Pages

Showing posts with label muffin. Show all posts
Showing posts with label muffin. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

muffin pandan ajelah akhirnya.....

Assalamualaikum.............
Mokwo Orang kata 'verangan biar setinggi langit "...so mokwo pun beranganlah...nak buat kek yang canggih sekali, belang2....warna warni pelangi...di hiasi dengan icing pancawarna..buah-buahan exotic....hemmmmmm....zzzzzz!!!

pergi ke supermarket...mokwo balik dengan tangan kosong....kecoh!!!...amny hilang semasa mokwo shopping di sana..sudahnya mokwo fobia...lepas ketemu amny yang dah merah mata menangis bagai nak rak....mokwo tinggalkan trolley yang sarat barang tuh ..lalu terus balik

sampai di rumah..mokwo menepuk2lah pipi  yang gebu nih...awatlah tak di bayar barang2 tuh....kang dah tak jadik kerja haku nih...tapi kan suspen punya pasal..otak seakan shut down...blurrrrrrr

TEtapi janji harus di tepati...............so godek2lah apa saja..janji jadi seakan2 kek atau sejenis dengan nya....pokwo pasti tak kisah...pokwo memang tak banyak kerenah...yg banyak kerenah lagi mcm2 adalah mokwo..:D
fresh from oven!!

pokwo makan tanpa banyak tanya....walhal sebelum nya mokwo sudah janji kan kek yg bling, bling....dia kata sedap....apa2 masakan kalau di sertai dengan kasih sayang memang sedap, tambah pokwo lagi....aduh, duh, duh... tersentuh hati mokwo  mendengarkan kata2 pokwo...

Many Thanks my dear pokwo, sejuk hati dinda mokwo mendengarnya...ahaks.... and Happy  BELATED Birthday, moga senantiasa berada di bawah rahmat Allah swt!!!


hasil selongkar dapur kak Nor SG, resepi asal dari Rinnchan...yq very much ladies!!



MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat (mokwo tak buh)
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor (mokwo letak 140gm)
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.



sangat sedap rasenya..tapi sedikit dry pada tekak mokwo!



the next day..bahagian luar menjadi lebih moist, terasa lemak santanya!


Wednesday, February 22, 2012

Banana Apple Cinnamon Muffins...per'kahwin'an yang menjadi

Assalamualaikum....
termenung punya termenung...garu kepala lagik dan lagi...idea ku pupus daaaa.....hemmmm...otak mokwo menerawang jauh..mengingatkan pada seorang mak cik nih yang baru2 ini mengadu tentang perhal diri nya yang diperlakukan sebagai 'bibik' di rumah sendiri oleh anak dan hantu menantu nya...katanya lagik, dia sudah tidak bisa menahan penderitaan itu dan mengambil keputusan akan meng'halau' anak dan menantu nya keluar...samada secara baik atau pun secara paksa....mokwo cukup setuju dengan keputusan itu..biarpun ada orang kata ianya kejam...cruel??? i don't see how!!!

apa2 pun mokwo harap segala masaalah nya dapat di selesaikan dengan baik lah.....tak syok lah dengar orang gaduh2 anak beranak nih...dan mokwo, jugak berharap sangat agar anak lelakinya sedar bahwa ibu dan bapanya yang berusia emas itu memerlukan kehidupan yang lebih tenang untuk menghabiskan sisa2 hidup mereka...sudah2 lah dengan menyusahkan mak bapa...dah pandai kahwin tuh..pandai2 lah nak berdikari membina keluarga sendiri ekk!


oklah kita tinggal kan mak cik tuh dulu...biarlah dia settle apa yang patut..mokwo nak masuk campur pun tak leh lah sebb itu urusan mereka anak beranak...mokwo nih boleh jadi tukang dengar dan bagi nasihat sedikit sebanyak yang mokwo tau

lepas mak cik tuh balik..mokwo pun berangan ...kalaulah benda tuh terjadi pada diri mokwo...eeeeiii Nauzubillahiminzalik....mokwo lebih suka bela kucing dari mem'bela' anak menantu sebegitu!

habis berangan..mokwo pun mulalah membuat benda yang lebih berfaedah iaitu menggodek muffin untuk menghabiskan stok apa yang ada.......pisang dan epal,  dikahwinkan sekali dalam resepi muffin nih...hihi...nasib baik rasanya tak lari jauh....sedap dan bagi mokwo sangat healthy sebab tiada penggunaan butter...gulanya pun mokwo dan alter guna gula perang dan kurangkan quantity nya

resepi yang mokwo ambil dari dapur Inahar..resepi yang cukup popular suatu masa dahulu...tqvm yer Puan Doc!


