Pages

Wednesday, April 28, 2010

AYAM MADU BBQ

"mi cepat lah mi, cepatlah mi!! lewat dah nih!', teriak kakak..mata dah hampir nak nangis..
"memang ratu air mata betullah budak nih", gerutu mokwo.."nak habih dah nih!!"..so tak dapat lah mokwo nak elaborate dgn lebih panjang yeh..resepi yg sedap harus di terai oleh semua...see u ols on the next post!!
mokwo ceduk dr dapur ummi, ummi lak C n P dr Kak Pah (Sherry Mz) kat MyR, tq semua!
12 ketul kepak/peha ayam
4 sudu makan madu
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 inci halia
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili boh (klu nk pedas blh tmbh lg)
1 sb sos Hoisin (*ni ummi tambah, mokwo pun boh!)
Garam secukup rasa

Cara-cara:-
Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih.
Kisar/tumbuk halia, bwg merah & putih.
Gaul semua bahan2 tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya.
Perap semalaman @ sekurang2nya 2 jam supaya semua bahan2 td meresap masuk ke dalam isi ayam.
Panggang/bakar seperti biasa. (*akak masukkan dlm oven dan bakar selama 20 minit api atas dan tambah lg 20 minit guna api atas n bawah - balik-balikkan ayam)
Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak, nasi putih dsbnya.

Tuesday, April 27, 2010

new york cheese cake

masih belum make-up
apasal lah tenet ari nih terlau melankolik...nyet, nyet, nyet semput semacam..nak update pun dari pagi sampai senja nih baru abih!
oklah...
amek resepi dari blog lidya teh from my kitchen. dia bakar dlm loaf pan tapi mokwo guna loyang bulat yg terlebih besar.. sebb tuh crust dia nampak nipis jek! hasilnye , kek yg sungguh cantik..tak dek nak merekah2 , lembut elok, manis pun sedang2 aje. ingat kan nak biar togel jeh..anak2 lak request buh topping..mokwo lebih suka blueberry topping..tapi kat umah ade stroberi topping , kita bedal ajelah kan..tapi sememangnye, topping tuh menambah lagi kesedapan pd cheese kek itu! selepas semalaman dlm fridge, kek akan terasa lebih sedap lemak manis disulami dgn stroberi topping yg sejuk..

ngap dulu baru snap! jemput semua....

dari segi bahan2, rseepinye tak byk beza ngan resepi cheese cake lain..apa2 pun bg penggemar cheese cake, rasa kek ini pasti tidak mengecewakan!

Ingredients (9"):

:Crust:
80g short bread, crushed
1 tbsp butter, melted
1/2 cawan walnut- bakar n kisar

:Filling:
450g cream cheese
¾ cup white sugar
½ cup milk
2 eggs
½ cup sour cream
½ tbsp vanilla extract
2 tbsp cake flour, sifted

topping:
strawberry filling secukupnye

Directions:
Preheat oven to 175 degrees C. Grease a loaf pan or line it with baking paper.In a medium bowl, mix together short bread crumbs with melted butter. Press the mixture evenly onto bottom of the loaf pan.
In a large bowl, mix cream cheese with sugar until smooth. Blend in milk, and then mix in the eggs one at a time, mixing just enough to incorporate. Mix in sour cream, vanilla and cake flour until smooth. Pour filling into prepared crust.
Bake in preheated oven for 45-50 minutes. Turn the oven off, and let cake cool in oven with the door ajar. Chill in refrigerator until serving.( mokwo guna springform pan bulat n bake for almost 1 hour at 160 c with waterbath method)

Saturday, April 24, 2010

friendship award and tag from mamafami


a) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD

dahh...kelepak, kelepak, kelepak..tepuk utk diri sendirik!


(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI


Award dari MamaFami yang anggun santun gitu!lawalah baju gaun..nanti bleh pinjam tak?

.(c) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH? KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...

