Pages

Wednesday, May 8, 2013

PRU 13 Nasi Tomato dan Ayam Merah!

Assalaamualaikum,
KNJ masih di sini.....belum prgi ke kursus pun...haha...ngelat...selagi boleh di delay..kita delay lah...
U aols apa khabar..KNJ harap berada dlam keadaan yang memuaskan lah yek!

Amacam pilihanraya umum 13 hari tu...memuaskan??? sudah menjadi adat bertanding..ada pemenang mesti nak ada yang kalah...bila dah kalah MESTI akan ada berpeluang untuk MENANG...In Sha Allah! perjuangan itu memang tiada noktah...so don't give up...keep believing ! Allah bersama-sama dengan orang2 yang benar!

Nanti Kita sama-sama tengok apa outcome yang di perolehi dari PRU hari tu yek...pada yang menang ,Tahniah..,silalah kotakan janji2 manis or manifesto yang telah anda gembar gemburkan.....benda2 tu adalah amanah rakyat yek...jangan last2 minit baru nak kelam kabut!


ok!  enough talk about politics....kalau sapa2 rase nak bertengang urat pasal politik boleh meroyan dekat blog2 politik yng lain...Semanis Madu ni blog makan2, blog suka2, blog kongsi resepi dan blog yang akan menjana positivity...Harap Maklum!


Hari ni masak awal-seawalnye, KNJ..sebab banyak benda harus akak settle kan...lama dah nak masak nasik tomato...sampai beli jugak KNJ dekat pasar malam Ahad baru2 ni...hemm rasanya boleh tahan , tapi ayam nya kiut miut......so itulah KNJ usaha jugak buat hari ni...masak ayam merah sekor...puaslah anak2 n pokwo makan...kalau tak habis derang boleh lah hangatkan esok...senang keje my dear pokwo!

resepi dari Raihan Shaari empunya blog Periuk Tanah..tq!

NASI TOMATO

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

2 cawan beras basmathi- cuci dan toskan
1 labu bawang besar didadu kecil
2 ulas bawang putih diketuk
1/2 inci halia dihiris halus
sekuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga, 1 inci kulit kayu manis
1/2 cawan tomato puri
1/2 cawan susu cair
2 1/2 cawan air- K.An suka nasi yang lembut, kalau suka yang agak kering kurangkan 1/2 cawan air
sedikit garam
1/2 biji tomato didadu kecil
2 sudu besar minyak sapi ( KNJ guna minyak kelapa Dara )

Cara memasaknya:

1. Gunakan periuk nasi biasa. Letakkan di atas dapur gas dahulu. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis, bawang besar, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi.

2. Masukkan beras dan goreng seketika- (anggaran 1 minit). Masukkan tomato puri, susu cair, air, buah tomato dan garam. Kacau sebati. Matikan api dan alihkan periuk ke punca elektrik.

3. Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi masak, kacau dengan senduk atau garpu agar nasi peroi. Tambah kismis, gajus dan daun sup/ bawang jika suka. (arwah ayah K.An dulu-dulu suka tambah kacang 'peas' hijau kat dalam tin tu.... (toskan dalam 2 sudu besar, lepas tu campurkan dalam nasi...) sedap juga...

**** nasi tomato ni macam-macam versi orang membuatnya. Yang ini resepi K.An masa berniaga kat gerai 'dolu-dolu' (zaman lapang takde anak kecik tuuu...)
 KNJ gandingkan dengan Jelatah dan Ayam Masak Merah yg simple2



AYAM MASAK MERAH resepi choppy dari My Resipi

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu ( KNJ ganti dengan tomato pes)
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

10 comments:

Anna Qawina said...

Enough is enough. .muahaaa...Kak nik..waa lapo ni..kita baru make roti jah pg ni..pehal awal sgt masak?

kayumaniskorner563 said...

salam Nik, sdp kak ruby tngok nasi tomato tu, mkn pula dgn ayam masak merah, lapar lh pula perut ni......

Acik Erna said...

Assalam KNJ..ami suka sangat maka asi tomato..tapi akak jarang buat

Phong Hong said...

Naik semangat bila ternampak nasi tomato ngan ayam merah. Yum! Yum!

Gee® said...

Wow! rasa nk hantar mangkuk jer ke rumah KNJ... lapar tgk nasi tomato & ayam merah menyala tu...

Kak Nik Ja said...

To Anna:
haha masak awal sebb kita nak gi jalan2...nak ikut??

to kayumaniskorner563:
salam kak ruby....kalau tengok nasi memang sure lapr punya...kak ruby meh bawak pinggan..nasi ceduk sendiri ekk!

Kak Erna:
Assalam Kak...tu lah kak..nasi tomatao ni..kalau buat saya akan mkn banyak...tu lah kita pun jarang buat gak!

to Phong Hong:
yeee...akak suka yang merah2...yummy!

to Gee:
meh2 Gee...bak mai mangkuk...4 tingkat pun tak pe!

Amie said...

Assalamualaikum Kak Nik Ja,
sungguh menggoda selera nasi tomato dengan ayam merahnya tu... tumpang semulut ye...

Rohah said...

Nmpk kemerahan yg cantik nasi ni..mcm nk tolong mkn..

hana said...

aduhhhhhhhh... akak sengaja menyiksa jiwa dan raga! mau buk mauuuuu... *sbb belum masak! hikhikhikhik

gadisBunga™ said...

sedap betul nampak nasi tomato ni...nyummm...! :D


nampak lagi sedap sebab gambo cantik! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...