Pages

Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

salam Rindu Ya Ramadhan...siakap 3 rasa ala THai

Assalaamualaikum,
Alhamdulillah...bertemu kembali kita bersama2 di bulan Ramadhan, bulan yang penuh kemuliaan dan barakah...Moga2 kita Di beri kesempatan waktu dan kenikmatan kesihatan dari Allah swt untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan kali ni yek!

Awal2 pagi semasa menghantar Amny ke school...Amny sudah buat gempak....katanya dia tertinggal bekal di rumah...KNJ pun panik jugak...dalam hati...alahai tak sudah!...sebentar kemudian..masing2 berderai ketawa.......loooor....kan puasa, so Amny mana ade nak bawak bekal...bertuah punya budak !!!
hingga ke petang begini...Alhamdulillah Amny masih boleh bertahan....tak ada 'tragedi' termakan or terminum seperti tahun2 sudah..... :) ...sebab agaknya dah besar 8 tahun ni dah bertambah cerdik lah dia....Happy Birthday to Amny...harijadi nya yang jatuhnya pada 1st ramadhan...kiranya tak buatlah kek bagai untuk dia ...sebab puasa kan...tak dak orang lalu nak makan kek time berbuka dan malas pun ye jugak... :D

Since lauk ayam dan daging semacam punya mahal lah lately kat somban ni...Hari ni KNJ masak lauk ikanlah untuk berbuka...masak awal2 jugak sebab ada hamba Allah kat rumah ni yang di beri 'MC' oleh Allah...so boleh dia santap2 nyorok2...kang anak2 nampak pakat2 nak berbuka lak...jenuh...kekadang tak puasa pun, tekak kering semacam orang berpuasa jugak :))






Ikan masak 3 rasa..sedap jugak...resepi asal dari Chef Hanieliza from Ummi Zaihadi tapi KNJ ikut cara TTM ( apa khabar dia agaknya? )...
KNJ letak di sini...utk bagi idea  pembaca2 KNJ buat juadah berbuka....daaa...nak sambung tengok citer korea ( Fashion King ) lak.. selamat berbuka dan selamat menjalani ibadah Tarawikh !

 SIakap 3 Rasa Ala Thai

sumber; TTM,  Ummi Zaihadi

Bahan A:-


  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris) - * ummi kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar (*ni ummi tambah)
  • 1/3 biji capsicum merah (*ni ummi tambah nk habiskan stok)
  • 1/3 biji capsicum hijau (*ni ummi tambah gak)
  • 1 biji tomato - didadu kasar) (*ni ummi letak, jadi xletak yg dibelah dah)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
Bahan B:- (untuk sos)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji buah tomato (dipotong 4)
Cara-Cara:-
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (*akak gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*akak bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.


Wednesday, April 3, 2013

Malaysian Food Fest - Ikan Percik Kelantan

Assalamualaikum,
wayoooh... sedar tak sedar, dah seminggu lebih Kak Nik Ja tak up date blog yek!...time really flies!
kali ni entry berkenaan Malaysian Food Fest - masakan Kelantan, yang di hos kan oleh Gert dari My Kitchen Snippets...jom! sesiapa nak join boleh baca syarat-syarat penyertaan di Blog Gert yek..yang pasti tiada bayaran di kenakan ...betul tak Kak Nor ??...:)

Hari ni KNJ nak memperkenalkan masakan yang cukup popular jugak di Kelantan ni ie Ikan Percik.....kalau uols pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah, di bahagian food court tingkat atas tu...boleh juling biji mata tengok berbagai juadah yang sedap2 belaka..bukan tu saja..harga dia jugak amat2 berpatutan...Ikan percik ni adalah salah satu juadah yang uoals boleh dapati di sana...

lagi satu tempat, kalau nak cari ikan percik sedap..dahulunya boleh di beli di Padang Bas , Kota Bharu ...tapi sekarang, peniaga-peniaga tu telah di pindahkan di tempat lain...KNJ masih belum berpeluang lagi nak cari.

