Pages

Sunday, September 30, 2012

PSCCB....?

Assalamualaikum,
:D...sesekali hakak nak jugak guna short2 form nih ...PSCBB = Pumpkin Spice CheeseCake Brownies ...huuuih panjang namanya...senapas pun tak lepas nak nyobutnye!

bercakap tentang penggunaan gula nih...teringat akak tentang satu resepi nih yang menggunakan gula banyak jugaklah dari sukatan normal pembuatan brownies.

Bukan resipi ni sahaja, malah ade beberapa resipi yang akak ambil dari blog2 luar negara especially, yang kalau di ikut sebijik-sebijik...nescaya cukup 44 hari, memang InsyaAllah kencing manis di buatnya...:D
so akak tertanya-tanyalah...samaada kadar kemanisan gula dey ol, tak sama ker dgn gula kat mesia nih?....heemmm

atau, keadaan cuaca yang lebih sejuk menyebbkan lidah mereka kurang merasa kemanisan gula ke hape ekk?? musykil jugak di buatnya....atau dey ol nun memang suka makan manis2...nanti akak nak kena tanya dey ol sana, samaada dey ol ade kencing manis ke tak?...:)

ok lah akak letakkan di sini resipi nya , tried n tested...sedap, mudah dan jugak cukup cantik kejadiannya...penuh dgn rase rempah...tapi akak hanya letak secubit sahaja bagi setiap rempah ratus yang di syorkan...u ol nanti pepandailah ekjas sendiri yek!!



cuma sedikit frust, bahagian bawah, choc kek nya, MasyaAllah... maniiiiiiiiiss melenting, walaupun akak dah kurang kan gula pada kadar 3/4 cawan...so akak nasihatkan u ol gunalah hanya 1/2 cawan shaja...guna gula putih biasa yea...
in resipnya , akak copied straight from Beantown Baker's...Judy In Her Natural Habitat  ade sertakan gambar2 step-by-step yang cantik2....Tq  !...so feel free to go  there !

The recipe below is copied directly from Beantown Baker's blog.


Pumpkin Spice Cheesecake Brownies
Makes 16 bars
Brownie Batter
3/4 cup butter, melted
1 cup sugar (guna 1/2 cawan gula pasir--sukat dan kisar halus)
1 tbsp pure vanilla extract
2 eggs
1/2 cup all purpose flour
1/2 cup cocoa powder
1/4 tsp salt
2 tsp cinnamon

Cheesecake Batter
8 oz cream cheese, softened -
1 egg
1/2 cup sugar 
2 tbsp+2 tsp flour 
2/3 cup pumpkin puree 
1/3 tsp pure vanilla extract 
1/2 tsp cinnamon
1/4 tsp each ground ginger and ground cloves 

Preheat oven to 350F. Grease an 8x8" square metal baking pan.

Beat together melted butter, sugar, and vanilla, then beat in eggs one at a time.

 Combine dry ingredients and then gradually stir into butter mixture with a wooden spoon.

 In separate bowl, beat together cheesecake batter ingredients.

Spread about 2/3 of chocolate batter into prepared pan, and spoon cheesecake batter over.

 Dollop remaining brownie batter over cheesecake batter. Swirl the batters together by running a butter knife back and forth through the pan.

Bake for 40 minutes, or until center is set.

 Cool completely on wire rack and chill before cutting and serving.

Saturday, September 29, 2012

Di gula-gula kan.....sembang petang sabtu!!

Assalamualaikum,
tadi akak singgah dekat facebook...lame jugak akak tak bukak facebook..sememangnya tak aktif pun berbicara di Facebook

ape yang menarik perhatian akak..ialah..rata2 kengkawang mengeluh tentang kenaikkan gula sebanyak 20sen/kilo

kalau setakat keggunaan domestik secara kecil-kecilan macam akak 5 beranak ni memanglah tak terasa kesannya...mcm mane dengan mereka2 yang menggunakan gula dalam kadar yang massive spt industri makanan, peniaga restoran, pembuat kuih-muih dan pembuat kek2 dan barangan bakery lain...hemm jawapnya produk makanan akan naiklah...ianya merupakan satu chain reaction kan..just wait n see

ape makanan yang tak guna gula??? hampir kesemua makanan di dunia nih menggunakan gula..cuma kuantiti banyak atau sedikit..itu sahaja

so kalau nak meniaga cepat kaya...u oals jadilah tokeh2 gula...dak pun berbaik2lah dgn kaum kerabat tokeh gula...so daptlah sedikit rasa kemanisan di'gula-gula'kan

picture credit to google!

Thursday, September 27, 2012

Red Velvet Cake..orang terlebih seni punya !!

