Pages

Sunday, September 30, 2012

PSCCB....?

Assalamualaikum,
:D...sesekali hakak nak jugak guna short2 form nih ...PSCBB = Pumpkin Spice CheeseCake Brownies ...huuuih panjang namanya...senapas pun tak lepas nak nyobutnye!

bercakap tentang penggunaan gula nih...teringat akak tentang satu resepi nih yang menggunakan gula banyak jugaklah dari sukatan normal pembuatan brownies.

Bukan resipi ni sahaja, malah ade beberapa resipi yang akak ambil dari blog2 luar negara especially, yang kalau di ikut sebijik-sebijik...nescaya cukup 44 hari, memang InsyaAllah kencing manis di buatnya...:D
so akak tertanya-tanyalah...samaada kadar kemanisan gula dey ol, tak sama ker dgn gula kat mesia nih?....heemmm

atau, keadaan cuaca yang lebih sejuk menyebbkan lidah mereka kurang merasa kemanisan gula ke hape ekk?? musykil jugak di buatnya....atau dey ol nun memang suka makan manis2...nanti akak nak kena tanya dey ol sana, samaada dey ol ade kencing manis ke tak?...:)

ok lah akak letakkan di sini resipi nya , tried n tested...sedap, mudah dan jugak cukup cantik kejadiannya...penuh dgn rase rempah...tapi akak hanya letak secubit sahaja bagi setiap rempah ratus yang di syorkan...u ol nanti pepandailah ekjas sendiri yek!!



cuma sedikit frust, bahagian bawah, choc kek nya, MasyaAllah... maniiiiiiiiiss melenting, walaupun akak dah kurang kan gula pada kadar 3/4 cawan...so akak nasihatkan u ol gunalah hanya 1/2 cawan shaja...guna gula putih biasa yea...
in resipnya , akak copied straight from Beantown Baker's...Judy In Her Natural Habitat  ade sertakan gambar2 step-by-step yang cantik2....Tq  !...so feel free to go  there !

The recipe below is copied directly from Beantown Baker's blog.


Pumpkin Spice Cheesecake Brownies
Makes 16 bars
Brownie Batter
3/4 cup butter, melted
1 cup sugar (guna 1/2 cawan gula pasir--sukat dan kisar halus)
1 tbsp pure vanilla extract
2 eggs
1/2 cup all purpose flour
1/2 cup cocoa powder
1/4 tsp salt
2 tsp cinnamon

Cheesecake Batter
8 oz cream cheese, softened -
1 egg
1/2 cup sugar 
2 tbsp+2 tsp flour 
2/3 cup pumpkin puree 
1/3 tsp pure vanilla extract 
1/2 tsp cinnamon
1/4 tsp each ground ginger and ground cloves 

Preheat oven to 350F. Grease an 8x8" square metal baking pan.

Beat together melted butter, sugar, and vanilla, then beat in eggs one at a time.

 Combine dry ingredients and then gradually stir into butter mixture with a wooden spoon.

 In separate bowl, beat together cheesecake batter ingredients.

Spread about 2/3 of chocolate batter into prepared pan, and spoon cheesecake batter over.

 Dollop remaining brownie batter over cheesecake batter. Swirl the batters together by running a butter knife back and forth through the pan.

Bake for 40 minutes, or until center is set.

 Cool completely on wire rack and chill before cutting and serving.

Saturday, September 29, 2012

Di gula-gula kan.....sembang petang sabtu!!

Assalamualaikum,
tadi akak singgah dekat facebook...lame jugak akak tak bukak facebook..sememangnya tak aktif pun berbicara di Facebook

ape yang menarik perhatian akak..ialah..rata2 kengkawang mengeluh tentang kenaikkan gula sebanyak 20sen/kilo

kalau setakat keggunaan domestik secara kecil-kecilan macam akak 5 beranak ni memanglah tak terasa kesannya...mcm mane dengan mereka2 yang menggunakan gula dalam kadar yang massive spt industri makanan, peniaga restoran, pembuat kuih-muih dan pembuat kek2 dan barangan bakery lain...hemm jawapnya produk makanan akan naiklah...ianya merupakan satu chain reaction kan..just wait n see

ape makanan yang tak guna gula??? hampir kesemua makanan di dunia nih menggunakan gula..cuma kuantiti banyak atau sedikit..itu sahaja

so kalau nak meniaga cepat kaya...u oals jadilah tokeh2 gula...dak pun berbaik2lah dgn kaum kerabat tokeh gula...so daptlah sedikit rasa kemanisan di'gula-gula'kan

picture credit to google!

