Pages

Monday, December 26, 2011

nasi lemak halba....apasal lah sedap sangat???

Assalamualaikum.....salam santai dan coti2 semalaysia....harap nya hari cuti kalian semua sudah ada plan yang indah2 dan manis2 yek!!

Fuhhhh....mokwo boleh menarik nafas lega..coz tetamu2 mokwo sudah pun pulang.......tinggalkan mokwo dengan seribu kenangan...seribu rasa...

so apakah makanan yang paling baik utk menambah energy lemak yang dah drained out....jawaban nya tak lain dan tak bukan ialah nasi lemak.....alasan yg bagus nak berlemak

kali ni mokwo buat yang letak halba punya....memang sedap dan wangi bagai di kata Ros JMC.....satu pinggan bagaikan tak mencukupi....rasa lemak dan aroma wangi pandan dan halba begitu menambat selera

jemput makan..!!! maaflah mokwo makan pun ni sambil kaki angkat ke kerusi...tak senonoh ekkk...tapi apakan daya...lutut ambo nih bagai nak tercabut kepenatan...huhu!!! jemput!...kopi cap badak, dah pun pokwo sediakan....alahai, dah tak dek tetamu baru boleh mokwo boleh bermanja2 dgn asben.... kalau tak, semua berlagak macho...:))

halba tu dah menyorok kat dalam timbunan nasi...memang tak nampak batang iddung lerr

mokwo kopi pes kat sini yek Ros...tq  gazillions much ! memang sedap!

Nasi lemak Halba:

Bahan-bahanya
2 cawan beras
1 cawan santan+1 cawan air
1 sudu kecil halba
sedikit hirisan halia,
3 ulas bawang merah- hiris
1 ulas bwanag putih -hiris
1 ikat daun pandan
sedikit garam

* untuk sambal ikan bilis*
1 genggam ikan bilis
sedikit belacan ( kalau tak nak letak pun takpe)
3 biji bawang merah
1/4 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 sudu besar cili kisar
garam
gula
sedikit air asam jawa

*Pelengkap nasi lemak*
telur rebus, timun dan ikan bilis goreng

Cara-caranya
1. Basuh beras dan masak nasi seperti biasa,  masukkan semua bahan-bahan untuk nasi lemak dan  sukatan santan untuk masak nasi ni boleh ikut sukatan air pada periuk nasi masing-masing ya.

2.  Masak sambal ikan bilis, goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan, kemudian bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus atau diblender halus,  panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar bersama bahan yang diblender tadi, tumis hingga betul garing, baru masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau selalu.

3. Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan ikan bilis goreng tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula, jika terlalu kering masukkan sedikit air, masak hingga sambal agak pekat dan naik minyak, tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak, Selamat Mencuba.

Untuk sambal dia , mokwo guna resepi sendiri...tapi mokwo sertakan jugak resepi dari Ros...nanti mokwo kongsikan resepi sambal tumis mokwo yang ada sedikit kelainannya...anak2 mokwo kata..sambal tuh is the best sambal in the whole wide world....ecececehh...saja jek nak bodek mak dia kan!!! alahai anak2 ku!

Sunday, December 18, 2011

Tip memaniskan buah yang masam.....

Assalamualaikum......salam sejahtera buat pembaca budiman...
mokwo nih sedang di 'hempap' virus M..... besar wehh menggunung tinggi nya....:D.....di samping sibuk mengemas rumah..kerana beberapa hari lagi ada tetamu yang akan bertandang......since mokwo nih tak berapa minat mengemas , so bila sesekali kena mengemas...u ols can image lah bergantang2 habuk nya...tapi yg paling best, bila dah mengemas tuh...benda2 yg kita sangkakan dah hilang rupa2 tak hilang pun...:D...dan benda2 yg kita ingat kita tak ada...rupa2 dah lama kita 'peram'...:))

jumpa silicone moulds...entah zaman bila beli nih??

erkkk...mokwo update cepatlah yek...coz..kat belakang nih dah dengar bunyi merengek2 anak2, sedang tunggu turn nak main komputer games dan ber Fb ...haiiishh bebudak ...langsung tak leh tengok umminya happy hour kat depan komputer....langsung kita mati idea nih...

ok lah kali nih mokwo paparkan bukan resepi tapi lebih kepada petua yek...kot2 u oals senasib dgn mokwo... terkena, terbeli anggur yang masam menyengat tuh, o uals bolehklah cuba petua nih....petua yang di turun kan khas dari chef pokwo...ahakks....memang berkesan!!!!!...walaupun pada mulanya mokwo cukup skeptikal...
buah2 yang lain uoals bolehlah cuba sendiri yek...but pastikan buah2 tuh berkulit nipis..jangan pergi rendam durian lak...setaun pun tak manis punya..:))



Bhan2:
1 kilo anggur yang masam punya...kalau dah manis tak yah lerr buang karen!
1liter air
4-5 sudu besar gula pasir

cara2:
  1. kacau gula dengan air sehingga gula larut
  2. rendamkan anggur dalam larutan gula tersebut selama 30min
  3. toskan anggur..sedia di makan! InsyaAllah manis..selamat mencuba!

