Pages

Wednesday, March 30, 2011

Tertunailah Hasrat Di Hati.....

lately internet service kat umah mokwo nih menjadi semakin slow...walhal baru je mokwo upgarde the service kepada yang lebih laju.....kok jadi sebalik nya lah pulak...bila nak upload gambar2, memakan masa yang sungguh panjang...mokwo lak lately tak dak masa nak bersantai2 depan komputer, jadi nya asyik terbantut ajer nak buat satu2 n3

oklah...straight to the point, lamaaaaaaaaaaaaa dah dok ngidam ini takoyaki...pagi semalam, gagah kan diri membuang begitu banyak vitamin "M" yang membalut diri ini, untuk buat takoyaki....buat pun sekali gus 2 adunan...hahaha..amek ko! Tapikan bila dah siap , 90% mokwo yang makan sendiri !!!!

mujurlah takoyaki nih kena jugak kat anak tekak mokwo...yang lain di umah, hanya main cuit2 , jamah skit2...sah lah depa tuh tak leh dok jepun..!

meh tengok video di bawah , untuk dapat gambaran yang lebih jelas cam no nak buat takoyaki nih



mokwo pun guna acuan yang lebih kurang sama macam dlm video tuh...acuan ni boleh di dapati dari chik mi's blog..just in case ada sesiapa yg berminat nak beli ! cumanye guna acuan nih , kena pandai control api..jangan terlalu besar , nanti takoyaki cepat hangus !!

hasil nya....taraaaaa...tak berapa nak bulat sebb mokwo malas nak top-up dgn adunan batter masa membakar tako nih....but rasa dia..... not bad at all ! next time, kena buat satu adunan sudahlah !!

sikit jerr tabur 'rumput-rampai'......bukan kedekut tau..,cuma tak suka hanyir !!!!


recepi's taken from madiha's blog, originally from Ilhammusafir.....tq dear..panjang lebar madiha tulis cara2 nak buat tuh !! tq 3x, mokwo tempek kat sini pulak yeah !

Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir
Dirujuk & diedit semula : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
 ¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki

1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki

Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan

Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )
Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana.  Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan.  Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3.  Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
 
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit. 
Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. 
 
Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan.  Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat..
 
isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya
 
Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya  tu supaya garing sekata.  Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
 
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan.  Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi.  Sedia untuk dihidangkan!

Nota MaDiHaA : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian.  Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.

Monday, March 28, 2011

Lempeng kampung dan kuah durian


Asssalamualaikum people....durian's fever is baaaaaaackk! mokwo buat kuah dan makan dengan lempeng . kalau makan macam tu saja , ku fening laaaah!
adunan lempeng yang cukup versatile nih, boleh buat lempeng..boleh buat roti jala dan boleh gak buat adunan takoyaki...cubalah ! lembut dan sedikit kenyal

kuah durian tuh  mokwo main campak2 jer, tapi resepinya iras2 resepi syahmi di myr..mokwo letakkan di sini buat rujukkan semua

 Lempeng Kampung

bahan2:
2 cawan tepung gandum
2 1/2  or 2 3/4 cawan air ( ikut pekat mana yang kita suka, lagi cair lagi lembut )
1 biji telur
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

cara2:
  1. kisar semua bahan2 dalam blender
  2. biarkan pada suhu bilik selama 30 min
  3. panaskan non-stick pan
  4. ambil 1/3 cawan adunan dan tuangkan atas pan
  5. lenggangkan supaya menjadi bulat dan nipis
  6. masak sampai permukaan atas menjadi light colour, masak dah tuh!
  7. sedia di hidang, nak potong2 kecil pun boleh!


kuah durian resepi from syahmi myr

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 5 ulas durian
  • 3 sudu gula pasir
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • Pilihan : boleh juga tambah gula merah untuk mengubah warna

Cara-cara

  1. Buangkan biji durian dan hancurkan sedikit.
  2. Masukkan dalam periuk bersama gula dan santan.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Kalau nak makan dengan roti jala, klik di sini

Wednesday, March 23, 2011

Desserts sebelum gaji.....

low tech, minimun energy use, low budget but highly requested desserts terutama by children...
hemm tak mo cakap banyak2 lah..belum start masak lagi nih...enjoy the recipe yeah!
tq to the beauties yg dah share the recipe! mokwo copied from kak nor's blog!