Thursday, September 27, 2012

Red Velvet Cake..orang terlebih seni punya !!

 Assalamualaikum....
adeh..deh...deh..kalau dah namanye si keras tangan....keras kejunglah jadi nya bab2 mendeko nih...:))
akak buat kek Red Velvet ni..........guna resipi yang berada di blog Anna...ingatkan nak makan kek ajer..tak moh lah icing2 penambah lelemak akak di badan

bila dah habis buat...kek ni macam tak dek 'kick' pulak kalau tanpa icing...so akak dgn ter'paksa rela'nya buatlah crean cheese icing yang menggunakan whipped cream tuh

seksa jugak nak menunggu kan cream tu kental..dengan keaadaan dapur akak yang panas, bertemakan 'summer time sokmo'..dek leka buat kerja2 lain...akak ter'over' beat lah cream tuh...last2 cair melelehlah dia...takkan nak buang kan..sayang!!!

kita proceed lah jugak....buh icing dalam piping bag,,,picit punya picit ....satu hapah nozzle pun tidak mendatangkan bentuk yang cantik..bahkan jadik  huduh sehuduhnya

 AAAaaaarrrghhh...malas dah nih...lagi setengah jam nak kena ambik Amny dari school....akak carik botol...nak buat kek in tha jar kononnya....tak dek...botol2 ku dah selamat di jual kat apek 'paper lame" rupanya!!

nak tak nak...kek RVC, akak potonglah nipis2 ...masukkan dlm taperwei...lapis dgn cream cheese frosting yang tak menjadik tu...masuk dalam peti sejuk.....fuuuuhhhh selamat satu masalah...haha


nampak tak texture cream yang ter-over beat tuh
so bila nak makan..akak pun main cedok2 ajerlah...macam makan aiskrim...SEDAP NYEEER!!!

kita tutup dgn buah2....oklah nampak mcm mahal kan.. ...edible jugak!
lenkali kalau akak teeeerrajin yang teeeeeerlebih akak akan cuba lagi......buat deco2 munge pusing2..(ececeh, verangan mau tinggi!!).......

tapi tak leh nak katalah kan...Cik Abe akak suka naaa kek ber'cheese' ni...kalau dia ngidam..akak kenalah buat...susah2 akak ode ajeeeer dong...kan kita ni calon isteri Mithali giteww!!!...:D

oklah akak letakkan resepinya di sini pulak yek ...terimakasih kepada tokeh kek..Anna Qaseh AzZahra..tq to Cake2U...Maklang Azie n Anna Alisya utuk toppin nya yg marbeles !!


RED VELVET CAKE IN JARS
Sumber Resepi : Cakes2U
Red Velvet Cakes in Jars by AnnaQawina
Bahan-bahan
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar (kak Nik guna 200gm)
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)
 
D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih
1 camb pewarna merah
 
E:
240ml buttermilk(Campurkan 240ml susu segar @susu cair dan 1 sdb cuka. Biarkan bancuhan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

CARA-CARA:
Ayak (A)-ketepikan
Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
Masukkan (D)-pukul hingga sebati
Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup/jar sahaja ya..
Untuk isian dalam jar, sila bakar menggunakan teknik water bath @ double boiling ya.
Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

-----------------------------------------------------------------------


RESEPI KRIM KEJU I
(Krim jenis ini sesuai untuk dibawa dalam perjalanan yg memakan masa agak panjang & acara di tempat terbuka yang agak panas sbb tak mudah lembik)


Cream cheese icing:
360 g cream cheese
70 g mentega
200g gula icing
Cara-cara:

Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
Hiaskan ikut suka.