Banana and Apple Cinnamon Muffins
Ingredients

3 very ripe bananas (kita guna 8 biji pisang emas)
125ml vegetable oil

2 eggs

250g plain flour

100g caster sugar
( mokwo guna gula perang dan kurangkan kuantiti nya coz pisang ku udah manis)
½ teaspoon bicarbonate of soda

1 teaspoon baking powder

½ teaspoon cinnamon

2 eating apples, cored, peeled and cubed

1/2 tsp salt

Preheat the oven to 200ºC/180ºC fan oven/gas mark 6 and line a 12-bun muffin tin with muffin papers.
Mash the bananas and set aside for a moment.
Pour the oil into a jug and beat in the eggs.
Put the flour, sugar, bicarbonate of soda and baking powder and cinnamon into a large bowl and mix in the beaten-egg-and-oil mixture, followed by the mashed bananas.
Fold in the chopped apples and then place equal quantities in the prepared muffin tin and bake in the oven for 20 minutes.
 Cool in the tin for 5 minutes before removing to cool completely on a wire rack.

nota kaki wangi: HARUS BACA !!!!
untuk menghasilkn muffin yang cantik merekah gituw...bolehlah ikut petua yang di beri oleh kak Nor dan Izah...terimakasih banyak2 mokwo ucapkan atas kesudian kalian berkongsi ilmu !

Izah pesan : antara tipsnya.. panaskan dulu oven pada suhu yg tinggi. contoh 200c. tapi masa bakar turun suhu ke 180 mcm biasa. atau guna ejas api bawah dulu ke kan.

Kak Nor kata :  nak muffin naik menggunung, panaskan oven pd suhu yg tinggi (200 - 220C), masukkan muffin, bakar utk 10min, turunkan balik suhu pd 170 - 180C dan bakar hingga masak, biasanya lebih kurang 10min lg.. insyaallah muffin jd vulcano :)

lawalah pulak menengokkan mapin mokwo nih..ececeh...tak sia2 dengar cakap cik gu2!! :D

Monday, January 16, 2012

Macam nak garu kepala..... Muffin Pisang Sedap!

Assalamualaikum....weee...mokwo dah tukar template n background blog mokwo...perasan tak??...lorr tak perasan rupanya...penat sampai naik migrain utk membuatnya tau...ditambah suspen yg amat coz..lepas tukar tuh banyak benda yg hilang..lepas tuh, blog tak dapat di upload dgn sempurna..
.
selepas berhempas pulas bersilat dgn blog nih..akhir nya selesai jua.... nah..dipersembahkan tema blog mokwo tahun 2012...... putih suih suci gitew :D......hemm lepas nih lambat lah lagilah kalau nak tukar apa2 pd blog nih...serik haku!!

nyway,...Berbalik pada dunia masak2 lak.....
Apalah kes muffin nih...sepatutnya dia naik menggunung gitew..ini tidak...naik mendatar lak...memang nak tergelak sungguh...lagi menggaru2 kepala mokwo  kehairanan......tersampuk ape ekk mapin mokwo kali nih??? mungkin terover mix kerr..... atau tersilap setting oven kerr...cer citer skit sapa2 !

walaupun sebegitu rupa muffin ku yang unik ini ececeh ayat cover line.....texture nya cukup lembut dan gebus...kombinasi soda dan serbuk penaik yang cukup nice sekali, so taklah rasa pedar2...di samping itu, kandungan pisang yang cukup rich...memang menyerlahkan lagi rasa banana nya
antara banyak2 kek or banana muffins, yang nih memang secukup rasa.....soft, moist and bounty of flavours
kalau nak tengok gambo muffins yang lebih cantik boleh pergi ke Madiha's FP or Izah's kitchen Galore

Resepi asal dari Wendy Khor yang telah di kongsi oelah Ana Penang (which i could'nt find d link), through Madiha's FP
Mokwo ambil d recipe from Izah's coz her version is in BM:D...many thanks ladies!

