Pages

Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Puding Karamel..Wajid bulan Ramadhan...

Assalaamualaikum....
KNJ ingat tak nak tayang gambo ni...huduh bebeno....langsung tak sempat nak berhias bagai..tapi rase dia cukup sedap...terutama bila dah di sejukkan dlm peti ais....emmm..emmm!

kalau dulu ..zaman tak brapa reti nak buat kuih muih ni..KNJ sanggup bersesak-sesak pergi ka bazar Ramadan di Ampangan , seremban nun..semata-mata nak beli puding karamel gini...bila beli tu...nasib2 dapat yang sedap...kalau x bernasib...memang tak sedap langsung di tambah dengan harga yg mahal melambung untuk sekeping puding ie rm2 atau lebih untuk sejurai kecil

Alhamdulillah.. sejak ramai geng masak2 ni yang memperkenalkan resepi Puding karamel yg sedap2 ni KNJ tak perlu beli lagi lah...safe banyak budget KNJ tau ! Almaklumlah..dgn kita yang berpendapatan tak menentu ni...kenalah berbelanja dgn berhemah dan bijak kan!

Kali ni KNJ terai resepi dari Kak NOr Secubit Garam...tq..memang sedap pun...tak terlalu manis dan tak terlalu lembik... so KNJ pastekan resepinya di bawah yek utk yang nak menerai hokey! sangat2 senang..KNJ  kukus aje...cuma hati2 lah bila sediakan gula hangus tu...jangan masak sampai legam..nanti semua masuk dalam tong, pait tak leh makan... :)


Salam RAmadhan Kareem !
PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.
( KNJ tutup loyang dengan aluminium foil, then kukus untuk 40 minit )
 # puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
## bg yg nak tau kaedah waterbath tu camana boleh tengok kat blog kakwan ni ya..


Friday, November 2, 2012

Puding Karamel paling Chantik...perasan...:P

Assalaamualaikum,

hokalolaah.....:).... bagi chan lah Kak Nik nak perasan jap....tapi memang betul pun..sebelum ni...memasak puding bertuah nih memang penuh gelembung ajer jadiknya....bila puding penuh gelembung, masa makan , rasa macam ade yang tak kena, macam tak rasa puding sepenuh sifat...:)..tektur dia ade sedikit kasar lah

lepas tuh akak came across satu video seorang akak jepun yg masak sama dog dia kat youtube..akak tengok puding dia..MasyaAllah...chantik mulus lagik wobbly je kejadiannya
setelah di perhatikan elok2...baru akak perasan bahawa ada beberapa steps yang dia buat, tapi akak tak pernah buat sebelum nih....

jadi jom akak share dekat sini pulak utk yu oals....ade yang dah tau trick ni, tapi akak share jugaklah ye...sebab sharing is caring..(soooo cliche)..:))
  1.  bila buat gula hangus, akak suka guna kuali melengkung yang buat goreng ikan tu, kadar keperangan gula senang nak control..jadi tak de masaalah gula boleh terlebih hangus
  2.  guna api yang kecil ajer utk buat gula hangus, dan silalh bagi tumpuan sepenuh masa...jgn dok gatai tangn buat menda lain..
  3. pastikan adunan telur ditapis dahulu sebelum di masukkan dalam loyang yang berisi karamel
  4. tutup loyang dgn aluminium foil sebelum di kukus, step ni paling  penting ! 
macam ni lah rupa puding selepas di kukus, biasenya kalau tak ditutup dgn aluminium foil, permukaan akan jadi naik mengelembung
resepi asal telah akak olah dari resipi Yansani dari My resipi sana...sedap resipi ni..tidak terlalu lemak atau muak, sebab ada penambahan air dlm nya...jimat jugak , memang boleh buat jual ni.



