Pages

Sunday, February 2, 2014

KEK MINYAK

Assalaamualaikum,

Rasa nak hapdate skitlah hari ni...lame bebenooooo tak hapdate kan!!

Buat Kek Minyak jugaklah  KNJ...sebab ramai sgt yg tayang dan rekomen kek minyak yg sedap ni...so untuk mengambil kesempatan sekolah bercuti agak panjang sempena cuti Raya Cina ni, marilah kita mege'kek' ...jom !!
KNJ suka lah kek  Minyak ni...rasa dia yg tak muak..tekstur seakan-akan bahulu gituw...selepas sehari , kek  Minyak ni akan menjadi lebih moist
KNJ kopi pes resepi dari MY Resipi ajer...terima kasih kepada semua yang dah berkongsi resepi kek Minyak ni yek!...kepada yang tak buat2 lagi...ringan2 kan lah diri utk membuatnya..pasti kan menambat selera anda !!!
nak stori mori panjang2 pun tak leh..sebb nanti nak berkejar hantar Along Hadi ke pusat tusyen lak! hemmm ter-rajin lak cik gu tusyen ni..sebb cuti2 pun nak buat tusyen gak....heeemmmm...tah ada tah tidak tuh!
* p/s: ni sambung hapdate lepas hantar Along Hadi ke tusyen...hemm seperti yg di jangka...tusyen Along di BATAL kan...nampaknya cik gu pun manusia biasa jugak...holi-holiday mood lah tuh!! heeee

 resepi KNJ ambil dari postal resepi sukaramai ie MY Resipi  yg di kongsi oleh Marsha Mohamed..tq!



 KEK MINYAK

sumber : Myresepi oleh Marsha Mohammed

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 5 biji telur
  • 1 cwn minyak
  • 1 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn gula castor
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 st baking powder
  • 1 sb ovalet
  • 1 st esen vanila
  • Pewarna 
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Ayak tepung + baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul telur, gula, ovalet smpai gebu.
  3. Masukkan susu pekat + esen. Masukkan minyak dan pukul lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan pukul smpai sebati.
  5. Bahagikan ikut pewarna. Selang selikan adunan dlm loyang sampai abis.
  6. Bakar selama 45 mins pada suhu 160 hingga masak. Selamat mencuba.

Wednesday, December 11, 2013

Pau Goreng .... Sudah Hilang skill kah ??

Assalaamualaikum,
haaaa tu lah...asyik sakan makan kat luar je kan...sampai memasaknya jarang2...sambal belacan pun semedang beli jek.... meroti???....haha...nak tengok mixer pun macam dah tak de mood...pokwo sampai kata kat KNJ...klau dah kichen aid tu nak buat perkasam , baik lelong murah2 jek kat blog ni...hihi.. tercabar aii tau!

so KNj pun apa lagi...capai lah pelastik tepung gdm sebb tepung roti tak de...uli2 (ngan tangan ko!) berpandukan resepi Pau Goreng Kak Fida dari My Resipi... rasanya tak sampai 5 minit pun uli doh yang hanya sesuku adunan...tangan dah lenguh daa...perap pun kejap jugak..then terus proceed buat pau goreng...taraaa ni lah hasilnya....hemmmm boleh la nk makan panas2...tapi bila dah sejuk dia skit keras....yang lucu nya tak da sapa pulak komplen keras ke hapa...semua mkan laju je..hihi ...so walaupun skit keras...pau ni habis di makan... Alhamdulillah

cuma KNJ je lah yang tak puas hati...self-satisfaction tak ada bila sesuatu product yang di hasilkan tidak seperti yang di harapkan... next time kena buat betul2 lah...klau hati separuh malas dan separuh rajin..seeloknya tarik selimut...tido ajelah...best oooo hujan2 gini

jadi sebetulnya skill ku masih belum hilang ( tak mo ngaku tuh!)...tapi mood rajin tu masih belum 100% mari lagi :D


anyway KNJ tetap suka akan resepi ni...simple dan sedap..mesti ada next time nya ...tq Kak Fida !