Muffin Pisang Sedap
A
400 gm butter cair
300 gm (6 biji) telur
200gm susu segar

B
600gm pisang dilecek
400gm gula castor (saya kurangkan sedikit, mokwo guna 350gm)
1 tsp garam (mokwo tak letak coz butter dah ade garam)

C
550 tepung superfine
2 tsp baking powder
2 tsp sodium bikarbonate

Double boil butter sampai cair dan sejukkan sebentar.
Pukul sedikit telur dan campurkan ke dalam susu segar, gaul sebati.
Sementara itu lecek pisang dan campurkan gula dan garam. Gaulkan sebati sehingga gula agak hancur.
Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
Satukan bahan A dan B dan campurkan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu.
Sendukkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar 180 C selama 20-25minit.

Nota: Jika ingin membuat marble boleh diasingkan sedikit adunan dan campurkan 2 sudu besar serbuk koko atau adunan kelihatan coklat . Tuangkan ke dalam muffin cup dengan diselang-selikan kedua-dua adunan.

Thursday, July 14, 2011

muffin kembang kuncup...boleh ka nama ginih??

masa membakar dalam oven cukup mengembang..sekembang yang boleh, dan bau nye pun sungguh harum semerbak...bila keluar dari oven terus menguncup...macam span yang kena perah lak aiiii !!!

this muffin is one of my favourite so far...senang nak buat dan cepat habis !! tak moh cakap banyak..mokwo tengah posa..eloklah kurengkan ngomelan dan umpatan !

nak tenung lama2 pun tak leh...nanti ngencesss  (alamak betui ke wording jawa ku ini??)
resepi from joy of baking

memang sedap despite of the look!
mokwo rasa mokwo tersilap baca cara2 membuatnya lahhh!!


 black bottom cupcakes
 frm : joy of baking

bahan2 nye:
inti krim cheese:
227gm krim cheese pd suhu bilik
65gm gula alus
1 telur A
1/2 sudu kecil vanilla

cara:
  1. pukul semua bahan hingga sebati. tak perlu pukul lama2
untuk cupcakenye:
bahan2:
195gm tpg gamdum*
210gm gula perang ( mokwo guna 195gm je)*
30gm serbuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*
1/4 sudu kecil garam*
240ml air (mokwo guna 190ml susu cair + 50ml air)+
80ml minyak canola/ jagung+
1 sudu besar cuka makan+
1 sudu kecil vanilla+
cara2:
  1. campurkan semua bahan2 bertanda*. buat lubang kat tengah dan masukkan bahan2 +
  2. pukul adunan dgn whisker till sebati.
  3. skop adunan coklat kedlm bekas muffin
  4. kemudian letak inti krim cheese diatasnye. buat sampai abis
  5. bakar pd suhu 170C for 40 minit.
  6. sejukkan semalaman dan makaaaan!

Monday, April 25, 2011

suka yang berlemak jugak!

Muffin Pisang Lemak

Kekadang dalam demam pun mokwo boleh mengidam macam2.....setakat nih rasanye kalau sakit, makan mesti lalu punya...haha...cam no nak loss weight !! nyway.. mokwo buat muffin dah lama dah...baru mokwo ada masa utk berkongsi bersama


 bila masak kek pisang or muffin pisang  biasanya, mokwo secara peribadi lebih suka letakkan sedikit esen vanilla bukan nya esen pisang..sebb esen pisang artificial nih bau nya terlalu wangi hingga menyembunyikan sensasi rasa pisang yg ori...kalu kepingin nak letak pun , mokwo hanya letak 1 or 2 titik ajer !!

muffin nih boleh di steam atau di bakar..ikutlah keseuaian masing2 yek! mokwo buat yang steam punya...InsyaAllah 100% semua nye ter'senyum' riang muffin nih...lembut gebu cam kek pisang yg guna ovelet tuh!
Have a try!

bahan2:
1 cawan = 250ml

5 biji pisang berangan sederhana besar -- di lecek
2 biji telur A
1 1/3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil double acting baking powder
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan gula ( kalau nak lebihkan pun boleh )
1/4 cawan butter cair -- di cairkan dulu baru sukat
1 peket (50gm ) serbuk santan kara
1/2 sudu kecil esen vanilla

 cara2nya: sediakan pengukus
  1.  satukan semua bahan bersama2 pisang yg telah di lecek. sebatikan menggunakan hand whisk!
  2. alas acuan muffin dengan kertas muffin dan sudukan adunan kedalamnya
  3. kukus for 15 min hingga masak..lebih kecil acuan lebih cepat masak muffins!


