Pages

Wednesday, June 30, 2010

pau kacang resepi chef hjh noraini


i'll do less talking today..resepi pau yg ada sedikit kelainan kerana di tambah ovelet di dalam nye..dr segi rasa, tak jauh beza dgn resepi pau yg lain2..tapi yg pasti pau ini tetap lembut dan gebu dari pagi sampai ke malam jika di simpan dlm bekas tupperware. pau ni pun boleh di jadikan frozen utk kemudahan di masa kan dtg
so this is the recipe, mokwo c&p dr hjh noraini- resepi noraini..trimakasih byk2 chef!!

Bahan-bahan :

1 kg tepung pau

11 gm yis kering Mauripan

20 gm serbuk penaik double action

110 gm gula kastor

50 gm shortening (lemak putih)

15 gm ovalet

550 ml air

1 sudu teh garam (mokwo tambah sendiri)

Inti :

Serikaya, kelapa atau kacang merah



Cara Membuatnya :

1. Satukan tepung pau, yis kering, serbuk penaik, gula kastor dan ovalet dalam sebuah besen atau mangkuk besar. Gaul sebati.

2. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh kasar yang agak lembik. Tambah air jika kurang lembut.

3. Pindahkan doh yang masih kasar itu ke atas sebiji dulang yang besar. Taburkan sedikit tepung gandum.

4. Letakkan shortening di tengah doh dan uli hingga ia sebati dengan doh.Mula-mula memang agak melekit, tetapi lama kelamaan ia akan menyerap dalam doh. Jika melekit, tabur sedikit tepung gandum.

5. Uli lagi selama 15 minit hingga doh menjadi lembut dan halus.

6. Masukkan doh ke dalam besen besar semula. Tutup dengan kain atau plastik. Letakkan di tempat yang hangat supaya ia cepat mengembang. Biarkan selama lebih kurang 45 minit atau sehingga doh naik 3 x ganda dari saiz asal.

7. Tumbuk doh dengan tangan bagi mengeluarkan anginnya. Uli sebentar ke bentuk asal.

8. Bentukkan doh mengikut saiz dikehendaki. Letak atas papan canai dan canaikan membulat.

9. Masukkan inti dan tutup doh. Letak atas kertas atau daun pisang yang dipotong empat segi.

10. Susunkan atas dulang aluminium yang muat dimasukkan dalam pengukus. Jangan susun terlalu rapat kerana doh akan mengembang.

11. Rehatkan doh 20 minit. Sambil itu, isikan air 3/4 penuh dan didihkan.

12. Setelah air mendidih, masukkan dulang berisi doh tadi. Tutup periuk dengan kain putih nipis dan kukus 15 minit dalam api besar.

13. Angkat dari api dan buka penutup.Sejukkan.

Nota : Resipi ini boleh mendapat lebih 40 biji pau bersaiz sederhana. Pau boleh dipanaskan semula keesokan harinya. Jika mahu buat sedikit, gunakan 1/2 resipi ini.

Friday, June 25, 2010

ais krim jagung and sponsored peti sejuk

salam semua..mokwo harap semua berada dlm rahmat dan lindungan Allah selalu. ari tuh mokwo ada cakap yg whipped cream mokwo habis basi kan..so setelah di buat post-mortem bersama pokwo, we came to a conclusion that peti sejuk mokwo dah pencen dah..perkhidmatan hampir 11 taun selama ini memang cukup memuaskan..apakan daya, when its time for it to go...mokwo has to let it go to rest in peace..tapi yg tak in peace nye ialah otak mokwo yg ligat memikirkan nak kena beli peti sejuk yg baru..kena buat rombakan kabinet lah dgn pokwo utk membincang kan budget baru..huhuhu
since mokwo nih selera besar,walaupun isi poket tak brapa nak besar, survey punya survey, list rega peti sejuk  mokwo berikan pd pokwo. menggaru kepala jap pokwo! ghupenye ade jugak peti sejuk yg berharga nak mencecah RM7k. bukan setakat makanan aje yg boleh masuk kat dlm peti ..ngan mokwo anak beranak pun boleh santai kat dlm tuh skali..hehehe..tu lah  mokwo dah kata mokwo selera besar..tapi sejujurnye mokwo tak belilah petiais yg gitu, mokwo beli yg bese2 aje.
tapi yg paling mengharukan mokwo peti ais mokwo bukan dibayar dr poket pokwo tapi dr sponsorship org lain. dr seorang makcik yg tidak punya pertalian darah what so ever pun ngan mokwo n pokwo..rezki.. tapi serba salah jugak rasanye terima duit org lain..but she really2 insisted, mokwo had no choice. tapi kan, makcik nih asal jumpa mokwo , dia mesti nak bagi mokwo duit. mungkin muka mokwo, muka buat duit kot!! tah lah tak pasti..tu yg mokwo tak brape nak tayang muka mokwo kat blog nih..sat gi ramai pulak yg nak bg mokwo duit..muahhahaha..(perasan tak abih)
utk perasmian peti sejuk baru, mokwo buat aiskrim jagung nih..resepi amek dr blog noreen-my home cooking blog, yg berada di UK. asal usul resepinye bleh tengok kat sini..nice indeed,sungguh lemak berkrim..setaraf lah ngan ais krim Baskin Robbin! tq noreen for sharing this coooool recipe!

