Pages

Showing posts with label pau. Show all posts
Showing posts with label pau. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Pau Goreng .... Sudah Hilang skill kah ??

Assalaamualaikum,
haaaa tu lah...asyik sakan makan kat luar je kan...sampai memasaknya jarang2...sambal belacan pun semedang beli jek.... meroti???....haha...nak tengok mixer pun macam dah tak de mood...pokwo sampai kata kat KNJ...klau dah kichen aid tu nak buat perkasam , baik lelong murah2 jek kat blog ni...hihi.. tercabar aii tau!

so KNj pun apa lagi...capai lah pelastik tepung gdm sebb tepung roti tak de...uli2 (ngan tangan ko!) berpandukan resepi Pau Goreng Kak Fida dari My Resipi... rasanya tak sampai 5 minit pun uli doh yang hanya sesuku adunan...tangan dah lenguh daa...perap pun kejap jugak..then terus proceed buat pau goreng...taraaa ni lah hasilnya....hemmmm boleh la nk makan panas2...tapi bila dah sejuk dia skit keras....yang lucu nya tak da sapa pulak komplen keras ke hapa...semua mkan laju je..hihi ...so walaupun skit keras...pau ni habis di makan... Alhamdulillah

cuma KNJ je lah yang tak puas hati...self-satisfaction tak ada bila sesuatu product yang di hasilkan tidak seperti yang di harapkan... next time kena buat betul2 lah...klau hati separuh malas dan separuh rajin..seeloknya tarik selimut...tido ajelah...best oooo hujan2 gini

jadi sebetulnya skill ku masih belum hilang ( tak mo ngaku tuh!)...tapi mood rajin tu masih belum 100% mari lagi :D


anyway KNJ tetap suka akan resepi ni...simple dan sedap..mesti ada next time nya ...tq Kak Fida !

♥Pau Goreng / Kukus (2 in 1)™
  oleh: kak fida
  • 1 kg tepung gandum
  • 120 g gula halus
  • 1 sk rata garam halus
  • 140 ml minyak sayur/makan (KNJ guna shortening )
  • 5 sk rata instant yeast * (cth - Mauripan dll.)
  • 450 ml air paip *
  • (satukan bahan *)

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dlm mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan minyak sedikit2 dan gaul lagi hingga rata.
  3. Akhir sekali masukkan air yeast sedikit2 dan uli hingga lembut dan tk melekit. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung.
  4. Doh yg sudah siap diuli, tidak perlu diperap. Boleh segera di buat pau.
  5. Bulat2kan doh dan isi inti kesukaan masing2.
  6. Goreng pau 1/2 msk dan simpan dlm freezer jika ingin membuat pau goreng instant. Atau kukus pau dan simpan dlm freezer utk pau kukus instant.
  7. Inti pau pilihan seperti sambal tumis, kacang merah, kaya, kelapa manis, choc. dan lain2.
  8. Adunan akan lebih lembut jika menggunakan food mixer.
  9. ***Untuk mendapatkan resipi inti sambal dan inti kacang merah sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/5874
Wassalam...

Thursday, September 23, 2010

pau fida myr

kali nih cuba resepi kak fida di myr..sedap gebu, lembut, kenyal n lemak2 gitew..mokwo gantikan air suam dgn susu cair..wow memang sedap betul hasil nye sampaikan bebudak kat umah sekarang akan makan kulit dulu..klau dulu masing2 akan korek inti

arakian, ada suatu hari tuh, amny terlalu ingin makan pau..kat seremban nih kalau petang2 susah sgt nak cari pau panas yg halal..frozen punya adalah..so dipendekkan crita, mokwo terjumpa lah gerai seorang kakak melayu nih yg jual pau..pau dia nampak sedikit kekuningan..didn't suspect anything..mokwo beli RM 2 for 5 paus..mahal!!! 40 sen sebijik..hemm tak pelah..anak nak makan, umi nye lak malas.
.beli2 aje..MasyaAllah!! mau jerit deh mokwo..bila di pegang itu pau, pau tuh lembut skit jek dari batu sungai tau!!

balik kerumah amny hanya makan satu gigit..lepas tuh dia  dah x nak..mokwo pun post mortemlah pau tersebut...MasyaAllahhhhh!!!!...lagi skali nak menjerit haku! inti kaya nya bau sungguhlah busuk!! AStarghfirullah!!!..hemm rezki mokwolah...
so moral of d story..NAK MAKAN SEDAP SINI, KENA USAHA BUAT SENDIRIK!!! hahaha..sabar jelah bila dah terkena!
tq kak fida for d recipe!


