Hari Ahad, hari santai, hari salin resepi.....tulis panjang2 kang tak dak sapa nak baca...so straight to the point lah...
| pesan akak..buatlah shell tu awal2, lebih pun tak pe...so senang skit masa nak menuang kastadnya |
resipi dari Footpage madiha...tapi akak dah ubah suai sedikit dia punya kastard..mengikut bahan2 yang ada dlm gobok akak
untuk step-by step kulit tart , boleh pergi ke blog Kak Yah di SINI
TART TELUR
Bahan Pastri
125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur
1 biji telur merah
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar susu tepung (kak nik tambah)
Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh.kak nik timbang 15gm dan bentukkan bulat2,sebelum Bentukkan doh dlm acuan
. cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.
| bila dah masak...kastad jadi mcm mendak...walhal dlm oven , kembang kemain lagik! |
Bahan2 Kastard telur
150ml susu cair
2 biji telur A
3 sudu besar gula pasir-kisar halus
1/2 sudu kecil esen vanilla
Dengan menggunakan whisker, masukkan campurkan semua bahan. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan.
Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.
| alang2 dah menge-tart...kita buat lah sampai 6 adunan...loose akak punya skru pinggang tau! |