Baru-baru ini Mama KNJ ada menyarankan Restoran Yatie Ayam percik untuk di cuba...In sha Allah, kalau balik kampung pasti KNJ akan terjah ke sana!...ohh rindunya nak pulang ke kampung!!

Yang unik tentang Ikan Percik kelantan style ni..rasa dia tak pedas langsung, berwarna lebih putih dan  manis-manis manja gitu...so bukan saja boleh di nikmati oleh orang2 tua, budak2 pun boleh makan, coz tak pedas kan! kalau tak mau ikan..uoals boleh jugak gantikan dengan ayam bakar... sedap juga! jadi lah ayam percik!

Resepi yang KNJ paparkan di sini mungkin sedikit berbeza dengan yang orang lain coz resepi ni mama KNJ yang ajar...dan setakat ni..Alhamdulillah cukup sesuai pada selera KNJ sekeluarga


Ikan Percik Kelantan style

5 ekor ikan kembung/ kerapu/bawal (KNJ guna kerapu)
air asam jawa secukupnya
1/2 inchi halia*
2 ulas bawang putih *
2 sudu kecil garam*

cara2nya:
- bersihkan ikan dan rendam dengan air asam jawa untuk 15 min
- bilas ikan dan gaul dengan bahan2 tumbuk yang bertanda *
- perap sebentar
- bakar ikan sehingga masak..KNJ guna non-stick pan aje!

bahan untuk kuah:
7 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1 inchi halia*
3 tangkai cili kering*
1 sudu kecil lada hitam*
1 batang serai *
2 keping asam keping
2 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa parut
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung

Cara:
- kisar bahan2 bertanda *
- masukkan bahan2 kisar bersama-sama asam keping dan 1 cawan air. renehkan sehingga pekat
- masukkan pula 2 cawan santan. kacau sentiasa supaya kuah tidak pecah minyak..pecah minyak tak cantik!
- masukkan pula tepung jagung yang telah di bancuh bersama 2 sudu air
- masak hingga gelegak dan pekat
- boleh lumurkan pada ikan bakar tadi dan bakar sekejap
- selamat mencuba !

budu sudah di beri nama komersial baru..pati ikan bilis!


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "



Wednesday, January 23, 2013

Kari kepala Ikan Special

Assalaamualaikum,
terasa nak makan karilah pulok.....kali ni buat kari guna kepala ikan merah......aaaarh awesome !



Resepi campak2 dari kak Nik....tulis jugak akak kat sini... kalau tak tulis nanti hilang , Akak jugak yg rugi...sebb akak ni pesen main tulis resepi kat cebisan2 kertas...habis masak, kertas kemana, resepi kemana ! :D...
sudah masak kari ni pokwo nak makan dgn roti canai...akak suruh dia beli ajer di kedai mamak berdekatan...lepas tuh akak nak kena pergi sekolah anak dare ku...nak amek duit bantuan sekolah RM100 hinggit.....yg jenuh nya nak kena menadah telinga dengarkan ceramah patriotik YB dari Rembau....hemm tak kosa den!

dapat duit RM100 hinggit....tapi lepas tuh kena bayar yuran PIBG, RM120 hinggit!....nampak gayanya akak kena bawak duit xtra lah...:(..eloknya duit tuh tak yah bagi kat mak bapak kan...bagi kat sekolah jelah siang2...kan sonang kojo!

nway inilah resepi nya...memang panjang skitlah list dia...tapi sgt sedap dan bau wangi bila di tumis....

