Pages

Wednesday, July 31, 2013

Puding Karamel..Wajid bulan Ramadhan...

Assalaamualaikum....
KNJ ingat tak nak tayang gambo ni...huduh bebeno....langsung tak sempat nak berhias bagai..tapi rase dia cukup sedap...terutama bila dah di sejukkan dlm peti ais....emmm..emmm!

kalau dulu ..zaman tak brapa reti nak buat kuih muih ni..KNJ sanggup bersesak-sesak pergi ka bazar Ramadan di Ampangan , seremban nun..semata-mata nak beli puding karamel gini...bila beli tu...nasib2 dapat yang sedap...kalau x bernasib...memang tak sedap langsung di tambah dengan harga yg mahal melambung untuk sekeping puding ie rm2 atau lebih untuk sejurai kecil

Alhamdulillah.. sejak ramai geng masak2 ni yang memperkenalkan resepi Puding karamel yg sedap2 ni KNJ tak perlu beli lagi lah...safe banyak budget KNJ tau ! Almaklumlah..dgn kita yang berpendapatan tak menentu ni...kenalah berbelanja dgn berhemah dan bijak kan!

Kali ni KNJ terai resepi dari Kak NOr Secubit Garam...tq..memang sedap pun...tak terlalu manis dan tak terlalu lembik... so KNJ pastekan resepinya di bawah yek utk yang nak menerai hokey! sangat2 senang..KNJ  kukus aje...cuma hati2 lah bila sediakan gula hangus tu...jangan masak sampai legam..nanti semua masuk dalam tong, pait tak leh makan... :)


Salam RAmadhan Kareem !
PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.
( KNJ tutup loyang dengan aluminium foil, then kukus untuk 40 minit )
 # puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
## bg yg nak tau kaedah waterbath tu camana boleh tengok kat blog kakwan ni ya..


Wednesday, July 10, 2013

salam Rindu Ya Ramadhan...siakap 3 rasa ala THai

Assalaamualaikum,
Alhamdulillah...bertemu kembali kita bersama2 di bulan Ramadhan, bulan yang penuh kemuliaan dan barakah...Moga2 kita Di beri kesempatan waktu dan kenikmatan kesihatan dari Allah swt untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan kali ni yek!

Awal2 pagi semasa menghantar Amny ke school...Amny sudah buat gempak....katanya dia tertinggal bekal di rumah...KNJ pun panik jugak...dalam hati...alahai tak sudah!...sebentar kemudian..masing2 berderai ketawa.......loooor....kan puasa, so Amny mana ade nak bawak bekal...bertuah punya budak !!!
hingga ke petang begini...Alhamdulillah Amny masih boleh bertahan....tak ada 'tragedi' termakan or terminum seperti tahun2 sudah..... :) ...sebab agaknya dah besar 8 tahun ni dah bertambah cerdik lah dia....Happy Birthday to Amny...harijadi nya yang jatuhnya pada 1st ramadhan...kiranya tak buatlah kek bagai untuk dia ...sebab puasa kan...tak dak orang lalu nak makan kek time berbuka dan malas pun ye jugak... :D

Since lauk ayam dan daging semacam punya mahal lah lately kat somban ni...Hari ni KNJ masak lauk ikanlah untuk berbuka...masak awal2 jugak sebab ada hamba Allah kat rumah ni yang di beri 'MC' oleh Allah...so boleh dia santap2 nyorok2...kang anak2 nampak pakat2 nak berbuka lak...jenuh...kekadang tak puasa pun, tekak kering semacam orang berpuasa jugak :))






Ikan masak 3 rasa..sedap jugak...resepi asal dari Chef Hanieliza from Ummi Zaihadi tapi KNJ ikut cara TTM ( apa khabar dia agaknya? )...
KNJ letak di sini...utk bagi idea  pembaca2 KNJ buat juadah berbuka....daaa...nak sambung tengok citer korea ( Fashion King ) lak.. selamat berbuka dan selamat menjalani ibadah Tarawikh !

 SIakap 3 Rasa Ala Thai

sumber; TTM,  Ummi Zaihadi

Bahan A:-


  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris) - * ummi kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar (*ni ummi tambah)
  • 1/3 biji capsicum merah (*ni ummi tambah nk habiskan stok)
  • 1/3 biji capsicum hijau (*ni ummi tambah gak)
  • 1 biji tomato - didadu kasar) (*ni ummi letak, jadi xletak yg dibelah dah)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
Bahan B:- (untuk sos)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji buah tomato (dipotong 4)
Cara-Cara:-
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (*akak gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*akak bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...