Pages

Thursday, February 24, 2011

meroyan meroti....roti prune


susah nye nak amek gambo roti ni dalam posisi yg sopan santun..hemm...menonggeng2  last2  mokwo tak tahan, dgn perut yang kebuluq...mokwo pun ape lagi..makan ler..secubit demi secubit......sambil ambik gambo , sambil makan..mana boleh buat kerja gitu..hahaha..sudah nye inilah posing terbaik, yang boleh di buat tayangan amal.......

.rasanya masam2 basah.......lembut jek macam makan gula kapas pun ade...sedap3x..tapi sedikit tawar di tekak mokwo..next time memang nak kena isikan inti cam Ijah buat

so kepada sesiapa yang tak puas hati dengan gambo di atas..pergi buat sendirk yek!! mokwo dah kenyang..bila dah kenyang jadi tak berapa rajin lah sambung photography dgn 'model' nih!! 'model' tu pun dan sumbing2 sana sini...hehehee...

 terima ksih kepada semua yang telah berkongsi, promote dan beri feedback tentang roti nih!!
resepi asal dari mat gebu tetapi mokwo c&p dari rumah hana..tq hana!!!

RESEPI ROTI PRUNE
source : matgebu@dapurtanpasempadan

Bahan-bahan
  • 250 gram tepung roti
  • 70 gram tepung gandum
  • 6 gram instat yeast
  • 1 camca besar susu tepung
  • 30 gram gula halus
  • 50 gram mentega
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softener
  • 130 ml air
  • 70 ml whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
  • 100 gram prune, hiris kasar
Cara Membuatnya
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga lembut dan anjal, jika melekat tabur sedikit tepung. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik, biar 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan on, biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan doh tadi pada 10 bahagian. Ambil satu dan bentukkan bulat seperti bola, susuh dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap.
  3. Perap 45 minit hingga kembang. Bakar dalam oven yang telah dipanasan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan roti dari oven dan sapu mentega atas permukaannya. Kalau suka boleh tabur sedikit gula halus..

Wednesday, February 23, 2011

kek pisang sempoi sofinar II


resepi nih dah lama masuk dalam list..asal teringat nak buat, pisang mesti tak dak !!!
so itu ari, usaha jugak pergi cari pisang semata2 nak buat kek nih...then lepas timbang pisang...alamak ciput jek amaoun pisang yg di guna yek mengikut resepi asal!! since ade lagi balance pisang..mokwo buh sekali lah....jangan membazir2 dan sonang kerja mak cik nih!!

jadi tulah sebb resepi asal nye mokwo dah alter skit bersesuaian dgn kuantiti pisang yg mokwo ada..
kalau sesiapa nak tengok resepi asal boleh klik sini...ramai yg dah mencuba dan mendapat hasil yg sungguh memuaskan

manakala resepi yg mokwo tulis di bawah nih rasa dia rich skit dgn pisang dan lemak2 gituw coz ada letak susu tepung ( pun nak perabih stok jugak )..so either way..rasanye pasti tak mengecewakan peminat kek pisang !!
tq kepada pemilik resepi asal sofinar di myr!!!

resepi asal : mokwo c&p untuk rujukan bersama

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda
ini resepi yang mokwo guna:

bahan2:
bahan A: ( kisar dalam blender )

220gm pisang emas/ berangan
120ml minyak masak
1/2 sudu kecil garam
160gm gula pasir
sedikit esen pisang atau 1 sudu kecil esen vanilla

bahan B: (di ayak )
180gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
20 gm susu tepung


bahan C:
3 biji telur A
1 sudu kecil ovalet

cara2 : loyang 8 " , dgn api 170C for 40 min
  1. pukul bahan C dengan kelajuan maksimun hingga pekat berbuih
  2. masukkan bahan A skit2 hingga habis. pukul lagi hingga kembang
  3. pada kelajuan sederhana, masukkan tepung..pukul sampai tepung sebati ..jangan terlalu lama
  4. bakar at 170 C untuk 40 min atau hingga masak
weeeiii nak gi masak dah nihhhhh!!!! daaaaa