-----------------------------------------------------------------

RESEPI KRIM KEJU II
(Krim keju jenis ini memang sedap & dapat dalam kuantiti yang banyak, namun tidak sesuai digunakan jika hendak digunakan di tempat panas & perlu sentiasa dalam keadaan sejuk, jika tidak krim akan mudah lembik dan jika terlalu lama diluar akan mudah 'basi'-betul ke istilah basi tu? hehe)




Sumber : MakLang Azie & Anna Alisya


Bahan-bahan Cream Cheese Topping II


500g w/cream - pukul sampai jadi soft peak
250g CreamCheese
60g gula icing
110g butter
lemon emulco @ lemon paste (gunakan beberapa titik shj)

Cara2

Pukul CreamCheese + butter + gula icing + lemon emulco. Masukkan w/cream yg dah gebu td sebatikan.
(kak Nik guna yang ni)


Resepi II ni Ana dapat daripada blog Anna Alisya, tokey kek yang cemerlang bagi saya kerana beliau bekerja dan sempat pula buat kek..hehe..resepi ni Anna Alisya dapat setelah pergi kelas RVC Mak Lang Azie. Jasamu ku kenang sampai bila2 Ana..terima kasih banyak2..

Wednesday, September 26, 2012

Kari Kurma.......

Assalamualaikum
 kita tempek resepi ajelah...hari ni ialah hari otak kak nik blank....


resepi dari dapur Yatie Sinar Kehidupanku...penuh dengan rase kari dengan secubit rasa kurma...sedikit kelainan dlm masakan kari anda..! ok lah akak nak kena melangut, tunggu orang ni...ni lah appointment janji melayu....errrrk janji orang mesia......Selamat mencuba!!

BAHAN- BAHAN
  • 1 ekor ayam- dipotong 12
  • 3 biji kentang- kupas dan belah 4
  • 2 biji tomato- belah 4 setiap biji
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cwn santan cair
  • 2 cwn santan pekat
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 btng serai (di titik)
  • 1 btng lada merah/hijau (belah 2)
  • Garam dan gula (1 sb)
BAHAN TUMIS
  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 tangaki daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Blend bahan2 kisar sehingga halus, campurkan bersama rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili... kisar lagi.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan serai yg di titik, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata, masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih, biar sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang santan pekat, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan lada hijau/merah yg di belah 2.... masak sekejap lagi.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan hidangkan.

Friday, September 21, 2012

Sup Kaki Ayam Pedas...lazatnya!!

Assalaamualaikum,
Tiap kali beli ayam , kak Nik akan asingkan dia punya kaki, hati dan pedal. Kaki ayam tu akan akak buat masak kari, selalunya......kak Nik dan Amny memang peminat tegar kaki ayam...yang lain...kalau dah tak dek lauk lain barulah makan kaki ayam nih

kebetulan dalam fridge banyak pulak kaki, lebihan dari masak2 sepanjang syawal tempohari..akak perap..akak macam dah boring nak masak kari...sebb bila masak kari dengan kaki nih...kuah dia akan menjadi gelatinized bila  dah sejuk...so, tu yang kekadang muak jugak nak makan dia!

Hari nih akak cuba resepi dari Mas Duniaku...resepi asal, letak cili pedas2 tapi akak tak letak pun sebab Amny tak makan pedas...memang sedikit anti-climax lah kalau tak dek pedas nih...tapi berbaloi jugak melihatkan Amny dan Si Kakak,anak dara ku, makan berbatang2 kaki ayam tuh....

Ralit jugak akak dok kepah kaki ayam nih yang digandingkan dengan nasi panas lembik2 (nasi bubur separuh jadik!!)...Semangat akak makan, mengenangkan Mas kata yang kaki ayam ni cukup baik untuk tulang dan ketegangan kulit (kolagen)....:))

Makan nih hari2..kot2 silap ari bulan ade jugak yang nak kena tukar dari title "Kak" Nik Ja kepada "Adik" Nik Ja kang...:D

So akak tempek resepi nya di sini pulaklah yek...terimakasih Mas dan Ibunya yang telah sudi berkongsi resepi yang sedap hingga menjilat kaki (ayam) ni

Kalau sesiapa yang masih tak pandai makan lagik, belajar2 lah makan...sedaaaap ooooo kaki ayam nih!:))...rugiiiii!:D

makan dengan nasi panas2....fuuuhhh!!

