Pages

Thursday, May 16, 2013

Kek Coklat Kukus Mudah...Selamat Hari Guru!

Assalaamualaikum.....
KNJ " sapa cikgu Amny yang paling banyak dapat hadiah?"
Amny " Teacher !"
KNJ " Cik gu Hxxxxx, dapat hadiah tak?"
Amny " tak dek pun!"...mulut Amny  mencebik
KNJ senyum... Siapa "Teacher" dan siapa "Cik gu Hxxxxx" ??

"Teacher" ialah seorang cik gu perempuan berbangsa India beragama Hindu...very loving, very encouraging...soft spoken..penyabar...every words are mostly very inspiring...jarang nak naik hangin...sumpah seranah jauh sekali....so as a conclusion , she is respected and adored by her students...very logical eh!

"Cik gu Hxxxxx" pula in contrary...adalah seorang guru perempuan berbangsa Melayu dan beragama Islam....tersangaaaaaatlah garangnyeeer.....tah berapa banyak students dah makan pelempang dan cubit2tan dia..bagi nasihat, kalau tak di sertai dengan sumpah seranah, memang tak sah....kekadang bercakap dengan mak bapa yang mengadu perihal anak2 mereka pun, macam ala2 menengking ajeeer...so tak hairanlah cik gu tu tak popular di kalangan anak2 muridnya......respect is earned not by force...kan!

Apa yang KNJ nak highlight kat sini adlah...tugasan menjadi guru dan pendidik ni bukan tugasan yang enteng.....cabaran banyak, tugasan cukup mencabar nowadays...budak2 sekrang...ada yang degil Ya Ampun..!! tapi kalau kena gaya dan cara nye( bagi orang Islam)....profession ni lah yang dapat mengumpul pelaburan yang cukup mewah di Akhirat kelak..! Fikir2 kan lah!

Hari ni KNJ buatkan coklat kek untuk Amny bawak pergi school...KNj kukus dalam bekas kecil2...senang Amny nak distribute...dengar kHabar everybody just love it...pheeeew legaaa!



KNJ C&P dari blog Dari Dapur Ummi...tqvm!

KEK COKLAT KUKUS MUDAH
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 cawan minyak mazola
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe (saya x letak)
3 biji telur

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
-ayak bersama 2,3x

Cara memasak..
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Topping mudah
1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sb butter (KNJ tambah)
kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Selamat mencuba



13 comments:

ibh_sue said...

Asslmkm Kak Nik Ja.
Tggl sue sebekas. Heee. Lately ni nmpk ja org buat kek. Semua nak. Tp nak masuk dapo buat sendiri. Bercinta betul, malas sggh. Heee

Bbwana adienia said...

salam..

em, bila lihat kek kukus tu menggoda sangat dengan toping coklat yang menggiurkan tu..nyum2..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak Nik Ja...mmg murid2 ni mana cikgu yg depa suka jer diberi hadiah...biasa la budak2

Rohah said...

Betul kak, tugas seorang guru mmg mencabar.sy pernah berkhidmat selama 9 tahun sbg pendidik, sepenuh emosi kita up kan bila berhadapan dgn kerenah murid2 yg pelbagai rupa.semoga berkat ilmu2 yg dicurahkan.. kek cekelat yg tak pernah jemu utk disantap..sedap tu

Acik Erna said...

assalam KNJ..memang sangat sedap nampaknya kek tu..ada toping coklat lagi..

Acik Erna said...

assalam KNJ..memang sangat sedap nampaknya kek tu..ada toping coklat lagi..

Qhaifa Nur said...

nampak sedap...ada coklat lagi

Rosfazila Abd Rahman said...

sedap dan mengiurkan. betul ni x letak baking powder?soda je ye...t saya cuba..

Kak Nik Ja said...

to ibh_sue:
sejujurnya...sapa lah yg rajin nak buat kek2 sendiri...hihi..akk pun berchinta gok! :)

to bbwana adienia:
memang sedap nih..kalau di simpan semalaman lagik sedap!..cuba lah

to azatiesayang:
ye lah atie..cik gu garang memang budak2 tak ske!!

to Rohah:
moga melimpah2 pahala Rohah di sana ..amiiin

to Kak Erna:
kek coklat balas dendam sebb kek terbeli kek bantat hari tu..buat sendiri memang puas makan kak!

to Qhaifa Nur:
Alhamdulillah sedap!

to Rosfazila Abd,Rahman:
ye memang x letak BP...kalau nak letak pun boleh, tapi kena kurangkan soa bikarbonat lah yek! Akak guna tepung naik sendiri...ok jugak!

kak ina kl said...

wah nampak menggiurkan

recipes said...

I love this recipe ! Reminds me of you making soap at home, Mom.
And it's fun to see photos of your house there and see
Dad in that comfy chair we sat in when we visited,
attempting to use the slow internet :)

I can't wait to hear how the soap turned out in terms
of using it. Does it smell different since it is made with
animal fat? Any other differences from vegetable-based soap?

Love you!

Anonymous said...

aslm nk tanya smua tu kena msk kan atas api ke atau di mixer ?? mksud sy bhn A.. n bhn B

Anonymous said...

klw blh jwb solan y ats ni awal .ok gk..sy cdg nk buat ni ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...