KARI KEPALA IKAN SPECIAL

2 kepala ikan merah ± 1 kilo
sedikit air asam jawa
-basuh bersih dan rendam dgn air asam jawa utk 15 minit
-basuh bersih dan toskan

Bahan tumis (*di tumbuk):
½ sudu kecil ketumbar*
½ sudu kecil jintan manis*
½ sudu kecil jintan putih*
5 ulas bawng putih*
5 ulas bawang merah*
1 " halia*
1 bunga cengkih
1 bunga lawang
1" kulit kayu manis
1 buah pelaga
 2 tangkai daun kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil kas kas
4 sudu besar serbuk kari ikan di campur dgn sedikit santan cair hingga menjadi pes
1 biji kelapa (perah dan ambil 1 cawan santan pekat dan 1 ½ cawan santan cair )
2 sudu kecil pes asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya utk menumis

2 biji tomato- belah 4
4 bendi- bersihkan dan goreng hingga sedikit layu

cara2:
  1. panaskan minyak dalam periuk.
  2. tumis bahan2 tumbuk bersama-sama bunga lawang, cengkih, buah pelaga, kayu manis dan daun kari hingga naik bau
  3. masukkan pula pes serbuk kari, sos tiram , sos cili dan kas-kas
  4. msukkan santan cair...didihkan hingga rempah dah tak rasa pahit
  5. masukkan pula santan pekat, perisakan dgn  asam jawa pes, garam dan gula secukup rase. didihkan
  6. masukkan kepala ikan hingga msaka
  7. kecilkan api . bolehlah masukkan tomato dan bendi...sedia di hidang!



Friday, June 29, 2012

Asam pedas Nyonya...Ikan Uji Rashid!!


Assalamualaikum................
salam sejahtera untuk semua....salam satu malaysia!!!...ada orang beli saham felda keer?? kalau yang beli tuh pasti senyum sampai ke telinga..sebab saham ni naik mencanak2 nampaknya....amboi!! bertambah lagi lah jutawan2  felda yek!!
eh...tidak lah, mokwo tak beli saham tu pun...nak main amanah saham bumiputra pun mokwo tak gheti...apa lagi saham2 berprestige (lagi penuh kontroversi !!)...involving ribu raban nih......sesaja, sekali sekala nak tahu jugak perkembangan isu2 semasa di Malaysia nih

oklah berbalik dgn menu ringkas hari nih....wa manyak suka hati looor...biasa nya masak asam pedas ..jarang2 nak sedap...kali nih tersedap lah pulook!! ..:D

mokwo buat guna ikan Uji Rashid (ikan mata besar!) ajerr...asyik dok buat ikan goreng..tetiba nak cuba sesuatu kelainan lah...nasib baik menjadi...... yahooo!! (mokwo nih fail sokmo bila buat asam pedas...selalu  jadi kuah nya pahit!!)

pada tekak mokwo rasenya lebih kurang macam asam pedas lain jugak..cukup tak reti nak mengklasifikasikan kan dia nyonya ka, johor mari ka, melaka ka...kita tau makan aje lah

kepada yg kepingin mencubanya...inilah resepi yang mokwo ambil dari DTS Mat Gebu...tq very much Mat for sharing!! mintak izin panjangkan di sini pulak yea!

                                                            ASAM PEDAS NYONYA
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
2 kelopak sawi jeruk (optional)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1 hirisan nipis lengkuas
1/2 camca teh lada hitam biji (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...(sesiapa nak letak serbuk perasa pun boleh..)

lawan dgn sayur sawi jepun kukus...curahkan saute bwng putih dan udang idup, sedikit oyster sos n lada sulah

Sunday, September 25, 2011

Ikan belanak masak tempoyak....selera lepas raya!