Sup Kaki Ayam Pedas
Resep : MasDuniaku
Bahan :
12 ketul kaki ayam 
5 biji cili kering ikut pedas - potong 2 jerk
halia - potong nipis2
2 ulas bawang putih - tak payah kopek kulit - basuh bersih
2 sudu besar sos lada hitam ( klu x de, sos tiram + lada hitam yg ditumbuk )
1/2 kiub ikan bilis
sedikip kicap lemak manis
garam jika perlu
air tepung jagung secukupnya

Caranya :
Basuh bersih2 kaki ayam. Mas rendam kejap ngan cuka kurma dan bilas sebersihnya, boleh juga guna tepung.
Ambik towel bersih @ kitchen towel, lap kaki ayam tu hingga kering, ini untuk mengelak kaki ayam meletup masa proses menggoreng nanti.
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan kaki ayam tadi, tutup periuk dan biar kaki ayam tergoreng hingga kaki ayam nampak cokelet2 sikit, tutup api dan biarkan kaki ayam tu, terus jerk tuang minyak kebekas minyak.
Kemudian masukkan air panas kedalam periuk yang ada kaki ayam tadi, agak2 tenggelam kaki ayam tu.
Masukkan juga cili kering, halia, bawang putih, sos lada hitam ( @ sos tiram dan lada hitam ditumbuk ) dan kiub ikan bilis. 
Masak dengan api perlahan hingga kaki ayam lembut.
Kemudian masukkan sedikit kicap lemak manis dan rasa, jika ok, masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau, kepekatan kuah bergantung pada selera masing2 yerk....
Tutup api dan boleh dihidangkan.



runcing molek jari kaki ayam tuh ekkk!
                   
                   ' Selamat Menunaikan Haji Kepada Semua Bakal2 Haji'

Tuesday, September 18, 2012

Cucur Udang Tembam lagi Tembun...:))

Assalaamualaikum...
Lewatnya mokwo Kak Nik  tido semalam......lepas hantar amny ke sekolah pagi tadi, mata mokwo Kak Nik macam tak moh bukak...duduk punya duduk atas kerusi...mokwo Kak Nik boleh tertido ( adeh tergeliat jugak halkum ku nak membiasakan diri dgn nickname baru nih!)

dalam tido tuh akak bermimpi yang akak sedang tido di atas timbunan wang kertas...Indahnya mimpi itu, yang hanya sekadar mimpi...:))

Hakikatnya, akak bangun tersangat lewat, melayang masa yang ibarat emas buatku.......pukul 10.00pagi baru sedar...plan asal nak pergi ke bank 'cap kepala rimau' di awal2 pagi, terus terbatal (esok jelah!)....

akak goreng nugget lebih kurang ade sedikit udang..kita bagi dia perabih lah...akak buatkan cucur udang...
ligat akak bersilat masak(ececeh), sebab nak bagi si kakak makan sebelum pukul 12.00 tghhari

tapi akak ngaku, kalau akak masuk Master Cep tu...dah lama akak kena disqualified...sebab dalam masa 2 jam tuh akak hanya sempat goreng nuggets n buat cucur udengs ajerrr!!!...:(

mana tak lambat...dalam dok masak2 tuh lah nak basuh n sidai kain, nak mengemop lantai, nak belek2 buku resepi...:D...tu belum bukak blog lagi tuh...kalau dah bukak blog pepagi.....lagilah..alamat tak masak, gantung puyuk ajelah...:))

gambar cucur secara candid, dgn bertemakan 'longgokan'

so, tanpa banyak bicara..moh tengok resepi nya yang mokwo akak (adeh tershasul lagikk!) buat...
resepi asal dari Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan yang di terbangkan khas ke dapur Izah Muffin Lover...akak cedok dari dapur Izah ajerr!! terimakasih yeaaa....

Sedap !! akak tambah telur n sedikit baking powder utk kulitnya yang lebih garing

akak gandingkan dgn kuah kacang ...belen kelmarin punya! cair skit sebb dah di tambah air bagi kuah jadi banyak !!

CUCUR UDANG TEMBAM
resepi : CMG 


BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel
1 biji telur di kocok (kak nik tambah)
1 sudu kecil baking powder ( kak nik tambah)

BAHAN SOS LADA :
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam


CARA MEMBUATNYA :
Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam, telur dan baking powder dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...

pesan akak: kalau nakkan cucur yang cepat di masak..akak suka guna sudip yang kecil..dan udang tu pula akak akan oles dengan sedikit telur sebelum di letak di atas adunan cucur sebelum di goreng, so udang tak jatuh berterabur

Monday, September 17, 2012

Mokwo to Kak Nik Ja....lebih manis kan!

Asssalaamualaikum,
salam bahagia mokwo hakak ucapkan....ni saja je nak buat pengumuman bahawasanya nama nickname mokwo, akak tak akan guna lagi...tetapi telah di ganti dengan nama Kak Nik Ja yek!

