Pages

Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

Coffee Bread

Assalaamualaikum,

Alhamdulillah....hari ni dapt jugak KNJ cari kan van untuk Amny pulang ke rumah...so hari Khamis (hari ni) onwards KNj tak perlu lagi menjemput Amny dari school...harap2 Amny boleh biasakan dirinya...InSha Allah...my lil girl has grown up !

Next week KNJ tak da kat rumah....KNJ ada kursus di KL....so KNj memang tak balik rumah lah...tinggal aje lah kat hotel murah2 di sana...lagi pun program start seawal pukul 7 am lagi dan habis malam, pukul 10pm gituw...pikir2, duit minyak dan tol pun dah berapa dah....jadi mcm tak munasabah pulak nak travel tiap2 hari..so KNJ mengambil keputusan utk bertapa ajelah kat KL tuh untuk beberapa hari...pokwo pun dah izinkan...moga Allah swt mudahkan segala urusan KNJ....malas nak pergi, hanya Allah je yang tahu...dalam hati memberontak, tetiba terjumpa pulak hadith yang di kongsi oleh  Ummi ,

 "Siapa yang berpetang dalam keadaan penat kerana bekerja/berusaha dengan tangan sendiri, maka ia berpetang dalam keadaan dikurniakan keampunan baginya"
- Riwayat Imam at Thabrani dari Ibnu Abbas r.a.


bila baca hadith tu sejuk hati perut hakak..dan redho KNJ dgn amanah yang di pikul! tq  Ummi!

ni projek roti kopi ...tah tak tau bila dah buat ni...KNj tempek jugak lah....sebb memang tak selera KNJ tengok gambo katak memanjang...:)

resepi KNj ambil dari blog kepunyaan Shirley, KØkken...tq Shirley...resepi ni dapat sikit jer...kalau makan berdua cukup sesuai....tapi bagi family KNj, biasanya akak akan buat 2 atau 3 adunan..makan cicah air milo panas...SubhanaAllah memang sedap...nikmat dunia!




Coffee Bread Loaf
copied from : Kokken


Ingredients
  • (A)
  • 190g              Bread flour
  • 44g                Castor sugar
  • 2g                  Salt
  • 4g                  Instant yeast
  •  
  • (B)
  • 20g                Egg (beaten)
  • 50g                Milk (KNJ guna susu cair)
  • 12g                Instant coffee granule (I used 12g of Expresso coffee instead)
  • 60g                Water Roux dough (tangzhong)
  •  
  • (C)
  • 20g                Unsalted butter
  •  
  • Almond flakes for garnish
  •  
  • (D)
  •  Tangzhong (Water roux)
  • Bread flour          50g
  • Water                  250g
Instructions
  1. Prepare Tangzhong (Water Roux) 1 day before.  Mix (D) together and cook over low heat until 65C – stirring all the time while cooking. When it is cooked, the mixture should look like starchy glue and you should be able to see the stirring lines in the dough. Remove from heat and cool down at room temperature. Store it in the refrigerator for 12 hours.
  2. Mix (A) together in a mixing bowl with (B) (take care to separate salt from yeast). Using a dough hook mix at medium speed until the dough comes together to form a ball.
  3. Add in softened butter and continue kneading with dough hook for 20 mins until window pane stage.
  4. Gather the dough from the mixing bowl and knead for 2-3 mins by hand on a lightly floured table top.
  5. Form the dough into a round ball and place it in a lightly oiled bowl and cover with plastic wrap. Allow to proof at room temperature (28C) for 40mins.
  6. Turn the dough out onto a lightly floured table top and knead quickly by hand. (2mins) Divide the dough into 10 equal portions of 36g each.
  7. Rest the divided dough for 10mins. Place the 12 dough portions in a loaf pan in a 5X2 configuration.
  8. Allow the dough to proof to fill up almost 90% of your loaf pan. (I just rested it for 60mins)
  9. In the mean time, preheat oven to 170C fan mode.
  10. Brush (7) with egg wash and sprinkle almond flakes. (I forgot to brush the bread with egg wash, hence my almond flakes did not stick well to the bread)
  11. Bake for 20mins.
  12. Cool down completely before slicing.
P/s: kekadang KNJ malas tak rajin nak buat water roux, KNj akan gantikan dengan 1/2 sudu kecil bread softener...ngam jugak!

Thursday, February 21, 2013

Sweet Soft Bun E-na

Assalamualaikum,
hari ni memang kena buat n3...sebab lately bila Kak Nik cuba buat sesuatu posting, ada keluar warning dari google mengatakan posting akak tak leh nak save..tapi bila akak publish n3 tu...boleh lak terpampang posting tu dalam blog

baru2 ni...kak Nor SG bagi tau , blog akak di serang malware...tapi bila akak cek....tak dek pun malware nya....tapi akak still suspect something wrong jugak

then Tun Telani bagi tau that akak punya comment ade words verification, walhal akak dah disable dah pun word verification tuh....fening dah akak ni....nak godek lebih2 kita bukan pakar IT....so anybody can help me or not???....hay wire dah blog kak nik nih.......kot2 kena demam denggi blog ni boleh jugak akak bagi ubat...tapi kalau dah terkena irreversible virus....tak tau lah akak nak buat cam no...harap2  my blog can recover soon...

so sementara akak perah otak nak cari solutionnya....jom pekena roti dulu ekkk!!
resepi asal dari E-na Lovely Kitchen.....recently ari tu ternampak umah MamaFami jugak...Tq ladies for sharing!

 
RESEPI SWEET SOFT BUN

Bahan-bahan:
  • 200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 50 gram gula
  • 25 gram shortening
  • 25 gram butter / marjerin
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk glis roti:
  • 1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit butter / marjerin

Bahan sampingan :
  • spray air untuk melembabkan roti
     
    Cara-cara:
    1. Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata guna untuk glis permukaan roti nanti)
    2. Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
    3. Tuang ke dalam bread maker.
    4. Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
    5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
    6. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Bulat-bulatkan dan susun di dalam loyang 4 segi 18cm yang telah di alas dengan cooking sheet dan di sapu marjerin pada keliling loyang.
    7. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
    8. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
    9. Spray permukaan roti dengan air.
    10. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
    11. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
    12. Kemudian bakar lagi selama 8 - 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
    13. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap sebelum keluarkan roti dari loyang. 
    14. Sejukkan roti di atas jaring. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS MENGEMBANGKAN DOH DARI LOVELY KITCHEN

Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau apabila membuat roti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven. Dalam 25 - 30 minit doh sudah naik dan boleh digunakan untuk proses seterusnya
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.