JAGUNG MANIS by Aziemas

Bahan2nya:-
500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen , mokwo guna sweet corn kernels yg dalam tin)
2 s b butter
4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
secubit garam

Cara-cara:-
1.Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
2.Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
3.Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..

**nota k.nor:  bg yg tak ada susu pekat manis boleh gantikan dgn susu cair dan tambahkan sedikit gula.

Monday, March 21, 2011

Jika hidup ini semanis Sira ....






jika hidup ini selalu manis, kita mungkin akan sentiasa ketawa. bila banyak ketawa hati akan menjadi gelap gelita..kadang kala kita di uji dengan sesuatu yang pahit....mau di salahkan siapa?? takdir ...atau manusia?? atau Allah Yang Maha Berkuasa ??? eeeeiii jangan lah kita jadi manusia yang derhaka !!

kepada sahabat baik si kakak yang baru sahaja kehilangan bapa......mokwo kelu hilang bicara...mau berkata apa pada si gadis sunti yang mata berkaca2....mokwo doakan agar gadis ini bisa menjadi dewasa...tabah ,sabar dan tidak mudah kecewa.....

wahai anak, hidup ini umpama roda...ada kalanya terasa sepahit peria...di lain masa, terasa nikmat manis umpama sira...harap kalian tidak akan lupa..... supaya bergantung harap senantiasa..... pada Allah Yang Maha Esa!!

bahan2:
1 biji labu ( dalam 1 kg )-- buang kulit dan potong memanjang atau dadu besar2
1 1/2 sudu besar air kapur + air secukupnya untuk rendaman
5 helai daun pandan -- simpul
gula melaka secukupnya
gula pasir secukupnya
1/4 cawan air atau lebih, kalau sukakan berkuah2
sedikit garam

cara2:

  • rendam  labu dalam air kapur selama 4 jam
  • basuh bersih . tus kan dan gaulkan dgn sedikit garam, anggaran 1/2 sudu kecil
  • masukkan dalam periuk, kalau boleh guna periuk yang tebal vontotnya supaya tak hangus
  • masukkan gula pasir, gula melaka dan daun pandan
  • masak sampai gula cair ..kalau ada yg tak cair sikit2 pun tak apa ..dengan api perlahan sambil periuk di tutup. tak perlu di kacau selalu
  • masukkan air, biarkan gelegak sekejap
  • angkat dan hidangkan..mokwo lebih suka kalau simpan sira nih semalaman dalam fridge!

Wednesday, March 16, 2011

Fried Udon Mee with Peppers



yesterday, ada seorang jiran mokwo nih busy mencari betadine cream...so tertanya2 lah mokwo apa ke nak di buatnya dgn betadine cream tuh...rupa- rupanya dia nak sapu kat her exposed body so that she will not be harmed by  leaking nuclear radiation from Japan...oh cam tuh ka !!  but sad to say, betadine cream (antiseptic cream untuk luka ) is brownish yellow...kalau sapu kat muka, tangan..tak ke macam orang demam kuning dah jadi nya!!! nasib baik juga betadine tuh tak hitam...kalau tak..hemm.... lets go to Africa lah!!!

tapikan pancaran radioaktif nih memang bahaya..silap haribulan, orang yang terdedah tuh boleh dapat kanser...something that nobody likes! boleh baca tentang tuh di sini !

so sambil2 makan tu, mulut jangan lupa bersyukur ke hadrat Allah swt..kerana penduduk di Malaysia ni cukup jarang terkena bala bencana yang dahysat2 seperti di Jepun nun biarpun maksiat dan kezaliman  makin menjadi2...Allah itu Ya Rahman, Ya Rahim!