Monday, March 14, 2011

Chocolate Chips Muffins


 fuhh penat semalam masih terasa.....terperangkap dalam trafik jam yang panjang berjela2 bukan lah sesuatu yg menyeronokkan....ari nih amny lak demam..bila budak demam mulalah naik ngada2....kekadang mahu di riba dan di kendung......cukup manja kededek!

sebenarnye muffin nih dah lama dah buat, tapi baru hari nih mokwo berkesempatan utk update...tapi dalam freezer muffins nih masih lagi bertapa....... yang peliknye semua kat umah nih macam tak lalu makan je muffin nih...tak sedap ke?? mokwo rasa ok jek, sedap.....mungkin mokwo buat nih silap timing lah sebb depa semua dah kenyang dan muak di jamu chocolate yang pokwo beli...hahaha...mokwo pun rase2nye dalam 3 bulan nih tak moh sentuh ape2 chocolate lah kot....hihi.. boleh ke?? 

resepi yg senang dan very2 simple ..... mokwo copy dari blog kak nor-- secubit garam.... resepi asal telah di kongsi dari blog Rima - Bisous a toi.....tak lupa hasue dan ramai lagi  yg dah buat muffin nih...tq to all !!


CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
source : Rima
source : K.Nor@SecubitGaram

Dry Ingredients:
1 3/4 cups Plain flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
2 tbsp quality cocoa powder - I used Valrhona
3/4 cup superfine sugar ~ k.nor letak 1/2 caw jer
1 cup semisweet chocolate chips (put aside 1/4 cup for sprinkling)
1/2 tsp salt ( mokwo added, as suggested by Rima )

Wet Ingredients:
1 cup milk
1/3 cup plus 2 tsp vegetable oil - I used Canola oil
1 egg
1 tsp pure vanilla extract - I used vanilla essence

Method:
1. Line muffin tin with paper cases
2. Preheat oven to 200deg - I used 175C
3. Put all dry ingredients into a large bowl
4. Pour all the wet ingredients into a measuring jug
5. Mix the dry and wet ingredients together (the batter should be lumpy, DO NOT over-mix)
6. Spoon into the prepared muffin cases
7. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top
8. Bake for 20 minutes or until the muffins hv risen and are springy

sebahagian dari choc yang di jamu! mokwo paling suka yg dlm kotak biru tuh!

Sunday, December 12, 2010

muffin buah kukus


layan resepi nih dulu yekk..mokwo nak gi kenduri...adeh,deh,, dah kenyang ..tapi jemputan harus di penuhi...daaaa...muffin yg gebu tiada menggunakan ovelat maupun soda bikarbonat..rasa nye sedap...teringin???cubalah yekkk!



mokwo guna epal..nak perabih epal yg dok bertapa lama sangat dlm peti sejuk!


Muffin Buah Kukus
origin : mokwo

bahan A:
200gm tepung gandum
80gm susu tepung
2 sudu kecil baking powder

 bahan B:
100ml air
100ml melted butter
100 gm gula castor
100gm buah  di dadu (bule guna strwbery ke, epal ke, kiwi ke, blueberi dll..suka ati lah ekk)
2  telur kuning
1 sudu kecil esen vanilla

 bahan C:
2 telur putih
1 sudu kecil jus limau nipis

cara2: sediakan pengukus dan alas acuan muffin dgn kertas muffin..lebih kecil acuan lebih cepat masak muffin
  1. ayak..satukan bahan2 A dlm mangkuk adunan.. ketepikan
  2. dlm mangkuk lain satukan bahan B dgn handwhisk..kacau till gula larut
  3. dlm mangkuk lain...( banyak nak basuh mangkuk skit yeh!) putar bahan C till stiff peak.ketepikan
  4. masukkan bahan B dalam A..kacau sebati dgn spatula
  5. masukkan bahan C..skit2...kacau dgn spatula kekdah kaup balik sampai sebati dan gebu.don't overmix!
  6. masukkan dalam bekas muffin dan siap utk di kukus for 15 minit..depends on the muffins size
  7. jgn dok buka penutup pengukus pada awal 10 minit mengukus ..nanti muffin merajuk , bantat tak tau yek!
  8. simpan muffin didalam bekas yg tertutup utk mengelakkan muffin kering dan keras



gebus..kehadiran buah2han menambah sedap dan harum muffin!