 Assalamualaikum....
adeh..deh...deh..kalau dah namanye si keras tangan....keras kejunglah jadi nya bab2 mendeko nih...:))
akak buat kek Red Velvet ni..........guna resipi yang berada di blog Anna...ingatkan nak makan kek ajer..tak moh lah icing2 penambah lelemak akak di badan

bila dah habis buat...kek ni macam tak dek 'kick' pulak kalau tanpa icing...so akak dgn ter'paksa rela'nya buatlah crean cheese icing yang menggunakan whipped cream tuh

seksa jugak nak menunggu kan cream tu kental..dengan keaadaan dapur akak yang panas, bertemakan 'summer time sokmo'..dek leka buat kerja2 lain...akak ter'over' beat lah cream tuh...last2 cair melelehlah dia...takkan nak buang kan..sayang!!!

kita proceed lah jugak....buh icing dalam piping bag,,,picit punya picit ....satu hapah nozzle pun tidak mendatangkan bentuk yang cantik..bahkan jadik  huduh sehuduhnya

 AAAaaaarrrghhh...malas dah nih...lagi setengah jam nak kena ambik Amny dari school....akak carik botol...nak buat kek in tha jar kononnya....tak dek...botol2 ku dah selamat di jual kat apek 'paper lame" rupanya!!

nak tak nak...kek RVC, akak potonglah nipis2 ...masukkan dlm taperwei...lapis dgn cream cheese frosting yang tak menjadik tu...masuk dalam peti sejuk.....fuuuuhhhh selamat satu masalah...haha


nampak tak texture cream yang ter-over beat tuh
so bila nak makan..akak pun main cedok2 ajerlah...macam makan aiskrim...SEDAP NYEEER!!!

kita tutup dgn buah2....oklah nampak mcm mahal kan.. ...edible jugak!
lenkali kalau akak teeeerrajin yang teeeeeerlebih akak akan cuba lagi......buat deco2 munge pusing2..(ececeh, verangan mau tinggi!!).......

tapi tak leh nak katalah kan...Cik Abe akak suka naaa kek ber'cheese' ni...kalau dia ngidam..akak kenalah buat...susah2 akak ode ajeeeer dong...kan kita ni calon isteri Mithali giteww!!!...:D

oklah akak letakkan resepinya di sini pulak yek ...terimakasih kepada tokeh kek..Anna Qaseh AzZahra..tq to Cake2U...Maklang Azie n Anna Alisya utuk toppin nya yg marbeles !!


RED VELVET CAKE IN JARS
Sumber Resepi : Cakes2U
Red Velvet Cakes in Jars by AnnaQawina
Bahan-bahan
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar (kak Nik guna 200gm)
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)
 
D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih
1 camb pewarna merah
 
E:
240ml buttermilk(Campurkan 240ml susu segar @susu cair dan 1 sdb cuka. Biarkan bancuhan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

CARA-CARA:
Ayak (A)-ketepikan
Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
Masukkan (D)-pukul hingga sebati
Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup/jar sahaja ya..
Untuk isian dalam jar, sila bakar menggunakan teknik water bath @ double boiling ya.
Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

-----------------------------------------------------------------------


RESEPI KRIM KEJU I
(Krim jenis ini sesuai untuk dibawa dalam perjalanan yg memakan masa agak panjang & acara di tempat terbuka yang agak panas sbb tak mudah lembik)


Cream cheese icing:
360 g cream cheese
70 g mentega
200g gula icing
Cara-cara:

Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
Hiaskan ikut suka.

-----------------------------------------------------------------

RESEPI KRIM KEJU II
(Krim keju jenis ini memang sedap & dapat dalam kuantiti yang banyak, namun tidak sesuai digunakan jika hendak digunakan di tempat panas & perlu sentiasa dalam keadaan sejuk, jika tidak krim akan mudah lembik dan jika terlalu lama diluar akan mudah 'basi'-betul ke istilah basi tu? hehe)




Sumber : MakLang Azie & Anna Alisya


Bahan-bahan Cream Cheese Topping II


500g w/cream - pukul sampai jadi soft peak
250g CreamCheese
60g gula icing
110g butter
lemon emulco @ lemon paste (gunakan beberapa titik shj)

Cara2

Pukul CreamCheese + butter + gula icing + lemon emulco. Masukkan w/cream yg dah gebu td sebatikan.
(kak Nik guna yang ni)


Resepi II ni Ana dapat daripada blog Anna Alisya, tokey kek yang cemerlang bagi saya kerana beliau bekerja dan sempat pula buat kek..hehe..resepi ni Anna Alisya dapat setelah pergi kelas RVC Mak Lang Azie. Jasamu ku kenang sampai bila2 Ana..terima kasih banyak2..

Wednesday, September 26, 2012

Kari Kurma.......

