed body so that she will not be harmed by  leaking nuclear radiation from Japan...oh cam tuh ka !!  but sad to say, betadine cream (antiseptic cream untuk luka ) is brownish yellow...kalau sapu kat muka, tangan..tak ke macam orang demam kuning dah jadi nya!!! nasib baik juga betadine tuh tak hitam...kalau tak..hemm.... lets go to Africa lah!!!

tapikan pancaran radioaktif nih memang bahaya..silap haribulan, orang yang terdedah tuh boleh dapat kanser...something that nobody likes! boleh baca tentang tuh di sini !

so sambil2 makan tu, mulut jangan lupa bersyukur ke hadrat Allah swt..kerana penduduk di Malaysia ni cukup jarang terkena bala bencana yang dahysat2 seperti di Jepun nun biarpun maksiat dan kezaliman  makin menjadi2...Allah itu Ya Rahman, Ya Rahim!

bahan2:
400 gm udon mee ( I bought from Jusco )
150gm daging batang pinang -- hiris memanjang
10 ekor udang sederhana besar -- buang kulit
1/2 biji capsicum hijau-- di dadu
1/2 biji capsicum kuning-- di dadu
1/2 biji capsicum merah-- di dadu
1/2 batang carrot -- di dadu
1 labu bawang besar -- di dadu
4 ulas bawang putih -- di cincang
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk
1 sudu besar serbuk lada putih-- mokwo letak 1 sudu kecil ajer...too hot
2 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 biji  limau kasturi -- perah ambil air nye
1/3 cawan air
minyak untuk menumis
garam secubit rasa

cara2:
  • panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih till naik bau
  • masukkan segala capsicum, carrot, daging dan udang
  • masukkan kicap2 , oyster sauce, lada hitam, lada putih, garam dan air
  • masukkan pula mee udon yg sudah di basuh dan di tus .
  • masak sampai sedikit pekat..matikan api..akhir sekali masukkan perahan limau kasturi. kacau sebati
  • sedia di hidang

Monday, March 7, 2011

mee kari yang mewah !


 assalamualaikum dan salam sejahtera kepda semua pembaca..


meh makan mee kari..masih guna resepi yang selalu mokwo guna..resepi ambil dari Dayang Jack..seorang jelitawan yg sungguh berbakat ..sungguh ku jatuh cintan dgn resepi nye yg sedap, lagi tiada bersantan ini..memang tidak memuakkan...kali nih mokwo guna spaghetti, sebb si kakak tak makan mee kuning, katanye nak muntah.....heeeei mcm2 lerr budak bertuah sorang  nih!!!!!

bila di tengok gambar2 dlm blog mokwo nih ..kekadang mokwo rasa nak sebak pun ada...bukan apa, mengenangkan betapa besarnye nikmat yg Allah bagi pada mokwo boleh makan dgn kadar yg mewah begini...walhal pada suatu masa dahulu, dgn kedaifan hidup mokwo, mokwo hampir tidak punyai apa2 utk di buat lauk............hemmmm.....jangan sekali2 berputus asa dgn Allah!!!

jom check out the recipe...dalam kita dok makan2 jangan lupo pada mereka yang kurang bernasib baik  dan moga kita semua berada dalam golongan orang2 yg banyak bersyukur..InsyaAllah!!

Mi Kari Resepi II

Bahan-bahan :

Bahan A :
  • Mi kuning secukupnya (direbus sedikit)
  • tauge (dicelur)
  • sawi (dicelur)
  • hirisan cili merah
  • sedikit daging rebus (dihiris nipis2)
  • telur rebus
  • hirisan daun sup
  • bawang goreng
  • tauhu goreng (dihiris)
  • limau kasturi jika perlu (tp dyg x suka ltk limau sb kurang sedap)
  • lain2 hiasan jika suka
Bahan B : Kuah
  • 300-400 g keledek merah rebus (dikisar dgn air secukupnya)
  • 3-4 sudu makan serbuk kari ayam (dibancuh dgn sedikit air)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis,cengkih & pelaga)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu besar udang kering (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Tumis rempah dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek kisar dan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  4. Perasakan dgn garam dan gula. 
  5. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau kuahnya hingga sedikit pekat.
  6. Jika terlalu pekat, tambahlah air panas.
  7. Setelah masak, hidangkan bersama bahan2 yg lain.

tq muah, muah dayang!