Assalamualaikum....salam santai 1 Malaysia ...kalau sesiapa yang kena berkerja di hari minggu tuh..selamat berkerja yek!...tak moh merungut2 wokah...bekerja menyara keluarga juga boleh di jadikan ibadah..kalau kena dengan syariat Islam

Ikan belanak...first time mokwo jumpa...selama nih dok dengar hanya cerita2 tentang nya...cukup payah nak jumpa di pasar2 biasa...harga nya pun boleh tahan mahal nya...pokwo yg beli di pasar ikan bagan lalang...brapa sekilo pun dia tak pasti ...rembat ajerr tak moh banyak cakap sebb pokwo tengok hanya ada tinggal sekor


Rupa nya memang sedap ikan  ni...lembut dan lemak isinya..lebih2 lagi bila ikan memang fresh...jika ketemu lagi..mokwo mau beli banyak ekor....nak try goreng or bakar...tapi kan yang tak tahan tu tang dia punya kepala....alamak aii serupa itu ularrr....hemm mokwo tutup mata makan tau..!!




resepi yang mokwo copy dari cik gu Ina...mana dah menghilang mak budak nih...Ina kata resepi nih di perturunkan dari Ummi Kuantan..tq to both lovely happy-go-lucky ladies ! resepi simple yang sedap !! 

  1. ikan belanak..pic yang mokwo pinjam dari visiklasik..tq!
Bahan-bahan

2 ekor ikan patin - elok yang sungai punya (saiz sedang) - mokwo x makan ikan patin ganti ikan belanak!

12 - 14 tangkai cili padi - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 inci kunyit hidup - ditumbuk
2 cawan tempoyak (akak guna 1 cawan tempoyak agak lama (masam sikit) & 1 cawan tempoyak baru sikit, kalau tempoyak baru semua, kena letak 1-2 kpg asam gelugor)
1/2 batang timun taun (timun tua yang berwarna coklat gitu) - hana gune timun biasa jerk, mokwo buh terung!

8 - 10 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan - belah 2
2 cawan air untuk kuah secukupnya (jangan terlalu cair)
garam secukup rasa
gula (optional) - kalau terpedas sangatlah

Cara-cara
Ikan dipotong dan dibersihkan. Kemudian diperap dengan garam dan limau nipis lebih kurang 20 - 30 minit. Bersihkan semula dan toskan.
Timun dibelah dua dan dibuang biji tengahnya dan potong 1/2 inci tebal. Bersihkan dan ketepikan.
Masukkan bahan tumbuk dan tempoyak dengan 1/2 cawan air dulu ke dalam periuk. Renehkan sebentar agar cili benar-benar masak.
Bila telah mendidih, masukkan air untuk kuahnya beserta timun taun.
Biarkan timun masak bersama tempoyak dahulu hingga 3/4 lembut dengan api sederhana perlahan. (timun ni agak keras jugak)
Kemudian masukkan bungan kantan dan daun kesum. Biar sebentar biar kantan lembut.
Masukkan ikan patin dan kacau sesekali sahaja. (ikan patin cepat masak dan mudah hancur jika selalu dikacau). Boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat. Biarkan mereneh dan letak garam secukup rasa.

Thursday, September 22, 2011

COQ TOQUA IKAN.....pernah rasa tak??

apeee tak pernah ghase...( nada buat2 terkejut )...Coq toqua ikan ( bahse kedah ) atau jepuk tahu ike (bahse kelate ) or cucur tauhu ikan ( bahse standard malaysia baku ) :))

hemm you all layan jelah resepi nih..baru habis buat breakfast..lunch bolum masak laeii...wahh darurat nih !!
nilerr penangan melangut depan pc pagi2 lagi...haah amalkan selalu yeaa..dah kena sound dah nih !! adeh dehh pedih 3x!


kalau sesiapa yang teringin..inilah resepi nya..resepi yang mokwo sudah ubah suai sesedap rasa:

Cucur Tauhu Ikan

1 cawan tepung gandum
1 cawan isi ikan yang telah di rebus dan di buang tulang , lecek halus ( mokwo suka guna ikan mata besar)
1 ketul tauhu lembut ( 300gm ) - lecek
1 biji telur
1 biji bawang besar --cincang halus
2 ulas bawang puith-- cincang halus
daun ketumbar --cincang
1 sudu kecil lada hitam-- tumbuk
garam dan gula secukup rasa
sedikit air rebusan ikan--campur sehingga membentuk adunan seperti adunan cucur
minyak secukupnay utk goreng terendam

cara2:
  1. satukan semua bahan kecuali telur..pukul telur sedikit berbuih bari masukkan dalam adunan
  2. panaskan minyak..sudukan adunan dan goring sampai keperangan
  3. buat sampai habis
  4. boleh di makan begitu sahaja atau di hidang bersama2 sos cili