Hakak amek keputusan nih memandangkan setelah bertemu mata dgn blogger2 yang lain, terasa kekok pulak nak bahasakan diri ini dgn nama 'mokwo'...sebab selalunya akak akan bahasakan diri akak sebagai Kak Nik atau Nik saja.....so akak rasa eloklah akak tuko ajerlah nickname tuh...bunyi lebih manis dan awet mudo mesra gitew !!!!!

tu lah kan...masa memula blogging tu, tak tau langsung nak letak name apa2, sebb blogging pun suka2 ajer...tak tau pulak ade orang yang baca tulisan mokwo akak nih yang kekampungan dan lagi buta IT.
tetapi lama kelamaan akak mula dapat ramai kenalan baru, dapat menimba ilmu yang banyak dari blogger2 lain...yang berkongsi minat yang sama, sekepala, baik2 belaka dan sudi memberi komen2 yang baik2 atas coretan akak....memang akak cukup senang dengan ukhuwah yang sebegitu...jadi diri ni terasa tidak keseorangan menghadapi pahit manis sebuah kehidupan...thanks to my readers n my friends !!!

so kalau ada dalam komen kalian, terbit nama nickname Kak Nik Ja...itu adalah mokwo yang dulu ekk...punyai rupa paras  dan warna kulit yang sama...cuma nama saja berbeda! lebih muda...:D

in adalah ikon dulu2, yang di lukis oleh JiYa Si Gembala Kamben!!hihi




salam berbobok untuk semua...daaaa!! ...mata akak udah ngantuk.....zzzzzzzzz!

Friday, September 14, 2012

apam Polkadot, tips dan terimakasih Kak Nor SG !

Assalaamualaikum,
Hari nih, buat sekian lamanya teringin sungguh.....akhirnya terbuat jugak si apam chomel ni...bila dah buat...mokwo nampak kejadiannya tak secantik yang di harapkan...mulalh nak kena cari sifu....:D

Rupanya banyak jugak pantang larang si apam nih yang dah mokwo langgar....hemmm tak pe lah kita jadikan pengajaran ekk! first timer...bisa tergeliat jugak tangan ni menge'dot' si apam chomel itew...tapi lelama makin seronok jadiknya...hilang sekejap stress yang melanda minda!!


so inilah tips yang telah di terangkan oleh kak Nor dan Rabiatun di facebook itu menurut pemahaman mokwo...kalau sesiapa ade tips lebihan yang mahu di tambah, harap jangan segan silu berkongsi yek! terlebih dahulu terimasih banyak2 buat kak Nor yang senantiasa sudi melayan songeh ku ini!!


1) kalau telur yang di gunakan tuh kecil, bolehlah lebihkan telur  atau lebih kan cecair ie susu yang di gunakan..supaya hasilnya tidak terlalu 'dry'.(guna susu fresh lebih baik)

2) pukul adunan sampai betul2 fluffy...sampai ringan..ie sekitar 6-8 minit pada kelajuan tinggi..barulah apam jadi gebusss

3)mencorak dan meletak kan apam dalam pengukus haruslah di buat dengan scepat mungkin...kalau tak baking powder akan bertindak balas dalam adunan menyebabkan apam di jangkiti 'jerawat batu'

4) isikan adunan batter hampir penuh kedalam papercup, so apam yang terhasil akan nampak naik dengan chantiknya

5) kukus apam dengan api yang sedrhana, tidak terlalu besar, supaya apam tidak merekah

6) apam yang di kukus terlalu lama sehingga masuk titisan air, akan menyebabkan apam mengecut


Resepinya mokwo c&p dari blog kak Nor Secubit Garam......terimakasih jugak buat Lily dari my resepi dan cik gu Ina dari Hanamemories...kerana telah berkongsi dan mengolah resepi yang sangat sedap lagi chome lotte nih !!

 RESEPI APAM POLKADOT
sumber asal : Lilydvalley MyResipi
olahan idea : hanamemories.blogspot.com

sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan
3 biji telur A - dari peti sejuk
250 gm tepung gandum
150 gm gula halus
170 gm susu segar (susu full cream)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanila
Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna
papercup secukupnya
acuan lompang

Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit (k.nor guna speed 6 menggunakan kenwood selama 9 min) sehingga likat dan agak ringan.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.(mokwo guna strawberry filling, tapi orang kata letak nutella filling lagi sedap!)

Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah. (k.nor kukus selama 12 min)
* k.nor guna acuan lompang yg saiz besar sket dr biasa tu dan kukus apam selama 12min





Wednesday, September 12, 2012

Kek Red Velvet Cheezy Marble ...seindah nama, sesedap rasa!

Assalaamualaikum,
mokwo ingat nak bahagi2kan kek nih pada kawan2 kakak yang tempoh hari hanya beraya dengan air kosong dan serdak biskut green peas....kesian depa!!...tu lah lenkali nak datang bagi tau awal2...ni idak, dah sampai depan pintu baru nak call...mokwo pulak tak ade di rumah mase tuh...so kakak lah yang layan kawan2 nya...dia buat keluar apa yang ada...

bila dah masak kek nih, si kakak pula dah pergi ke sekolah....so rezki my dear pokwo lah nampak gayanya!!

sedap kek nih...rasa nya pun tak terlalu manis...satu gabungan rasa yang cukup unik...bagi tekak mokwo ianya lebih sedap dari butter kek ...no wonder lah Kek merah baldu nih menjadi kegilaan ramai


resepinya mokwo ambil dari kak fida di My Resepi sinun...muchas gracias kak! sedap kek nih!

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. / 10")

  • Bahan A :-
  • 300 g gula halus/castor (1 1/4 cwn)
  • 225 ml minyak sayur/mentega cair (1 cwn)
  • 2 biji telur 
  •  
  • Bahan B :-
  • 225 g buttermilk/yogurt (1 cwn) - akak guna susu cair
  • 3 sb pewarna merah
  • 1 sk cuka/jus lemon 
  •  
  • Bahan C :- (diayak bersama)
  • 300 g tepung naik sendiri (2 3/4 cwn)
  • 2-3 sb serbuk koko
  • 1 sk bicarbonate of soda 
  •  
  • Bahan D :-
  • 1 sk esen vanilla 
  •  
  • Bahan Cheese :-
  • 250 g cream cheese (1 buku)
  • 1/4 cawan gula halus/castor
  • 1 biji telur
  • 2 sb susu cair
  • 1/4 sk esen vanilla

Cara-cara

  1. Satukan bahan2 cheese dan pukul hingga lembut.Ketepikan.
  2. Satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sebati dan ketepikan.Satukan bahan2 B dan C dalam mangkuk yang berasingan.
  3. Masukkan bahan B dan C ke dalam mangkuk A berselang-seli dan kacau lagi hingga rata.
  4. Masukkan juga bahan D dan kacau hingga sebati lagi.
  5. Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yg disediakan dan lapiskan dgn 3/4 adunan cheese rata2(akak guna piping bag, mokwo guna sudu ).
  6. Tutup dengan lebihan adunan dan tuang lebihan adunan cheese dan lorekkan.
  7. Bakar pada suhu 175C selama 45 min. atau hingga masak.
  8. Sejukkan kek atas redai kuih, potong dan hidangkan.
  9. Jika guna papercup,bubuh 2/3 penuh adunan dan bubuh adunan cheese di atasnya dan lorekkan.
  10. Bakar selama 20 min atau hingga masak.
Untuk cara2 membuatnya yang lebih jelas, sila klik di SINI
kalau kek nih tak rentung di bahagain bawahnya, pasti akan lebih moist !!

Monday, September 10, 2012

Terimakasih kak Erna..kenangan itu lebih manis dari madu!!

Assalaamualaikum,
Hari nih nak menulis...kang  tangguh2...jadi cerita basi lak...

Sabtu lalu...padat sungguh, perut pun sendat sungguh!!!....acara marathon makan2...:)
sebelum pergi kenduri, mokwo kena perkesahkan mak angkat mokwo dulu...uruskan segala keperluan dia, dengar segala rintihan dan cerita ceriti dia..mokwo sudah out of schedule...akibat nya, aktivity pagi ,mokwo terpaksa tolak ke tengahhari, yang tengahari pergi ke petang dan yang petang merayap pergi ke malam
tengah hari dan petang pergi kenduri kahwin....alamak hai..segan nya kenduri di rumah orang kaya2...mokwo tak sempat nak iron baju bling2 mokwo...kalau tak..boleh lah setaraf diva dengan they all...:D

bila dah balik...amny dah penat dan kenyang...bebudak...bila dah keaadaan cam tuh...tido ajer yang enak...mak dia pun terlelap jugak barang setengah jam..mokwo bangun n solat asar pun dah dekat pukul 6 ptg..