Friday, January 7, 2011

mee goreng mamak

salam Jumaat al- mubarak kpd semua muslimin dan muslimat...ari nih mokwo sedikit tak sihat..hidung berair dan kerongkong seakan perit dan gatal..dah mula batuk2 ..kekdah nye kena lah mokwo pakai inhaler coz berbunyi dah wheezing tuh...sungguh tak selesa..but heii that's life with asthma...expect the unexpected ....sokmo2 kena bawak inhalers tuh!

bila tak sihat tekak musti nak ngada2...tak berselera sungguh kalau nak tapau...tak tahan dehh org di sinun terengganu dok tayang mee mamak dia!!!...dapt makan mee mamak alangkah enak nye...nak2 yg goreng tuh bukan mamak tapi hubby tercinta.....hahaha...banyak lah mokwo punya verangan...pokwo seawal pagi udah tak nampak kelibat nye...sendiri goreng lah jawap nye!!!


kali nih, mee goreng org sengal badan..memang malas...hanya berencahkan fish kek dan telur...sayur lak..hantam ajer apa2 yg mokwo nampak ijoo...sib baik ade ayam goreng buat penyeri majlis.. kicap pekat jalen lak tak terbeli2 sampai sekarang...so guna kicap besa tuh yg mee goreng mokwo cam tak brapa nak mamak...hukhuk!
 
kali nih mokwo try guna resepi chef hanieliza...sedap!! tq kak liza..moga lebih sukses sokmo!!


Bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging ) hiris nipis
100 gm fish cake )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
1 cawan putih telur
3 biji cili hijau [hiris nipis]

Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan

Wednesday, September 22, 2010

black pepper spaghetti

one of mokwo's family favourite dishes..sekrang spagehtti dah x brape laku klau di buat bolognese kat umah mokwo nih. hah goreng gini sekejap je abis..selain dr terlalu simple..rasa pedas dan harum lada itam memberi satu aroma kelainan pd spagh nih..jom makan ..Bismillah..(lately otak terlalu beku utk tulis panjang2..mungkin byk sgt makan sekuk raya..hahaha..but actually..i'm still in holiday mood....ngehngeh)

bahan2:
1/2 peket spaghetti-- rebus dan toskan
150gm daging cincang
3 batang sosej-- hiris
1/2 cawan mixed veggie
4 ulas bawang putih-- tumbuk
4 ulas bawang merah--tumbuk
sehiris halia--tumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos lada hitam
 kicap manis secukupnye
garam gula secukup nye
minyak utk menumis

cara2nye:
-tumis bahan2 tumbuk
- masukkan daging cincang dan tambah air skit..masak daging sampai empuk.
-tambah mixed veggie. sosej  dan segala sos2, kicap
-akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sebati
-perisakan dgn garam dan gula
-hidangkan..biasanye mokwo suka di hidang dgn daun pudina ..tapi ari tuh x dek lah pullook!

Tuesday, August 24, 2010

mihun goreng tomyam


nengok kaki ketam tuh...hehehe.. seksa tak?
heemmmm..............lately tak taulah camera mokwo mcm x cukup terang...hypoglycemic ka hapa?? amek gambo ko jadi semuanye romantik semacam ajek!grrrrrr....nyway layan jelah gambo kelam2 nih..anggap cam makan ala2 candle light gitew yek!! sabau je lah!
amek resepi dr umah nor secubit garam..trimakasih nor!..mokwo punya jadik itam legam..tangan gatai terbubuh kicap lebih! tapi rasa menten sedap..satu kelainan yg menjadi kemestian utk di coba!

MIHUN GORENG TOMYAM
1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan

300gm udang

200gm isi ayam ( mokwo ganti ketam)

3 ulas bawang putih - diketuk

5 ulas bawang merah - dikisar

2 batang serai - diketuk sedikit

2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)( mokwo guna 2 sudu besar basah nye dlm botol)

cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas

1 biji telur

3 helai daun limau purut - dicarik2kan

sayur kobis - di potong pjg (halus)

carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)

2 biji tomato - dihiris nipis2

1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air

daun saderi

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.

Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.

Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur

Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan

Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)

Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus

Sunday, April 4, 2010

laksa putih / lemak / kelantan

semalam mokwo kena 'tempah'..bukan kena buat tempahan memasak ke hape..mokwo kena tempah jadik driver..hikhik..ade jugak orang yg teringin nak guna perkhidmatan driving mokwo yg tak berape gheti nak drive nih...tapi yg kelakarnye belum sempat mokwo nak berlagak jadi chauffer, 'limo' mokwo dah buat hal...start2 tak moh idup...erkkk....rupenye bateri kreta dah kong!!..huwaaaa...tak sporting langsung kreta nih, baru nak buat sedikit kebajikan dah kaput!

sudahnye terpaksa ngendeng kreta pokwo...huihh....sebelum berjalan tuh..mcm2 yg mokwo baca..doa naik kendraanlah, ayatul kursilah, 3 qul lah..memula sejuk gak tangan mokwo nak pegang stering..buat after a while..pandu tak hingat dunia..hahahah

berbalik kpd menu harian, laksa nih mokwo buat 3 ari lepas dah..laksa memang dah habis..kuahnye masih ade lagik..mokwo masuk dlm freezer..hajatnye nak carik balik laksa segera, tapi rase malaslah pulak, selera nak makan benda lain lak for today...

resepi laksa nih mokwo amek dr mama mokwo..pesan mama, klau nak buat laksa, ikan yg terbaik ialah ikan selayang atau ikan tamban, sebb rasenye lebih manis..dan pilihlah yg besar skit n mesti mau fresh....selebihnye ramuanye tak byk beza ngan resepi laksa putih yg lain..cumanye resepi mama mokwo tak letak serai, kata mama, serai akan menyembunyikan rasa sedap ikan tuh..tapi terpulanglah kepada selera masing2..asal sedap terase dek anak tekak gunalah resepi mana2 pun..kan, kan,kan



bahan2 taburan yg tak berapa nak ade..hehehe

resepi kuah laksa lemak

bahan2:

1/2 kilo ikan selayang

1 cawan santan pekat*

2 cawan santan cair*( perah dari sebijik kelapa parut)

1 labu sederhana bawang besar.>

2 ulas bawang putih>

1" halia>

1 sudu kecil lada hitam>( kisar bahan2 bertanda>)

2 keping asam gelugor

garam secukupnye

cara2nye:

ikan di siang, rebus dgn sedikit air

asingkan isi dr tulangnye dan kisar bersama2 santan pekat

kisar tulang ikan dan santan cair2. kemudian tapis

masukkan santan cair bersama bahan2 kisar..rebuskan kemudian tuangkan campuran santan pekat n isi ikan..msak till pekat skit..perisakan ngan garam

sambal belacan:

segenggam cili api

3 cili merah- buang biji

1/2 labu bawang besar

1 ulas bawang putih

3 sudu besar air asam limau kasturi

2" belacan di bakar

garam gula secukupnye

cara2

kisar semua bahan..klau rajin tumbuk..klau nak excercise lebih gunalah batu giling

bahan2 hiris:di tabur atas laksa

kacang panjang

daun kesum

bunga kantan

taugeh mentah

timun

Monday, February 8, 2010

mee bandung

heheh..nihlah mee bandung mokwo..org lain klau buat mee bandung mesti kuah banjir..tapi mokwo suka klau kering2 skit cam nih .. amek pati2 aje..kuah tinggal kat org lain heheh..ape pun kuah tuh dah berkedodok sebb telur dia mokwo dah terkacau ..lupa lak ingatkan buat mee kari ..silap method...berangan kalah anak dara bercinta mokwo nih...utk pekat kan kuahnye mokwo tak dak kacang tumbuk in hand so ramas2 biskut kering dan masukkan lah..jadik, jadik..ke'bandungan'nye sungguh terasa..amek rsepi dr hana jepun..koniciwak hait hana san!
lah klau tak silap ..memang dah jadi salah satu pot merendek mokwo dah nih (gaya cam bebudak rapper cakap jek)..haha..meh tengokkan resepinye..tq again hana!

bahan2nye:

1 peket mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong potong ring - jika suka.
50g udang kering ( blend )
1/2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering- leh tmbh jika nk pedas
suku cwn kacang tanah goreng (tumbuk/blend) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering utk memekatkan kuah.
telur (ikut bilangan bape owang nk makan)
sawi
tauhu goreng.
bawang goreng
Hirisan cili merah
Air rebusan daging
Gula
Garam
hirisan daging
limau kasturi / limau nipis

Cara-cara

Celur mee kuning
Blend bwg besar,bwg putih,cili kering.
Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.
Kemudian masukkan air rebusan daging,kacang dan udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan.
Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.*rasa mee bandung manis2 pedas.
Kecilkan api.
Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang)..
Akhir skali masukkan sawi.
Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau


Saturday, January 23, 2010

fried sizzling yee mee

mokwo memang suka makan mee..especially yee mee...mee yg di goreng ini aroma nye sungguh memikat..mokwo biasa makan yee mee yg dimasak dlm claypot bersama kuah pekat itam..memang mula2 nak masak resepi tu...tapi goreng jadi terlebih kering till tak de kuahnye ...bila mokwo nak modified, anak dara mokwo tak bagi..dia kata dia suka cam gini...so tengok jelah resepi bidan terjun nih! rasa marvellous!



bahan2;

5 keping cendawan shitake kering- rendam ngan air panas till lembut

4 ketul dada ayam

1 peket yee mee (yg berharga +- rm2 hinggit lebih)

2" halia -hiris halus

4 ulas bawang merah- racik alus

6 ulas bwng putih- racik alus

3 sd besar sos tiram

3 sd besar cili boh

kicap manis secukupnye

daun bawang n daun sop secukupnye

minyak utk menumis

2 bijik telur

2 cawan air

cara2:

  • tumis bahan hiris + racik hingga naik bau
  • masukkan ayam segala sos dan kicap. kemudian masuk pula cendawan.
  • tuangkan air..masukkan yee mee
  • bila mee dah lembut masukkan telur dan dedaun. masak till kuah pekat
  • dah boleh hidang dgn cili jeruk.

Thursday, January 21, 2010

mee kari ala DJ


ari nih mokwo masak mee kari..ari tuh dah buat...nih buat lagi sebb seddp sgt2..nak membuat kuahnye cukup senag tapi nak sediakan garnishing tu yg cukp bercinta...semua buh dlm mee sampai tak nampak mee n kuahnye...punyelah rich nye...utk kuahnye mokwo ade tambah tulang rusuk rebus. lama sungguh dok terperap dlm fridge...kesudahannye rasa nak iras2 mee rebus pun ade...anyway...sapa yg belum cube..mesti nak cube tau...mkan mee n kuah pun dah cukup seddap...tq so much Dayang Jack (n Jill...hheheh) for such a delicious recipe!
Mi Kari Resepi II
Bahan-bahan :
Bahan A :

Mi kuning secukupnya (direbus sedikit)
tauge (dicelur)
sawi (dicelur)
hirisan cili merah
sedikit daging rebus (dihiris nipis2) (mokwo buh tulang yg di rebus)
telur rebus
hirisan daun sup
bawang goreng
tauhu goreng (dihiris)
limau kasturi jika perlu (tp dyg x suka ltk limau sb kurang sedap)
lain2 hiasan jika suka
Bahan B : Kuah

300-400 g keledek merah rebus (dikisar dgn air secukupnya)
3-4 sudu makan serbuk kari ayam (dibancuh dgn sedikit air)
rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis,cengkih & pelaga)
1/2 labu bawang besar
5 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 sudu besar udang kering (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
Cara-cara :

Tumis rempah dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  • Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan keledek kisar dan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  • Perasakan dgn garam dan gula.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau kuahnya hingga sedikit pekat.
    Jika terlalu pekat, tambahlah air panas.
  • Setelah masak, hidangkan bersama bahan2 yg lain.
  • Saturday, December 26, 2009

    kuew tiau ketam


    ari tuh jalan2 pegi kedai jumpa lak ketam..so belilah ..tapi tak tau nak msk ape..so goreng jelah ngan kuew tiau yg ade..hehheh not bad lah!!! whole family suke,,,depa tuh klau ketam kan masak apa pun laju je!~ sea food memng kegemaran ku...jgn lah dpt gout udah le!
    so...resepi nye basic sangat,,,,,tutup lubang idung pun bleh buat...heheheeh
    bahan2 :
    450gm kuew tiau basah
    5 tangkai cili kering*
    1 labu bwng besar*
    5 ulas bwng putih*
    2 sb kicap pekat
    2 sb sos tiram
    3 sb kicap manis
    1 sb hoisin sos
    2 ekor ketam- bersihkan n potong 4
    segenggam togeh
    garam gula secukup rase
    cara2:
    1. kisar bahan2 *. panaskan myk masak.. tumis bahan kisar till naik bau.
    2. masukkan segala mak nenek sos. tuang ketam kedalam kuali bersama bahan tumis.
    3. msak ketam till warna ketam berubah jadik merah. buh lah kuew tiau. kacau api kecil till sedikit kering.
    4. masukkan togeh yg dah dibersihkan. sedia untuk di hidang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...