Hari tu nampak Ita published pasal mee maggi goreng ginih...teringin lah pulak...mokwo pun acu coba try test guna mee udon..Alhamdulillah sedap sgt !! legaaaaa....takut silap kacuk...caca merba di buat nya nanti....:))
yg nih gerenti sedap!
MEE UDON GORENG ALA MAMAK
Dari resepi MEE GORENG MAMAK
by: Chef Hanieliza
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi
copied from : Ita masam manis
3 peket mee udon
100 gm daging ~ hiris nipis
1 peket kek ikan ~ hiris nipis
1 peket bebola ikan ~ hiris nipis
1 cawan kerang - ita tambah
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah sekiranyer mahu lebih pedas
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu besar sos tiram ~ ita tambah
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar ~ cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau ~ hiris nipis
1 kiub ikan bilis ~ ita tambah
2 sudu besar udang kering ~ ita tambah (kisar)
2 ulas bawang putih ~ ita tambah (kisar)
garam dan gula secukup rasa
Cara2nya:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar , bahan kisar, kiub ikan bilis dan rempah kari. Biarkan garing dan harum.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kek ikan dan bebola ikan. ita masukkan sekali kerang. Masak dan biarkan sebentar.
Masukkan kicap, sos tiram dan mee udon. Kacau rata. masukkan sedikit air utk melembutkan mee udon
Ketepikan mee dan pecahkan telur ditengah2 kuali. Biarkan telur masak sedikit barulah dikacau dan digaul rata.
Masukkan sawi dan taugeh. kacau rata. Rasakan garam dan gulanyer.
Biarkan mee sedikit kering. mokwo suka basah2
Siap untuk hidangan.
moh ceduk, kita pakat2 makan...letih dah mee nih posing!! |
4 comments:
senang ke nk dpt udon tu mokwo? kt sini mahal yg amat mee udon. import dr jepun lagi.. tun suka makan, gemok2 n kenyal2 gitew ^^
Ayoyo...ada mee udon yg tergoreng..bagi Rahel semangkuk...sedap..
Salam mokwo.apa kabar?lama atie xsinggah ke blog mokwo ni.Selamat tahun baru 2012 juga.
Singgah mlm2 ni lapar lak menegok mee udon nih...
wah!..nak mee goreng mamak satu...cam sedap lak tu... :)
Post a Comment