sessi gatai tangan...buat kek karemel pagi2 buta coz..mokwo ade appointment yg harus di settle.pada pukl sepuluh pagi
alhamdullilah karemel tuh masak sempurna..tapi kan kek dia jadi kembang semacam lak..texture seolah2 kek chiffon jadik nya..mungkin terlebih pukul...tak pa 1st attempt...trial n error..learn from mistakes
tq to
ita masam manis..yg telah provide tutorial panjang lebar beserta gambo n step by step yang cukup gorjes..tq jugak utk kawan2 ita...chantiq2 belaka gambo di blog ita...suka jamu mata di sana !!
tq jugak tu
cheq sue..sebb mokwo copy resepi nih dari blog dia....kembung dan lawo kek
cheq sue...mengingatkan mokwo supaya x leh buat selalu ...nanti jadi kembung cam kek tuh..tak turun2, pokwo gak yg susah.../wahaha
satu lagi masaalah bila buat kek nih...bebudak asyik dok korek dia punya karemel ajer...last2 tinggal togel, span kek ajer...mana ade ummmph nak makan....bebudak bertuah sungguh !!
|
kesalahan pertama..loyang kek lupa nak di sapu grease...bahagian tepi kek melekat di loyang! |
oklah pada yg masih rasa teragak2 nak buat tuh..bolehlah cuba..InsyaAllah kalau di ikuti steps yg di tunjukkan
ita dengan betul..kek pasti menjadi...part yang nak susah pun ...tang marbling tuh ajer...sebab adunan macam seakan2 'lari sana sini '...tapi bila dah hampir selesai..tak jadi masaalah lagi...so hepi trying everyone !! mokwo dah buat..u all bila lagi??
|
kesalahan kedua..adunan kek terlalu kembang..banyak gelembung udara..kek jadi wobbling..terlalu lembut bak sutera! |
KEK KAREMEL
Resepi Asal :
Munirah Baharum (FB)
Sumber :
Ita Masam Manis
Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc.
mokwo guna 9"
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras
Bahan Karemel
1/2 tin susu cair (200gm )
70g gula castor cheq sue guna 50 g
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor (50 g)
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor (50 g)
1 sudu teh krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Cara-cara :
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.yang ni bergantung kepada warna2 yang digunakan...cheq sue guna merah. hijau dan kuning,
mokwo guna koko emulco,dan lagi satu plain
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.
mokwo syorkan pergi ke blog Ita untuk gambaran yg lebih jelas !!
|
kesalahan ketiga..tinggalkan kek nih pada pokwo...bila mokwo balik hampir separuh kek pokwo dan ngap...ohh my dear pokwo !!hemm..nampaknya next time kena buat lagi...kalau ghajin hihi....bercinta sungguh!! |
konklusinya..kek nih
memang sedap!