Pages

Wednesday, July 31, 2013

Puding Karamel..Wajid bulan Ramadhan...

Assalaamualaikum....
KNJ ingat tak nak tayang gambo ni...huduh bebeno....langsung tak sempat nak berhias bagai..tapi rase dia cukup sedap...terutama bila dah di sejukkan dlm peti ais....emmm..emmm!

kalau dulu ..zaman tak brapa reti nak buat kuih muih ni..KNJ sanggup bersesak-sesak pergi ka bazar Ramadan di Ampangan , seremban nun..semata-mata nak beli puding karamel gini...bila beli tu...nasib2 dapat yang sedap...kalau x bernasib...memang tak sedap langsung di tambah dengan harga yg mahal melambung untuk sekeping puding ie rm2 atau lebih untuk sejurai kecil

Alhamdulillah.. sejak ramai geng masak2 ni yang memperkenalkan resepi Puding karamel yg sedap2 ni KNJ tak perlu beli lagi lah...safe banyak budget KNJ tau ! Almaklumlah..dgn kita yang berpendapatan tak menentu ni...kenalah berbelanja dgn berhemah dan bijak kan!

Kali ni KNJ terai resepi dari Kak NOr Secubit Garam...tq..memang sedap pun...tak terlalu manis dan tak terlalu lembik... so KNJ pastekan resepinya di bawah yek utk yang nak menerai hokey! sangat2 senang..KNJ  kukus aje...cuma hati2 lah bila sediakan gula hangus tu...jangan masak sampai legam..nanti semua masuk dalam tong, pait tak leh makan... :)


Salam RAmadhan Kareem !
PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.
( KNJ tutup loyang dengan aluminium foil, then kukus untuk 40 minit )
 # puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
## bg yg nak tau kaedah waterbath tu camana boleh tengok kat blog kakwan ni ya..


Wednesday, July 10, 2013

salam Rindu Ya Ramadhan...siakap 3 rasa ala THai

Assalaamualaikum,
Alhamdulillah...bertemu kembali kita bersama2 di bulan Ramadhan, bulan yang penuh kemuliaan dan barakah...Moga2 kita Di beri kesempatan waktu dan kenikmatan kesihatan dari Allah swt untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan kali ni yek!

Awal2 pagi semasa menghantar Amny ke school...Amny sudah buat gempak....katanya dia tertinggal bekal di rumah...KNJ pun panik jugak...dalam hati...alahai tak sudah!...sebentar kemudian..masing2 berderai ketawa.......loooor....kan puasa, so Amny mana ade nak bawak bekal...bertuah punya budak !!!
hingga ke petang begini...Alhamdulillah Amny masih boleh bertahan....tak ada 'tragedi' termakan or terminum seperti tahun2 sudah..... :) ...sebab agaknya dah besar 8 tahun ni dah bertambah cerdik lah dia....Happy Birthday to Amny...harijadi nya yang jatuhnya pada 1st ramadhan...kiranya tak buatlah kek bagai untuk dia ...sebab puasa kan...tak dak orang lalu nak makan kek time berbuka dan malas pun ye jugak... :D

Since lauk ayam dan daging semacam punya mahal lah lately kat somban ni...Hari ni KNJ masak lauk ikanlah untuk berbuka...masak awal2 jugak sebab ada hamba Allah kat rumah ni yang di beri 'MC' oleh Allah...so boleh dia santap2 nyorok2...kang anak2 nampak pakat2 nak berbuka lak...jenuh...kekadang tak puasa pun, tekak kering semacam orang berpuasa jugak :))






Ikan masak 3 rasa..sedap jugak...resepi asal dari Chef Hanieliza from Ummi Zaihadi tapi KNJ ikut cara TTM ( apa khabar dia agaknya? )...
KNJ letak di sini...utk bagi idea  pembaca2 KNJ buat juadah berbuka....daaa...nak sambung tengok citer korea ( Fashion King ) lak.. selamat berbuka dan selamat menjalani ibadah Tarawikh !

 SIakap 3 Rasa Ala Thai

sumber; TTM,  Ummi Zaihadi

Bahan A:-


  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris) - * ummi kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar (*ni ummi tambah)
  • 1/3 biji capsicum merah (*ni ummi tambah nk habiskan stok)
  • 1/3 biji capsicum hijau (*ni ummi tambah gak)
  • 1 biji tomato - didadu kasar) (*ni ummi letak, jadi xletak yg dibelah dah)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
Bahan B:- (untuk sos)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji buah tomato (dipotong 4)
Cara-Cara:-
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (*akak gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*akak bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.