(1) FIVE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU :

1. yang, love-pokwo


2. Ummi-my children


3. eja -my family and relatives


4. mok nik -my friends yg perasan muda


5. mak su-anak2 buah belah pokwo..terasa kemudaan nye

(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :

1. 24 jun-tarikh mokwo kawin ngan pokwo

2. 14 jun- pokwo's birthday

3. 2nd oct- birthday mokwo

4. 18 sept-birthday my son

5. 14 feb-birthday kakak, my daughter

6.10 julai-birthday amny..mesti ingat birthday anak2 sebb masa tuh tengah sakit nak meneran..mau tak ingat

(3) FIVE THINGS YOU DID YESTERDAY :

1. basuh kain baju

2. tengok melodi-lama dah tak tengok program nih, nih pun tengok sebb boring yg amat

3. mkan ubat gastrik

4. timbang berat badan- ceh! tak turun2 pun..seksa diet!

5. baca malaysia today- nak tau keputusan election

(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY :

1. dapat tido sehari tanpa ada gangguan

2. makan makanan yang sedap yg di masak oleh orang lain

3. to be around with happy person

4. tengok anak2 berjaya

5. melihat senyuman di wajah pokwo yg punyai seribu ketenangan

(5) FIVE FAVOURITE MOVIES :
1. tango n cash- first movie yg mokwo tengok kat panggung, balik umah tak larat telinga nak dengar lecture dr mama n papa

2. hell boy

3. titanic-sedih crita nih sebb hero hensem mati..huhuh..tak cukup tisu sekotak

4. kuch2 hota hei-mulalah nak minat shah rukh khan

5. spiderman III

(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES :

1. tido

2. blogging

3. baca sirah2 rasul dan buku2 berkenaan kematian

4. dengar keset2 ceramah

5. makan

(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE : yang ada sekarang

1. pokwo

2. anak2

3. myself

4. mak

5. adikberadik dan family

(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION :

1. negeri2 di middle east

2. pulau redang, gganu

3. glasgow-tempat mokwo diijabkabulkan

4. Korea

5. rumah sendiri
(9) FIVE REASONS YOU ANSWERED THE SURVEY :
1. sebab telah diamanahkan oleh mamafami @ teman blogger
2. tak dak modal nak hupdate blog
3. nak dapat award teddy bear
4. sebb ari nih ter'free' skit
5. because of the friendship la
(10) FIVE PERSON TO TAG :

aduhai nasib baik 5 je..ni pun cam nak pengsan buat jemputan..heheh

jambangan munge cantik dr azatiesayang


ari nih dan di saat ini barulah dapat mengambil jambangan munge yg sungguh cantik dari sahabat maya ku azatie..terimakasih atie..Syukur jugaklah atie dah baik dari demam..mokwo doakan atie akan sentiasa ceria2 dan bergembira di samping keluarge tercinta..moga satu ari nanti kita akan dipertemukan Allah jua dan moga persahabatan ini berpanjangan hendaknya..tq very much atie!

Friday, April 23, 2010

sloppy joe..mokwo panggil roti joe!

buat utk dinner semalam..pagi nih masih ade lagik..so wat breakfast lah..sedap ..semua orang suka..di sebabkan roti hotdog tak de kat kedai runcit berdekatan ngan umah mokwo..mokwo rembat je ape2 loti..wholemeal bread yg diwar2kan healthy itu menjadi pojaaan hati ku!
kat sini mokwo guna minced chicken meat..buh timun skit..dah jalaaan..tak sangka resepi sesimple ini mempunyai rase yg sedap sekali dan begitu mengenyangkan!
oklah resepinye mokwo c&p dari blog mamafahmi, mama lak cilok dr Allrecipe., Tamara
Ingredients :
450g minced meat( mokwo guna dging ayam)
2 cloves chopped garlic
1/4 cup chopped onion
1/4 cup diced carrots
1 teaspoon yellow mustard
3/4 cup ketchup
3 teaspoons brown sugar
salt to tasteground
black pepper to taste
Method :
1. In a medium skillet over medium heat, heat oil and add in chopped garlic and onion. Fry till soft and add minced meat and diced carrots. Cook till liquid almost dried.
2. Add in yellow mustard, ketchup and brown sugar; mix thoroughly.
3. Reduce heat, and simmer for 30 minutes. Season with salt and pepper.
4. Enjoy with hotdog bread, sliced in the middle.

