Pages

Thursday, February 21, 2013

Sweet Soft Bun E-na

Assalamualaikum,
hari ni memang kena buat n3...sebab lately bila Kak Nik cuba buat sesuatu posting, ada keluar warning dari google mengatakan posting akak tak leh nak save..tapi bila akak publish n3 tu...boleh lak terpampang posting tu dalam blog

baru2 ni...kak Nor SG bagi tau , blog akak di serang malware...tapi bila akak cek....tak dek pun malware nya....tapi akak still suspect something wrong jugak

then Tun Telani bagi tau that akak punya comment ade words verification, walhal akak dah disable dah pun word verification tuh....fening dah akak ni....nak godek lebih2 kita bukan pakar IT....so anybody can help me or not???....hay wire dah blog kak nik nih.......kot2 kena demam denggi blog ni boleh jugak akak bagi ubat...tapi kalau dah terkena irreversible virus....tak tau lah akak nak buat cam no...harap2  my blog can recover soon...

so sementara akak perah otak nak cari solutionnya....jom pekena roti dulu ekkk!!
resepi asal dari E-na Lovely Kitchen.....recently ari tu ternampak umah MamaFami jugak...Tq ladies for sharing!

 
RESEPI SWEET SOFT BUN

Bahan-bahan:
  • 200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 50 gram gula
  • 25 gram shortening
  • 25 gram butter / marjerin
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk glis roti:
  • 1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit butter / marjerin

Bahan sampingan :
  • spray air untuk melembabkan roti
     
    Cara-cara:
    1. Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata guna untuk glis permukaan roti nanti)
    2. Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
    3. Tuang ke dalam bread maker.
    4. Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
    5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
    6. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Bulat-bulatkan dan susun di dalam loyang 4 segi 18cm yang telah di alas dengan cooking sheet dan di sapu marjerin pada keliling loyang.
    7. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
    8. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
    9. Spray permukaan roti dengan air.
    10. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
    11. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
    12. Kemudian bakar lagi selama 8 - 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
    13. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap sebelum keluarkan roti dari loyang. 
    14. Sejukkan roti di atas jaring. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS MENGEMBANGKAN DOH DARI LOVELY KITCHEN

Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau apabila membuat roti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven. Dalam 25 - 30 minit doh sudah naik dan boleh digunakan untuk proses seterusnya
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.

Wednesday, February 20, 2013

Nikmat nya makan pizza!

Basic pizza dough recipe
Assalamualaikum,
ohh tidak!!! brape kali dah akak tulis, padam...tulis , padam lagi.. ini n3....adohai....gini lah kekdah nya kalau dah lama x blogging......nak terbit satu, satu ayat..punyalah payah nyeeeeer..tapi bila dah keluar tuh...bleh sedap pulak merapu...kan!!!..:)

Apa kahabar u oals semua...kak Nik harap semua dalam keadaan yang baik dari segi fizikal dan mental yeah...kalau sakit tu...jgn lupa pergi berubat dan makan ubat....jangan biar simpan penyakit tu sampai jadi parah....kita jugak yg susah...lagi pun badan kita punyai hak untuk menjadi sihat !

oklah hari ni Kak Nik nak share satu resepi pizza doh yang cukup asas dan senang juga...tak yah keluarkan penimbang...tu yg akak paling suka.....:D

resepi ni Akak adaptasikan dari sebuah buku masakan yg Kak Nik beli setahun lepas...lama jugak peram buku ni ekk! kebetulan hari Ahad lepas, anak2 mengeluh dah lama tak makan pizza.....lappy tak dek pulak depan mata...Kak Nik mulalah selongkar buku2 resepi yg Kak Nik beli suatu masa dahulu......jumpa resepi ni dan akak dah olah supaya resepi ni menjadi sgt handy...senang nak ingat dalam kepala...so next time nak buat di mana-mana tempat pun mudah...al maklumlah kekadang balik kampung pun mama akak request nak makan pizza jugak...!!

toppin nya pulak...ikutlah apa2 yang ade dalam stok u oals....Kak Nik biasa guna ready made sos spaghetti kimball or prego dan letak cheesy sosej......simple dan mudah...kekadang dah tak dak arah nak buh ape, Kak Nik lenyek2 isi tuna dgn mayo, di tabur dgn cheese banyak2 .....daaaahh!