Monday, June 24, 2013

Si Puteri Ayu II

Assalaamualaikum,
lama jugak KNJ tak menjengah blog... habuk , jerebu dan rasenya dah  naik kulat ijo dah ni.... :)) well nak buat cam ne...mcm ni lah mase yang  cukup terbatas KNJ ada... Alhamdulillah!
Ape khabar semua....tatkala Malaysia di landa jerebu2 ni...harap2 semua berada dlm keadaan yg memuaskan lah yek...elok jugak kurangkan aktivity di luar sana...KNj sudah mula asma...still controlled though....suara udah garau macam Ramli Sarip Dowl dah nih.





Anak2 sudah mula memakai face mask ke sekolah...fesyen tambahan di zaman jerebu...

gaya ngalah doktor bedah !
Hari ni KNj teeeer rajin nak buat kuih...al maklumlah nak berjalan kat luar x brape bagus...so daripada dok melangut depan TV tak sudah, KNJ buatlah kuih puteri ayu ni
Adunan pertama...kuih ni jadi bantat dengan jayanya... :D ... 'agaknya kuih ni pun 'semput' jugak time2 jerebu ni...betul ke kak Erna ?? :D

puteri ayu yang bantat!

selamatlah satu adunan tu masuk tong sampah (grrrr tak suka sungguh membazir gini )... bancuh lagi untuk adunan ke-2...kali ni siap baca doa lagik.. :D dan hasilnya ..... Alhamdulillah
so moralnya...buat apa2 pun jangan mudah putus asa dan seblum menyalahkan oranag lain..semak dululah kesilapan diri kita sendiri yek!



EMPUNYA RESEPI : HaiDa RifQi
GROUP MASAKAN SAMBAL HIJAU

PUTERI AYU
2 biji telur ( KNJ Guna 3 biji )
1 cawan gula aicing (KNJ guna gula pasir yg di kisar halus)
1 sudu kecil overlate
(bahan nie mixer sampai putih)

1 cawan santan
sedikit pewarna hijau
sedikit esen pandan
(campur skali)

1 sudu kecil baking powder
2 cawan tepung gandum
(campur skali)


  inti kelapa:

2 cawan kelapa parut putih
3 sudu kecil tepung ubi
garam secukup rasa
-campurkan semua bahan dah masukkan dalam acuan yang telah di sapu minyak terlebih dahulu

mixer bahan atas smpai putih,pas tue masuk kan bahan santan n tepung berselang seli ampai habis,kaup balik jer.....kukus selama 15 minit api sederhana... ( KNJ pukul telur pada kelajuan maksimum 5 min. masukkan ovalet dan gula. pukul lagi for 5 min - dengan cara begini adunan lebih senang gebu !)



Tuesday, June 11, 2013

kelentung kelentang kuih lompang !

Assalaamualaikum,
 semalam punya cerita...jam menunjukkan pukul 6 petang...tiba2 Along Hadi bersuara...."Ummi ! Along posa hari nih"
OOOh bertuah punya anak....ummi nya lak plan asal memang nak posa sunat...tapi tah camne terrkantoi sebb teeer liur teeermakan nasi berlauk sambal telur puyuh yg pokwo terbertuah terbelikan....( :D ...banyak lah mok cik punya 'ter' kan )

since tak de pemanis mulut ...KNJ pun buatkan lah Along Hadi dengan kuih lompang...salah satu kuih tradisi yang cukup simple ni.... tapi Along Hadi hanya makan 1, 2 bijik je... akibatnya KNJ lah yg tukang perabih ...pokwo pun kena paksa jugak...:))

Resepi dari My Resipi sweetlily...tqvm!...kuih lompang ni sebenarnya boleh di variasikan dengan pelbagai perasa...ikutlah cita rasa masing2 yek!


KUIH LOMPANG

sumber: sweetlily myR

Bahan-bahan ( . )

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir( KNJ kurangkan skit)
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • daun pandan
  • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

Cara-cara

  1. - satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
  2. satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
  4. tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
  5. kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
  6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi. 

Monday, June 10, 2013

Balik kampung...is the best vacation!