Thursday, April 22, 2010

menahan marah dan jemput2 udang geragau


beberapa hari lepas mokwo ada menerima satu message panas, dari seorang insan yg memang berjiwa panas..pada mulanye mokwo berniat utk berdiam diri utk tidak menjawab message tersebut..tapi syaitan saban hari mengait2 hati mokwo utk membalas kritikan itu..maka semalam ialah hari di mana mokwo tewas dgn nafsu mokwo, lantas pantas aje tangan2 gatai ku ini menjawab balik apa yg dilemparkan pd mokwo oleh insan tersebut..kekalahan ini mokwo sambut dgn seribu penyesalan..bukan kerana ape yg mokwo balas balik itu adalah kebenaran ,tetapi kerana mokwo tahu sikap insan itu yg umpama api yg sentiasa menyala2..pantang di tuang petrol maka si'api' itu akan membuak2, melompat2 , kekadang boleh membakar tak kira apa dan siapa. selepas ini mokwo semestinye akan menerima akibatnye..pastinye telenovela yg dah hampir berkubur akan mencetus tajuk yg baru, lebih sensasi lagi, bagi menghiasi rona2 kehidupan mokwo

Nabi s.a.w. bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

hadis yg mokwo c&p dari blog tazkirah milik lenggang kangkung, terimakasih kerna mengingati mokwo yg selalu lupa!
berbalik kpd resepi ari nih, mokwo hanya sempat siapkan jemput2 udang geragau utk santapan breakfast sekuarge. memandangkan si kakak and pokwo tidak dapat join lunch bersama2 kerana memenuhi jadual yg agak ketat masing2, mokwo mengambil kesempatan ini utk menyudahkan kerja2 lain yg dah lama tertunggak...bunyi macam pak PM lah pulak yg semacam jek sibuknye..
lebih kurang macam jemput2 kelapa yg dibuat oleh mat gebu, tapi mokwo dah edit skit sebanyak mengikut selera mokwo...sedap lemak, rangup aje!
bahan2:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih
1 labu bawang besar-didadu
4 sudu besar udang geragau- rendam dan bilas
1/2 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil gula
garam secukupnye
1/2--3/4 cawan air
1 sudu besar minyak
minyak secukupnye utk menggoreng
cara2nye:
bancuh kesemua bahan kecuali minyak
bila dah sebati masukkan minyak masak 1 sudu besar tadi
perap 30 min
dan goreng




award lagi..ABMM from kak chik and e-na

yang nih anugerah yg mokwo dapat dari blog kak chik-keluargaku sayang..baru sat2 tadi amek n masih panas lagih. trimakasihlah kak chik kerna sudi meng'award'kan mokwo..terasa kerja2 menbuang perabot2 lama dan menyapu2 blog berbaloi2lah..hehehe
samada mokwo tak reti berhias, atau memang mokwo nih jenis yg suka benda2 simple..kat umah mokwo pun sama..perhiasan dan perabot mokwo akan letak seminima yg mungkin..utk membolehkan lebih banyak ruang kosong, justeru lebih banyak space utk anak2 melepak2 dan berguling2, termasuk mokwo sekalilah..trima kasih skali lagi buat kakchik yeh!
dan mokwo nak lah panjangkan award nih kepada semua blog yang mokwo telah linkkan..biasanye link2 itu selalu jugak mokwo lawati dan hampir kesemuanye menyejukkan mata mokwo..klau tak , takkan mokwo link, ye tak? harap kalian sudi mengambil award ini yeh!


yang ini pulak award dr e-na-my lovely kitchen..yg dok di jepun jugaklah rasenye. selamat menyambut hari menpringati majlis pertunangan yeh e-na..mokwo harap kehidupan rumahtangga e-na akan sentiasa bahagia dan mendapat keredhaan Allah swt hendaknya..berkenan sungguh mokwo tengokkan bunga tulip tuh..teringatlah zaman mokwo jalan2 kat holland dulu. masa tuh kaki masih panjang lagik..bebas kesan kemari . Asal terdetik nak kemana klau cukup duit, mokwo akan pergi..sorang pun soranglah..main redah2 je zaman bujang dulu..adeventurous lah katakan..syurkurlah tak pernah terjadik benda2 buruk..pengalaman yg di peroleh itu was so,so priceless..tu yg mokwo suka..
anyway, a million thanks to e-na, love the pic so much!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...