Pages

Wednesday, August 28, 2013

Donut Gebu Hasue

Assalaamualaikum,
gebu gebana ..tu lah kawan2 kat Fb dok cerita pasal donut ni.....tapi yang paling menggembirakan ialah donut ni tak perlu di perap lelama...hanya campurkan semua bahan dan canai terap... di sebabkan kandungan yis yang dah cukup banyak, adunan boleh cepat mengembang...time kita tengah terap2 tu, dah nampak dah donut mengembang...so bila dah habis terap boleh cepat2 masak dan lepas tu boleh cepat2 makan ...yum yumm! suka, suka, suka kuih yang cepat2 nih... :))

Resepi Asal Dari Hasue (yg baru dapat baby chomel sgt !)...tapi KNJ copied dari Izah tokeh muffin (jugak dah dapt baby chomei!)..cukup produktif..hihi!

kali ni KNJ guna acuan 'lap u lap me' ...ter'romantik' lak! hihi



DONUT HASUE
sumber: Hasue@myR , Izah ML ...TQ!!

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )


500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) *saya letak separuh gandum separuh tepung roti
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir (KNJ guna 4-5 sudu besar)
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Topping:
Gula Halus @ susu tepung @ apa2 topping kegemaran

Cara-cara

Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..

Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.


nota: donat ni memang gebu dan lembut dan best walaupun tak perlu diperam. Selamat mencuba!!


Tuesday, August 27, 2013

MEE JAWA KAK BESAH

Assalaamualaikum..

*sebelum KNJ celoteh lebih panjang lagi..KNJ nak buat pengumuman bahwa kepada sesiapa yang ada hantar e-mail baru2 ni...KNj nak minta maaf banyak2 kerana kebanyakkan e-mail KNj teeeer delete dengan tak sengaja...so sapa2 rasa nak tanya apa2..boleh email KNJ semula yek..Harap Maaf!*

Hari ni buat lah mee jawa..lepas dah tak tau idea apa nak masak...habiskan lah apa yang ada dalam peti sejuk tu...memang sedap!!... terasaa ke'jawaan'nyer itew! :D

ade satu benda nak cerita pasal mee kuning ni...klau uaols buat mee kari atau campur kuah yang mempunyai kunyit di dlamnya dan dapati mee bertukar kaler menjadi merah atau maroon...bermakna mee tersebut ada mengandungi asid boric yang merbahaya pada kesihatan...eloknya buang aje mee tu dan pastikan kalau beli mee...ada tertera perkataan "tanpa bahan pengawet" di tulis..paling bagus pakai mee kuning homemade atau boleh pakai sphagetti ajer


resepinya dari Kak Besah My Resipi*
Tq very much!

Bahan-bahan ( 20 org. )

  • 35-40 tangkai cili kering(ikutlah kepedasan yg diingini)
  • 2 biji bawang besar(jika kecil ltk 3)
  • 1 labu bawang putih (+-10 ulas)
  • halia muda - sebesar ibujari
  • 3 btg serai diketuk (harus saja))
  • *2 sudu mkn jintan manis
  • *1 sudu mkn jintan putih
  • 12 biji buah pelaga (ni wajib)
  • 1/2 kg daging lembu - hiris & rebus empuk. simpan air rebusannya.
  • #1/2 kg udang basah (elok yg besar skit +- jari manis) - buang kulit & kepala
  • #1/2 cwn tepung gandum(50 g)
  • 1/2 sudu mkn asam jawa extra
  • 4 @ 5 sudu mkn mmbukit gula pasir (maaf..memang ltk banyak gula yer..)
  • 3 bungkus mee kuning (1 1/2 kg) - dicelur
  • akseseri cm besa sprti sawi celur, telur rebus,daging rebus, tauhu goreng, tauge, cili potong, hirisan cekodok udang. (sme ni harus je..)
  • bawang goreng & hirisan daun sup (wajib)
  • limau kasturi @ limau nipis(wajib gak)