Friday, December 2, 2011

Alang-alang menalam biar sampai ke Tokyo...:D!!


Sessi balas dendam.....hah amek ko...mokwo buat satu adunan...waduh banyak dapat nih.....tapi InsyaAllah habis!

Tq yatie SK coz sudi kongsi resepi Talam tokyo kepunyaan Chef Asma yang sedap nih...walaupun sticky habis tang nak potong bahagian bawah tuh...ternyata Talam nih memang sedap,lembut, lemak manis...umpama makan kuih sago bronok dan serimuka sekali gus !!

kepada yang nak mecuba nya...sila baca, paham dan ikut nasihat yang di tulis oleh Yatie supaya Talam anda jadik mantop gituww!!

Hip, hip hoooraaay...menjadi jugak Talam ku kali ini................:D

 kepada yang tinggalkan komen dan ziarah mokwo di sini, mokwo ucapkan banyak2 terimakasih...mokwo masih belum berkesempatan nak buat kunjungan balik dan membalas komen2 tersebut coz sekarang tengah 'oustation' memanjang...kejap lagi nak merempit ke Giant..sebb nak cari bahan keperluan sekolah budak2...
Salam Jumaat yang Mulia untuk semua !!


 Talam Tokyo
resepi asal fr : chef Asma
copied fr : Yatie Sinar Kehidupanku


Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
  • 300 gm sago kecil warna putih
  • 60 gm sohoon
  • 100 gm kelapa parut putih
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam.
Cara-Cara
  1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
  2. Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
  3. Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
  4. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 4 biji telur (mokwo guna 3 biji )
  • 300 gm gula pasir ( mokwo guna 280gm)
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan) (mokwo guna 300ml air )
  • 100 gm tepung kastard
  • sedikit pewarna hijau
  • 1/8 sudu kecil alkaline water@air abu (takde, Yatie dan mokwo juga guna 1 sudu kecil air kapur)
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
  2. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
  4. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
Tips Yatie yang sangat2 berguna=
Saya tak bungkus dngn kain penutup kukusan tu semasa mengukus kuih, tapi saya buka penutup tu setiap 5 minit dan sentiasalah di lap dan sambung lagi mengukus.
Cara ini saya gunakan semasa guna pengukus biasa dan juga trio steamer.
Sekiranya terdapat sedikit air di atas permukaan kuih, sendengkan/sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu perlahan2.
Boleh juga gunakan kertas tisu dapur. Selepas itu, letakkan semula kuih di tempat rata dan biarkan benar2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik dan pembaris supaya kuih kelihatan rata dan cantik. Selamat Mencuba...
# mokwo guna santan yang di perah dari 2 biji kelapa parut utk mendapat kesemua amount cecair yg di guna di atas...

Thursday, December 1, 2011

Si fluffy buttermilk pancake.....!!!

Hari tuh mokwo ada singgah dekat dapur chik mimi......dan terbacalah luahan seorang blogger masakan nih yang mana bila blogger tak fofular contohnya mcm mokwo (contoh aje..dia tak sebut pun sapa2 ) nih tayang resepi, satu hapah orang pun tak mo menerai.....tapi kok kalau bloggers fofular yang tayang macam ehem, ehem....orang lain laju berdesup, berebut2 nak coba.....hemmm apa pendapat u ols?...

macam mana mokwo nak cakap......sepintas lalu apa yang di cakap dek blogger tersebut ada betulnya......tapikan usah di ambil kisah sgtlah pasal yang tuh...biarlah orang tak moh terai resepi kita pun tak apa.....yang penting kita berkongsi sama2 ilmu yang mana patut...kita sedekahkan apa yang kita tahu....moga2 orang lain dapat manfaat......dan moga2 ilmu yang baik itu akan di beri ganjaran pahala disisi Allah swt.......ok naa pada yang berkenaan, mokwo harap janganlah patah semangat ....perkara nih pun mokwo selalu ingatkan pada diri mokwo sendiri juga....setiap kali menulis, mokwo berharap agar apa yang mokwo kongsi nih akan memberi kebaikan bukan nya keburukkan........

kekadang bila di pikarkan berkali2...mencabar jugak nak jadi blogger masak2 nih (ecehceh).... memang nak kena rajin lebih (sebb nak kena masak n tayang!), dan jugak nak kena sabar lebih ( coz selalunya ada jek 'dajal' yang mencuri hasil karya terutama gambo2 masakan yang cun2)..ye tak!!??