Saturday, October 6, 2012

Bun Sardin...biarpun leceh...

Assalamualaikum,


Dah lama rasanya akak tak buat roti......buat roti nih, sebenarnya memang sangat lecehlah procedur dia ..makan masa jugak nak dapatkan seketul roti, tak seperti pembuatan kek

dulu akak memang macam tak percaya roti boleh di olah sendiri di rumah....akak ingat lagi...kali pertama akak meroti...menggunakan resipi Ros Jintan manis.com....alahai keras kekong roti tu...bukan salah resipi, tapi memang akak salah teknik daaa....selepas menuntut serba sedikit dari Ros...dan akak buat research sendiri...Alhamdullilah..berjaya jugak akak hasilkan roti homemade..yang tentunya lebih sihat, bersih lagi halal....walaupun tidak se perfecto roti beli.

so pada sesiapa yang masih belum pernah cuba me-roti... akak harap jinak2kan diri utk mencoba yek!! buat roti ni seronok...!!! part yang tak seronok pun, time nak uli2 dia...tapi kalau ada BreadMaker atau Food Processor atau compatible mixer...kerja kita jadi berganda-ganda mudahnya...tapi ada juga akak tengok kawan2, geng blogger masak2 yang uli roti or donut mereka dengan tangan....for that, akak betul2 salute!!! chaiyook!!...:D

sedikt tips daripada Kak Nik ,

1) kalau nak membakar roti...panaskan dulu oven sehingga 180 C untuk 15 minit, bila masukkan roti dalam oven, boleh turunkan suhu sehingga 150 -160 C...dengan cara begini...roti tidak akan cepat hangus, lebih lembut berongga kerana yis masih ada peluang untuk mengembang sebanyak yang boleh

2) lagi satu ..pemilihan yis jugak penting dalam pembuatan roti...yis instant, yang serbuk tu memang sangat mudah di guna...yis instant tidak perlu di'kejut'kan dahulu, tidakseprti yis basah....akak secara peribadi tak brapa suka guna jenama mauripan...doh agak lambat utk mengembang...akak syorkan , kalau dpat, cari yis instant bercap burung layang2...pernah akak beli dari kedai Bake with Yen suatu masa dahulu...yis jenama ni memang cepat naik pada suhu bilik, jadi dapat menjimatkan masa

3) kalau doh agak lambat nak kembang..cuba rendamkan mangkuk yang berisi doh tersebut dalam air panas (bukan air yg gelegak)..sambil menutup mangkuk tersebut dengan kain basah..keadaan suhu yang panas dan lembap memang akan menggalakkan pembiakkan yis dengan baik...jadi yis tak 'tido'

itulah serba sedikit tips yang akak boleh kongsi bersama...akak bukanlah pakar membuat roti..semuanya berdasarkan dari pengalaman dan permerhatian akak sahaja...kalau ada sesiapa nak berkongsi tips2 lain bersama ,..akak sgt2 alu2kan

cukuplah ngomelan kak nik...ini dia resipi yang akak guna utk Bun Sardin ni, akak guna resipi doh asas roti manis dari Ros Jintan Manis .com...tq Ros!!


Bahan-bahan:
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula
 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux (kak nik guna 1/4 sk bread improver dan 1/4 sk bread softener)

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

bahan inti:
kepingan cheese dan inti sardin yang di masak sedikit kering secukupnya

Cara-caranya (Doh Roti)
1. Buat doh roti,
Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan
semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan
tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di
bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas
adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh
yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu,
ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan
dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan
elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau
kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbuk
kan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8
minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan
anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix
vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss
permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau
sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi
mengekalkan kelembutan nya.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian
rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain
bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok
teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik
apabila siap dibakar nanti.

- Boleh campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti kerana rasa
padat dalam roti akan dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan


Monday, June 4, 2012

Tuna Roll... make over!

Assalamualaikum....

weekend yang sungguh padat tapi mokwo usahakan jugak mengupdate....asyik dok tayang gambar dapur mokwo tuh...nanti takut ada jugak orang kata mokwo nak menunjuk-nunjuk pulak...tersangat lah segan nya aii!!

walaupun weekend penuh dengan kenduri kendara...pepagi mokwo sudah masak jugak....biasanya masak simple2 tapi cukup mengenyangkan...al-maklumlah bila pergi kenduri tuh bukan nya boleh nak makan yo yo orr sangat kan...sebb lauk2 kenduri semuanya lebih kurang sama ajer, jadi kita jamah mana2 sikit ajelah

semalam pergi kenduri, mokwo anak beranak dapat tempat duduk betul2 depan loud speaker....aduhai macam nak luruh jantung guwe mendengarkan bunyi-bunyian yang di pasang....lepas tuh ada lak yang sudi berkaraoke men'sumbang'kan beberapa buah lagu.....nasib baiik mokwo tak duduk lama...time duduk makan di situ pun, kitaorang bercakap macam masing2 dah kena pekak badak dah...cakap dan menjerit sudah tiada bezanya,....itulah budaya baru dalam majlis perkahwinan orang Melayu sekarang...DJ, speaker, lagu2 yang di pasang sekuat2nya,karaoke... sudah menjadi sesuatu yang wajib dalam memeriahkan majlis perkahwinan hari ini, ......hemmmmm maaflah yeah, mokwo cukup tak gemar!

roti nih mokwo buat sebelum pergi kenduri...tak sempat nak meng'roll' mokwo buat dalam bentuk bun...bergambar pun ala kadar sebelum selamat masuk tapuwer  sebb nak cepat...tapi rasanya memang superb...espacially tang intinya,...mokwo boleh ratah2 begitu shaja...next time kita cuba buat yg roll'ing2 pulak yeah! ( kalau rajin :D !!!)


resepi asal dari Mat Gebu...tapi mokwo sudah tengok ramai GMM yang dah mencuba dengan jayanya.....lagi satu disebabkan mokwo masih tak beli2 lagi itu bread softener n improver...mokwo gantikan dengan water roux seperti resepi di bawah...so izin kan mokwo letakkan resepi di sini pulak lah, by d way Mat pun cukup bermurah hati untuk meletakkan dia punya step-by-step...so do check it out at his lovely blog !

TUNA ROLL/ BUN

Water Roux:
1 sudu besar tepung roti
5 sudu besar air
-- satukan bahan2 kedalam periuk
-masak dengan api kecil sampai pekat..sejukkan dan ketepikan

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver (mokwo guna semua water roux yang di atas)
1/4 camca teh bread softerner (mokwo tak letak)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega (mokwo guna shortening)
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa, mokwo guna 6 1/2 sudu besar air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...( mokwo buat bun dan isikan dengan inti.)


Friday, April 27, 2012

Tak menepati Piawaian...

Assalamualaikum...

Ingatkan nak publish resepi tentang roti nih....alih2 tengokkan dia punya end result macam ade kureeng skit lah...tak macam roti2 yang sudah mokwo publish sebelum nih...so cancel ajelah niat asal..tapi gambar dah ambil siap2.....tayang jugaklah ! cian roti tuh penat berposing! :))

bila di potong, still menten ayu lagi!

roti nih tak menepati piawaian kerana sejurus selepas dia sejuk...roti jadi keras lagi liat macam roti perancis tau...hemmm fenatlah...tapi seronok juga sebb lepas gian nak buat roti !! nanti2 lah mokwo akan cuba resepi lain lak !! for the mean time..mokwo nak kena keluar pergi beli roti gardenia lah dulu...huhuhu!

nampak tak roti nih sedikit padat...selama lebih sejam mokwo perap...dia tak mau kembang2 , mungkin yis yg mokwo guna dah tak berfungsi lagi kot!! tapi mokwo bako jugak..!

selamat berhujung minggu buat semua!!

Sunday, February 12, 2012

Roti Senyum !!! :)) Super Soft Japanese Sweet Bun

Assalamualaikum....
oooooittt ....haha bukan saja apam, mapin jek yang senyum....roti pun boleh senyum tau...!:))
mokwo memang selalu sangat buat roti...cuma tak selalu publish kat sini jek....bila dah buat, mokwo makan2 then...halamak...lupa mokwo nak snap dah habis....ye lah ..bukankah makan makan tu lebih mudah dari menye'nap' gambo...tah kenapa lately mokwo cukup tak rajin menye'nap' gambar....

yang nih sempat lah mokwo snap gambar buat kenangan....sebab tak tahu dah berapa puluh kali dah mokwo guna resepi nih.....mokwo cukup suka dengan resepi roti yang menggunakan water roux....roti jadi cukup lmbut, moist biarpun di simpan beberapa hari lamanya....tapi rumah mokwo nih kalau buat dalam setengah kilo tepung, roti tuh hanya akan bertahan 2 hari jek!....masing2 memang kaki roti..especially my boypren....erkk pokwo lah !! mokwo manaaa ade boypren lain ekk!




yang mokwo buat nih, sesudah di bulat2kan dan mengenbang buat kali ke dua..., mokwo hanya potong bahagian tengah roti dengan gunting...then mokwo masukkan ketulan butter...lepas tuh mokwo taburkan gula pasir di atas roti selepas di oles dengan sedikit telur...kemudian bakar lah...MasyaAllah...bau nyaaaaa....fuhhhh...tak gheti mokwo nak describe!!

kadang kala mokwo masukkan mixed fruits, taburkan nuts atau intikan dia dengan fillings kegemaran...roti nih dari segi rasa lembut dan keenakkannya memang cukup mokwo berpuas hati....best ever soft bread !

resepi asal dari Gert , My Kitchen Snippet....tetapi mokwo terjumpa dari blog kepunyaan Noor Masri, Coretan Dapur yang telah menggodek nya dari AnaWahid.....terimakasih banyak2 kerana sudi berkongsi resepi nya..dan izinkan mokwo panjangkan resepi ni di sini pulak yek!

Super Soft Japanese Sweet Bun

ingredients:Makes 16 buns

375g bread flour
100g plain flour
35g milk powder
75g caster sugar
3/4 teaspoon salt
1 sachet (7g or 2 1/2 tsp) instant dry yeast
1 egg, lightly beaten
150ml (approx.) lukewarm water – adjust according (I need only 130 ml)
40g butter, cubed

1 egg + a bit of water (for egg wash the buns)

Water-Roux Paste/Tang Zhong:
25g (just under 2 tbsp) bread flour
125ml (1/2 cup) water

Preparation for the Water-Roux

1. Mix the flour and water in a small saucepan. . Cook over low to medium heat, stirring continuously until it reaches 65ºC. It should have thickened to a paste at this stage, which is when you stir you can see the bottom of the pan. Remove from heat; place a cling film over the paste and leave until lukewarm, or room temperature, before using. (Alternatively if you don’t have a thermometer, cook as before until it starts to thicken, then continue to cook for about 1 more minute before removing from heat.)

Note: This water roux can be kept in an airtight container after cooling in the refrigerator for 1 day if not used immediately. However DO NOT USE if it turns grey in color, that means it has gone bad.

Preparation for the dough:

1. Fit the mixer with the dough hook attachment. Sift bread flour, plain flour, milk powder, caster sugar and salt the mixing bowl. Add in the yeast and mix well. Add in the water roux and beaten egg. Turn on the mixer and slowly add in the lukewarm water until the dough form into a nice ball of dough. (You might not need all the water. I used only 130 ml of it)
2. Continue to knead for 10 minutes and add in the butter. Continue to knead until all the butter is incorporated into the dough and the dough is smooth and elastic. Take the dough out from the mixing bowl and give it a final few kneading by hand. Form it into a round ball and let it to rise until double in size in a large greased bowl. Cover the bowl with a wet towel or cling wrap (It took me an hour to proof the dough but it all depend on the weather and environment on the day you make the bread)
3. Punch down the dough gives it a few knead and divide the dough into 16 equal portions. The easiest way to divide is to cut the dough into 4 parts and from there divide each into another 4 portions. Form each into a ball and let it rest for another 10 minutes.
4. Shape and fill the buns with fillings. Place the buns in baking sheets that line with parchment paper. Cover the buns and let it rise until double in size (it takes another 30-40 min) Brush the buns with some egg wash.
5. Bake in a pre-heated 350 degree for 15-20 minutes or until golden brown.