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan coffeemate creamer

2 cawan (500ml) susu segar

1/2 cawan gula pasir

1/2 tin jagung krim

sedikit pewarna jagung

cara:

satukan coffeemate creamer, susu segar, gula dan kacaukan sehingga semuanya larut dan sebati

kemudian masukkan jagung krim, sedikit pewarna kuning dan kacaukan lagi sehingga sebati

tuangkan adunan ke dalam bekas dan simpankan di dalam freezer sehingga ianya separuh beku

selepas itu keluarkan dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan yang besar

pukul dengan menggunakan mixer sehingga ianya gebu dan double-up the volume

masukkan semula ke dalam bekas dan simpan di dalam freezer sehingga ianya beku

selepas itu bolehlah dihidangkan

note: boleh dikurangkan gula kepada 1/4 cawan dan tambahkan 1 tin jagung krim

source: murnie

Wednesday, June 23, 2010

apam salju...sesejuk airmata ibu!

sementara nak tunggu my boiling blood to cool down, mokwo kunyahlah apam salju nih..sejuk jek bila dia lalu kat anak tekak ..no wonder lah nama dia apam salju! sedap, sedap sedap
resepi yg mokwo amek dr blog yatie- sinar kehidupanku..blog yg kaya ngan resepi kuih muih dan aneka bingka! tq very much yatie!

Bahan-Bahan
2 cawan nasi
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering

Cara-caranya:Masukkan nasi, air, gula perang dan gula pasir dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati serta tidak bergentel.
Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan original.
Rehatkan selama 3 jam. Sapu minyak masak pada acuan, tuang adunan dan kukus selama lebih kurang 15 minit di dalam kukusan yang telah siap dipanaskan.

Monday, June 21, 2010

Riakkah aku??? butter kek


Assalamualaikum..jarang sekali mokwo mulakan entri dgn bg salam yek!! tak patut betul lah!! mintak maaf yeh semua para pembaca blog nih! kekadang benda2 kecil nih we do take for granted.mcm mokwo lah!


ari tuh seorang sahabat telah menegur dan bertanya kabar mokwo sekeluarga..mokwo jawab dgn selambanye


"Alhamdulillah..semuanye bagus..nikmat Allah pada saya terlalu banyak",


rupa2 nye jawaban mokwo tuh telah disalah anggap oleh sahabat mokwo nih..di tegurnye mokwo supaya jgn terlalu riak...lalu dia menerangkan dgn panjang lebar bahwa nikmat yg Allah bagi tuh tak semestinya Allah sayang pd hambanya, tapi menjadi ujian buat hamba tersebut, atau Allah sengaja biarkan hamba2-Nya yg di benci itu di buai kelalaian nikmat dunia..mokwo terkebil2 jap.


tak sangka jawaban yg simple dan jujur itu boleh di banyak ertikan..well anyway, terimaksihlah kat hamba Allah itu, yg prihatin..tapi sygnye ceramahnye yg panjang lebar seolah2 tiada 'roh' nye....kerana mokwo cukup kenal sgt ngan hamba Allah nih yg begitu tebal pangkat Phd nye...(perasaan hasad dengki lah)..


