Pages

Thursday, June 30, 2011

homemade mayonnaise

lepas kena putar..mokwo guna FP yang kecil jer nih..berkapasiti hanya 0.8L yang berusia 14 tahun..dah anak dara dah FP ku!!
 Thanks Allah for the food processor (FP)!!! :D
sepanjang 14 tahun memiliki FP , baru sekali nih mokwo buat mayo.. simple sungguh rupa pembuatan nya
bukan sahaja  senang..malah begitu menjimatkan dan rasa dia lebih sedap berbanding dgn mayo yang di beli...so kepada sesiapa yg berniaga burger tuh..lepas nih bolehlah buat mayo sendiri yek...sure lebih ummmph!!/hmm

resepi mayo nih menghasilkan warna mayo yang lebih kekuningan sebab penggunaan telur kuning di dalamnya..agak2 kalau nakkan mayo yg lebih putih, boleh lah masukkan putih telur sekali...tapi mokwo tak try lagi cara gini..
lagi satu kalau nak buat mayo seendiri ..janganlah buat banyak2..kang tak habis..rosak lak, buang sesaja...mayo yang di buat sendiri tanpa bahan awet..sure lah tak tahan lama..kan!

resepi di bawah, mokwo google from d ternet ... edit here n there to suit my taste...memang jadik mayo !!!
so have a try yeah, make sure to follow those procedures very2 closely!

scrapping out d mayo...adunan kental sekata


2 biji telur kuning √

2 sudu besar jus limau nipis √

½ sudu kecil gula √

garam secukup rasa √


lada sulah jika suka..buh cajun pun boleh √

 1 cawan minyak masak ( mokwo guna ½ cawan minyak sawit n ½ cawan minyak olive )

1 sudu besar air (kalau nakkan mayo yang lebih cair )

cara 2: ( malas nak translate daaa )
  1. masukkan bahan yg bertanda √ dalam food processor yang telah di pasang dgn blade
  2. and buzz 15 seconds . Now, with motor running, slowly drizzle in 1/4 teaspoon of  oil at a time.(at this point, much patience is needed to form a consistent emulsion ..so don't ever rush in...otherwise your mayo will end up being runny...jadi kuah lerr!/blurr )
  3.  As mixture begins to thicken, continue adding oil in a fine steady stream, alternating with  water until finish.
  4. Stop motor and scrape mixture down from sides of blender cup or work bowl as needed. 
  5. walllah..one cup of freshly made mayo is ready..please keep the remaining in fridge. it should last for a week ...
  6. now its time to clean the FP!!!!...hukhuk..bercinta sungguh! /floor
**bila guna FP..dekat corong atas tuh memang ada inlet/tempat khas untuk masukkan minyak..please free   to   explore yur own FP

    ready utk simpan dlm fridge..sedikit seksa nak ngambik gambo mayo nih...sampai kamera cap senapang mokwo tercelup skali..huhu! sib baik tak lemas!!









    Wednesday, June 29, 2011

    Assalam semua !!

    /hihi... knock, knock, knock anyone home ???

    just testing my icons...can read more about it over here just in case if anybody is interested..add more fun to yur posting!!

    /wahaha...seronok tak hingat!!

    Wednesday, May 25, 2011

    Pasrah......

    Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
    Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
    Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
    Yang menguasai Hari pembalasan.
    Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
    Tunjukilah kami jalan yang lurus.
    Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

    Assalamualaikum.....kepada pembaca yang budiman...

    kekadang hidup ini tak selalu nya indah...tapi samaada buruk atau indah itu jugak bergantung kepada perspektif kita terhadap sesuatu situasi atau kejadian sebenarnya

    last week, on cheerful saturday  morning..mokwo sekeluarga telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya....Alhamdulillah mokwo sekeluarga selamat without any scratch biarpun begitu tatkala itu jantung mokwo bagai nak gugur mendengar dentuman yang begitu kuat dan anak2 dara mokwo dua orang yang duduk di belakang hanya mampu menangis kerana terkejut yang amat sangat...tapi yang tak selamat ialah kereta mokwo...huhu...habis remuk teruk bahagian bonet belakang...kasihan si 'maria' (kereta hitam kesayangan ku)
    Vontot yang dulu solid molid sudah tak nampak ghupa lagi ternganga..umpama terngaganya mulut mokwo kerna begitu terkejut dengan musibah yang tiba sekelip mata !