Wednesday, November 30, 2011

Benggali punya nama...

Assalamualaikum wbt,;
ingatkan mau pecah rekod, buat entri terus menerus selama sminggu  tapi tak.berjayalah..... kantoi sudah! dalam kita dok relaks2 tetiba banyak hal pulak mendatang......hemmmm

sedang asyik terkejar sana sini...tetiba kakak ipar mokwo call...katanya daging korban yang di kirim oleh MIL masa raya haji ari tuh, pokwo belum ambil lagik ( kira dah bagi last warning lah tuh, kita orang asyik lah kena last warning jek!))....looorrrrr kok kita orang boleh lupo sampai dah masuk muharam dah.....so kita orang ape lagi....berdesup ke cheras nun untuk mengambil  daging yang di datang khas dari Kulim, Kedah.....Ya Ampun lah mak kedah....lenkali bagi banyak2 skit naaa.....boleh safe budget ku utk beli lauk barang seminggu ! banyak cekadak punya menantu lak ekkk...hari tuh suruh amek malu miauw, miauw..:))







so daging tuh dah habislah mokwo buat kuah pasta...alah kuah simple2, yang segera punya...tak moh letak resepilah.....mokwo hari nih nak kongsi satu resepi roti...yang, bagi mokwo roti yang sgt hampir tekstur dan rasa dengan roti yang beli punya......dan bahan2nya pula budget habis....rasa rotinya  sungguh lembuuuuuut, mulus dan sedap...

boleh di buat plain atau berinti...roti nih sungguh menepati selera mokwo sekeluarga.......memang syukur sangat mokwo jumpa resepi nih dan mesti simpan baik2.....setakat nih mokwo dah buat roti nih hampir setiap 2 hari sekali...sungguh senang kerana bahan2 nya cukup simple !


Terimakasih kepada empunya asal resepi nih....Yani...dan terimakasih Mat Gebu yang telah berkongsi nya..dan mokwo pun cilok resepi nih dari rumah Mat Gebu jugak...tetapi mokwo jugak ada buat sedikt adjustment yek...bersesuaian dengan keadaan stok semasa !


hujan2 nih, ada roti cicah kopi 'o'....alllooolaaah....mokwo guna kopi cap dua badak.....haha...jangan gelak noo...kopi nih sangat kawww tau...tak caya pergi beli kat Tesco sana....moh lerr sapa nak pekena roti dan kopi cap badak dengan mokwo..:D


Roti Benggali

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (mokwo guna 330gm tepung gandum + 20gm susu tepung)
1 camca besar shortening (lemak sayur)
Secubit garam
120 - 160 ml air suam (guna 200ml + 1 sb air biasa)
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam, yeast dan gula, kacau rata dan biar sebentar. Gaul rata tepung, garam dan lemak sayur. Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan dan susun dalam dua bekas yang telah disapu sedikit mentega. Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.

Monday, November 21, 2011

Bun yogurt...lemak dan lembut...

siap2 dah nak letak dalam tupperware..so roti akan senantiasa lembap dan gebu


Assalamualaikum...meroti lagi kali inih...cuti2 sekolah nih dengan adanya roti..senang skit kerja....coz bila lambat masak lunch...anak2 n hubby boleh kunyah2 roti....so tak lerr lapar menantikan lunch yang selalunya siap pada pukul 3 petang....kiranya kalau ada tetamu yang bertandang secara terkezut, utk lunch...errrk...nampaknya kebulurlah sekejap nak menunggu....itulah mokwo tak berapa gemar surprise2 visit...kesian nanti kat tetamu


letak choc filling......


resepi dari Ros, onigiri from myr...antara pakar roti berkaliber nih...:D...terimakasih Ros !!

Bahan-bahan ( kuantiti bergantung pada saiz bun yang dihasilkan )

  • 250 gram tepung roti
  • 120 gram plain yogurt
  • 40 ml susu segar
  • 20 gram marjerin
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula( mokwo letak 3 sudu besar)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread softener
  • krim coklat atau krim susu atau kaya sebagai inti ( ikut selera masing-masing)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pada yang ade BM menu Dough dan ON je.
  2. perap 40 minit dan kemudian tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin. Bahagi doh pada 10 bahagian dan biar selama 8 minit
  3. ambil doh tadi dan masukkan inti kegemaran anda, tapi klu nak plain je pun boleh. Biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 50 minit atau satu jam.
  4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 15 minit atau sehingga permukaan bun tadi perang.
  5. sejukkan atas redai. ini adalah bun yogurt plain yang telah dipotong, hasilnye lembut dan gebu.


yang nih letak inti kacang merah, dan di tabur bijan on top!
roti di atas di buat dengan tepung gandum biase...lihat tekstur nya yang berbeza

Thursday, February 24, 2011

meroyan meroti....roti prune


susah nye nak amek gambo roti ni dalam posisi yg sopan santun..hemm...menonggeng2  last2  mokwo tak tahan, dgn perut yang kebuluq...mokwo pun ape lagi..makan ler..secubit demi secubit......sambil ambik gambo , sambil makan..mana boleh buat kerja gitu..hahaha..sudah nye inilah posing terbaik, yang boleh di buat tayangan amal.......

.rasanya masam2 basah.......lembut jek macam makan gula kapas pun ade...sedap3x..tapi sedikit tawar di tekak mokwo..next time memang nak kena isikan inti cam Ijah buat

so kepada sesiapa yang tak puas hati dengan gambo di atas..pergi buat sendirk yek!! mokwo dah kenyang..bila dah kenyang jadi tak berapa rajin lah sambung photography dgn 'model' nih!! 'model' tu pun dan sumbing2 sana sini...hehehee...

 terima ksih kepada semua yang telah berkongsi, promote dan beri feedback tentang roti nih!!
resepi asal dari mat gebu tetapi mokwo c&p dari rumah hana..tq hana!!!