PUDING KARAMEL CHANTIK

Bahan-bahan ( utk dimakan sekeluarga )

buat gula hangus:

1/2 cawan gula-dibuat gula hangus
3 sudu besar air
  1. lengser loyng bulat 9" dengan sedikit minyak masak
  2. letak gula dalam kuali, masak sehingga perang dengan api kecil
  3. tambah air satu sudu demi satu sudu , kacau hingga pekat
  4. tuang dalam loyang tadi. ketepikan
Bahan-bahan Puding:

1 tin susu cair 400gm
300ml air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
6 biji telur A

Cara-cara

  1. Ketika ini bolehlah dipanaskan air utk mengukus.
  2. satukan tepung kastard, susu ,air dan gula. kacau sampai gula betul2 larut
  3. masukkan telur, kacau dengan hand whisk hingga adunan sebati.
  4.   tapis adunan kedalam loyang yang berisi karamel tadi
  5. tutup loyang dengan aluminium foil.
  6. Kukus selama 45minit. 
  7. kalau nak tau puding masak ke tak, cucuk bahagian tengah puding dengan lidi, kalau tak ada apa2 melekat, maknanya puding dah masak
  8. tunggu sejuk dahulu barulah boleh di terbalikkan puding yek!


so dah tau trick2 membuat puding karamel?...jom kita pakat2 wat jual puding ni bulan ramadhan tahun depan....:D
selamat mencuba!!

Wednesday, October 5, 2011

Puding Avokado...... dari Puding rose !

Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman........
sebelum mokwo pergi bercuti.....tak kemana pun balik kampung ajerr....mokwo tinggalkan u all dengan resepi puding avokado...godeh2 nak clearkan fridge..terjumpa 2 biji avokado...tak hingat dah bila beli...nak buat smoothies macam dah muak makan...so pikir2 ternampak resepi puding rose kak nor..mokwo pinjam japlah resepi itu...

Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan....sebb resepi asal pun memang sedap sungguh

sekarang dah mula nak suka puding lak!



resepi asal boleh pergi ke dapur kak nor di SINI...yang di bawah nih resepi yang mokwo dah olah...many2 thanks to kak nor!!

pssst3x! kak nor ..kalau tak tau nak simpan kat mana silikon mould chomey2 tuh meh lerr cini..kita boleh tulun simpankan...:))

guna plastic mould.....


Puding Avokado :

Bahan2 nya : 1 cawan = 250ml

10 gm agar2 tali-- basuh dah rendam sekejap
3 cawan air
9 sudu besar gula
1 biji avokado-- belah dan korek isinya
1 cawan susu cair
1 biji telur (A)
1 sudu besar mentega
beberapa titik pandan paste


Cara:

Masak air bersama serbuk agar2 dan daun pandan sehingga agar2 larut Masak lagi hingga mendidih.
Kisar avokado bersama susu cair ,gula dan telur hingga halus.
Tuangkan ke dalam adunan agar2 tadi dan masak lagi hingga semua agar2 larut
Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair dan sebati.
Masukkan pandan paste utk menaikkan warna bagi puding ini.
Tuangkan ke dalam loyang yg disukai.
Biarkan puding sejuk/mengeras sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Bila puding dah betul2 sejuk, bolehlah dihidangkan.



this one guna silicone mould kering kontang......memang jadi gerutu cam tuh!

sehingga ketemu kembali yekk! wassalam....daaaa ada yang ikut kerr??

Thursday, September 8, 2011

puding keju pemanis mulut, pembuka bicara !!

Assalamualaikum ...salam sejahtera

puasa Ramadhan sudah...raya Syawal pun sudah.....puasa sunat enam hari dah beres ke belum???

mokwo pun hanya sempat menyudahkan 3 hari puasa....harap2 dapatlah laksanakan sampai habis enam hari..tak seperti tahun2 yang lepas asyik kantoi memanjang..segan nya dan sayang betul..kerana masa yang berlalu pergi pasti takkan boleh di'rewind' kan !

oh ya..agenda makan2 pun masih rancak lagi kan..memandangkan syawal masih di awal bulan lagi..this friday and saturday sahaja sudah ada 3 tempat mokwo nak pergi...tah sempat ke tak...sebb jauh2 semuanya...mokwo harap tak de lah yang nak tarik muko kalau mokwo tak dapat hadirkan diri !!! kekadang susah jugak nak bagi orang paham keaadan diri ini yang senantiasa sibuk memanjang.!!!!