Friday, October 8, 2010

mini coklat muffin

resepi yg mokwo ambil dari chef hanieliza..sedap n moist aje muffin nih..sepatutnye di buat mini, tetapi mokwo buat gedabak2 sebab nak mengisi dlm bekas kecil2 tuh naik malslah pulak..bila dah masak, muffin tuh jadik kembang mekar seluruh taman...so tertanya2 lah mokwo..adakah mokwo terlebih senyum masa membuat nye??? ..hemmm tak jugak...agak nye muffin nih kenan apam mekar kot!!!!...hihihi

muffin yg mekar cam apam senyum...terlebih haba ka hapa ekkk??
 anak2 kata muffin nih pahit....bila mokwo rasa..sebenarnye tak lah sepahit mana. pada kita org tua, biasa2 aje..pahit ala2 bittersweet choc gitew..but next time mokwo mesti nak kurangkan skit cocoa powder atas permintaan ramai...
resepi mokwo kopipes dr umah kak liza yek! tq kak liza..moga maju jaya dlm bidang masakan sokmo! InsyaAllah!


 Bahan A
2 cawan susu full cream suam
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
1 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Cairkan mentega dalam susu suam.
3. Kacau semua bahan A supaya sebati.
4. Masukkan kedalam bahan B. Kacau rata.
5. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
6. Susunkan acuan kertas paling kecil [acuan almond london ]dalam petitin yg paling kecil. [kakliza gunakn acuan pie/tart telur yg paling kecil]
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas.
8. Kukuskan selama 15 minit dengan api kuat.
9. Sejukkan dan hidangkan


cewaahh amny...gaya mesti ade....makan nye cuma 2 gigit aje!!!...

Tuesday, July 27, 2010

blueberry muffin


 salam buat semua pembaca..weekend baru2 nih mokwo tak kemana2 pun..activity hanya berkisar di rumah aje....kebetulan along hadi balik dr asrama, so masa yg berharga itu diperuntukkan utk melayan kerenah anak2 je lah..seronok teramat sangat..melihat anak2 yg semakin membesar..peribadi dan sahsiah juga turut berubah..klau dulu kan bila time masuk waktu solat..mokwo akan terpekik2 dan berkejaran dgn rotan utk memastikan anak2 solat menepati waktu..tapi sekarang mokwo boleh simpan suara jeritan merdu mokwo tuh..hanya perlu bagi hand signal..anak2 udah paham dah..
klau dulu, bila along hadi bertemu kakak..kaki tangan..debuk debak..karate do, tea kwuan do..terpekik terlolong, calling names..bergaduh hanya Allah aje yg tau..sampai sedara mara dan kenalan2 tengok pun menggeleng kepala...sekarang, Alhamdulillah..sujud syukur mokwo, kerana masing2 boleh bergaul dan berbicara dgn sopan dan baik..moga2 berkekalan
buat muffin utk makan2 sekuarga..sedap jugak..kes nye nak perabih kan blue beri yg mokwo beli sebelum mokwo semput dulu..sebenornye nak buat resepi lain..tapi kan beli dah salin resepi tak tau letak di mana..jadiknye rembat aje deh resepi yg mana ada dlm simpanan
resepi dr blog Hjh Noraini- Resepi Noraini..yg di perolehi dr allrecipe.com..trimakasih ye chef kerna sudi berkongsi  resepi..klau sesiapa tak gheti buat kek,atau buat kek cam tak moh jadik... harus baca blog nih..kaya dgn tips n tunjuk ajar!