♥Pau Goreng / Kukus (2 in 1)™
  oleh: kak fida
  • 1 kg tepung gandum
  • 120 g gula halus
  • 1 sk rata garam halus
  • 140 ml minyak sayur/makan (KNJ guna shortening )
  • 5 sk rata instant yeast * (cth - Mauripan dll.)
  • 450 ml air paip *
  • (satukan bahan *)

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dlm mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan minyak sedikit2 dan gaul lagi hingga rata.
  3. Akhir sekali masukkan air yeast sedikit2 dan uli hingga lembut dan tk melekit. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung.
  4. Doh yg sudah siap diuli, tidak perlu diperap. Boleh segera di buat pau.
  5. Bulat2kan doh dan isi inti kesukaan masing2.
  6. Goreng pau 1/2 msk dan simpan dlm freezer jika ingin membuat pau goreng instant. Atau kukus pau dan simpan dlm freezer utk pau kukus instant.
  7. Inti pau pilihan seperti sambal tumis, kacang merah, kaya, kelapa manis, choc. dan lain2.
  8. Adunan akan lebih lembut jika menggunakan food mixer.
  9. ***Untuk mendapatkan resipi inti sambal dan inti kacang merah sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/5874
Wassalam...

Monday, November 25, 2013

Silaturrahim bertaut di Marhaban Bikum, Nilai , Negeri 9

Assalaamualaikum...
Memang pun lama jugak KNJ tak main masak2...tu yang tak dak pun resepi baru nak up-date kat blog...lately hidup memang di atas jalanraya (travellling ) most of the time.... badan yang kertu ni rasanya, dah semakin tak tahan... bila sampai di destinasi...katil yang KNJ carik dulu ... :)

Di Marhaban Bikum ni, adalah satu dari destinasi persinggahan KNJ hari tu... itu pun Abang Ngah KNJ jugak yang cadangkan kita orang pergi ke situ... tambahan pula, Ngah yang belanja..KNJ kira 'on' ajeeeer.... maklumlah makan free... :D
selama berpuluh tahun KNJ di Negeri 9 ni, ini adalah pertama kali KNJ jejakkan kaki...dan rasanya, Nasi Arab di sini adalah lebih sedap dari Nasi Arab di Sahara Tent , Bkit Bintang yg pernah KNJ rasa. awesome !

mama n amjad (anak buah) yg makin chomei dan cerdik! next time jumpa budak ni memang nak kena cubit...hihi!
 

 Kami memesan set Nasi Arab ayam goreng, set Ayam kabsah dan kambing Kabsah...dalam 'set' tu adala include sekali dengan murtabak, air bandung dan ais krim...satu set boleh makan dalam 3-4 orang dan kitaorang ambil 3 set...hohoho banyakkan ! tapi KNJ bukan makan sorang2... KNJ makan dengan adik beradik dan ipar duai yang dah lama jugak tak bertemu mata... kebetulan jugak Mama KNJ turun ke Bangi hari tu, jadi dapatlah kitaorang berkumpul beramai-ramai... Almaklumlah bila dah berumahtangga dan berkarier ni, masing2 sibuk memanjang.....di tambah tempat tinggal yang berjauhan antara satu sama lain , sehingga dalam setahun tu... tak pernah semua 7  beradik dapt berkumpul bersama... kekadang bila di fikirkan sedih juga... yelah bila mengenangkan anak2 buah yang dulunya beringus...hngga dah tumbuh misai baru dapat jumpa !!!
amny n mak usu (adik)...ketika masih belum santap.. :)

oklah berbalik pada crita MArhaban Bikum ni...kalau sapa2 nak pergi pekena Nasi Arab...bolehlah datng ke sini...kalau nak makan masakan lain pun ada jugak...tapi bagi anak tekak KNJ ni rasa dia biasa2 aje..not so special lah! yang sedap memang nasi arab dia n murtabak yg kaya dgn daging...air bandung pun bes!










Restoran ni , tempat dia agak terperosok sikit...but once dah jumpa dengan dataran Nilai tu, u oals jumpa lah Restoran ni... Waktu perniagaan mereka adalah dari 12 pm till 12 am setiap hari ( kalau x silap )...surau pun ada kalau nak solat.

Lepas dah makan kenyang kat situ..kitaorang pun pergi shopping kt Nilai 3... KNj hanya window shoppin jek... Mama KNJ dapat beberapa helai jubah pemberian anak2..... senyum macam tak tutup mulut mama! :) ngee, ngee. ngee....mama ooo mama !