RESEPI ROTI PRUNE
source : matgebu@dapurtanpasempadan

Bahan-bahan
  • 250 gram tepung roti
  • 70 gram tepung gandum
  • 6 gram instat yeast
  • 1 camca besar susu tepung
  • 30 gram gula halus
  • 50 gram mentega
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softener
  • 130 ml air
  • 70 ml whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
  • 100 gram prune, hiris kasar
Cara Membuatnya
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga lembut dan anjal, jika melekat tabur sedikit tepung. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik, biar 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan on, biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan doh tadi pada 10 bahagian. Ambil satu dan bentukkan bulat seperti bola, susuh dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap.
  3. Perap 45 minit hingga kembang. Bakar dalam oven yang telah dipanasan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan roti dari oven dan sapu mentega atas permukaannya. Kalau suka boleh tabur sedikit gula halus..

Saturday, August 28, 2010

donut malus domestica

acara donut-mendonut oleh anak2 dara mokwo..mokwo tukar karier jadik 'mamarazzi'..snap2 pic aje..wahh ade arapan nak goyang kaki skit mase lagi....tapi yg tak syoknye kerja2 pembersihan mau nye jadik 2 kali ganda...grrrrrr...nak marah,...mengenangkan minat yg baik harus di pupuk sedari kecik..mokwo biarkan saja..tu lah bebudak zaman sekarang memang beruntung sebb teaching n parenting method sekarang dah berlainan..klau kita dulu kalau sepah2 kan dapur cam gini...huiih mesti tak cukup kaki nak larik kena ligan dgn rotan..hahaha..
di sebabkan donut2 nih di buat oleh para2 amatur..so bentuk dia berbagai2lah..but the taste maintains sodap..masuk dlm mulut tetap rasa donut sejati..satu yg paling sedap texture nye yg kenyal2 spongy gitew! resepi yg berbaloi2 di cobak!
resepi yg mokwo amek dari blog cik timah-TTM (sebeno nye tak tau nama sebenar dia, panggil cik timah main hentam aje, betui ka dah tuka nama jadi ila..looh glamer tul mak cik sorang nih!) terima kasih byk timah aka ila aka rossana becker...mcm2 ada! tq again!

kakak says"pada tuan puan yg berminat nak ode..tempahan akan di buka lagi 10 taun yeh!"

bermacam variety bentuk dan kaler yg ade...hemmm boleh lah asal bleh makan! mokwo makan paling banyak, sebab nye org lain yg buat..best betul!

 
300ml air suam
80g/1/3 cup melted butter
2 eggs
1 1/2 tsp salt
3 tbsp sugar
600g/4cups bread flour
2 tsp yeast

Pakai BM, masuk ikut urutan. Setting:Dough.

Kalau pakai tgn, campurkan air suam ngan yeast (biar dlm 5 minit).

Satukan bread flour, salt and sugar.

Buat lubang tengah..masukkan telur yg dipukul sedikit dengan butter. Pastu tuang yeast.

Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh. Biarkan doh naik selama sejam

Uli setebal 1cm. tekan dgn acuan donut.

Biarkan naik seganda, goreng dgn api sederhana.

bolehlaa letak apa2 atas donut tu..chocolate cair ke..caramel ker..aku suka cinnamon ngan castor sugar je.

Thursday, August 5, 2010

pizza kambing

pizzkam2
ni amny tengah nak cilok olive lah tuh! her favourite..

pizzakambin
dah bakar ke belum nih???

pizzakam4
cross sectional view....base yg lembut gebu tapi sedikit tebal utk 12' pizza pan
pizza dough recipe :
1/4 cawan tepung
1 sudu kecil garam
1  1/2 sudu besar gula
1  1/2 sudu kecil yis instant
1 cawan + 2 sudu besar air
1 sudu besar marjerin cair / minyak
1/2 sudu kecil bread softener
cara2:
- sebatikan tepung, gula, yis, dan garam
- tuangkan air..uli2
-masukkan majerin cair dan bread softener..uli again for 20 min with hand.. but food processor will take about 5- 10 minutes
-tutup doh yg dlm mangkuk tadi dgn kain bersih n biarkan for 1 hour
- tumbuk2 doh dan canai doh menjadi bulat leper dan masukkan dlm loyang pizza
-tutup loyang dgn kain bersih again dan perap for 20 min
-bakar base yg kosong tadi for 15 min at 180 C
- keluarkan..letak segala kehendak topping n cheese bakar lagi for another 20 min..
-keluarkan, potong , duduk, baca doa dan makaaan!!

perhatian:: resepi topping mokwo tak buh sebb boleh buh topping ape2 yg disukai..this time mokwo buh       daging kambing...
---------- lepas makan dah habis baru teringat...errrkk daging kambing, sosej n cheese..what a fattnin' combo..nak wat camno..dah kenyang baru ingat!! hehehe..tapi sedap sangat!

Tuesday, August 3, 2010

roti bun gula merah

dulu mokwo ingat, dlm bab memasak nih mokwo suka buat kek...tapi sejak akhir2 nih selera berubah kpd pembuatan roti lak..lepas buat roti mokwo selalu rasa lega jekk..hehehe..mana tak nye tatkala menguli tuh..kita bolehlah ganyang sekuat hati..bayangkan orng yg kita tak suka..pah tuh..ganyanglah, tonyohlah, sepuklah..ikut suka lah..puas ati kooo..hahaha tapi idak lah mokwo nih sokmo2 buat roti nak marah orng..tak lah..mokwo bukan pemarah sgt org nye..mokwo nih ati lemah lembut jek!(puji sendirik yek)
bun gula merah..memang lembut nih..texture nye cukup soft n berurat2 bila di tarik..gula merah yg dimasukkan menyebabkan roti nih kenyal dan wangi
trimakasih buat ros from jintan manis kerna sudi berkongsi resepi..moga ros selamat melahirkan baby yg comel lote, kiut miut..dan rajin meroti cam mama dia..hehehe
izin kan mokwo kopi pes kat sini yek utk dipanjangkan pd yg lain! nanti klau rajin, mokwo nak buh inti kelapalah pasti lebih sedap..suka manis2!!

roti mokwo mesti nak terhangus kat bhgn atas..lenkali harus beringat2 tang api tuh!