Monday, November 22, 2010

Ikan bersos Thai

salam semua...kebelakangan nih tangan macam tak berapa rajin nak menerjah blog ..mana tak nye kalau asyik nak bertekak, berebut ngan anak2, nak guna komputer...last2 ummi nye mesti mengalah..yelah kesian kan...hari2 biasa2 bukan nye anak2 dapat guna komputer...masing2 sibuk dgn homework berbagai..so jadik nye cuti2 sekolah nih dlm tak dek buat ape...anak2 akan dok depan komputer...bagi chance lah kan...baik kan ummi dia!!..lagi pun kalau time kita nak menaip blog nih, ade lak yg dok kat belakang kita melilau ape yg kita tulis , boleh naik buntu idea di buat nye...very2 so rimass lerrr!



sebelum mokwo kena berundur...baik mokwo teruskan dgn resepi utk hari nih...resepi ikan..lately mokwo banyak beli ikan...nih tah tak tau bila beli , rasanye ikan nih dok 'termenung' lame jugak dlm freezer...plan nye nak masak lain...ala2 steam...tapi di sebb kan ikan nih dah lama, takut end result jadik x sedp.so baik buat yg goreng2 ajerr...resepi yg simple tapi bak kata ummi kuantan memang 'world'...mokwo c&p dari dapur ummi kuantan, kata nye resepi asal dr d glamorous mat gebu..terima kasih yekk sudi kongsi resepi nih...mokwo panjang kan kat sini pula....u oals musti coba tauu!

IKAN BERSOS THAI


Resepi : Mat Gebu



Bahan-Bahannya :-)



* 1 ekor ikan bawal sederhana besar (mokwo guna ikan siakap)

* 1 batang serai, dititik

* 1 kuntum bunga kantan, dihiris

* 1 cm lengkuas, dititik

* 1 cm halia, dititik

* 3 biji bawang merah, dihiris

* 2 helai daun limau purut, dihiris

* 2 camca besar sos ikan

* 1 1/2 camca besar cuka makan

* 3 biji cili merah* (mokwo guna cili api dlm 6 biji)

* 2 ulas bawang putih*

* 1 1/2 camca besar gula*(*ditumbuk hingga lumat)



Cara membuatnya :-)



1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan jus lemon (mokwo perap dgn asam jawa) dan garam 10 minit, cuci kembali dan toskan. Kelar2 ikan, lumur dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan, alih ke dalam pinggan sesuai.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum.

3. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi.

4. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.

5. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Dan tuang sos atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan segera....yumm yumm..

Monday, August 16, 2010

temurun nye si sambal tumis

salam Ramadhan Al-mubarak buat semua umat Islam....macam mana rasa..mokwo harap2 semuanye masih mampu meneruskan pejuangan melawan nafsu dan memperbanyakkan ibadah di bulan yg mulia ini......bulan posa nih susah lah skit mokwo nak update..asyik dok main kejar2 jek dgn masa yg tak terkejar..mana tak nye bulan2 biasa, lauk biase2 aje..bila time bulan posa anak2 n pokwo demand deh!! nak kuih lah, nak cendol lah, this n that..wow..ku ada dua tangan n kaki je..bersilat gayunglah kat dapur sorang2!
 but don't get me wrong, i do really enjoy cooking for them..kekadang pokwo offer nak beli makanan kat bazaar ramadhan pun mokwo menolak..mokwo insists to cook! lagi pun masa nihlah kita sebagai ibu n isteri nak kumpul pahala lebih kan!
yg nih adalah resepi sambal tumis yg mokwo perolehi dr seorang penjual nasik lemak yg dah pencen..sedap sambal dia..walaupun buat dgn quantity yg banyak..sambal dia menten lemak manis tak pahit pun..dia perturunkan pd mokwo..n mokwo pun perturunkanlah pd u ols pembaca budiman..harap2 boleh mendpt manfaat...
rupanye sambal tumis nih punyai teknik pembuatan nye yg tersendiri..dan sambal ni jugak boleh di simpan dlm fridge dalam masa lebih kurang 2 weeks without stale..so jimat masa maah! tak yah sentiasa nak menumis bila sambal diperlukan! so selamat mencuba!