    jangan harap manusia yang melanggar kereta mokwo tuh nak keluar duit dia satu sen pun..dia suruh kami buat report polis dan proceed the repairing procedure by claiming his insurance...senang betul idup ko kan!!
    tak pa lah.....ingat2 banyak kali tak guna jugak gaduh2...tak bawak kita kemana-mana pun ! so, seharian that day...kerja nya menguruskan si 'maria' ajer...terbantut segala agenda santai2, cuti2 semalaysia  mokwo

    kami tiba di rumah pukul 2 pagi dengan keadaan letih lagi frustrated...tiba2 pokwo menerima panggilan kecemasan dari kakak pokwo bahawa papa pokwo, my FIL sedang nazak di hospital kulim kerana mengalami gangguan pernafasan.... pneumonia...dengan kelam kabut, bertolaklah kami dari senawang nih dengan si'maria' yang rompong itew ke kulim, kedah...pada pukul 3 pagi gitu...FIL telah kembali ke Rahmatullah...dalam keadaan sedih kami gagahi jua perjalanan dan sampai ke kampung pokwo selepas subuh..

    ahad itu...pengurusan jenazah berjalan dengan lancar dan sempurna...walaupun mahu berlamaan di kampung..keadaan cukup tak mengizinkan......isnin esoknya,.. pagi2 lagi selepas subuh..kami terpaksa pulang semula ke n9 untuk menguruskan hal2 'maria' pulak...gedebuk, gedebak...hari khamis, 'maria' officially di tahan di workshop utk di baiki

    fuhhh!!!...satu minggu yang sungguh memenatkan mental dan fizikal buat kami sekeluarga !!!

     setiap suatu yang berlaku....Allah sembunyikan seribu macam hikmah di dalamnya..kita manusia manakan tahu.... baik atau buruk...mokwo mahu senantiasa bersangka baik pada Allah...kerna di situ mokwo dapat satu kekuatan...lagi pun bukan kah segala sesuatu di langit atau di bumi ini adalah milikNya...harta maupun nyawa...hanyalah pinjaman....mokwo mau jadi hambaNya yang redha..sebab keredhaan itu akan menciptakan satu ketenangan.....InsyaAllah..

    so sebelum mokwo mengundur diri...mokwo pohon kepada pembaca2 yang sudi agar sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapa mertua mokwo , Abdul Khalid bin Husain ..satu permergian yang amat di rindui dan moga Allah cucuri roh beliau dan tempatkan di kalangan solihin.... amin





    Tuesday, May 24, 2011

    mau menjerit !!!

    Assalamualaikum...jom nyanyi skit !!

    by arwah Tan Sri P. Ramlee

    Jeritan Batin Ku

    Dengaaaaaaar
    Oh! Jeritan batinku
    Memekik-mekik
    Memanggil-manggil
    Namamu selalu
    Sehari kurasa sebulan
    Hatiku tiada tertahan
    Ku pandang kiri
    Ku pandang kanan
    Di kau tiada...

    1
    Risau
    Batinku menangis risau
    Makin kau jauh
    Makin hatiku bertambah kacau
    Mengapa kita berpisah
    Tak sanggup menahan asmara
    Oh! Dengarlaaaaaah
    Jeritan batinku

    ( ulang 1 )


    mokwo : ohhh ,maria !!! bila kau mau pulang????

    mode sekarang : frust menonggeng..!!!

    Apa kes.....tungggguuuuu...!!!! 
    terimakasih kepada yang sudi bertandang..

    Wednesday, May 11, 2011

    Dadih Homemade

    clockwise perisa vanilla, pandan n blueberry....tapikan kaler purple tarak!!! hentam ajer lah kaler apa pun!

    Assalamualaikum semua...suasana hari nih ada sedikit hazey...memang tak elok untuk kesihatan..cuaca pulak ..aduhai panas..summer sokmo di sini..
    so hari nih buatkan dadih

    dah lama teringin nak buat sendiri...agar2 biarpun memang senang nak buat tetapi selalu ajer kena postpone...al maklumlah orang yg asthmatic cam mokwo nih memang kena pantang makanan yg sejuk dan berais.

    dulu macam nak demam going cold turkey dengan ais nih....tapi lelama  dah biaso...dalam panas terik melenting pun, mokwo lebih rela memilih utk minum yg panas2

    terimakasih kak nor --Secubit Garam..akak yg cukup glamerr . .....utk resepi dadih nih..manis dadih cukup sempurna....anak2 mokwo teramatlah sukanya...siap tapau lagi utk pergi school bagi kawan2 makan
    Dadih

    10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
    2 liter susu segar
    1 1/4 cawan gula (atau 17 sb gula)
    1.2 liter air
    1 st garam
    1 sb tepung jagung - dibancuh dgn 2 sb air

    # yg ni terpulang pd masing2 ya..
    coklat emulco dan pewarna coklat
    strawberi emulco dan pewarna merah
    pandan emulco dan pewarna hijau

    • Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih tp jgn terlalu lama dibiarkan mendidih nanti dadih menjadi keras. (Hendaklah sentiasa mengacau adunan ya)
    • Padamkan api dan biarkan seketika.
    • Sekiranya ingin jadikan dadih yg putih biasa tu, tak perlulah letak apa2 emulco atau pewarna.
    • Jika ingin hasilkan dadih berperisa coklat, ambil sebahagian dr dadih td, dicampurkan dgn coklat emulco dan perwarna coklat.
    • Begitu juga kalau nak perisa strawberi, masukkan strawberi emulco dan sedikit perwarna merah.
    • Biarkan adunan suam, baru la ditapis dan dimasukkan kedalam bekas yg diingini.
    • sejukkan dalam peti ais
    next time nak beli lebih banyak colouring n emulco lagi....masuk shopping list lah dulu!!