Friday, October 25, 2013

Berhati-hati membeli KitchenAid Mixer...

Assalaamualaikum,
Kak Nik Ja rasa KNJ patut kongsi pengalaman ni pada semua orang..bukan niat nak menunjuk-nunjuk tapi supaya menjadi teladan dan panduan pada semua  yang berniat untuk membeli Mixer jenama KitchenAid ni...


seperti yang sedia maklum... mixer kenwood KNJ dah K.O ...KNJ dah hantar untuk repair, tapi sayangnya tak membuahkan hasil yang baik.. nak tak nak KNJ terpaksa mencari penggantinya...kebetulan KNJ ada kena kutu bulan ni..so KNJ macam adalah duit lebih skit utk di belanjakan...tengok punya tengok... KNJ memang berkenan sangat dengan mixer KA (KItchenAid ) ni , sebab dengan body solid ber'cast iron', KNJ mahukan sesuatu yang boleh tahan lama, so KNJ ingat ini adalah pilihan bagus

lepas tawar menawar...tak dak singgit pun diskaun untuk KNJ ! ... harga KA kat Malaysia memang sedia mahal .. sungguh syahdu !....KNJ ada jugak terlintas nak ode aje di online atau dapatkan  barangan direct import dari USA melalui orang perseorangan...tapi KNJ tak sanggup mengambil risiko, tambahan pula pokwo pun tak galakkan...so KNJ beli jugaklah...tutup dua mata masa nak membayo nya  tau ( ngeri ) !!
sebelum KA tu KNJ bawak balik, technician di kedai tu buat sedikit testing dan demonstari cara2 nak guna KA tu... KNJ perasan bunyi KA tu bising sedikit..tapi KNJ tak komplen apa2 sebab ingatkan perkara tu biasa2 aje

bila pulang ke rumah..KNj cuba pasang KA tu..terkejut KNJ...mesin tu still bising dan terdapat renjatan letrik pada seluruh badan KA tu bila di pegang..esoknya pagi2 lagi KNJ dah terpacul depan kedai letrik di rahang tu dan komplen apa yg berlaku...technician yang lain pula buat checking hari tu..dia betulkan posisi bowl dan ON balik KA...sudah tak ada bunyi dan genjatan letrik!!... KNJ happy...balik rumah KNJ test lagi...bunyi bising sudah tiada tetapi elekrik static masih ada...KNJ pelik, KNJ telefon balik technician yang test KA KNJ, technician tu kata rumah KNJ ada masaalah pendawaian...make sense jugak sebb bila test kat kedai tak ada apa2 pun berlaku!!!

Maka nya Pokwo pun panggillah wire man periksa semua wiring dalam rumah kami..wire man kata memang tak dak masaalah apa2.... huhu..kita orang dah pening dah... Pokwo consult seorang lagi wire man yang lain...dia kata kalau nak check dan selesaikan masalah 'earth wiring' memang susah , leceh dan memakan duit...dia cadangkan kami tukar palam plug KA kami yang 2 pin tu kepada 3 pin punya

Nak di jadikan rezki...kami di benarkan menukar KA sebab memang tak guna lagi pun...cuma kaler KA tak dapat lah macam kaler oren yang sebelum nya...KNJ tak peduli, asalkan KNJ tak terkena renjatan lektrik udah lerr...sakit wehh mcm kena gigit semut api tau, macam mana nak buat kerja !

yang sebelum tu , menggunakan plug 2 pin, so KNJ terpaksa guna adapter yg sebelah kiri..sekarang sudah tukar plug 3pin yg kanan

balik rumah KNJ test KA yang baru.... Alhamdulillah sudah tak ada itu elektrik statik...rupa2nya penyelesaian nya cukup mudah..hanya guna plug yang mempunyai palam 3 pin !!! kenapa technician kat kedai tu tak sarankan KNJ tukar KA sebelum ni pun, KNJ tak tau...KNJ cuak jugak ! Apa muslihat dia sebenarnya ? KNj bukan nak bersangka buruk dengan orang lain...tetapi dia lebih mahir, sepatutnya dia lebih tau apa nak buat....hemmmm musykil !