bahan2:
400 gm udon mee ( I bought from Jusco )
150gm daging batang pinang -- hiris memanjang
10 ekor udang sederhana besar -- buang kulit
1/2 biji capsicum hijau-- di dadu
1/2 biji capsicum kuning-- di dadu
1/2 biji capsicum merah-- di dadu
1/2 batang carrot -- di dadu
1 labu bawang besar -- di dadu
4 ulas bawang putih -- di cincang
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk
1 sudu besar serbuk lada putih-- mokwo letak 1 sudu kecil ajer...too hot
2 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 biji  limau kasturi -- perah ambil air nye
1/3 cawan air
minyak untuk menumis
garam secubit rasa

cara2:
  • panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih till naik bau
  • masukkan segala capsicum, carrot, daging dan udang
  • masukkan kicap2 , oyster sauce, lada hitam, lada putih, garam dan air
  • masukkan pula mee udon yg sudah di basuh dan di tus .
  • masak sampai sedikit pekat..matikan api..akhir sekali masukkan perahan limau kasturi. kacau sebati
  • sedia di hidang

Monday, March 14, 2011

Chocolate Chips Muffins


 fuhh penat semalam masih terasa.....terperangkap dalam trafik jam yang panjang berjela2 bukan lah sesuatu yg menyeronokkan....ari nih amny lak demam..bila budak demam mulalah naik ngada2....kekadang mahu di riba dan di kendung......cukup manja kededek!

sebenarnye muffin nih dah lama dah buat, tapi baru hari nih mokwo berkesempatan utk update...tapi dalam freezer muffins nih masih lagi bertapa....... yang peliknye semua kat umah nih macam tak lalu makan je muffin nih...tak sedap ke?? mokwo rasa ok jek, sedap.....mungkin mokwo buat nih silap timing lah sebb depa semua dah kenyang dan muak di jamu chocolate yang pokwo beli...hahaha...mokwo pun rase2nye dalam 3 bulan nih tak moh sentuh ape2 chocolate lah kot....hihi.. boleh ke?? 

resepi yg senang dan very2 simple ..... mokwo copy dari blog kak nor-- secubit garam.... resepi asal telah di kongsi dari blog Rima - Bisous a toi.....tak lupa hasue dan ramai lagi  yg dah buat muffin nih...tq to all !!


CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
source : Rima
source : K.Nor@SecubitGaram

Dry Ingredients:
1 3/4 cups Plain flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
2 tbsp quality cocoa powder - I used Valrhona
3/4 cup superfine sugar ~ k.nor letak 1/2 caw jer
1 cup semisweet chocolate chips (put aside 1/4 cup for sprinkling)
1/2 tsp salt ( mokwo added, as suggested by Rima )

Wet Ingredients:
1 cup milk
1/3 cup plus 2 tsp vegetable oil - I used Canola oil
1 egg
1 tsp pure vanilla extract - I used vanilla essence

Method:
1. Line muffin tin with paper cases
2. Preheat oven to 200deg - I used 175C
3. Put all dry ingredients into a large bowl
4. Pour all the wet ingredients into a measuring jug
5. Mix the dry and wet ingredients together (the batter should be lumpy, DO NOT over-mix)
6. Spoon into the prepared muffin cases
7. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top
8. Bake for 20 minutes or until the muffins hv risen and are springy

sebahagian dari choc yang di jamu! mokwo paling suka yg dlm kotak biru tuh!

Sunday, March 13, 2011

apam beras


semalam ada kenduri makan2...hari nih pun rasenye ade jemputan jugak...hemmm penat2...rezki2...Alhamdulillah...yang malasnye nak ke kelang tuh.....
apa yang menarik nye semalam antara menu yg menambat hati mokwo ialah apple crumble...1st time mokwo makan n waduh sedap sungguh laah...apple crumble tuh depa hidang dgn kuah kastard dan whipped cream.

mokwo makan dgn whipped cream...sedap weii!! tapi kan nak makan banyak2 tak dapatlah , sebb dia buat skit jer...so masing2 rase skit sorang.....hemm nampaknye kena cari resepi n buat sendiri lah..apple pun berlonggok dlm peti sejuk akibat dari rancangan nak buat apple pie yg jadi2 lagi

ok lah sebelum mokwo pergi dress up lawo2, mokwo tempek resepi apam beras nih.....sedap sejuk nyaman ajer masuk dlm perut....kemanisan dia pun sedang2 aje....memang sedap!!
resepi yg di salin dari blog ayu CBS..resepi asal dari cha@myr...terimakasih banyak2



Thanks to both ayu n cha@myresipi.com for this recipe.

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! 
  8. Sources:-From  cha@myresipi.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...