Bahan-bahanya-sumber resepi ros jintan manis 



180gram tepung roti

50gram tepung gandum

2 sudu besar skim milk@susu tepung

3-4 sudu besar gula merah

100ml susu segar suam@boleh ganti dengan air suam

40gram butter

2 sudu besar gula

1 1/2 sudu kecil yis

50 ml air

1/3 sudu kecil garam

1 sudu kecil bread softner ( boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux)



bahan sampingan

1/3 cawan kismis hitam

Cara-caranya ( uli tangan)



1. Mula-mula masakkan gula merah bersama 50ml air didalam periuk dan kacau sehingga gula merah larut, ketepikan dan sejukkan sebentar.

2. Selepas itu, masukkan bancuhan gula merah dan semua bahan doh dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli selama 5 hingga 8 minit.

3. Setelah adunan menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapatkan doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan beberapa minit, anda akan dapat doh yang elastik.

4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di campur dengan kismis hitam dan uli sebati.

5. Bahagi kedua-dua doh pada 9 bahagian bun kecil dan susun di dalam acuan petak 18cm, pastikan acuan petak di lenser dahulu dengan butter atau marjerin, biarkan doh naik dua kali ganda dan gilss permukaan bun dengan 1 sudu kecil susu segar+beberapa titikmadu.



KAEDAH LAIN ( menggunakan Bread Maker)

- Masukkan semua bahan kecuali kismis hitam dalam BM dan pilih menu Dough dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli, kemudian keluarkan doh dan bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di masukkan kismis hitam. Boleh terus bentukkan doh bulat-bulat dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda.

5. Akhir sekali bakar pada suhu 170-180darjah selama 20 hingga 23 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas atau boleh juga disejukkan dahulu atas redai. Selamat Mencuba.

Saturday, July 31, 2010

belajar buat roti..basic bread!


lama tak buat roti...malas..nak menunggu the whole process..feels like very pain stacking since mokwo can  be in the house more than 3 hrs only at night..after 11pm..huhuhu..so this roti habih buat dekat pukul 2 pagi...fenat nye!..sib baik mokwo uli ngan food processor jek! klau tak ..tak taulah..sure bersujud atas roti tuh kemengantukkan!
resepi amek dr blog cik timah-topsy turvy mum..yg cukup menggeletek jiwa klau baca dia punya entries!
crust kat luar tuh memang semacam je kerasnye tapi roti yg dlm putih tuh, texture ala2 kek sepang..mungkin mokwo bakar terlebih eereng..(betui ka vocab jawa ku inih?)
trimakasih bebanyak yeh cik timah de topsy turvy mum..sedap roti cik timah!!so d recipe is as below:
basic bread
bahan2 nye:
310ml air
2 sudu besar minyak
1  sudu kecil garam
2 sudu besar gula (mokwo guna 3 sudu besar)
600gm tepung roti
60gm telur
2 sudu kecil yis instant
2 sudu besar susu utk sapu atas roti
cara2nye:
-sapa2 yg guna BM masuk bahan ikut urutan
-klau guna uli tangan or food processor
-masukkan tepung, yis, garam n gula dlm satu bekas
-tuang kan air dan telur..teruskan uli, then masukkan minyak
-uli till doh jadik licin
-perap doh yg ditutup dengan kain bersih hingga doh naik 2 kali ganda
-tumbuk2 doh dan bentukkan dan masukkan doh dlm acuan yg di glis dgn marjerin
- biar kan doh naik sekali lagi 2 kali ganda
-bakar dgn api atas bawah at 170 C for 30 minit


inilah tangan yg byk berjasa...walaupun kekadang roti tak segebu yg di idam kan ,,tangan mokwo manten gobu joo...hohoho
bak kata peribahsa french..tangan yg menguli roti, bisa mengganyang doniyaaa!!!
selamat menanti ramadhan utk semua umat Islam..di mana jua berada!!

Wednesday, June 30, 2010

pau kacang resepi chef hjh noraini


i'll do less talking today..resepi pau yg ada sedikit kelainan kerana di tambah ovelet di dalam nye..dr segi rasa, tak jauh beza dgn resepi pau yg lain2..tapi yg pasti pau ini tetap lembut dan gebu dari pagi sampai ke malam jika di simpan dlm bekas tupperware. pau ni pun boleh di jadikan frozen utk kemudahan di masa kan dtg
so this is the recipe, mokwo c&p dr hjh noraini- resepi noraini..trimakasih byk2 chef!!

Bahan-bahan :

1 kg tepung pau

11 gm yis kering Mauripan

20 gm serbuk penaik double action

110 gm gula kastor

50 gm shortening (lemak putih)

15 gm ovalet

550 ml air

1 sudu teh garam (mokwo tambah sendiri)

Inti :

Serikaya, kelapa atau kacang merah



Cara Membuatnya :

1. Satukan tepung pau, yis kering, serbuk penaik, gula kastor dan ovalet dalam sebuah besen atau mangkuk besar. Gaul sebati.

2. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh kasar yang agak lembik. Tambah air jika kurang lembut.

3. Pindahkan doh yang masih kasar itu ke atas sebiji dulang yang besar. Taburkan sedikit tepung gandum.

4. Letakkan shortening di tengah doh dan uli hingga ia sebati dengan doh.Mula-mula memang agak melekit, tetapi lama kelamaan ia akan menyerap dalam doh. Jika melekit, tabur sedikit tepung gandum.

5. Uli lagi selama 15 minit hingga doh menjadi lembut dan halus.

6. Masukkan doh ke dalam besen besar semula. Tutup dengan kain atau plastik. Letakkan di tempat yang hangat supaya ia cepat mengembang. Biarkan selama lebih kurang 45 minit atau sehingga doh naik 3 x ganda dari saiz asal.

7. Tumbuk doh dengan tangan bagi mengeluarkan anginnya. Uli sebentar ke bentuk asal.

8. Bentukkan doh mengikut saiz dikehendaki. Letak atas papan canai dan canaikan membulat.

9. Masukkan inti dan tutup doh. Letak atas kertas atau daun pisang yang dipotong empat segi.

10. Susunkan atas dulang aluminium yang muat dimasukkan dalam pengukus. Jangan susun terlalu rapat kerana doh akan mengembang.