Bagi Kak Nik ni...kalau memasak biarlah yg mudah2 ajer...yang penting sedap dan semua suka!
ok lah ini, resepi...kali ni gambo banyak skit...terlebih ghajin 'menembak' lah katakan! :D

doh selepas di uli
topping;
sos spaghetti kimball/prego
sosej yang sudah di celur dgn air panas
bawang besar- potong bulat
buah zaitun- hiris
cheese secukupnya

 cara2nya:
  1. satukan semua bahan kecuali minyak dan air.
  2. tuang air sedikit demi sedikit semasa menguli hingga habis
  3. masukkan minyak masak. uli lagi sampai doh nampak sebati dan licin. kalau tak larat bolehlah guna mixer ke, FP ker atau BM
  4. sapukan minyak dalam mangkuk yang besar. masukkan doh yg telah siap di uli tadi
  5. tutup dgn kain bersih yg lembap. perap 40 min. bergantung pada suhu bilik hingga doh mengembang 2 kali ganda
  6. tumbuk doh utk keluarkan angin, bolehlah di gelek bentuk bulat dengan ketebalan 1 inch
  7.  perap lagi 30min sampai nampak doh mengembang sedikit
  8. panaskan oven pada suhu 160 C
  9. bakar doh pizza yg dah di cucuk dgn garpu selama 25min.
  10. keluarkan doh. letak sos tomato, tabur topping dan cheese
  11. bakar semula pizza selama 25min
  12. hidangkan panas atau sejuk....pizza ni senantiasa lembut
doh selepas proses mengeram yg pertama. bila tekan tengah doh...lubang akan terbentuk...makna nya doh dah sedia utk di gelek

dok dalam oven..guna api hanya sekitar 160 C ajer tau..so pizza tak hangus dan doh dapat mengembang secukup-cukupnya!

haha...1st time Kak Nik jumpa cheese yg degil, tak moh cair bila di bako! bertuah punya cheese!

tested n approved...verdict: yummeh!

Friday, February 8, 2013

Apam nasi tak ter'rainbow"

Assalamualaikum,
1st....hip, hip hooooraaaaay.....:)...bebudak sekolah cuti seminggu!!! so that's mean...tak perlulah akak bangun seawal 5 am utk sediakan keperluaan anak2 kesekolah.......utk seminggu nih alarm clock akak hanya berbunyi pada pukul 6.30am....so i got xtra 1 and a half hour sleep...heaven!!....but pokwo still wakes up at 4am or 5am....he is the 'early bird' type....kekadang akak naik segan jugak....akak tido sedap2 , pokwo udah siap sedia bangun awal2....macam lah akak lebih letih kalau nak di bandingkan dgn suami akak yang bertungkus lumus mencari rezki di luar sana dari pagi hingga ke malam.....tapi kalau dah akak ngantuk....semua tu akak tak hingat dah....haiiis macam mana lah akak nak di calonkan sebagai isteri mithali ??? apa2 pun syukur Alhamdulillah akak di kurniakan suami yg baik...moga dia tetap beriman dan baik sampai bila2...amiiin!

berbalik pada resepi hari ni....seperti kata kak noor...kalau nak buat apam nasi ni utk breakfast, kenalah bangun awal2 lah...sebab kekdah pembuatan nya yg memerlukan pada pemerapan selama 1 atau 2 jam bergantug pada suhu sekitar dapur kalian...akak pulak hanya sempat perap 45 minit jek ...sebab nak berkejar menghantar si kakak ke sekolah petang ...so akak kena sudahkan segala sessi memasak sebelum pukul 10 pagi lagi!



resepinya akak tengok tak banyak beza dgn resepi apam nasi yang lain...tapi resepi ni akak suka sebab rase manis nya just nice..! kebetulan nak beli kelapa parut pun akak tak sempat, akak makan begitu sahaja pun dah sedap.......nak buat ber'rainbow' pun macam tak sempat jugak...akak hanya bubuh 2 jenis kaler dan kukus dalam acuan putri ayu.....memng ayu jek kejadian nya....:D

oklah lah lets check out d recipe...akak copied frm blog Bicara Kak Noor.....tq a million much to kak Nooriah Dan Naim!!


Apam Nasi

BAHAN NYA

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
 1 cawan gula boleh tambah atau kurang
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya


Cara nya
Masukkan semua bahan2 kedalam mangkok besar kecuali nasi dan air, gaulkan dan ketepikan kejab
Kisar nasi hingga betul2 hancur dan campurkan dengan bahan2 yang di gaul tadi dan biarkan sebati
Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan ber awan
Panaskan kukusan terlebih dahulu


UNTUK apam kali ni kak noor bahagikan kepada 5 warna, saje suka2 tengok rainbow kat apam ni, buatlah ikut kreativiti sendiri, kak noor selang selikan warna tu maka jadi lah seperti yang di atas tu... (kak Nik hanya buat 2 kaler ajer!)