menyusuli pukul 7 petang...haiiishh, kakak masih tak balik lagi dari school...mane lak anak dare nih merayap...dekat maghrib baru nampak batang idung...haaah siap ko, kan dah kena 'tazkirah' maghrib dengan mokwo...mokwo suruh kakak siap..mokwo ade dating.....kakak terkulat-kulat...agaknya mood dah ter'sedak' skit sebab kena 'tazkirah' tadi...

pukul 8.30 malam baru bertolak ke destinasi.....aduhai terasa sungguh jauh....tersesat lak tuh... dekat pukul 9.00pm baru sampai....rumah yang dah lama  mokwo nak pergi, tapi segan miaw, miaw.....akhirnya sampai jugak rumah kak Erna !!! (sebenarnya dekat jek rumah kak erna nih dgn umah mokwo...hihi)
sesampai je mokwo di rumah kak erna, Rosaliza dan keluarga baru saja, berangkat pulang...hanya sempat nampak mereka bertata, titi tutu gitew!!

dah makan dan borak2 dengan kak erna...jadik hilang segala segan silu tatkala belum berjumpa...bila abang jalal, hubby kak erna balik...lagi beratlah punggung kami nak berangkat pulang...memang pasangan yang ideal betul,kak Erna dan abg Jalal, suami isteri yang cukup peramah dan mesra tetamu...:D

hemmm, kalau mokwo sampai tengahari itu, dapat mokwo jumpa kak Anymz....kalau mokwo sampai petang skit, dapt jumpa Irfa.....kalau mokwo sampai awal skit dapt jugak jumpa Rosaliza......tapi..itulah ketentuan Allah...jodoh dan pertemuan setiap insan adalah di tangan-NYa...mungkin jugak muka mokwo nih masih 'mahal' lagik untuk ditayang di alam maya....hihih:D

terimakasih yang tak terhingga mokwo ucapkan pada kak Erna sekeluarga yang sudi menjemput, menjamu dan melayan mokwo sekeluarga...pada waktu yang sepatutnya mereka dah 'close d door' dah...sedap sungguh makan dari air tangan kak Erna nih...rugi betul pada sesiapa yang tak pergi...

errrrk nak tengok gambo...maaflah....mokwo tak ambik se habuk pun....coz, mokwo nih bila dah jumpa makanan sedap2 , memang lupa dunia dah nak bergamba ke hapa....kita try amek, raya taun depan pulak yek!!!...:D
                                    moga hari2 kalian tenang dan ceria selalu!!! daaaa

Thursday, September 6, 2012

biskut raya paling ngetop...green peas!!

inilah biskut raya paling ngetop dari dapur mokwo nih...biskut green peas....biskut nih juga memakan kebanyakkan tenaga mokwo..tepung green peas yang mokwo guna hampir sekilo lebih....banyak daptnya....tapi semua orang suka, so memang tak sia2 buat banyak

bila dah gotel dan buat sebanyak tuh ..mokwo tak sempat dan tak berdaya dah nak amek gambo se butir habuk ...so kita guna gambo lama lah yek!!..aci kan!!!...:)).....(ini kes nak jugak bern3 walau tak dak gambo..:(..)

basic resepi nya mokwo guna Along Ros punya resepi ..tapi mokwo dah ubah sikit sebb amek idea dari Noorma CK...tq ladies!

sampai hari ni pun. biskut nih masih ade dalam setengah balang..ini mokwo punya daaa...mokwo nak makan sikit2 buat penghilang pahit mulut yang masih terasa...lagi pun biskut nih cukup best, sebb bila dah makan tuh, selera ajer nak minum air kosong ber-liter2...:)

kepada yang masih belum cuba..pastikan cuba yek....ade orang sampai tak leh nak stop makan sekuk nih!!!:D


biskut green peas II

bahan2:
1 cawan tepung green peas (tepung ni berwarna hijau dan boleh di beli di kedai menjual barang2 kek)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung jagung (mokwo tambah)
1 sudu besar marjerin( mokwo tambah)
minyak jagung secukupnya

glaze:
kuning telur secukupnya

Cara:
  1. satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung
  2. tuang minyak jagung sedikit demi sedikit dalam adunan tepung di atas sehingga adunan boleh di gentel atau di bentukkan
  3. ambilkan 1/2 sudu besar adunan dan bulatkan. buat sampai habis
  4. sebelum di bakar, glis dengan telur kuning di atasnya
  5. mokwo guna oven pada suhu 170 C selama 15-20 minit. biskut nih senang nak hangus, so pepandailah adjust oven masing2

Tuesday, September 4, 2012

Kita Raya Dengan denggi !!!