Assalamualaikum
 kita tempek resepi ajelah...hari ni ialah hari otak kak nik blank....


resepi dari dapur Yatie Sinar Kehidupanku...penuh dengan rase kari dengan secubit rasa kurma...sedikit kelainan dlm masakan kari anda..! ok lah akak nak kena melangut, tunggu orang ni...ni lah appointment janji melayu....errrrk janji orang mesia......Selamat mencuba!!

BAHAN- BAHAN
  • 1 ekor ayam- dipotong 12
  • 3 biji kentang- kupas dan belah 4
  • 2 biji tomato- belah 4 setiap biji
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cwn santan cair
  • 2 cwn santan pekat
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 btng serai (di titik)
  • 1 btng lada merah/hijau (belah 2)
  • Garam dan gula (1 sb)
BAHAN TUMIS
  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 tangaki daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Blend bahan2 kisar sehingga halus, campurkan bersama rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili... kisar lagi.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan serai yg di titik, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata, masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih, biar sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang santan pekat, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan lada hijau/merah yg di belah 2.... masak sekejap lagi.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan hidangkan.

Friday, September 21, 2012

Sup Kaki Ayam Pedas...lazatnya!!

Assalaamualaikum,
Tiap kali beli ayam , kak Nik akan asingkan dia punya kaki, hati dan pedal. Kaki ayam tu akan akak buat masak kari, selalunya......kak Nik dan Amny memang peminat tegar kaki ayam...yang lain...kalau dah tak dek lauk lain barulah makan kaki ayam nih

kebetulan dalam fridge banyak pulak kaki, lebihan dari masak2 sepanjang syawal tempohari..akak perap..akak macam dah boring nak masak kari...sebb bila masak kari dengan kaki nih...kuah dia akan menjadi gelatinized bila  dah sejuk...so, tu yang kekadang muak jugak nak makan dia!

Hari nih akak cuba resepi dari Mas Duniaku...resepi asal, letak cili pedas2 tapi akak tak letak pun sebab Amny tak makan pedas...memang sedikit anti-climax lah kalau tak dek pedas nih...tapi berbaloi jugak melihatkan Amny dan Si Kakak,anak dara ku, makan berbatang2 kaki ayam tuh....

Ralit jugak akak dok kepah kaki ayam nih yang digandingkan dengan nasi panas lembik2 (nasi bubur separuh jadik!!)...Semangat akak makan, mengenangkan Mas kata yang kaki ayam ni cukup baik untuk tulang dan ketegangan kulit (kolagen)....:))

Makan nih hari2..kot2 silap ari bulan ade jugak yang nak kena tukar dari title "Kak" Nik Ja kepada "Adik" Nik Ja kang...:D

So akak tempek resepi nya di sini pulaklah yek...terimakasih Mas dan Ibunya yang telah sudi berkongsi resepi yang sedap hingga menjilat kaki (ayam) ni

Kalau sesiapa yang masih tak pandai makan lagik, belajar2 lah makan...sedaaaap ooooo kaki ayam nih!:))...rugiiiii!:D

makan dengan nasi panas2....fuuuhhh!!

Sup Kaki Ayam Pedas
Resep : MasDuniaku
Bahan :
12 ketul kaki ayam 
5 biji cili kering ikut pedas - potong 2 jerk
halia - potong nipis2
2 ulas bawang putih - tak payah kopek kulit - basuh bersih
2 sudu besar sos lada hitam ( klu x de, sos tiram + lada hitam yg ditumbuk )
1/2 kiub ikan bilis
sedikip kicap lemak manis
garam jika perlu
air tepung jagung secukupnya

Caranya :
Basuh bersih2 kaki ayam. Mas rendam kejap ngan cuka kurma dan bilas sebersihnya, boleh juga guna tepung.
Ambik towel bersih @ kitchen towel, lap kaki ayam tu hingga kering, ini untuk mengelak kaki ayam meletup masa proses menggoreng nanti.
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan kaki ayam tadi, tutup periuk dan biar kaki ayam tergoreng hingga kaki ayam nampak cokelet2 sikit, tutup api dan biarkan kaki ayam tu, terus jerk tuang minyak kebekas minyak.
Kemudian masukkan air panas kedalam periuk yang ada kaki ayam tadi, agak2 tenggelam kaki ayam tu.
Masukkan juga cili kering, halia, bawang putih, sos lada hitam ( @ sos tiram dan lada hitam ditumbuk ) dan kiub ikan bilis. 
Masak dengan api perlahan hingga kaki ayam lembut.
Kemudian masukkan sedikit kicap lemak manis dan rasa, jika ok, masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau, kepekatan kuah bergantung pada selera masing2 yerk....
Tutup api dan boleh dihidangkan.



runcing molek jari kaki ayam tuh ekkk!
                   