Bahan-bahan ( 20-24 biji )


500 g tepung Hong Kong (3 3/4 cwn rata, 10 g=1sb rata)- ayak

50 g gula halus (3 1/2 sb rata)

250 ml air suam (mokwo guna 200ml susu cair + 50ml air suam) 

2 sk yis segera

2 sk double acting baking powder

1 sk garam halus

40 g crisco / shortening (3 sb rata)

secukup inti -

Cara-cara
 Satukan air suam,gula,garamyis,baking powder dlm mangkuk mixer dan kacau rata lalu masukkan tepung dan diuli dgn hook beater hingga rata dan masukkan crisco dan putar lagi sehingga doh tidak melekat di keliling mangkuk
.Sekiranya adunan masih melekit,tambah tepung dan uli terus.Tutup mangkuk mixer dgn plastik dan perap doh selama 30 minit.

Ambil sedikit adunan (akak timbang 40 g dan dapat 24 biji) dan dibulat2kan hingga habis.
Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula(diponjot atasnye) ikut krativiti masing2.
Alas setiap pau dgn kertas kuih yg digunting bulat atau potongan daun pisang.Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.

Kukus pau selama 10 minit atau sehingga masak dlm kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu.

Wednesday, June 30, 2010

pau kacang resepi chef hjh noraini


i'll do less talking today..resepi pau yg ada sedikit kelainan kerana di tambah ovelet di dalam nye..dr segi rasa, tak jauh beza dgn resepi pau yg lain2..tapi yg pasti pau ini tetap lembut dan gebu dari pagi sampai ke malam jika di simpan dlm bekas tupperware. pau ni pun boleh di jadikan frozen utk kemudahan di masa kan dtg
so this is the recipe, mokwo c&p dr hjh noraini- resepi noraini..trimakasih byk2 chef!!

Bahan-bahan :

1 kg tepung pau

11 gm yis kering Mauripan

20 gm serbuk penaik double action

110 gm gula kastor

50 gm shortening (lemak putih)

15 gm ovalet

550 ml air

1 sudu teh garam (mokwo tambah sendiri)

Inti :

Serikaya, kelapa atau kacang merah



Cara Membuatnya :

1. Satukan tepung pau, yis kering, serbuk penaik, gula kastor dan ovalet dalam sebuah besen atau mangkuk besar. Gaul sebati.

2. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh kasar yang agak lembik. Tambah air jika kurang lembut.

3. Pindahkan doh yang masih kasar itu ke atas sebiji dulang yang besar. Taburkan sedikit tepung gandum.

4. Letakkan shortening di tengah doh dan uli hingga ia sebati dengan doh.Mula-mula memang agak melekit, tetapi lama kelamaan ia akan menyerap dalam doh. Jika melekit, tabur sedikit tepung gandum.

5. Uli lagi selama 15 minit hingga doh menjadi lembut dan halus.

6. Masukkan doh ke dalam besen besar semula. Tutup dengan kain atau plastik. Letakkan di tempat yang hangat supaya ia cepat mengembang. Biarkan selama lebih kurang 45 minit atau sehingga doh naik 3 x ganda dari saiz asal.

7. Tumbuk doh dengan tangan bagi mengeluarkan anginnya. Uli sebentar ke bentuk asal.

8. Bentukkan doh mengikut saiz dikehendaki. Letak atas papan canai dan canaikan membulat.

9. Masukkan inti dan tutup doh. Letak atas kertas atau daun pisang yang dipotong empat segi.

10. Susunkan atas dulang aluminium yang muat dimasukkan dalam pengukus. Jangan susun terlalu rapat kerana doh akan mengembang.

11. Rehatkan doh 20 minit. Sambil itu, isikan air 3/4 penuh dan didihkan.

12. Setelah air mendidih, masukkan dulang berisi doh tadi. Tutup periuk dengan kain putih nipis dan kukus 15 minit dalam api besar.

13. Angkat dari api dan buka penutup.Sejukkan.

Nota : Resipi ini boleh mendapat lebih 40 biji pau bersaiz sederhana. Pau boleh dipanaskan semula keesokan harinya. Jika mahu buat sedikit, gunakan 1/2 resipi ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...