Monday, February 21, 2011

yahoooo..!!!!! tak jadi datang!!!!

assalamualaikum. dan salam sejahtera kepada pembaca budiman
Yahoooooo!!!!!!!......hip2x horaaaaayyy!!

hihi...rasa macam nak buat belly dance lah pulak...kerana mokwo gumbira dan teramat bersyukur kehadrat Ilahi kerana tetamu yang mokwo expect utk sampai hari nih telah membatalkan rancangan mereka untuk kemari..Syukur !!!

eh..eh mesti u aols ingat mokwo nih jahat kan..sebb tak suka ada tetamu bertandang ke rumah..hihi..sebenarnya bukan begitu maksud mokwo...the truth is ada kisah yang terjadi yang akan mokwo ceritakan untuk u aols buat penilaian sendiri dan sebagai teladan untuk mokwo bahwa di dunia nih ada berbagai2 jenis manusia

tetamu yang tak jadi datang tuh, yang mokwo anggap sebagai Kelompok Istimewa ( KI ), tidak lah jahat, malah mereka itu adalah orang yang mendirikan solat dan baik2 belaka..cumanye mereka keberatan untuk memakan masakan mokwo...so setiap kali mereka datang, pasti kami akan makan di luar aje..kalau tak, pokwo akan beli lauk yang sudah siap di masak, ataupun mereka sendiri akan mengenyangkan diri mereka sebelum bertolak kemari....pelik tak!!

superstitious!!!.. itulah yang mokwo boleh describe tentang mereka..satu persepsi mereka yang tak pernah berubah sejak mokwo mengenali mereka berbelasan tahun lamanya

dalam minda mereka, mokwo nih macam witch lah ...penuh dengan ilmu2 penunduk lah, penegaklah, seru dan macam2 lagi lah yang mokwo tak gheti nak sebut ... just because mokwo nih berasal dari kelantan...hemm setahu mokwo, kalau sesiapa nak pakai benda nih, tak semestinye berasal dari kelantan..pak2 arab dan negro2 di luar sana pun ramai yang mengamalkan ilmu hitam untuk menipu orang..ye tak??

ahh sedap nye,,u alos tengok nih nasik gorengkan , tapi bagi mereka ini nasik tangas!!

tapi tulah kan..susah jugak untuk membuka minda diorang yg kebanyakkan dah veteran nih..dulu ada jugak pokwo tegur..tetapi jiwa orang lama, nak jadi semacam sentitif lah pulak..sedih, menangis2...akhir nya kita orang jugaklah kena mengalah dan mencapai satu understanding yang mana itulah pegangan yang mereka nak dan tidaklah boleh diubah dgn apa macam nasihat pun...justeru itu , mokwo pun sudah jadi biasa juga..orang tak nak makan masakan kita, tak pelah...mokwo memang tak paksa...lagi senang kerja mokwo!!! suka jugaklah!!

jadi bila dapat tahu mereka tak jadi datang...hati mokwo cukup lega kerana , lepas nih mokwo tak perlu risaukan mereka, samaada mereka boleh survive atau tak , kalau mereka dok umah mokwo 1 atau 2 bulan nih..kesian tau mokwo tengok, pernah ada sekali sampai ada yang sakit perut, gastrik menahan lapar disebabkan tidak mahunye memakan nasi goreng yang mokwo dah masak...bila ingatkan kisah itu semula , mokwo nak gelak pun ada, kasihan pun ada...ishh3x

so kalau kalian di tempat mokwo , kalian nak buat macam mana yek?? tetamu yanag datang bertandang, tetapi tidak akan makan dan minum apa yang anda buat....serba salah ekk!! macam2 ragam manusia ada di dunia nih.....apa2 pun buat masa nih mokwo boleh mengurut dada dan menarik nafas lega kerana tak perlu melalui segala macam caca merba nak melayan kerenah orang2 yang pelik lagi benar ini...
Yahooooooo!!!!