Assalamualaikum,
salam sejah tera buat semua pengujung blog mokwo yang mokwo sangat hormati..........
aaaaaah open haus, kenduri kendara tengah rancak sekarang kan...........kekadang sehari 4, 5 jemputan harus di penuhi....mana nak sumbat makanan yang di hidang.....tak makan, kecik hati pula tuan rumah  yang dah bersusah payah masak..jamah jugak lah..dah jamah bukan tau sikit...kalau yg sedap tuh...haaaiiiiiii...ya ampun !! irresistable

macam mana raya u oals???...raya mokwo tahun ni..memang sadis betul...mokwo terpaksa beraya dengan denggi sudahnya memang tak dapat nak balik kampung.......mokwo kena demam denggi tuh dlam 3 hari sebelum hari raya...rupanya tabiat mokwo yang membuka tingkap dapur di malam hari mengundang nyamuk aedes masuk ke rumah...al maklumlah sakan buat kuih raya..bila dapur terlalu panas , mokwo renggang kan skit tingkap dapur tuh ..nyamuk pun ..pandai dia pilih mangsa...nakkan yang gebu2 mcm mokwo nih...sudah suratan takdir...tapi mokwo syukur sangat2 denggi itu tak berlarutan menjadi teruk macam denggi berdarah
sebelum magrib..kenalah tutup segala pintu dan tingkap rapat2 yek!mokwo pun kena masuk berkurung laaah!

sampai sekrang pun..badan mokwo masih lagi terasa lemah....kalau nak berdiri lama2, terasa sungguh lenguh...solat pun masih menggunakan kerusi lagi..sebab kekadang part nak sujud tuh kaki mokwo rasa kebas2....
pangkat chef sepanjang mokwo sakit nih, pokwolah ambil alih.....kesian jugak tengok pokwo terkejar2 nak memasak, nak pergi kerja...kalau tak sempat tuh, menu kitaorang ialah maggi or fast food....tapi Alhamdulillah, anak2 tak banyak songeh, diorang memang pandai sesuaikan diri..kekadang kakak, anak dara usia 13 taun itu, akan memasak...bolehlah harap kalau nak goreng telur bersalut cheese...
maggi pun soooodap!!! asal perut di isi!!

biarpun demam denggi dan kesannya itu sungguh tak best...mokwo bersyukur jugak sebab sepanjang mokwo demam tu, mokwo dapat tidor puas2...sebelum ni memang tak cukup tido sebab nak sudahkan biskut raya yang berbelas-belas balang untuk di agih2kan....

pokwo dah warning bahawa next year.....mulut mokwo jangan dok gatai nak berjanji buat sekuk2 raya pada orang lain......pokwo memang tak suka....tengok mokwo sibuk buat urusan duniawi pada 10 malam terakhir Ramadhan, walhal sepatutnya masa2 sebegitu mokwo harus penuhi dengan amal ibadah yang lain

yang lucunya, sebelum mokwo demam, memang pokwo ade tegur mokwo tentang hal tersebut...tapi mokwo marahkan pokwo.....bila dah demam, baru padan ngan muka mokwo kan!!!...huhu..jadikan satu pengajaranlah utk mokwo......bahawa next time ..pokwo yang kena buat sekuk raya, bukannya mokwo ,kan,kan,kan...:))

oklah...mokwo stop sini dulu...perut kekenyangan dek open haus kawan pokwo  tadi..sedap sangat makan sup kerbau yang di hidang.....segan pulak makan banyak, kebetulan memang mokwo masih belum makan ape2 sejak pukul 11 pagi tadi...tapi itulah rezki...jangan sekali2 di tolak!

bila mokwo dah betul2 gagah...barulah dapur mokwo nih kembali aktif berasap yek!! kalau ade mase, nak jugak tayang ape yang mokwo masak sebelum nih.....InsyaAllah ade rezki dah jodoh kita jumpa lagilah...
daaaaaaaa......moga ceria2 selalu!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...