Cara-cara

  1. blend cili kering(mstilah dh buang bj & cuci kn..), bawang besar, putih & halia.
  2. tumbuk jintan2 atau dimesin kering sj - ketepikan.
  3. panaskn 2 senduk minyak, tumis cili mesin td brsama serai hingga pecah minyak.
  4. then masukkan jintan2 & buah pelaga, tumis sehingga.. hb/ank2/jiran sbelah tanya;"hai, msk ape tu..?" (hingga wangi la..heheh)
  5. then masukkan 2 cwn air, biar mendidih dlm 3 minit. terus MATIKAN API. tambahkan 4 cwn air sambil dikacau - biar sejuk dulu.
  6. bancuh tepung dgn 3 cwn air, lalu diblend bersama udang hingga halus. udang lebih untung guna yg kasar coz yg kecil, bila dh dibuang kulit skit je dptnyer. kena doble kn timbangannyer plk 9t.. (KNJ blend udang berasingan dengan tepung) sterusnya campurkn ia bersama bhn yg ditumis td. masukkan juga air rebusan daging. kacau sebati.
  7. pasang balik api dapur, sentiasa kacau hingga mendidih. masukkan gula, asam jawa n garam. suaikan rasanya. ia memang agk manis, (x mcm mee kari ,bandung,hailam.) nama pon mee jawa kan...hehe..
  8. agk2 lah kepekatannyer yer. tambah air jika pekat sgt. tp, jgn lah terlalu cair plak. utk sukatan di atas, menhasilkan kuah dlm..( jap ek, akk gi ukur dlu..) >>ha, hampir penuh dlm periuk 24 cm, tinggi 10 cm.
  9. bila dah mendidih beberapa mnt, bleh lah tutup api. x prlu didihkn lama2 coz, kita akn panaskn lg, setiap kali nk hidangkan.
  10. seterusnya.. bubuh mee ke dlm pinggan, tabur bhn2 sampingan, lalu dicurahkan kuahnya panas2. mee ni kena bubuh bawang goreng lebih, baru naik aromanyer. limau msti bubuh utk balancekn manis kuah. kuah mesti belinang, x bleh lecat2 sje.. ni memang cara menghidangnyer..
  11. kuah bleh dibuat banyak & dibekukan dlm freezer. bila nk guna juz didihkan semula.
  12. Alhamdulillah.. dgn respini ramai yg order (kuah sj) utk jamuan fmly gathering, open house dll. jg prnah menyediakan kuah utk mjlis kahwin 1000 jmputan. tp.. skarang dh pencen la...hehe..

Friday, August 23, 2013

RESEPI SUPAYA TAK MENGANTUK...

Assalaamualaikum,

Macammana dengan raya u oals ?? Kak Nik Ja harap semuga ceria2 semuanya kan. KNJ cari jugak gambar2 yang sesuai untuk di paparkan di sini...tapi macam tak berapa berjenis semuanya...kebanyakkan kelabu kelalo belaka...sebab kali ni bukan KNJ yang ambik gambar2 tu.. that's why laa...harapkan photographer2 bidan terjun tu..derang main ikut sedap klik ajerrr...tak di adjust dah kamera tu.. :P
so back to the topic...nak tau tak resepi untuk tidak mengantuk tuh?? tapi sebelum apa2 ..KNJ nak bagi tau apa yang di paparkan di sini haruslah tidak di jadikan habit yek! gunalah bila perlu ajer..

bukan apa..KNJ kekadang tu kesian tengok...terutama pada pemandu2 yang terpaksa memandu long distance yang mengambil masa yang lama..kalau kena waktu kesesakan jalan raya macam balik beraya baru2 ni..terasa cukup azab. bukan itu sahaja kekadang bila memandu dalam keadaan mengantuk...pemandu itu bukan sahaja merbahayakan diri nya sendiri malah nyawa orang lain jugak turut terancam. kalau nak berhenti untuk tidur pun macam tak munasabah kalau kawasan persekitaran di kelilingi hutan belantara...eeei takut jugak. so sebab itulah masa balik ke kampung baru2 ni KNJ lihat ramai yang memandu dalam keadaan kenderaan terhoyong hayang. BaHaya tuh!