itulah manusia berbagai2 sipatnye..org susah dia tak senang mulut nak kutuk, bila org susah tuh bertukar senang dia jadik tak senang mulut gak nak mendengki!!!


so utk tidak menampakkan terlebih riak( alasan je tuh, sebeno nye malas), mokwo hanya buatkan plain butter cake..buh choc topping..nak hias2 pun whipped cream dah basi..eloklah tuh tak bolehlah nak berlagak2 (riak dan takabur nih!)


meh nengok resepinya yg di ambil dr blog bro rozzan..cukup mahir tu buat gubahan n kek lapis.


trimakasih daun keladi, lain ari nak ceduk resepi lagi!


Ingredients:


250 gm butter


200 gm sugar


5 eggs


210 gm flour ( I used HK flour)


1/2 tsp baking powder....


I add in 1 tsp of vanilla essence.


Method:


1) Place butter, vanilla and sugar in a mixing bowl. Cream till light and fluffy.


2) Add in eggs one at a time and mix evenly.


3) Cream the batter till smooth and light.


4) Lastly fold in the flour and mix till well blended.


5) Pour the batter in a cake mould of any shape.


6) Bake at 180 degrees for about 50 minutes.

Monday, June 14, 2010

birthday pokwo dan strawberry cis muffin


salam semua..lama tak bersiaran yeh..time cuti2 sekolah busy memenuhi dan melayan kerenah anak2 aje. today kena layan kerenah pokwo lak..almaklumlah birthday boy..ahaks..tua dah hubby ku nih..hehehe..pagi2 dah berpusing2 cari bank book anak2 yg tah di letakkan kat mana..mujurlah memori mokwo masih fresh lagi..cewah! rupa2nye benda tuh dok dlm longgokan surat2. hampir saja mokwo campak dlm bakul sampah...hish3..bertuah betul dapat hubby cam ginih! hajatnye mokwo nak bersyarah panjang berjela kat pokwo, tapi mokwo batalkan aje since today is his birthday..so bagi chance lah! pokwo tak suka celebrate birthday dia..as usual, tapikan sebagai isteri yg baik ati(angkat bakul lagik), mokwo dah ode hadiah..sayangnye masih belum sampai hadiah tuh! tunggu yeh...nanti dah sampai mokwo akan uploadkan ape ke bendanye yeh!

in the meantime, meh kita tengok resepi muffin nih..dari umah che mat gebu , memang sedap kerna ade inti..first time tau mokwo buat muffin yg ade inti..so masing2 fuhh semacam je makan..but rasa nye memang boleh tahan..muffin yg tak terlalu manis memang sesuai utk di padankan ngan inti.


actually , muffin buat minggu lepas nye..dah abes yeh..ari nih mokwo buatkan pokwo hanya butter cake..ingatkan nak deco2 buh bunga pusing2 gitew..tapi buka peti ais nengok ....whipped cream mokwo dah basi daaaaa! so terbantutlah nak upload gambo kek yg togel tuh..hemm simpan utk entry kemudianlah...

mokwo c&p dari dapur mat gebu..dapur yg memang cukup popular nih!..tq very much ya che mat gebu!

Bahan-Bahannya :-)
150 g cream cheese
150 g unsalted butter (boleh guna butter biasa)
110 g gula halus (mat letak 100 g saja)
3 biji telur gred A
50 g kismis
30 g kacang pecan, cincang kasar (boleh guna apa2 kacang yg digemari)
160 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit strawberry filling
Cara membuatnya :-)
-Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup sesuai atau pun gunakan muffin cup (jenis keras). Ketepikan.
-Putar mentega dan keju hingga bersatu, masukkan gula, terus memutar hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
-Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masukkan kismis dan cincangan kekacang, kacau hingga rata.
-Sudukan ke dalam acuan tadi 3/4 penuh. Letak sedikit strawberry filling diatas adunan muffin. -Buat hingga siap. Bakar 25 - 30 minit, atau hingga masak, bergantung pada keadaan oven masing2