11. Rehatkan doh 20 minit. Sambil itu, isikan air 3/4 penuh dan didihkan.

12. Setelah air mendidih, masukkan dulang berisi doh tadi. Tutup periuk dengan kain putih nipis dan kukus 15 minit dalam api besar.

13. Angkat dari api dan buka penutup.Sejukkan.

Nota : Resipi ini boleh mendapat lebih 40 biji pau bersaiz sederhana. Pau boleh dipanaskan semula keesokan harinya. Jika mahu buat sedikit, gunakan 1/2 resipi ini.

Friday, May 21, 2010

donut nasik

mempelbagaikan kegunaan nasik..bleh buat roti dan donut jugak! sedap dan lembut..adunan nih dapat skit je tau! kalau kat rumah tuh memang ramai peminat donut..di syor kan buat lebih! selamat mencuba.....

bahan2:
bahan A:
1/2 cawan nasi (60grm)
70ml air suam
bahan B:
1 cawan tepung roti/ gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil yis instant
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
bahan C:
1 sudu kecil marjerin
Cara2:
  • kisarkan bahan A
  • satukan bahan B dlm mangkuk adunan. masukkan bahan A
  • uli sampai sebati. atau sapa yg ade food processor or BM bleh masukkan aje dlm nye
  • masukkan bahan C dan uli lagi till kenyal. kalau adunan sedikit lekit..bleh tambah 1 sudu kecil tepung gandum
  • tutup adunan dgn kain bersih dan biar naik 2 kali ganda or lebih kurang 1 jam
  • tumbuk2 adunan dan canai terap dgn acuan donut
  • jika susah nak terap, sapu sedikit minyak pd acuan dan tangan
  • letakkan donut pd dulang yg dah di lenserkan dgn minyak dan biarkan naik kembung elok for 1 hour lagi
  • goreng terendam menggunakan api yg sederhana
  • sejatkan dan buh lah topping choc ke, gaul gula ke...ape2 lah yg berkenan dek ati!


Saturday, May 15, 2010

roti jala

cicah kuah sardin!!


still can maintain ayu menunggu utk dipadankan ngan susu pekat!
projek menjala di daratan..mcm2 rupa bentuk jala ade..jamu mata yeh..then meh tengok resepinye..mokwo mkan ngan sardin jek..yg kaler pink tu pulak...anak2 dara punya roti jala yg di makan bersama susu pekat manis...seksa gak nak menjala bentuk nih..tapi bila dah buat rasa mcm tak leh nak stop lak..heheh..tq to all those yg dah contributed the creative ideas like hana , ika, lemongrass,azie,ummi zai kuantan, nor gganu and maz bahrain
below was the pic of self-made mould that mokwo used..kenal dak botol ape?..nampak dak lubang kat penutup botol tuh? kahkahkah..jimat gitu!!!..botol mayo yg dah di beli, lobang dia megalah lobang idung gajah..besar sgt! tu lah sebb..ni semua idea dr maz bahrain ..penutup botol mokwo tebuk ngan paku yg telah di panaskan...tekan2 skit till dpt size lubang yg diingini..........
tq maz!



so this was the recipe that i had used:

roti jala:

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 3/4 cawan air
1/2 cawan susu cair

garam secukup rasa


cara:

-campur ke semua bahan2 dan mix dgn hand whisk sampai tak berbintil

- guna non- stick pan or kuali leper yg telah di sapukan dgn minyak

-maka mulalah menjala yek!

utk cara menjala nya sila klik di sini! tq min n azie!




Friday, April 23, 2010

sloppy joe..mokwo panggil roti joe!

buat utk dinner semalam..pagi nih masih ade lagik..so wat breakfast lah..sedap ..semua orang suka..di sebabkan roti hotdog tak de kat kedai runcit berdekatan ngan umah mokwo..mokwo rembat je ape2 loti..wholemeal bread yg diwar2kan healthy itu menjadi pojaaan hati ku!
kat sini mokwo guna minced chicken meat..buh timun skit..dah jalaaan..tak sangka resepi sesimple ini mempunyai rase yg sedap sekali dan begitu mengenyangkan!
oklah resepinye mokwo c&p dari blog mamafahmi, mama lak cilok dr Allrecipe., Tamara
Ingredients :
450g minced meat( mokwo guna dging ayam)
2 cloves chopped garlic
1/4 cup chopped onion
1/4 cup diced carrots
1 teaspoon yellow mustard
3/4 cup ketchup
3 teaspoons brown sugar
salt to tasteground
black pepper to taste
Method :
1. In a medium skillet over medium heat, heat oil and add in chopped garlic and onion. Fry till soft and add minced meat and diced carrots. Cook till liquid almost dried.
2. Add in yellow mustard, ketchup and brown sugar; mix thoroughly.
3. Reduce heat, and simmer for 30 minutes. Season with salt and pepper.
4. Enjoy with hotdog bread, sliced in the middle.

Tuesday, March 16, 2010

roti puri



buat tuk breakfast ...sebab still ade saki baki dalca berlebihan..wah wah! bukan main sukanye depa mengadap...desup2 dah abes..huwaaauu...klau tau pakat2 suka mau mokwo buat 3 adunan..sedap lah ..lembut jek..tapi mase mula2 uli tuh adunan jadik sedikit lembik n melekit, jadi utk menyenangkan kerje ku, mokwo pun tambahlah skit shortening...weeee baru boleh uli ..tapi still kena pakai plastic glove....ingatkan nak tambah tepung...tapi takut keras kelentong tak sedaplah pulok..sebenarnye lagi lembik adunan roti tuh lagi lembut akan jadinye roti..(paham tak ayat nih?)