    Tuesday, May 10, 2011

    Rendang Padang


    Assalamualaikum kepada pembaca budiman....dah masak ke belum ?? ooohh buntu nak masak apa...why not masak rendang ni

    sedap..Rendang Padang dari kak fida myr...sepatutnya rasa dia pedas2 skit dan lebih berwarna merah ..tetapi seperti biasa, umah mokwo ni tak boleh masak yang terlalu pedas..justeru itu mokwo hanya letak 3 biji cili merah aja, hoping d colour gonna turn red...tapi hampeh deh! end result, rendang nih still kuning gak !!

    overall memang marvelous sedap rendang nih...rupa2 nye nak buat rendang yg sedap kena letak serai lebih skit yea dan pilih yang gumuks..selama nih mokwo hanya letak 2 btg serai yang di ketuk2 aje untuk buat rendang 1 ekor ayam....patutlah tak berapa ummmphh!!

    jom check out the recipe... then pakat2 ceduk nasik dari rumah sendiri yea! lepas makan kita pakat2 berkipas....fanas laah, fanas lahh...lagi fanas sebb tau hari nih harga gula naik lagi 20 sen for a kilo....hemm barang apa yang tak naik kat Malaysia nih !!! ceh!

    tqvm kak fida utk resepi yg sedap menyelerakan!! boleh buat time raya nanti!!


    Bahan-bahan ( 8-10 orang )

    • 1 ekor ayam - dipotong kecil ...ATAU
    • 1 kg daging - dihiris nipis dan lebar
    • 1/2 biji kelapa parut dijadikan kerisik
    • 1 ltr santan pekat drp 1 1/2 biji kelapa
    • garam, gula secukup rasa
    • 10 - 12 biji cili merah*
    • 3 biji bawang besar*
    • 8 ulas bawang putih*
    • 1/2 ibu jari halia*
    • 1/4 ibu jari kunyit hidup*
    • 2 hiris lengkuas*
    • 4 batang serai*
    • 2 helai daun limau purut - disiat2
    • 1 helai daun kunyit - disiat2
    • 2 helai daun salam
    • 2 sb air asam jawa
    • secukup air - jika perlu

    Cara-cara

    1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
    2. Masukkan kesemua bahan2 di dalam periuk kecuali air asam,garam dan gula dan gaul rata dan masak di atas api sederhana hingga mendidih dan empuk.Tambah air jika perlu dan masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati dan masak lagi hingga kering atau berkuah pekat ikut selera.

    Sunday, May 8, 2011

    pizza...no knead dough

    mokwo letak toppin chilli tuna ajerr...tekak terasa nak makan yg simple2..cheese pun macam tak cukup jerr!
    tengok baik2 texture pizza doh mokwo...kali nih buat pizza tak yah uli2...memang lembut..tapi sedikit kasar dari segi rasanye ie tak rasa macam kapas lah!

    pembuatan nya teramat simple sekali..hanya campak tepung gandum, garam, yis dan air...kendian peramkan 30 minit...doh dia jadi seakan2 doh cekodok..lembik2 dan berair
    lepas tuh boleh popok2 dengan tepung dan tekan terus dalm loyang pembakar ...letak topping...then bakar sampai masak...simple kan!

    untuk mengetahui lebih lanjut cara2 nak membuat nye boleh lah singgah kat dapur mak peah -- kuali buruk..mak cukup bermurah hati mempamerkan gambo2 step-by-step yang cantik2...
    so kepada sesiapa yang tak dak masa nak menguli bolehlah cuba resepi pizza  nih

    u ols jugak boleh  google untuk cara2 lain menghasilkan no knead dough...ade tu mokwo tengok depa peram sampai 12 jam...woaaah lama tuh!! mokwo tak rajin lerr nak tunggu sebegitu lama...jadi kita ambil short cut punyalah......hihi

    so rajin2 kan jari  singgah ke dapur mak peah yek untk d recipe!

    Have a nice day everyone!! mokwo nak gi window shopping sat... tak pun ..nak meditasi jap ( tidoq laa tuh ) hihi!...baik hape utk kesihatan !!!

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...