lagi satu yang menyebabkan KNJ musykil ialah terdapat serial no dan sticker dari west metric di lekatkan di bahagian bawah KA baru KNJ...yang sebelum ni tak ada !!! so adakah KA yang KNJ beli sebelum ni ialah tiruan punya kah? default product kah? KNj tak tahu..kalau KNJ tanya penjual tersebut, derang boleh bagi alasan yang macam2

Jadi berhati-hatilah..... belilah KA dari dealer yang sah di MAlaysia ni ...alamat dia u oals boleh search dekat website West Metric...pastikan plug dia mempunyai palam 3 pin bukannya 2 pin dan paling penting terdapat sticker serial no dari west metric di bahagian bawah KA tersebut

fuhh selesai satu pengalaman yang cukup meroyankan KNJ untuk seminggu yang lepas...punyalah kelam kabut di sebabkan seketul KA.....harap2 dengan mixer KA ni dapatlah dia bertahan sampai KNJ boleh perturunkan pada anak cucu cicit KNJ... :D
Happy Baking to All !!!

Saturday, October 12, 2013

POPIA NESTUM ALMOND

Assalaamualaikum,
Snek Raya senang2...tapi dlam senang2 tuh , macam nak krem jugak pinggang KNJ ni menggulung itu kulit popia...kejap duduk..lepas tu berdiri...dah boring KNJ duduk balik...gitulah  kekdahnya,,...KNJ buat banyak...6 peket of 50's pcs kulit popia yang besar tuh....buat banyak ni harap2 dapat lah bawak balik ke kampung mak mertua nanti... ( setakat  ni 2 balang dah habis dah dalam sehari! nampaknya memang kena sorok )



tak cukup dengan 2 tangan KNJ ...KNJ suruh jugak si Along Hadi, Si kakak Tifah dan Pokwo dear gulung sekali...Along Hadi Dan Kakak Tifah..half way jek dah surrender...tapi yang paling menten dan sporting was my Pokwo dear..tu pun kena paksa rela .. :)) Tq dear..senyum mu adalah sumber Ilham ku...ahaaaks..

so Raya Haji dah dekat ni...kalau tengah pening2 tu nak buat biskut apa...KNJ syorkan, buat ajelah popia nestum ni... senang banget dan bila tetamu datang...derang mesti target popia ni ( berdasarkan pengalaman... :D )


popia nestum almond...crunchy !

POPIA NESTUM ALMOND

sumber :  Kak Nik Ja

1 peket kulit popia besar 50 keping
1 biji telur di kocok
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara2nya;
- leraikan kulit popia satu persatu . letakkan dalam bekas tertutup.
-ambil satu helai kulit popia. sapukn telur pada penhujung kulit popia dan gulung kemas. rupa seolah2 corong. buat sehingga habis
gunting kulit yg dah di gulung tadi smpai habis.
goreng dlam minyak yang panas

 bahan serbuk:
1 1/2 cawan nestum original flavour
1/2 cawan badam  yang dah di bakar
3 sudu besar susu tepung
4-5 sudu besar gula pasir  (ikut kemanisan masing2)
 cara:
-kisar semua bahan sampai halus.
-gaulkan dengan popia yang dah di goreng tadi.
-simpn dlm bekas kedap udara

"""Salam Aidil Adha buat semua umat Islam...di mana jua anda berada ! """"

Wednesday, October 9, 2013

kuih cucur jawa...

Assalaamualaikum,
Hari ni KNJ hanya sempat sediakan cucur Jawa ajer untuk breakfast pagi tadi...sedap pulak..anak2 makan berebut-rebut bila time kita buat sikit ni... tak pa lah esok KNj ingat nak buat lagi..cukup mudah juga nak sediakan cucur jawa ni...barang2 asas yang sedia ada di dapur, hanya godek2 dengan hand mixer, perap  semalaman dan boleh di goreng esok pagi ok lah terus pada resepinya yah!
resepi dari rakan FB...kkLong Normah Mansor...terimakasih Kak !



CucUr JawA
 1 1/2 cwn gula merah*
1/2 cawan gula pasir* ( KNJ kurangkan skit)
2 cawan air* ( KNJ lebihkan 2 sudu besar )
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
sedikit garam

cara2:
- masak bersama bahan2 bertanda * hngga larut. sejukkan
- tuang dalam adunan tepung dan garam kacau sebati dengan handwhisk
- perap adunan semalaman
- panaskan minyak sedikt (bukan byk mcm deep fry yek, cukup sekadar dapat goreng 1 keping cucur )
- sendukkan adunan dalam minyak dan goreng hingga bahagian tengahnya menggelembung. baru di terbalikkan
- goreng satu per satu hingga habis

Monday, October 7, 2013

pupusnya kuih 3 singgit...