Assalaamualaikum,
jika KNJ tak ingatkan komitment yng banyak kat semban ni...mau je KNJ terus-terusan dok di kampung....
bila pulang ke kampung terasa hidup menjadi lebih simple dan mudah...damai..melihatkan sawah padi nan terbentang luas
kenyang ...walaupun berlaukkan ikan rebus dan pucuk kayu cicah budu..kalau bab2makan ni..tak luak duit di buatnya..maklum ajerlah boleh kutip2 dari apa yang ade, apa yang di bela.....sebab tu orang kampung ni sebenarnya lebih kaya raya dari orang bandar tau!

kucing ada! hepi life..makan tido ajer kat blakang umah!

itik banyak...hari2 boleh dalam 10 biji telor! lumayan...tapi mama KNJ jual 11 biji utk 4 hinggit jek! murah mak ooi!

dan yang paling ralit...dok melayang budak tecik ni....anak buah baru. ie anak adik perempuan KNJ yang berkahwin tahun lepas...dapat baby lelaki yang comei dan cukup baik tak banyak kerenahnya...senang nak jaga ni!

selagi x kenyang, selagi tu lah dok bukak mata...kuit2

dah kenyang...tido time..siap buleh senyum lagi tuh! 


ok lah jumpa lagi di lain n3....mata KNJ pulak dah jangkit ngantuk... :) ....take care!!

Monday, May 20, 2013

Sikit-sikit nak boikot !

Assalaamualaikum,
Lately lepas pilihan raya umum ke-13...KNj terima banyak anjuran supaya memboikot barangan buatan orang2 cina....dah menjadi semacam punya status berantai dah...kekadang sms pun KNJ dapat jugak..siap bagi list yang mana barangan melayu dan barangan cina lagik!! tah hapa2 lah orang yang tak dak kerja ni...kalau sapa2 nak boikot, boikot lah yek...ikut suka hati lah ! tapi KNJ tengok restoran Cina Muslim kat seremban 2 nih penuh jugak dengan orang, sampai tak cukup tempat sokmo !

ni lagi satu nak cerita..beberapa hari lepas KNJ ada jalan2 ke IKEA dan The Curve KL...jumpa lah kitchen Aid Hand Mixer ni di House Of Presentation.....beli jugak KNJ sebijik...sebab KNJ punya berjenama pensonic dah berasap2 rosaknya....bila balik dan belek punya belek... laaah rupa2 nye..mai dari china loooor...tergelak KNJ...yoyo orr je...ingatkan made in USA kerr, UK kerrr tak pun koman2 made in malaysia....tapi nan ado !! :))

so dari pada kita dok sibuk2 nak boikot ke hapa...meh lerr kita reset minda kita supaya menjadi masyarakat yang lebih produktif dan dinamik....sudah2 lerr sokmo2 emo dengar lagu 'anak kecil main api"'....orang lain dah jauh ke depan....kita ni....pi mai pi mai tang tu jugak lah nanti!



Thursday, May 16, 2013

Kek Coklat Kukus Mudah...Selamat Hari Guru!

Assalaamualaikum.....
KNJ " sapa cikgu Amny yang paling banyak dapat hadiah?"
Amny " Teacher !"
KNJ " Cik gu Hxxxxx, dapat hadiah tak?"
Amny " tak dek pun!"...mulut Amny  mencebik
KNJ senyum... Siapa "Teacher" dan siapa "Cik gu Hxxxxx" ??

"Teacher" ialah seorang cik gu perempuan berbangsa India beragama Hindu...very loving, very encouraging...soft spoken..penyabar...every words are mostly very inspiring...jarang nak naik hangin...sumpah seranah jauh sekali....so as a conclusion , she is respected and adored by her students...very logical eh!

"Cik gu Hxxxxx" pula in contrary...adalah seorang guru perempuan berbangsa Melayu dan beragama Islam....tersangaaaaaatlah garangnyeeer.....tah berapa banyak students dah makan pelempang dan cubit2tan dia..bagi nasihat, kalau tak di sertai dengan sumpah seranah, memang tak sah....kekadang bercakap dengan mak bapa yang mengadu perihal anak2 mereka pun, macam ala2 menengking ajeeer...so tak hairanlah cik gu tu tak popular di kalangan anak2 muridnya......respect is earned not by force...kan!

Apa yang KNJ nak highlight kat sini adlah...tugasan menjadi guru dan pendidik ni bukan tugasan yang enteng.....cabaran banyak, tugasan cukup mencabar nowadays...budak2 sekrang...ada yang degil Ya Ampun..!! tapi kalau kena gaya dan cara nye( bagi orang Islam)....profession ni lah yang dapat mengumpul pelaburan yang cukup mewah di Akhirat kelak..! Fikir2 kan lah!

Hari ni KNJ buatkan coklat kek untuk Amny bawak pergi school...KNj kukus dalam bekas kecil2...senang Amny nak distribute...dengar kHabar everybody just love it...pheeeew legaaa!



KNJ C&P dari blog Dari Dapur Ummi...tqvm!

KEK COKLAT KUKUS MUDAH
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 cawan minyak mazola
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe (saya x letak)
3 biji telur

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
-ayak bersama 2,3x

Cara memasak..
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Topping mudah
1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sb butter (KNJ tambah)
kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Selamat mencuba



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...