                   ' Selamat Menunaikan Haji Kepada Semua Bakal2 Haji'

Tuesday, September 18, 2012

Cucur Udang Tembam lagi Tembun...:))

Assalaamualaikum...
Lewatnya mokwo Kak Nik  tido semalam......lepas hantar amny ke sekolah pagi tadi, mata mokwo Kak Nik macam tak moh bukak...duduk punya duduk atas kerusi...mokwo Kak Nik boleh tertido ( adeh tergeliat jugak halkum ku nak membiasakan diri dgn nickname baru nih!)

dalam tido tuh akak bermimpi yang akak sedang tido di atas timbunan wang kertas...Indahnya mimpi itu, yang hanya sekadar mimpi...:))

Hakikatnya, akak bangun tersangat lewat, melayang masa yang ibarat emas buatku.......pukul 10.00pagi baru sedar...plan asal nak pergi ke bank 'cap kepala rimau' di awal2 pagi, terus terbatal (esok jelah!)....

akak goreng nugget lebih kurang ade sedikit udang..kita bagi dia perabih lah...akak buatkan cucur udang...
ligat akak bersilat masak(ececeh), sebab nak bagi si kakak makan sebelum pukul 12.00 tghhari

tapi akak ngaku, kalau akak masuk Master Cep tu...dah lama akak kena disqualified...sebab dalam masa 2 jam tuh akak hanya sempat goreng nuggets n buat cucur udengs ajerrr!!!...:(

mana tak lambat...dalam dok masak2 tuh lah nak basuh n sidai kain, nak mengemop lantai, nak belek2 buku resepi...:D...tu belum bukak blog lagi tuh...kalau dah bukak blog pepagi.....lagilah..alamat tak masak, gantung puyuk ajelah...:))

gambar cucur secara candid, dgn bertemakan 'longgokan'

so, tanpa banyak bicara..moh tengok resepi nya yang mokwo akak (adeh tershasul lagikk!) buat...
resepi asal dari Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan yang di terbangkan khas ke dapur Izah Muffin Lover...akak cedok dari dapur Izah ajerr!! terimakasih yeaaa....

Sedap !! akak tambah telur n sedikit baking powder utk kulitnya yang lebih garing

akak gandingkan dgn kuah kacang ...belen kelmarin punya! cair skit sebb dah di tambah air bagi kuah jadi banyak !!

CUCUR UDANG TEMBAM
resepi : CMG 


BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel
1 biji telur di kocok (kak nik tambah)
1 sudu kecil baking powder ( kak nik tambah)

BAHAN SOS LADA :
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam


CARA MEMBUATNYA :
Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam, telur dan baking powder dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...

pesan akak: kalau nakkan cucur yang cepat di masak..akak suka guna sudip yang kecil..dan udang tu pula akak akan oles dengan sedikit telur sebelum di letak di atas adunan cucur sebelum di goreng, so udang tak jatuh berterabur

Monday, September 17, 2012

Mokwo to Kak Nik Ja....lebih manis kan!

Asssalaamualaikum,
salam bahagia mokwo hakak ucapkan....ni saja je nak buat pengumuman bahawasanya nama nickname mokwo, akak tak akan guna lagi...tetapi telah di ganti dengan nama Kak Nik Ja yek!

Hakak amek keputusan nih memandangkan setelah bertemu mata dgn blogger2 yang lain, terasa kekok pulak nak bahasakan diri ini dgn nama 'mokwo'...sebab selalunya akak akan bahasakan diri akak sebagai Kak Nik atau Nik saja.....so akak rasa eloklah akak tuko ajerlah nickname tuh...bunyi lebih manis dan awet mudo mesra gitew !!!!!

tu lah kan...masa memula blogging tu, tak tau langsung nak letak name apa2, sebb blogging pun suka2 ajer...tak tau pulak ade orang yang baca tulisan mokwo akak nih yang kekampungan dan lagi buta IT.
tetapi lama kelamaan akak mula dapat ramai kenalan baru, dapat menimba ilmu yang banyak dari blogger2 lain...yang berkongsi minat yang sama, sekepala, baik2 belaka dan sudi memberi komen2 yang baik2 atas coretan akak....memang akak cukup senang dengan ukhuwah yang sebegitu...jadi diri ni terasa tidak keseorangan menghadapi pahit manis sebuah kehidupan...thanks to my readers n my friends !!!

so kalau ada dalam komen kalian, terbit nama nickname Kak Nik Ja...itu adalah mokwo yang dulu ekk...punyai rupa paras  dan warna kulit yang sama...cuma nama saja berbeda! lebih muda...:D

in adalah ikon dulu2, yang di lukis oleh JiYa Si Gembala Kamben!!hihi




salam berbobok untuk semua...daaaa!! ...mata akak udah ngantuk.....zzzzzzzzz!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...