sambal tumis
bahan2nye:
3 cawan cili kering yg telah digunting2
1 cawan cili boh
2" belacan
300gm bawang merah
1" halia
1/3 cawan gula pasir
3 sudu besar madu
1 sudu besar garam
2 sudu besar pes asam jawa adabi
1 kuib bilis knorr
1/2 cawan minyak utk menumis
cara2:
-rebus cili kering sampai menggelegak. tutup api dan biarkan for 30 min\
- kisar cili tadi dgn belacan. ketepikan
-kisar berasingan bawang merah,dan halia. ketepikan
-panaskan minyak, tumis campuran cili tadi till sedikit garing..agak2 10 min
-kemudian masukkan campuran bawang tadi n tumis lagik for 10 minit
-masukkan garam , gula, asam jawa,kiub bilis, madu dan air jika perlu.
- bila warna dah mcm merah hati gitu dan rasanye dan berkenan dek tekak kita ..tutup lah api
-tunggu sejuk barulah boleh di simpan dlm fridge

so kekdah nye, klau nak buat sambal tumis ikan bilis..just goreng ikan bilis yg di basuh bersih..dan hangatkan sambal tumis yg dah dibuat beforehand, buh hirisan bwg besar klau suka..bila sambal dah sejuk skit baru masuk ikan bilis goreng tadi!
Daaaaaa..selamat berbuka!

-

Wednesday, May 5, 2010

masak lemak tempoyak ikan tengiri


salam kembali siaran semua...Alhamdulillah, ari nih masa mokwo agak lebih renggang dr ari2 biasa..jadik sebelum kesibukkan, mokwo amek kesempatan inilah utk update blog..sayangnye masih belum boleh sempat jenjalan2 ke umah kawan2 lain lagik..klau dapt ziarah pun nak 'shout' ape2 pun masih tak nyempat..kekadang line ternet yg menjadi sedikit slow melow, banyak membantut keinginan mokwo utk jenjalan ke blog lain..ditambah kesihatan anak2 lately ibarat mcm org lumba lari berganti2, amny ok kakak lak demam, kakak dah ok, amny lak demam..dua2 dah ok mokwo lak yg ko!...hehheh
dekat area mokwo sekarang tengah hot demam denggi........beberapa org kenalan mokwo dah mengidap penyakit nih dan dah beberapa orang jugak yg masuk sepital..so memang kena take extra precaution...jam 5.30 pm sudah siap2 kena tutup jendela umah,longkang2 depan umah kenalah ditabur abate(ubat utk mematikan jentik2)..kawasan di sekitar umah mokwo memang tak de masaalah sebb sekelilingnya nya udah di simen, tapi mokwo cukup risau kawasan belakang jiran umah mokwo yg dah jadik cam hutan amazon..nak tolong bersihkan, pintu pagar berkuncilah pulak...hopefully depa come back soon!
berbalik kepada resepi ari nih, lama dah mokwo tak makan gulai tempoyak nih..ari tuh terajin bangun awal , bertandang kat pasar tani..ternampak lak tempoyak yg disusun bertingkat2 dekat satu gerai nih..sungguh menggoda betul baunye! lalu terbeli lah barang sebekas tempoyak itu..balik umah dah termenung nak masak ape dgn tempoyak tuh! last2 my neighbour bagi suggestion utk masak lemak!..almaklumlah org nogori...masak lemaklah yg paling femes! kata jiran mokwo, resepinye sangat mudah..hanya berempahkan segenggam cili api dan sedikti kunyit..dah! woyooo...tak tercabut kepala ke kepedasan...mokwo cili2 api nih surrender siang2 lagik!so meh tengok resepi yg cukup mudah n simple...
bahan2:
1 ekor ikan tengirri- siang dan hiris( berat dlm setengah kilo)
2 " kunyit- tumbuk
5 biji cili api yg ijau punya- tumbuk( klau sapa yg bleh tahan pedas, bolehlah buh byk2)
2 biji cili merah- potong kasar
1/2 kiub ikan bilis knorr
1 sudu besar tempoyak
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
cara2:
-masukkan santan cair dlm periuk, masukkan bahan2 tumbuk, kiub ikan bilis dan tempoyak
-biarkan mendidih seketika. kemudian masukkan ikan dan santan pekat
- perisakan garam dan gula nye..kacau gulai sentiasa supaya tidak berkeladak
-bila ikan dah masak bolehlah di hidangkan