Sunday, February 20, 2011

Award dari Niezza


Assalamualaikum dan salam sejah tera utk semua
pergi mana cuti ahad sebegini ??? mokwo  dari pagi sampai ke petang ,sampai ke malam... keluaaaar memanjang...busy nyee mak cik!!

sebelum mak cik tenggelam lagi dalam ke' busy'an yang lebih mendalam, biarlah mokwo letakkan award yg mokwo terima dari niezza yang menetap nun di Helsinki, Finland di sana...dengar khabar di sana cuaca teramat sejuk at -30C...brrrrr...dengar pun dah nak menggeletar lutut mokwo nih...cukup berbeza dgn keaadan di sini...sejak 2 , tiga hari nih panas melenting, ting, ting!!!apa2 pun Alhamdulillah!

terimakasih banyak2 ye niezza atas ingatan suci murni mu itu pada mokwo...moga pershabatan kita akan mendapat redha Allah hendaknye, InsyaAllah!! sesiapa yang belum pergi ke blog niezza--Our Journey Begins, boleh klik di sini...macam2 resepi dan gambar menarik ada di sana..seperti biasalah pesan mokwo , resepi2 boleh di salin dan coba, tetapi gambor2, kalau nak ngendeng kena mintak izin lah!!!

ok lah mokwo pen-off dulu..mokwo nak mengemas serba sedikit sebb esok kalau tak de aral melintang, mokwo ada ramai tetamu yang nak bertandang ke rumah...mokwo bukan tak suka tetamu2 nih datang, tetapi mokwo cukup risau akan mereka..kalau diaorang datang, mokwo selalu jadi serba salah.....kenapa mokwo risau dan serba salah begitu?? nanti mokwo cerita dalam n3 yg akan datang

wish me all d best!!!...till then wassalam!!

Friday, February 18, 2011

the tense is on = TENSION !!!

pucuk paku pun sgt berharga sekarang..ciput cinonet pun dah rege 2 hinggit!!!


SubhanaAllah...Maha suci Allah.!! Astargfirullahalazim...
semalam adalah hari yg mokwo terasa teramat tension , nak menonggeng pun ada, nak marah pada seseorang dan nak bagi penumbuk kat muka seseorang pun ada.....tapi tak leh...arrrghhh mokwo kena banyakkan sabar...bukankah sabar dalam menahan marah dan redha menerima musibah itu adalah ajaran yg di syorkan dlm Islam....errrgggghh..pada saat ini mokwo masih mengetap bibir, menahan nye

macam mana ekk, org boleh makan duit orang tanpa rasa bersalah segan silu...weii kalau nak berjual pun biarlah jujur..inikan dengan kawan sendiri pun sanggup tipu..hapa punya manusia!!! tak berkat tau rezki,...dunia ni mungkin ko nampak sonang,,,nanti kat akhirat sok2 menjawablah dgn Allah swt...bertekak dgn  si Z ni pun dah tak guna, buwek koring air liur den yoh!!

sudah nye hidup mokwo semalam mcm tak bermaya jek..asyik tido memanjang ajek..masak pun hanya berlaukkan sayur..konon2 nak berjimatlah mengenangkan duit yg dah melayang banyak...huhuhu!!.nasib baik mokwo masih ada pokwo yg masih waras menenangkan mokwo nih...so hari nih darah dah tak segeleggak semalam dah...huiihh tension byk2 nanti mokwo jugak yg semput , tak guna sesen pun!!

jom layan jelah menu sayur sempoi nih tapi sedap di anak tekak mokwo...mak cik tension2, mak cik lagi makan banyak!!! huhuhu

pucuk paku goreng toyu;

2 genggam pucuk paku--potong pendek2
10 ekor udang-- buang kulit
7 biji cili api--cincang
4 ulas bawang putih--cincang
1/2 biji bwg besar--cicncang
1 sudu besar tauchu
1/2 sudu kecil cuka
kicap manis secukupnye (toyu)
gula and garam jika perlu
minyak utk menumis

cara2:
  1. panaskan minyak masak, tumis bawang besar,bwng putih dan cili api till naik bau
  2. masukkan taucu di ikuti dgn udang
  3. perisakan dgn kicap manis
  4. masukkan pucuk paku..masak jgn terlampau layu kay nanti vitamin hilang!
  5. sedia utk dihidang, makan dgn nasi or bg orang yg berdiet boleh ratah2 gitu ajerr!
  6. selamat mencoba!