ok lah..mokwo tak mau celoteh panjang2....nak cerita pasal episod raya mokwo sekeluarga pun mokwo belum habeh raya lagi....hihihi....next 2 weeks mokwo akan sambung beraya di kelantan pulak..InsyaAllah..!!

mokwo harus ke dapur nih.. .. nak masak2..sebelum mokwo undur diri..mokwo tempekkan resepi puding yang sedap nih... bahan2 yang simple pun boleh menghasilkan satu masakan yang memang marvellous rasa nya...many thanks to the owner..alongroz- kitchen corner dan juga blogger2 masak yg lain yg telah mencuba dan yo yo orr  meng'endorse' kesedapannya...akhirnya tergoda jugak mokwo untuk membuatnya setelah sekian lama memeram resepi !!

buat juadah utk open house nih....memang gerenti laku nyerr!



copied from kitchen corner - AlongRoz
Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

Saturday, October 23, 2010

Naseem's caramel pudding

salah satu dessert yang memang dlm seminggu mesti buat sekali...puding karamel..tak kiralah resepi mana pun..this time around mokwo guna resepi dari mamafami..ternyata tidak menghampakan...so far resepi yg dah ada kat blog nih , yg mokwo dah try sendiri memang sedap2 belaka...kalah yg di jual kat bazaar ramadhan yg pernah mokwo beli...jadi nye kalau nak makan puding karamel yg sedap.. mokwo syorkan buatlah sendiri!!

suka mokwo nak kongsikan di sini tips2 nak buat gula hangus aka karamel...berdasarkan pengalaman mokwo...kalau tak pandai budget masa dan api...gula akan menjadi pahit kerna terlalu hangus...so utk mendapatkan gula karamel yg sedap...anda kenalah menggoreng dgn menggunakan kuali yg melengkung...alah kuali yg kita dok buat goreng ikan tuh...gula memang senang dan cepat betul nak hangus

bila gula dah start mencair n sedikit hangus di bahagian kelilingnye...kacau sekata until semua gula menjadi cair dan berubah warna keperangan...api of course pada level yg minima..senang nak control keperangan gula.....

kemudian tambah air, so gula tak akan menjadi terlalu hangus dan senang nak melt bila puding di masak...kuantiti air dalam sekitar 3 atau 4 sudu besar dan juga bergantung pd kuatiti gula yg dihanguskan tadi.....klau suka boleh tambah cream of tar tar dlm gula hangus..dlam 1/8 atau 1/4 sudu kecil...supaya dapat rasa yg lebih tinge lagik!
so this pudding ..rasanye tak larik jauh dr puding karamel biasa..tapi kehadiran roti membuatnye lebih lemak.....sekarang roti yg belen2 kat umah pasti mokwo buat puding nih...kekadang kuantiti roti tuh mokwo lebihkan..ye lah alang2 dah tinggal sekeping dua...rasa nye tetap sedap...di syorkan simpan semalaman dlm peti sejuk...esok ceduk makan..walllah!!!
kpd mamafami tq very much for sharing this sweet recipe..malas nak translate... mokwo minta izin copy n paste here!
till then have a safe n happy weekend to all!


NASEEM'S CARAMEL PUDDING

Ingredients :

4 cups fresh milk
1/2 tin condensed milk
2 slices of white bread (mokwo guna lebih....3 or 4..haha kiranye nak perabih roti)
3 eggs
vanilla essance

Caramel
3/4 cup sugar

4 sudu besar air (mokwo tambah)
1/8 sudu kecil cream of tar tar ( mokwo tambah)

Method :

1. Boil the milk.
2. Remove from heat and add bread. Leave to cool.
3. Add condensed milk, eggs and vanilla
4. Put in the blender and liquidise.
5. Make caramel with 3/4 cup sugar.
6. Grease the sides of a pyrex bowl with butter. Pour the caramel into the bowl.
7. Pour the milk mixture and steam for about 15 to 20 minutes.