roti puri nih cukup femes kat kawasan mokwo suatu waktu dahulu, tapi sekarang toke tuh tak tau gi mane dah..mokwo rase pekerja bangla dia semua dah balik negeri , tu yg dah tak meniaga lagi tuh..pernah mokwo cube ade satu resepi yg mokwo jumpa dlm buku...resepi itu menggunakan tepung naik sendiri..tapi hasilnye sungguh menhampakan..jadik serupa capati keras...tak naik langsung....berbeza sgt yg resepi nih..lembut, kenyal2 dan, dan..ahhh tak ingatlah.. tak sempat nak menghayati nikmat mkan roti puri , sebab sekelip mata dah abes....klau buat kari kambing nih..lagilah terangkat

mokwo c&p dr blog ayu-curlybabe yg dok nun di sgpore..ayu lak amek dr yatiezaini myr...tq ayu n yatie for sharing !
Ingredients:-
2 cawan tepung gandum-(2 cups plain flour)
1 sudu kecil yis mauripan-(1 tsp yeast)
40-50 ml air-(40-50 ml water)
*minyak untuk menggoreng-(*oil for frying)
*1/2 sudu kecil garam-(*1/2 tsp salt)
*3 sudu makan gula-(boleh dikurangkan jika tak suka manis)-saya gunakan 1 sudu besar aje -(*3 tbsp sugar-can reduce if dont prefer sweet - I added only 1 tbsp)
*175ml air panas-(*175 ml hot water)
1 sb shortening- mokwo tambah sendiri, utk memudahkan menguli
Method:-
Satukan bahan *bertanda dan panaskan, kacau sehingga gula hancur dan tutup api. Satukan tepung, yis dan gaulkan. Masukkan bahan yang dimasak tadi kedalam tepung dan yis dan gaul dengan menggunakan garfu sehingga bercampur sahaja.
Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti(bread crumbs). Tambahkan air sedikit2 dan adun sehingga tak melekat di tangan dan menjadi doh .
perap doh selama 30 minit.
Bahagikan doh pada 12 bahagian dan bulatkan kecil.
Canai doh nipis macam karipap/duit 50 sen.
Siap untuk digoreng sebiji sebiji .
Sources:-From Yatiezaini@myresipi.com

Tuesday, March 9, 2010

basic bread recipe


roti yg telah siap dipotong utk bentou pokwo

ari nih giliran anak mokwo pulok demam..amni dah masuk 2 ari demam..tapi sepeti biase masih aktif berjoget n main komputer games..pagi tadi berperang nak masukkan suppositories (ubat demam yg masuk montotnye) ...semangat nak pegi sekolah berkobar2 tuh..ari nih merengek2 sebab nak gi sekolah..tapi mokwo tak bg dia pegi nantikan jadik ape2 susah lak...


nih projek last week,..trial n error..dapat gak buat roti gebus kesukaan ku....nampaknye bertambahlah lagi koleksi resepi roti mokwo...roti gardenia yg pokwo beli tempohari tak dak sapa nak sentuh ...ciannye..mokwo nak kena cari jalan nak perabihkan roti yg hampir nak menopos tuh


resepi yg mokwo dapat dr blog bro rozzan- pakar buat kek lapis, yg diperturunkan dr kak yatie

yg telah diolah oleh diana..tq guys for sharing this great recipe!..nextime klau nak buat savoury bread, mokwo kena kurangkan gula

BASIC BREAD RECIPE
(Diana olah dari resipi asal Roshayati)

Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine (I used Hong Kong flour)
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver super tex
4 sudu teh (1 paket) yis kering
( I added 1 sudu teh VX2-bread softener)

Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)

Bahan C
80 gram shortening ( I used 40 gm shortening & 40 gm butter as in Pn Roshayati's orig recipe)

inti
4 keping chicken meatloaf
secukupnye mozarella cheese
2 sb serbuk parmesan cheese

Cara-Caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.(mokwo guna food processor with blade attached)
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.( at this point, mokwo canai dan buh inti)
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.

Sunday, March 7, 2010

bun kentang ros-JMC




end product, walau tak secantik mane, beri satu kepuasan pd mokwo


proses pembakaran yg mendebarkan





lepas kuar dr oven, errkk ..lupa nak sapu skit telur b4 bakar..sapu butter je lah, mokwo tak buh topping sebab mokwo tak pasti roti nih nak jadik camno..heheheh


sebenarnye buat roti nih tak lah sesusah yg di sangka..(cewahhh)...klau ade bread maker (BM)lagiklah tak susah...masuk semua bahan..tekn setting n tunggu saja sampai siap..sedia utk di bulat2kan...tapi mokwo tak ade BM..so i have to do the conventional way...nguli..seksa but good excercise..add some muscle to your bicep..klau tangan sekuat malik noor boleh lah nak nguli roti sokmo pun..tapi bg mokwo, tulang pun dah seasoned di tambah lagi nguli tengah2 malam..sorang2..dok tengok jam je bilalah nak sampai 20 min..it was just like forever...huhuh..last2 malas, uli pun lebih kurang, yis tak dapat diaktifkan..dapatlah roti yg so, so frustrating...bantatlah!! setakat nih udah 3 percubaan roti mokwo menemui jalan buntu..jadik mokwo pun usulkan lah pd finance minister (pokwo) utk beli BM..pokwo kate ok, go n survey, don't end up buying things yg tak leh guna...erkk! mase tuh baru mokwo tersedar yg byk jugak barangan dapur mokwo dah berabuk , bertapa..so meh tengok ape yg mokwo guna!


b4 that, mokwo c&p resepi roti nih dr ros fr JMC, tq very much ros for the recipe, tips, dorongan dan nasihat yg berguna...berbaloi2

Bahan-bahanya
250 gram tepung roti

70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye

2 sudu besar susu tepung

1 biji telur ( dipukul sedikit)

120ml susu segar

2 sudu besar marjerin(mokwo guna shortening)

2 sudu besar gula

4 gram yis ( 1 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard

2 sudu besar tepung bird custard

3/4 cawan susu segar

3 sudu besar gula

caranya:

( sos kastard)

1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selalu klu jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.

Caranya. ( roti)

1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde BM masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.( mokwo masukkan semua bahan2 kering dlm food processor, tambah telur..then susu ..blend with the blade. akhir sekali masukkan shortening, blend lagi till betul sebati...for 5 min)

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. (mesti buat step nih..so much fun-anak mokwo kata..then mokwo masukkan dlm mixer , guna hook dan uli lagi sampai sebati..took another 6 min)

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .

4.Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit( utk oven mokwo hanyalah guna 150C). Ok dah siap Selamat Mencuba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...