Bahan-bahan :


125 gm mentega

150 gm gula halus

2 biji telur

250 gm tepung kek/tepung serbaguna

1 sudu teh serbuk penaik

secubit garam

70 gm susu segar/uht

1/2 cawan inti blueberi

1 sudu teh esen vanila



Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dan gula hingga putih dan gebu.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.Masuk esen vanila.

3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam,masukkan ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu sambil digaul rata.

4. Sudukan dalam cawan kertas. Isikan 1/2 cawan saja.Letakkan inti blueberi atasnya.

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit hingga masak.

Monday, June 14, 2010

birthday pokwo dan strawberry cis muffin


salam semua..lama tak bersiaran yeh..time cuti2 sekolah busy memenuhi dan melayan kerenah anak2 aje. today kena layan kerenah pokwo lak..almaklumlah birthday boy..ahaks..tua dah hubby ku nih..hehehe..pagi2 dah berpusing2 cari bank book anak2 yg tah di letakkan kat mana..mujurlah memori mokwo masih fresh lagi..cewah! rupa2nye benda tuh dok dlm longgokan surat2. hampir saja mokwo campak dlm bakul sampah...hish3..bertuah betul dapat hubby cam ginih! hajatnye mokwo nak bersyarah panjang berjela kat pokwo, tapi mokwo batalkan aje since today is his birthday..so bagi chance lah! pokwo tak suka celebrate birthday dia..as usual, tapikan sebagai isteri yg baik ati(angkat bakul lagik), mokwo dah ode hadiah..sayangnye masih belum sampai hadiah tuh! tunggu yeh...nanti dah sampai mokwo akan uploadkan ape ke bendanye yeh!

in the meantime, meh kita tengok resepi muffin nih..dari umah che mat gebu , memang sedap kerna ade inti..first time tau mokwo buat muffin yg ade inti..so masing2 fuhh semacam je makan..but rasa nye memang boleh tahan..muffin yg tak terlalu manis memang sesuai utk di padankan ngan inti.


actually , muffin buat minggu lepas nye..dah abes yeh..ari nih mokwo buatkan pokwo hanya butter cake..ingatkan nak deco2 buh bunga pusing2 gitew..tapi buka peti ais nengok ....whipped cream mokwo dah basi daaaaa! so terbantutlah nak upload gambo kek yg togel tuh..hemm simpan utk entry kemudianlah...

mokwo c&p dari dapur mat gebu..dapur yg memang cukup popular nih!..tq very much ya che mat gebu!

Bahan-Bahannya :-)
150 g cream cheese
150 g unsalted butter (boleh guna butter biasa)
110 g gula halus (mat letak 100 g saja)
3 biji telur gred A
50 g kismis
30 g kacang pecan, cincang kasar (boleh guna apa2 kacang yg digemari)
160 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit strawberry filling
Cara membuatnya :-)
-Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup sesuai atau pun gunakan muffin cup (jenis keras). Ketepikan.
-Putar mentega dan keju hingga bersatu, masukkan gula, terus memutar hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
-Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masukkan kismis dan cincangan kekacang, kacau hingga rata.
-Sudukan ke dalam acuan tadi 3/4 penuh. Letak sedikit strawberry filling diatas adunan muffin. -Buat hingga siap. Bakar 25 - 30 minit, atau hingga masak, bergantung pada keadaan oven masing2