Thursday, February 17, 2011

apam snow white

haiyseymannnn... this time mokwo mengulangi kesilapan teknikal yg sama seprti mana yg mokwo lakukan pada pembuatan apan salju dahulu kala...hemm lupo!!! nak buek camnoooo...

mokwo sepatutnye memerap adunan apam nih lebih lama lagi, lebih dari sejam..kerana keadaan umah mokwo yg hampir2 tiada matahari masuk,  menyebbkan keadaan dalaman umah yang cukup sejuk dan nyaman...begitu jugak kisahnya kalau mokwo nak memerap kan roti...biasanye mokwo akan ambil masa 2 jam atau lebih utk adunan roti naik 2 x ganda...cukup seksa tunggu looor!

see d texture yg agak padat!!


so jadi nya apam ini ada sedikit terbantut lah..haha...next time hopefully i'll remember lah!!
dah bantut tuh, malaslah nak beli kelapa berbagai..lagi pun niat awal memang tak nak makan dgn kelapa pun...dari segi rasanye memang tak mengecewakan...

.lebih kurang macam rasa apam salju gak.....mujurlah mokwo dah kurangkan gula sedikit dan dah tambah sedikit garam dalam adunan, so memang sedap di makan begitu sahaja..lagi satu apam nih very2  menjimatkan!!!!...i looooike!!


terimakasih kepada semua yg telah berkongsi resepi nih!!!...ramai dah mencuba nih!







APAM SNOW WHITE
Resepi asal : qnq0910@myresepi.com

Bahan :
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
Cara :
  1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  4. Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
  • Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
  • Jika adan nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.
apam salju yg terbantut lagik membantutkan semangat pd zaman dahulu kala..hihihi




 

Wednesday, February 16, 2011

lala masak chisam

masakan fusion antara chinese dan siamese...buh lah nama 'chisam'..pada peminat lala, pastikan anda mencuba nye yek! boleh ganti dgn kerang or kupang..



bahan2:

1 kilo lala-- bersihkan, sampai tiada lumpur
5 ulas bawang putih ( pilih yg besar2)*
6 biji cili api*
1sudu besar tauchu *
1 batang serai (pilih yg gumuk2 skit)-- ketuk

2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
3 helai daun limau purut-- buang tulang belakang dan racik halus
1 cawan air
garam dan gula secukupnye
3 sudu besar minyak secukupnye utk menumis



cara2:
  1. tumbuk bahan2 bertanda*
  2. panaskan minyak dan tumislah bahan tumbuk
  3. bila dah naik bau, masukkan serai, sos tiram, cuka
  4. kemudian masukkan air, garam dan gula secukup rasa
  5. masukkan lala dan masak lala hingga kulit luar berubah warna dari kelabu menjadi pink. gaulkan daun limau purut.
  6. masakan bertambah sedap kalau ada kuah2 gitew, bukan yg kering2
  7. selamat mencuba!!

Monday, February 14, 2011

Pizza Polony...semangat me'roti' yang baru!!!

Pizza Polony

assalam semua.....laammaaaaaaa tak buat pizza...memang tak berapa rajin nak menguli..al maklumlah mokwo tak dak BM (breadmaker) yang canggih..(beli yg tesco punya..cukup hampeh!!)...mokwo jugak tak dak kitchen aid utk menbuat process ulian yg memakan masa 30 to 40 min...nak uli ngan tangan..haah...dah umur 40 nih,baik tok sah...kang terkehel ke hape ke..mokwo gak yg susah, tak dapek den nak hupdate blog!!! hihi
hemmm.... salin resepi dulu....lepas tuh kita tengok ape yg ade kat dlm stor, yg boleh mokwo suruh buat 'kerja'
resepi Pizza Polony yang mokwo ambil dari blog mamafami....gambar2 mama yg sungguh mengguda, memberi semangat mem'pizza' baru bg mokwo!! ...teringin jam2 tu jugak!!