Tuesday, February 16, 2010

ikan siakap 3 rasa

at last i manage to go out..but the shopping trip was not as i expected...with hot blazing sun..it was so unbearable to travel here and there..luckily i didn't bring along my little girl..huh no wanderlah pokwo just let me went along with my big girl...jealous lak dlm dok panas2 terik menunggu for parking space..dok teringatkan how pokwo sat leisurely enjoying his astro sports channel..we just hate crowds and trafic jam..i thought..after chinese new year there was not many people went out for shopping..but the reality had proved me wrong....hemmm ape nak buat..sampai shopping complex..cepat2 beli all the necessity and chow..cari pisang pun tak jumpa...ikan2 pun macam dah setahun menopause..hemmm


ikan nih mokwo beli sebelum CNY lagih..baru nak masak..hampir lupa..so di sebabkan keboringan dok mkn ayam je lately..mokwo pun masaklah ikan nih....tak de nye nak buh mak nenek sayur...klau buh pun nanti dok pakat kuis2 tepi mokwo gak yg nak kena makan...i'm not in the sayur mood today..mokwo cube resepi dr chef norzailina...klau tak silaplah dan dah diubah suai mengikut cita rasa mokwo...meh jamu selera....mkn ngan nasik panas2 memang terangkat..tapi klau para2 diabetic harap kurangkan mkn nasi yek!


bahan2:
2 ekor ikan siakap - siang dan bersihkan, rendam dlm air asam jawa for 10min( utk hilangkan hanyir)
4 sb tpg jagung- utk salut ikan

7 ulas bwg putih- didadu halus
20 cili akar (species cili api yg tak berapa pedas)-kisar alus
3 sb cili sos
3 sb sos tiram
3 sb sos ikan (nam pla)
1 sb plum sos (optional, msam betul sos nih)
1 bijik limau nipis -perah amek airnye
1 sk tepung jagung + 1/2 cwn air
daun ketumbar)
daun bawang)- buat hiasan
gula secukup rase
myk utk menumis

cara2:
  • bilas ikan tadi dgn air bersih..lap kering.lumur skit garam + tpg jagung.
  • goreng ikan dgn myk terendam till masak dan garing
  • tumis bwg putih till naik bau. masukkan cili yg telah dikisar tadi
  • masukkan pulak segala sos2 nye
  • kemudian bancuhan tepung jagung pula. kacau till pekat
  • bila kuah dah didih, masukkan air limau nipis dan tutup api.
  • bila gak sejuk skit(supaya ikan maintain garing)..curah atas ikan tadi,
  • tabur dedaun dan hidangkan
masakan harus punyai rase manis, masam dan pedas..baru di panggil 3 rase mahhhh!!
jemput mkn!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...