Thursday, June 3, 2010

muffin epal


mokwo berdiri di tepi sebuah tingkap lutsinar dr satu bangunan di tingkat 10..berbalam2 ternampak petronas twin tower. tunduk ke bawah ternampak kereta berpusu2 , umpama semut yg merayap lagaknya...gayat!!!!
"huh! this doesn't help at all!', detik mokwo dlm ati
isi perut terasa cam ade 'rama-rama'.terkucil ...tah tak tau dah brapa kali..lama jugaklah mokwo tak buat presentation utk tokoh2 koporat nih. mokwo dah tinggalkan kerja2 nih dah hampir 6 tahun dah! apakan daya permintaan pokwo kali nih betul2 mokwo tak dapat nak tolak..so jadik lah mokwo company's rep bidan terjunly..hehehe
berminggu2 mokwo terpaksa mengkaji segala facts n figures dlm proposal tuh..really miss my blog n my blogger friends so much. memandangkan mokwo dah lama pencen, i really need some times to refresh and repolish my communications skill
'congrats, your promising proposal has been accepted', suara Puan N ,teruja...Pn N salah seorang exec yg mengikuti presentation mokwo tadi, mengurai keresahan mokwo yg sedari tadi menunggu the verdict.
"Alhamdulillah, syukur Ya Allah, atas rezki-Mu", hanya itu yg mampu mokwo ucapkan..i'm too happy till i wanna cry..(kaki lelehlah katakan) fuhhhhhh!!!..mokwo sekarang boleh menarik nafas lega ....for now!!!!
now, bila adrenaline dah berkurangan, selera makan pun hampir kembali normal..baru sedar dlm 2-3 minggu nih masak pun tak menentu, lauk pauk hanya yg simple2..klau tak ikan goreng, pastinye telur goreng or ayam goreng. permintaan si kakak utk buatkan muffin lama dah mokwo tangguh. gali punya gali, mokwo rasa berkenan ngan resepi nih sebb bunyi nye mcm simple n easy.lagi pun resepi nih sungguh versatile. boleh buh apa2 flavour selain dr epal...sedap sangat! resepi yg mokwo c&p dari fp kak mal (amal hayati) yg menetap nun di aloq star sana..kak mal lak amek dr blog dzana ...tq very much ya semua! to kmal , happy 18th anniversary!! moga perkahwinan berkekalan dan bahagia ke anak cucu, cicit!


Apple Muffin


Serves: 12
Preparation time: 15 minutes or less
Ingredients:

220 g self-raising flour (1 1/2 cups campur 1 sudu serbuk kayu manis, mokwo guna tpg hong kong+1 sd kecil baking powder + secubit jek serbuk kayu manis)

1/2 - 3/4 cup vegetable oil ( 1/2 cawan butter cair..)

3/4 cup buttermilk or regular milk (guna susu sejat...mokwo guna whipped cream)

1/2 - 3/4 cup caster sugar( guna 3/4 cwn)

1 egg, lightly beaten

1 teaspoon vanilla extract

150 g added flavours (frozen raspberries, dark/milk/white choc bits, grated apple, mashed banana) (...guna epal hijau potong kiub, mokwo guna 180gm epal ijau, buang kulit n cincang kasar )
Method:

1. Preheat oven to 180°C.
2. Grease muffin tins or use liners.
3. Mix all dry ingredients together and make a well.
4. Mix all wet ingredients together and pour into the well.
5. Add flavourings and mix well until just combined.
6. Place in tins and bake for 15-20 minutes or until lightly browned.

Thursday, February 4, 2010

muffin kukus

first and formost...bersyukurlah dgn ape2 rezeki yang di kurnia Allah swt. Syukur Alhamdullilah..biarpun apam yg mokwo kukus kali nih tak merekah berembok cam org lain..mokwo syukur jugak..sebb sedap and lembut jeh...tak yah susah2 kunyah..satu kali ngap dah bleh telan..hehe..tak serik mokwo nak buat apam yeh! bukan ape klau nak compare ngan kek apam lebih mudah pembuatannye..hanya guna whisker dan mangkuk pengadun dah...taraaaa..siap di kukus. nak ngukus pun tak amek masa yg lama..lebih kurang 15-20 minit klau guna bekas kecil....so lepas nih projek apam ape lakkk..tunggu!!
amek resepi dr umah mamafahmi yg di ceduk dr umah maklang azie..am flora pun buat resepi yg sama gak..tq ladies for sharing this lovely resepi!
STEAMED MUFFIN
Ingredients A :
2 cups evaporated milk
1 cup cooking oil or 250g melted butter (mokwo used cooking oil)
1 3/4 cups castor sugar( mokwo guna 1 1/2 cwn)
1 egg
Ingredients B :
to be sifted
300g superfine flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon bicarbonate soda
Essence : Durian, Strawberry, Yam and PandanFood( mokwo buh 1 sk esen rose je)
coloring : yellow, pink, purple and green
Method :
1. Mix A using a whisk.
2. Pour B into A and mix well.
3. Spoon the mixture into the prepared cups layered with papercups.
4. Steam for 10 minutes in high temperature.
nota utk peringatan mokwo:
-kukus apam at a very high temperature
-jarakkan apam supaya masak sekata

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...