Mokwo belum masak lunch lagi...baru balik dari pasar tani di Ampangan
selepas selesai membersih ikan2..mokwo perkesahkah pulak si Black pearls nih....so before berlanjutan buat benda lain,mokwo nak buat quick update ...
black pearls nih mokwo beli di kedai bakeri Yummies di Bangi suatu masa dahulu:))....mokwo terlalu sukakan minuman di cool blog terutama sekali teh susu sejuk yang di letak black pearls nih...amat ketagih rasanya.......so mokwo ingat nak buat sendiri lah
bila mokwo google cara memasak,...macam2 ada....tapi mokwo buat ikut cara nih...lebih senang dan ringkas.
cara nih pun, mokwo tengok bebudak dekat cool blog tu sendiri yang buat...so have a try yek!
| rasa nya kenyal2 nak iras2 cendol !! i like! |
Bahan:
1 cawan black pearls( BP) kering /Tapioca pearls
5 cawan air
2 sudu besar gula pasir
1 biji rice cooker
cara2nya:
- masukkan air dalam rice cooker
- tekan function 'cook' pada rice cooker tersebut
- biarkan air mendidih. kemudian masukkan black pearl yang kering
- masak dalam 15--20 minit atau sehingga semua black pearls bertukar jernih dan kenyal. sekali sekala bolehlah di kacau periuk tu. untuk mengelakkan black pearls(BP) dari melekat di dasarnya
- bila dah masak, tapis BP dan cuci sedikit dengan air bersih
- masukkan BP dalam bekas bersih dan gaulkan dengan gula pasir...sedia untuk di guna!
- BP nih sesuai di masukkan dalam minuman kegemaran anda seprti teh susu, sirap bandung, kopi susu, mocha, choc drinks dsb!