Masukan adunan dalam acuan dan kukuslah selama 10 ke 15 minit untuk acuan yg kecil tapi kalau guna tray yang besar lebihkan masa kukusan lah
Dah masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam
Lepas tu boleh lah dihidangkan dengan kopi kaw2 ke! teh kaw tarik ke! terpulang fav masing2 lah tapi bagi akak mestilah kopi kaw2 punyeee

Monday, February 4, 2013

sungguh ku tak sangka!!

Assalamualaikum....
Aduhai anak.....andai kau tau betapa beratnya memikul tanggung jawab sebagai ibubapa.....pasti tak ada satu pun nasihat ummi dikau engkari.....!

minggu lepas...berakhirlah sudah episod 'gantung tak bertali' pada Along Hadi......Along Hadi sudah melangkah kaki ke sekolah...Kak Nik boleh mengurut dada...legaaaaa
Along HAdi ...last 3 years ago!! chubby ehh!
 mana tak risau...sejak lepas PMR tahun lepas hingga awal febuari, along hadi di 'beri' cuti panjang...semuanya gara2, prosedur penukaran sekolah yang penuh protokol itu dan ini...di campur dengan  salah info dari pihak Akak dan pihak jabatan pelajran juga jabatan Agama Islam negeri....terkonteng-konteng lah Along Hadi di rumah sorang2 sedangkan kawan2 yg lain yg seusia dgn nya telah hampir sebulan kesekolah..

dah jadi kat batang hidung akak sendiri ..baru lah akak tahu bahawa...pelajar2 yg bersekolah dari darjah satu hingga darjah enam di sekolah agama swasta..tidak di benarkan masuk kesekolah secondary school yang gomen punya...dan pelajar2 yang lepasan secondary school (lepas PMR) sekolah Agama swasta pula tidak di benarkan sama sekali masuk sekolah berasrama penuh no matter what are their PMR's result...even nak masuk sekolah menengah aliran agama biasa pun...alahai seksa yang amat.!!!!!

...puas jugak lah kami merayu kesana kesini, pergi dari satu sekolah agama ke sekolah agama yang lain.....mujurlah ada satu sekolah yang nak terima Along Hadi...Syukur banyak2 kehadrat Ilahi.....terima kasih jugak buat pengetua Sekolah Datuk Sheikh Ahmad yang cukup prihatin atas apa yang menimpa Along Hadi...moga Allah swt murahkan rezki buat beliau sekeluarga!! amiiinn.

apa-apa pun...menjadi iktibar buat akak sekeluarga...dan akak jugak agak sedih kerana....nama ajer duduk di negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi dan ada pemimpin yang mengaku beragama Islam...tetapi sekolah2 aliran agama seperti di 'anak tiri' kan...tak banyak sekolah agama di Negeri Sembilan ni...:( ....walhal permintaan cukup banyak...contohnya...di Senawang ni....tidak ada satu pun sekolah menengah aliran agama di sini....tapi penduduk Islam di sini cukup ramai...apa masaalah tu pun akak tak tahu.....kalau benda ni berlaku atas kepentingan politk...akak rase soooo sad lah!

tidaklah akak hantar anak2 ke sekolah untuk menyokong mana2 parti pembangkang ke hape...akak hantar diorang utk belajar..memperkayakan ilmu di dada utk di manfaatkan kepada agama dan bangsa di kemudian hari...In Shaa Allah!

lagi satu...akak tak paham...tak boleh ke semua sekolah nih di standard kan utk memakai kasut putih ajer.....nak cari kasut sekolah hitam time2 lepas bukak sekolah ni pun satu hal dan memeningkan kepala...jelajah akak sselurh somban utk cari saiz kasut hitam yang sesuai utk Along Hadi tapi tak jumpa...tup2..jumpa jugak sepasang., the one and only, last kopek.... kat Tesco Senawang ni...

walau apa pun yang dah berlaku...akak nampak ianya menjadikan Along Hadi lebih bersemangat utk ke sekolah...mungkin itulah hikmah di sebalik nya...bila kita dah dapat benda yang payah utk diperolehi, kita kan lebih menghargainya...

well hopefully semangat Along Hadi akan berterusan bukan sekadar hot2 ciken sh*t udah lah kan.......errrrk macam semangat berblogging ummi dia sekarang nih....:D...macam mane nak dapat semangat...sebb asyik dok jamu nasi vongkos semedang....:))

 dah lama tak masak ni..memang lah naik subur penyakit 'tak rajin' menempek dalam diri nih kan!!! tak rela tapi seronok lah puloook!!...:D

to all...take care!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...