Saturday, June 5, 2010

chicken meatballs

hari nih punyalah banyak kenduri kendara, so mokwo memang nak masak yg simple2 aje...simple yet must be healthy n delicious..so these chicken meatballs are most suitable..di sebabkan malas nak kepal ngan tangan meatball tuh mokwo masukkan dlm muffin pan...tapi jgn buatlah cam tuh..kelak akan menyusahkan idup je!.. minyak yg keluar dr chicken meat tuh habis melimpah ruah..jadi nak kena lap sentiasa..dan mengotorkan oven jek!!!tujuan mokwo nak buat besar2..memang jadik besarlah sebesar penumbuk! hahahah..makan sebijik sorang dah cukup..tapi heran nye amny yg kecik tuh boleh abihkan 3 bijik..suka sgt dia! sedap ke??? memang sedap sgt..makan panas2 memang tak yah cicah ngan apa2 sos pun!the leftover mokwo buh dlm freezer..nanti bila2 nak makan boleh perangat! memang tak rugi buat!


resepi mokwo c&p dr blog jun-east meets west..byk lagi nih resepi2 western dlm blog nih..klau tekak rasa2 nak ubah selera bolehlah ke sana yeh!..tq very much jun! mokwo c&p kat sini lak!


4 pounds daging ayam kisar ( ground chicken )
16 oz spinach -cincang atau hiris halus ( I guna frozen chopped spinach..defrosted dan perah airnya sampai kering, mokwo guna yg fresh nye)
1 cawan parmesan cheese
1/2 cawan susu segar atau cream
1 biji bawang besar size kecil-cincang
4 ulas bawang putih - cincang
1 cawan panko bread crumbs( mokwo guna breadcrumbs biasa )
2 sudu besar siricha hot chilli sauce ( ikut suka lah nk letak berapa banyak ia, mokwo tak buh tak de)
2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji telur size kecil-pukul sikit

Campurkan semua bahan2 diatas hingga rata kemudian bulat2 ikut size yg disukai ( I guna ice cream scoop )
Alas foil atas dulang membakar dan griskan susun meatballs diatasnya dan bakar pd suhu 400'F selama 30-40 min, kalu buat size kecil kurangkan waktu membakarnya ia. Selamat mencuba.

Friday, June 4, 2010

award dan kad ucapan tertunda

salam jumaat semua...para ibu2 mesti sudah siap awal2 masak kan sebb lunch hari jumaat akan menjadi lebih awal dr ari2 biasa..maklumlah para2 suami akan ke masjid mengerjakan solat jumaat..tapi ada jugak ramai yg tak pergi..errrkkk! yg tak pergi tuh kita bersangka baiklah kan..mungkin mereka mengalami ke'uzuran' yg tak dapat di elakkan..hemmm


baru ari nih mokwo dpt tempekkan award n card tertunda yg telah di peram lama dek kerna kesibukkan yg begitu menghambat masa. mintak maaf byk2 pd kak chik n atie sebb keterlewatan ini yeh! itulah salah satu kelemahan mokwo, sepatutnye bila sibuk n byk kerja kita jadi makin ligat, tapi mokwo jadik sebaliknye pulak..minda makin pelupa, badan semakin berat( stress, so makan byk!), mata lak asyik nak tido jek!..these are the signs of rejection from my body!


well, anyway, tq very3 much to kak chik n atie for lovely award n card! mokwo memang suka merempit ke blog u all..hehhehe..sib baik rempit guna kreta lembu..jadiknye tklah membahayakan org lain!

blog kak chik - keluargaku sayang memang selalu mokwo kunjungi. tulisan yg penuh info dan santai, betul2 merileks kan minda..hah sapa2 rasa2 nak naik hangin satu badan tuh bolehlah lawat2 blog kak chik yeh! nescaya your boiling blood can reduce to a freezing temperature.....hehehehe..tq again kak chik! n sori lah mokwo terpaksa kena ignore tugasan yg dtg bersama ngan award nih yeh! harap kak chik tak kecik ati yeh walaupun kak chik ni memang kecik molek getiuw!!



