Assalamualaikum,
Dah lama rasanya akak tak buat roti......buat roti nih, sebenarnya memang sangat lecehlah procedur dia ..makan masa jugak nak dapatkan seketul roti, tak seperti pembuatan kek
dulu akak memang macam tak percaya roti boleh di olah sendiri di rumah....akak ingat lagi...kali pertama akak meroti...menggunakan resipi
Ros Jintan manis.com....alahai keras kekong roti tu...bukan salah resipi, tapi memang akak salah teknik daaa....selepas menuntut serba sedikit dari
Ros...dan akak buat research sendiri...Alhamdullilah..berjaya jugak akak hasilkan roti homemade..yang tentunya lebih sihat, bersih lagi halal....walaupun tidak se perfecto roti beli.
so pada sesiapa yang masih belum pernah cuba me-roti... akak harap jinak2kan diri utk mencoba yek!! buat roti ni seronok...!!! part yang tak seronok pun, time nak uli2 dia...tapi kalau ada BreadMaker atau Food Processor atau compatible mixer...kerja kita jadi berganda-ganda mudahnya...tapi ada juga akak tengok kawan2, geng blogger masak2 yang uli roti or donut mereka dengan tangan....for that, akak betul2 salute!!! chaiyook!!...:D
sedikt tips daripada Kak Nik ,
1) kalau nak membakar roti...panaskan dulu oven sehingga 180 C untuk 15 minit, bila masukkan roti dalam oven, boleh turunkan suhu sehingga 150 -160 C...dengan cara begini...roti tidak akan cepat hangus, lebih lembut berongga kerana yis masih ada peluang untuk mengembang sebanyak yang boleh
2) lagi satu ..pemilihan yis jugak penting dalam pembuatan roti...yis instant, yang serbuk tu memang sangat mudah di guna...yis instant tidak perlu di'kejut'kan dahulu, tidakseprti yis basah....akak secara peribadi tak brapa suka guna jenama mauripan...doh agak lambat utk mengembang...akak syorkan , kalau dpat, cari yis instant bercap burung layang2...pernah akak beli dari kedai Bake with Yen suatu masa dahulu...yis jenama ni memang cepat naik pada suhu bilik, jadi dapat menjimatkan masa
3) kalau doh agak lambat nak kembang..cuba rendamkan mangkuk yang berisi doh tersebut dalam air panas (bukan air yg gelegak)..sambil menutup mangkuk tersebut dengan kain basah..keadaan suhu yang panas dan lembap memang akan menggalakkan pembiakkan yis dengan baik...jadi yis tak 'tido'
itulah serba sedikit tips yang akak boleh kongsi bersama...akak bukanlah pakar membuat roti..semuanya berdasarkan dari pengalaman dan permerhatian akak sahaja...kalau ada sesiapa nak berkongsi tips2 lain bersama ,..akak sgt2 alu2kan
cukuplah ngomelan kak nik...ini dia resipi yang akak guna utk Bun Sardin ni, akak guna resipi doh asas roti manis dari
Ros Jintan Manis .com...tq
Ros!!
Bahan-bahan:
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux (kak nik guna 1/4 sk bread improver dan 1/4 sk bread softener)
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
bahan inti:
kepingan cheese dan inti sardin yang di masak sedikit kering secukupnya
Cara-caranya (Doh Roti)
1. Buat doh roti,
Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan
semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan
tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di
bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas
adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh
yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu,
ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan
dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan
elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau
kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbuk
kan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8
minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan
anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix
vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss
permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau
sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi
mengekalkan kelembutan nya.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian
rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain
bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok
teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik
apabila siap dibakar nanti.
- Boleh campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti kerana rasa
padat dalam roti akan dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan