Pages

Friday, November 4, 2011

Tenggelam..tenggelam ...timbul

assalamualaikum...kepada semua pembaca blog mokwo yang mokwo hormati....sori lah lama jugak mokwo jamu mata u aols dengan karipap kereput2 tuh....sebenarnya mokwo terlalu busy betul sejak kebelakangan nih.....minda dan fizikal mokwo pun jadi macam tak centralized jek!!..

macam2 kejadian dan masaalah yang mokwo hadapi (nak cerita satu persatu....too long story, i tell yer)...nak tak nak mokwo harus hadapi jua.....yang paling menyakitkan hati bila masalah yang datang di sebabkan berurusan dengan incompetent person dan 'cakap tak serupa bikin' punya manusia......... huru hara segala jadual harian mokwo di buatnya.....lenkali serik dah nak berurusan dengan orang yang macam ni.....cutting a business deal with them..untungnya tak seberapa...badan dan otak kiita over exhausted..luckly things have been settle.....nicely...tq Allah !!

hah! 2 kali ingat..kekadang tuh elok juga Allah timpakan masaalah...sebab bila dapat masaalah...ingatan dan pergantungan kita pada Allah akan menjadi bulat....masa tuh lah buat segala solat2 sunat dan panjatkan doa like there's no tomorrow...haha...dasar manusia kan !!!

so... sebelum mokwo akan 'tenggelam' sekali lagi..meraikan cuti Aidiladha yang bakal menjelang.....
mokwo sajikan u oals dengan carrot banana cake nih yek... ...sangat sedap..kalau nak buat utuk raya haji nih pun sesuai jugak buat pemanis mulut tetamu yang bertandang...bagi mokwo kalau tak di sapu dengan cream cheese tuh pun tak apa..kek nih punyai rasa nya yang tersendiri

instead of lil' cuppies, mokwo buat sebijik kek..guna loyang 8"..1st time mokwo deco mendeco nih..kederat sungguh!






udah di potong2...n makan time!! cooking n eating are the best therapy..


resepi sumbangan kak nor..secubit garam...tq dear hakak!! kita c&p sini

SALAM AIDILADHA DAN SELAMAT BERCUTI  !! 
PESANAN PENAJA :: SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN !! :))

CARROT & BANANA CUPCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan: (menghasilkan 14 bj cupcake, Mokwo guna loyang segiempat sama 8"))
150gm tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh garam * (*diayak)
170gm carrot yg disagat
50gm badam (optional) ~ dicincang dan disangai sekejap
2 bj telur A
95gm gula perang
100ml minyak sayur/bunga
2 biji pisang ~ dilecek (lebihkurang 1 cawan)
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila
papercup secukupnya

Cara:
Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
Masukkan carrot dan gaul rata.
Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat (ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih)
Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. (lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim)
Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170C sehingga masak (lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup)
Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul2 sejuk sebelum diletakkan frosting/topping keatasnya.

*
- kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
- bakar dgn suhu 175 - 180C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.
- cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
- kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
- minyak sayur/bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
- sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.


CREAMCHEESE FROSTING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
125gm creamcheese
60gm butter
60gm gula icing ~ ayak

Cara:
Pukul cheese dgn butter hingga kembang.
Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

#ni utk spread atas kek tp kalau nak deco/bentukkan apa2 boleh tambah gula icing supaya lebih kental

9 comments:

Qhaifa Nur said...

wah, sedapnya..
selamat hari raya aidiladha..

tun_telani said...

selamat hari raya aidil adha mokwo..
alhamdulillah, semua masalah dh settle ye.. sedap nmpk kek tu. tun pun terasa nak buat jugak, tp tun je yg suka makan carrot kek ni. nnti tun terpaksa habiskan sorang2. huhu

Acik Erna said...

mokwo..selamat hari raya aidiladha.
berat dugaan mokwo ye..sampai tenggelam timbul..harap lepas ni..semua masalah selesai..dengan izin allah jua..

K.Nor said...

laaa... buat resipi carrot cupcake kat secubitgaram rupanya! hehehe.. tq sudi cuba ya mokwo dearie.. slmt hari raya :)

Allah menguji tanda cinta pada hambaNya.. :)

akuzle ayu said...

mokwo, nok retekkk...

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

salam aidiladha mokwo :)

nak culik resipi boleh? cam sedap je kek tu :)

Kak Nik Ja said...

nak culik resepi ...boleh no hal...jangan culik mokwo udah lah yek!! kang tak mampu pokwo nak bayo ransom!:))

Unknown said...

salam ziarah..kat umah malas nak buat cake ni..mereka tak suka kalau dalam kek ada macam-macam

cik cek said...

Singgah ke sini...nak cuba gak merasa kek yg nampak sedap ni...gabungan carrot ngan banana...cam serasi bersama je kan...:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...