POLONY PIZZA

PIZZA BASE
Ingredients :

190g bread flour
10g milk powder
20g margarine
15g castor sugar
110ml lukewarm water (maybe more, mokwo guna 130ml)
1 teaspoon instant dry yeast
1/4 sudu kecil bread improver (mokwo tambah )
1/4 sudu kecil bread softener (mokwo tambah)

Bread Maker method :


1. Pour water into the breadmaker pan. Add sugar.
2. Top it with flour, milk powder and yeast.
3. Set the bread maker to DOUGH function. After about 3 minutes kneading, add in the margarine. Let the bread maker continue kneading.
4. After about 20 minutes, turn the bread maker off and remove the dough from the pan.
5. Punch down to release the air. Cut the dough into two and shape into balls. Leave to rest for 10 minutes.
6. Roll to a round thin shape. The thickness depends on how you want your pizza base to be.
7. Place on a tray. Using a fork, prick the surface of the dough.
8. Grate a bit of cheese on top. Then spread the pizza sauce on top. Arrange the polony and whatever topping you like. Grate more cheese on top.
9. The dough doesn't take long to rise. Once it has risen enough, bake in a preheated oven at 190 C for 25 minutes.

PIZZA SAUCE
Ingredients :

1/2 large onion ~ finely chopped
2 large tomatoes ~ chopped
1 teaspoon garlic paste
1 tablespoon tomato sauce
a pinch of sugar
salt to taste
Extra-virgin Olive oil

Enough polony
Cheddar cheese ~ grated
Mozarella cheese ~ grated

Method :

1. Heat a bit of extra-virgin olive oil. Add in garlic paste.
2. Add in chopped onion and fry till fragrant.
3. Add in chopped tomato and stir well.
4. Add in tomato sauce, sugar and salt.
5. Let it simmer for a while and remove from heat. Ready to be used.

so...inilah cara mokwo buat pizza yek..kalau sapa2 nak tiru pung boleh..no hal...tapi kalau yur 'machine' rosak , jangan salahkan mokwo yek!!!

1st bawak keluar benda alah nih!! adeh, deh.. manyak berat ooooh!


lepas tuh baca manual..button mana yg sesuai di tekan...haha..mano pulak poie manual nih lak aii?!!!...


pilh 'aksesori' yg sesuai...


masuk semua bahan dan biarkan 'dia' mula kerja...pada awal 30 sec..doh jadi begini..ayoooo still long way to go!!!


after 1 minute...doh sudah terbentuk..masa nih boleh tepuk tangan ramai2...

inilah konsistensi yg kita mau utk bread dough...kalau di uli ngan tangan it  takes about 1 hour, BM ((breadmaker) lak, 30 min, but this food processor takes only 1 minute!! amazing!!


at this point doh akan di perap, biar dia naik 2x ganda...kemudian bentuklah menjadi pizza dan bakar pd suhu yg di syorkan...mokwo guna suhu 150 C...seboleh2nye kalau membakar roti, jangan mulakan dgn api yg terlampau kuat...

ini akan mengakibatkan yis cepat mati dan sudahnye roti akan mem'bantut'..(pls excuse my wordings..tunggang langgang)

bahan tabur, ikut apa yg ada dlm esbox!!

pizza sedap kalau di makan panas2..



sedia semua nganga mulut...

cubit2tan dulu !!

see d texture..memang sedap dan gebu resepi nih...thanks mamafami..moga sukses dan glamer sokmo!! hihi!!!

kepada yg masih berkira2 nak beli BM tuh, boleh lah consider FP nih.....memang reliable n multipurpose...alah membeli, menang memakainya..!!

jemput makan pizza!!