Wednesday, August 18, 2010

puding gula hangus..semanis madu!

semalam kami ada menerima panggilan mengatakan bahwa seorang ibu tua hampir tidak punyai duit utk membeli beras buat berbuka puasa....hemmmmm..menarik nafas panjang mokwo, dlm kita di bulan puasa nih semacam berpesta dgn makanan , ada jugak insan yg sebegini daif...Alhamdulillah..dilapangkan Allah hari nih utk memberi ibu tua itu sedikit bantuan..walau tidak sebanyak manapun, cukuplah utk membeli beras dan brg2 keperluan lain..
geram bercampur kecewa sebenarnye melihatkan ibu tua itu di campakkan dlm kancah kesempitan hidup sebegitu. tinggal sebumbung dgn anak, menantu2 dan cucu2..tetapi diperlakukan bagai hamba sahaya lagaknye..laknat Allah pd sesiapa yg derhaka pd orang tua nye dan rahmat Allah bg mereka yg berbuat kebajikan pd kedua ibubapanye!!!
mokwo sebenarnya tak nak elaborate panjang pasal kisah si ibu tua nih, di takuti hanya akan membuka aib orang satu persatu jek..tak pasai pahala posa mokwo kang jadi zero
mokwo hanya mampu berdoa agar ibu tua ini dan suaminye yg sudah uzur itu dilepaskan dr segala bebanan yg tak sepatutnye mereka tanggung di waktu senja usia sebegini! ikutkan hati mau aje mokwo pegi pelangkong org2 yg zalim tuh seko2!


antara juadah berbuka yg menjadi favourite seisi keluarga..apasal yek mokwo punya puding nih sekeliling dia jadik cam permukaan bulan..tak smooth..
nyway..since anis kata puding dia sedikit manis n keras, so mokwo dah alter skit quantity susu pekat n tpg kastard...sedap tul!! lemak manis memang menepati citarasa mokwo..tq anis dr anis's dairy... utk resepi yg sedap lemak manis..i loooike!!! mokwo cnp kat sini lak yeh! dah tak tau brapa kali dah buat nih! tak jemu2 makan!

Bahan-bahannya:

5 biji telur gred A

1 sudu besar tepung kastard ( mokwo buh 1 sudu kecil jek)

1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat (mokwo guna 1 tin susu cair + 4 sudu makan susu pekat )
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam

1/2 cawan gula pasir - dijadikan gula hangus

Cara-caranya:
1. Panaskan kukusan.

2. Sediakan gula hangus dan tuang ke dalam acuan yang digunakan.

3. Masukkan semua bahan dalam jug pengisar dan kisar sebati.

4. Masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam acuan yang telah sedia dengan gula hangus di dalamnya.

5. Tutup acuan dengan aluminium foil.

6. Kukus puding tadi selama 45 minit dengan api sederhana kuat.

7. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.

Monday, November 23, 2009

puding karamel


PB230598
Originally uploaded by kaknikyusof

sedap betul resepi nih.. basic nye guna resepi dr hana tapi dah di ubah suai ikut citarasa ku.tq for the lovely recepi hana.

lepas nih tak payah tunggu bulan posa baru nak merasa puding nih, . can do any at time, at any where..cewah!! buat tau jangan tak buat..jom tengok resepinya:

3/4 cawan gula pasir

1/4 cawan air

- masak gula seeloknya dlm kuali non stick sampai perang dan berbuih. tuang air berhati2 dan masak gula sampai pekat. tuang dalam loyang yang akan di buat puding. i guna 24cm loyang bulat.

bahan puding:

2 tin susu cair (yg 400gm punye)

12 biji telur c

150gm gula alus

1 sudu kecil tepung kastard (option)

secubit garam

2 sudu kecil vanilla esen

cara-cara:

blend semua bahan2 dalam blender. dan tuangkan dalam loyang berisi karamel diatas. masak secara 'bain-marie' selama 40 minit menggunakan pada suhu 170 C.

sejukkan kemudian terbalikkan loyang...walllah...ready to eat!!!!yum, yum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...