Kat sini suka KNJ nak kongsikan apa yang KNJ dan my dear Pokwo praktikkan...tapi baca betul2 ada perkara bukan boleh di buat habit ie di makan setiap masa...cara ini HANYA boleh diGUNA BILA PERLU SAHAJA !

1) kalau nak memandu long distance dan nak berjaga malam menyudahkan tempahan yang banyak :D , bolehlah cuba pengambilan ubat dan supplemen di bawah... sebiji setiap satu bila diri sudah menguap2 gitew! ambil dengan segelas air kosong. lepas 3 jam uaols bolehlah minum kopi kegemaran u oals...So far,apa yang KNJ buat ni Alhamdulillah...memang boleh berjaga sepanjang malam. Badan jugak bertenaga dan segar dan tiada kesan sampingan yang memudaratkan...budak2 tidak sesuai yek! tapi sebelum terai . elok jugak mendapat nasihat dari doktor atau Pegawai Farmasi bertauliah/...

ubat dan supplemen di bawah boleh di dapati di Farmasi2 berdekatan dengan tempat anda !
CoQ 10 tu , KNJ syorkan kalau sesiapa yang sibuk dan selalu tak bertenaga, bolehlah mengamalkan pengambilannya setiap hari.Elok juga tu untuk jantung dan bagi mereka yang cuba mendapatkan zuriat.

Ada banyak brand sebenarnya untuk CoQ 10. pilihlah mana yang sesuai dengan budget uaols. Tak semestinya jenama yang mahal bisa memberi manfaat yang lebih untuk sesetengah orang. untuk mengetahui tentang ubat cafergot dan supplemen CoQ10 tu bolehlah rajin2 kan diri untuk mengoogle!
SELAMAT MEnCUBA !

ambil sebiji setiap satu hanya bila di perlukan !

Monday, August 5, 2013

Biskut Bangkit cheese

Assalamamualaikum,
buat pembaca blog Semanis madu yang KNj hormati...ini adalah n3 terakhir dalam bulan Ramadhan...KNj sudah mau berkemas-kemas untuk pulang beraya di kampung nun di Kota Bharu , Kelantan....banyak lagi kerja yang tak beres sebenarnya....aaaarrrrgggh kerja!!!!..kalau nak di ikutkan memang tak pernah habis

Lama dah KNJ nak buat biskut ni sebenarnya ... sejak tahun lepas...tapi bila dah salin resepinya, dalam list yang berjela..sudahnya setahun KNJ perap !!
resepi dari AlongRoz ....tapi KNJ tak dapatlah nak ulas dengan lebih lanjut tentang rasa biskut ni...sebab puasa kan...tapi apa yang pasti bau hasil dari pembakarannya memang ...waduh3x...!! wangi sekali  Ya Ampun !

so oklah ini resepinya yek..Tq AlongRoz !



Sebelum KNJ mengundur diri...KNj nak mintak ampun dan maaf pada semua atas segala salah dan silap kalau ada... In Sha Allah ...jika masih di panjang umur dan di beri kesihatan dan rezki yang baik..masih ada kudrat jari jemari ini mengetuk keyboard..kita akan bertemu kembali.. sebak rasanya Ramadhan Kareem hampir sudah melabuhkan tirainya... Allahuakhbar !

kepada yang bermusafir tu...semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju...Jangan tinggal solat yek...travelling bukan di beri tiket untuk melakukkan ' jamak Tak Yah (solat)'... :D R nR kat Malaysia ni ..surau dia cukup punya baik kemudahannya...so berhentilah barang 15 minit untuk kita mengadap Allah swt. barulah perjalanan lebih barakah !

Salam Ramadhan Kareem Dan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam Muslimin dan muslimat !


Biskut Bangkit Cheese
sumber : AlongRoz, KNJ

rasanya 200 keping ada kot)
BAHAN2:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Paruan Keju - utk hiasan

CARA2:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang.
MAsukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
Masukkan bahan2 kering.

2. Canai & terap.
Tabur parutan keju atas setiap biskut.
Bakar 160C 15 min.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...