Assalaamualaikum,
masih belum nak dapt paparkan apa2 resepi...Stand Mixer KNJ 'sakit'...sudah hantar di baiki...tapi nasib nya masih belum tentu...sudahnya nak masak apa2 pun rasa macam tak gagah...kalau merayau ke blog geng masak2 yang tayang kek chomei2 tu...Hati KNJ rasa macam kena jeruk jek! :(

tengoklah macam mana ekk...kalau dalam 2 minggu ni masih tak dak khabar gembira tentang mixer KNJ, mau KNJ tutup sebelah mata...rembat itu sebiji kitchen aid mixer idaman kalbu yang berwarna ijau pucuk pisang......  haha...dah beberapa kali survey dah dekat kedai letrik di rahang, seremban tu...cumanya tiap kali KNJ tengok dia punya rege....tiap kali tu jugak , mulut KNJ ternganga ....... harga nya yang umpama emas seketul memang tak dak harapan akan turun...ditambah dengan currency duit malaysia yang jatuh merundum di pasaran antarabangsa dan di ikuti dengan tax gomen yang melambung tinggi (45% katanya ) untuk barangan import yang macam ni...oh syahdu 3x !


telan air liur dululah !




mungkin sebb itu jugak ...agaknya.. kuih muih agak mahal di seremban ni...barang2 nak menjadikan sebiji kuih, mahal2 belaka..... hampir tiada sudah kuih yang berharga 3 singgit...pupus...macam pupusnya tenok kat malaya !


Hari tu , masa KNJ singgah di sebuah gerai, ada seorang pembeli komplen, kenapa kuih sudah berharga 40sen lagi kecik saiz nya..... u ols tau apa penjual tu kata...dia herdiknya budak yang bertanya tu...kata si penjual tu lagi...sapa2 yang jual kuih 3 singgit, bodoh amat la..tak reti meniaga, sebb semua barang2 dah naik...mana ada untung kalau kuih 3 singgit ! hamboi mulut !!! tapi betul ka tak dak untung cik kak ooooi??? Bagi KNJ penjual tu tetap untung, cuma tak sebanyak dulu lah ...tapi KNJ tak brapa suka cara penjual tu melenting semacam...bagi KNJ tak brapa cerdik lah...next time KNJ tak moh dah beli kat situ...kuih muih dia pun tak lah marbeles sgt

Ada satu gerai tepi jalan menuju ke sekolah Haji Said Ahmad, seremban...haaah gerai ni masih boleh lagi jual kuih dengan harga 3 singgit...bukan setakat itu, kuih muih dia sedap2 belaka dan memang sold out setiap hari... kuih yang paling KNJ suka ialah donut pintal dan apam nasi....selalu je habis..kekadang seawal 7.30 pagi , kuih muih mereka dah tinggal serdak ...laris sungguh ! so cam no tuh?? mak cik yang berumur separuh abad tu , tak dak akal, tak moh untung ka, ker sesaja buang tenaga 4 karat, happy2 hour meniaga kuih 3 singgit ??

apam nasi yg lembap dan lembut..sentiasa merekah...apa rahsianya??





















gebu dan kaya dengan salutan gula..memang mantop!


so pesan  KNJ...kepada sesiapa yang meniaga terutama nya yang dalam food bz ni..harap pandai2 lah adjust harga...jangan di sebbkan org lain naik harga..kita pun dan2 nak naik jugak...walhal barang yg di jual tak dak improvement dari segi quality....jangan pikir untung jangka pendek ajer, tapi sebaiknya pikirkan untung jangka panjang..dalam berniaga kena ada tanam konsep sedekah dan ihsan terutama bagi Muslim...tapi benda2 tu lah yang kurang ada terutama pada peniaga2 Melayu...jadi jangan salahkan unsur2 lain kalau kita tak maju yek ! sedangkan purchase power, majoritinya datang dari kaum Melayu !!! fikir-fikir kan lah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...