Saturday, February 12, 2011

Indahnya cerita semalam....!

biarpun semalam, hari ini peristiwa itu masih mokwo kenang2...suka nye!!!



semalam..... tak de masak2
dari pagi sampai kemalam, periuk belanga, sudip, senduk dan kuali,
makan gaji buta, berjoli2

sebelum mokwo keluar menemani pokwo atas urusan peribadinye di KL, mokwo terima satu bungkusan...
terkejut jugak sebb, mokwo rasa mokwo belum order on9 apa2 pun..( alamakkkk lupa nak order jalapeno cheese dr ummi )

bukak2 , tak sesabo..nampak benda ni...alahai Ham..buat susah2 Ham ajer...rupanye inilah hadiah dari Hamsiah buat mokwo , yg telah menjadi follower bertuah!!!

kuali non-stick for grilling!! meggrill sakan lah mokwo lepas nih!

  terima kasih banyak2 yg tak terhingga buat Ham...mokwo harap moga2 ukhuwah antara kita berpanjangan dan mendapat keredhaan Allah

cute sungguh dgn handle yg boleh di lipat


kalau nak kenal dgn lebih lanjut tentang Hamsiah dari kelurga Airuti...boleh klik di sini yek!

Wednesday, February 9, 2011

lempeng kentang...sebagai brunch dan pembuka bicara!!

salam semua pembaca yg mokwo hormati....cikuuuu...caaakk!!! haacuuummm!!! banyok nyoooo habuk dapur mokwo nih!!! ngee...ngeee...mokwo nih sibuk nye sikit tapi buat2 sibuk tuh yg banyak...campur tak berapa rajin nak update, campur masak ala2 jek , campur baru beberapa hari lepas makan air batu campur (tak dak kena mengena dgn topik nih!)....banyak lah mokwo punya campur tolak bahagi...bila  dah lama bercoti2 dan berjoli2...otak dah semacam beku bila nak menulis balik...jammed kejap!

bercakap pasal jam, baru2 nih cuti CNY....haloooh lahh...di mana2 ceruk rantau mokwo pergi...jamm memanjang...contoh nye hari ahad lepas, nak ke rembau yg biasa2 nye mengambil masa 30 minit dari umah mokwo boleh  jadi sampai 3 jam...eiii nih sampai sekarang kalau di ajak nak naik kreta, rasa macam nak termuntah ajerr! banyak nye manusia yg mampu memiliki kereta sekarang nih!!

sebagai pembuka cerita , mokwo paparkan kat sini resepi lempenglah...nak kata pencake, ghupa nye tak macam penkek lebih mirip lempeng...so kita 'melayu' kan dia dgn nama lempeng...sedap lemak dan gebu..enak nyer... mokwo makan dgn peanut butter toffee sos...eiiikk sedap tul!!!

lempeng yg 'ala-dante'...nak cepat punya kerja! ahaks!!


bahan2:
mokwo guna cawan berisipadu 250 ml = 1 cawan
 1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kentang -- yg telah di kupas, rebus dan lecek
 1 cawan susu segar ( nak guna air biasa pun boleh)
1 biji telur A
2 sudu besar butter cair
1 -- 2 sudu besar gula --ikut selera masing2
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil instant yis


cara2:
  1. blender semua bahan
  2. perap for 30 min
  3. panaskan kuali leper non -stick
  4. kacau sebati adunan dulu,baru sendukkan adunan ke atas kuali panas
  5. balikan lempeng dan masak sekata..ulangi proses till adunan lempeng habis


  peanut butter toffee sauce


bahan2:
1/2 cawan susu segar
4 sudu besar peanut butter ( yg halus punya) nak letak lebih pun boleh
pankek syrup or maple syrup secukupnye-- ikut nak manis bnyak mana

cara2:
  1. satukan semua bahan dlm periuk
  2. masak till semua bahan sebati sambil di kacau guna hand whisk..tak payah sampai gelegak
  3. ttutup api sedia di hidangkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...