satu lagik kad dr atie -azatiesayang..nak marah sebenonye..bukan marah kat atie tapi marah kat diri mokwo sendirik..camno eh boleh lupo kad nih!! dah masuk bulan jun dah..mother's day pun dah tak glamor lagik..tapi bg mokwo tiap2 hari mokwo akan sambut mother's day..rindu banget pd mama ku, tidaklah dpt ku ucapkan dgn kata2..doa utk kesejahteraan mama n papa sebyk 5 kali sehari dan kebaikan pahala bacaan yaasin akan mokwo hadiahkan buat papa n mama setiap hari, selagi mokwo masih mampu melakukannye...sayu...(tengah tahan airmata nih dgn lengan baju KKK-kelawar koyak ketiak,ihsan dr gerau gebang)...itulah mungkin persamaan mokwo n atie...ratu airmata!!!! (konpius nih , nak nangis or nak gelak!!!)

Thursday, June 3, 2010

muffin epal


mokwo berdiri di tepi sebuah tingkap lutsinar dr satu bangunan di tingkat 10..berbalam2 ternampak petronas twin tower. tunduk ke bawah ternampak kereta berpusu2 , umpama semut yg merayap lagaknya...gayat!!!!
"huh! this doesn't help at all!', detik mokwo dlm ati
isi perut terasa cam ade 'rama-rama'.terkucil ...tah tak tau dah brapa kali..lama jugaklah mokwo tak buat presentation utk tokoh2 koporat nih. mokwo dah tinggalkan kerja2 nih dah hampir 6 tahun dah! apakan daya permintaan pokwo kali nih betul2 mokwo tak dapat nak tolak..so jadik lah mokwo company's rep bidan terjunly..hehehe
berminggu2 mokwo terpaksa mengkaji segala facts n figures dlm proposal tuh..really miss my blog n my blogger friends so much. memandangkan mokwo dah lama pencen, i really need some times to refresh and repolish my communications skill
'congrats, your promising proposal has been accepted', suara Puan N ,teruja...Pn N salah seorang exec yg mengikuti presentation mokwo tadi, mengurai keresahan mokwo yg sedari tadi menunggu the verdict.
"Alhamdulillah, syukur Ya Allah, atas rezki-Mu", hanya itu yg mampu mokwo ucapkan..i'm too happy till i wanna cry..(kaki lelehlah katakan) fuhhhhhh!!!..mokwo sekarang boleh menarik nafas lega ....for now!!!!
now, bila adrenaline dah berkurangan, selera makan pun hampir kembali normal..baru sedar dlm 2-3 minggu nih masak pun tak menentu, lauk pauk hanya yg simple2..klau tak ikan goreng, pastinye telur goreng or ayam goreng. permintaan si kakak utk buatkan muffin lama dah mokwo tangguh. gali punya gali, mokwo rasa berkenan ngan resepi nih sebb bunyi nye mcm simple n easy.lagi pun resepi nih sungguh versatile. boleh buh apa2 flavour selain dr epal...sedap sangat! resepi yg mokwo c&p dari fp kak mal (amal hayati) yg menetap nun di aloq star sana..kak mal lak amek dr blog dzana ...tq very much ya semua! to kmal , happy 18th anniversary!! moga perkahwinan berkekalan dan bahagia ke anak cucu, cicit!


Apple Muffin


Serves: 12
Preparation time: 15 minutes or less
Ingredients:

220 g self-raising flour (1 1/2 cups campur 1 sudu serbuk kayu manis, mokwo guna tpg hong kong+1 sd kecil baking powder + secubit jek serbuk kayu manis)

1/2 - 3/4 cup vegetable oil ( 1/2 cawan butter cair..)

3/4 cup buttermilk or regular milk (guna susu sejat...mokwo guna whipped cream)

1/2 - 3/4 cup caster sugar( guna 3/4 cwn)

1 egg, lightly beaten

1 teaspoon vanilla extract

150 g added flavours (frozen raspberries, dark/milk/white choc bits, grated apple, mashed banana) (...guna epal hijau potong kiub, mokwo guna 180gm epal ijau, buang kulit n cincang kasar )
Method:

1. Preheat oven to 180°C.
2. Grease muffin tins or use liners.
3. Mix all dry ingredients together and make a well.
4. Mix all wet ingredients together and pour into the well.
5. Add flavourings and mix well until just combined.
6. Place in tins and bake for 15-20 minutes or until lightly browned.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...