oklah berbalik pada menu hari nih....mokwo nak tayang menu breakfast lak biarpun hari dah masuk malam...........pancake yang di buat dari buttermilk....first time mokwo guna buttermilk nih...memang menhasilkan pancake yang lain rasanya dari sebelum nih....di samping bau yang harum menusuk hidung, pancake ini juga menjadi sungguh fluffy lembut!

selain dari pancake....masakan lain jugak boleh di olah dari buttermilk nih spt kek, donut, biskut, roti...dan sebgainya

tapi , frankly speaking, buttermilk nih mokwo rasa sedikit overly priced lah kat sini...mahai!! tapi mokwo beli gak, out of curiosity ( jakun nih, tak pernah try!)...in my opinion kalau ada resepi yg require buttermilk, nextime replace ajerlah dgn yoghurt (bukan yg low fat nye tau!)....taste more or less the same lah!


resepi asal dari Martha Stewart...tapi mokwo dah buat sedikit adjustment dan 'half'kan dia punya measurement.....

Best Buttermilk Pancake

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
2 sudu besar melted butter
1/2 sudu kecil garam
2 cawan buttermilk
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar gula
2 biji telur

cara2:
  • pukul telur sampai berbuih...dengan hand whisk or mixer
  • satukan semua bahan2...kacau sebati, a bit of lumps are permissible..jangan pukul..kalau tak nanti jadik lempeng ler
  • panaskan kuali non-stick
  • sendukkan 1/2 cawan bancuhan biarkan bancuhan masak sehingga timbul buih2 kecil di atasnya, barulah boleh di terbalikkan
  • hidangkan panas dengan maple syrup n butter
# lebihan pancake yang tak habis di makan, boleh di simpan di dalam peti sejuk dan di hangatkan semula dengan microwave...since mokwo tak ada microwave, mokwo deep fried ajer pancake tersebut....sedap lah pulokk!


makan dengan raspberry jem aje mcm tak berapa kick....coz maple syrup ku dah abeh stok...huhu!

Wednesday, November 30, 2011

Benggali punya nama...

Assalamualaikum wbt,;
ingatkan mau pecah rekod, buat entri terus menerus selama sminggu  tapi tak.berjayalah..... kantoi sudah! dalam kita dok relaks2 tetiba banyak hal pulak mendatang......hemmmm

sedang asyik terkejar sana sini...tetiba kakak ipar mokwo call...katanya daging korban yang di kirim oleh MIL masa raya haji ari tuh, pokwo belum ambil lagik ( kira dah bagi last warning lah tuh, kita orang asyik lah kena last warning jek!))....looorrrrr kok kita orang boleh lupo sampai dah masuk muharam dah.....so kita orang ape lagi....berdesup ke cheras nun untuk mengambil  daging yang di datang khas dari Kulim, Kedah.....Ya Ampun lah mak kedah....lenkali bagi banyak2 skit naaa.....boleh safe budget ku utk beli lauk barang seminggu ! banyak cekadak punya menantu lak ekkk...hari tuh suruh amek malu miauw, miauw..:))







so daging tuh dah habislah mokwo buat kuah pasta...alah kuah simple2, yang segera punya...tak moh letak resepilah.....mokwo hari nih nak kongsi satu resepi roti...yang, bagi mokwo roti yang sgt hampir tekstur dan rasa dengan roti yang beli punya......dan bahan2nya pula budget habis....rasa rotinya  sungguh lembuuuuuut, mulus dan sedap...

boleh di buat plain atau berinti...roti nih sungguh menepati selera mokwo sekeluarga.......memang syukur sangat mokwo jumpa resepi nih dan mesti simpan baik2.....setakat nih mokwo dah buat roti nih hampir setiap 2 hari sekali...sungguh senang kerana bahan2 nya cukup simple !


Terimakasih kepada empunya asal resepi nih....Yani...dan terimakasih Mat Gebu yang telah berkongsi nya..dan mokwo pun cilok resepi nih dari rumah Mat Gebu jugak...tetapi mokwo jugak ada buat sedikt adjustment yek...bersesuaian dengan keadaan stok semasa !


hujan2 nih, ada roti cicah kopi 'o'....alllooolaaah....mokwo guna kopi cap dua badak.....haha...jangan gelak noo...kopi nih sangat kawww tau...tak caya pergi beli kat Tesco sana....moh lerr sapa nak pekena roti dan kopi cap badak dengan mokwo..:D


Roti Benggali

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (mokwo guna 330gm tepung gandum + 20gm susu tepung)
1 camca besar shortening (lemak sayur)
Secubit garam
120 - 160 ml air suam (guna 200ml + 1 sb air biasa)
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam, yeast dan gula, kacau rata dan biar sebentar. Gaul rata tepung, garam dan lemak sayur. Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan dan susun dalam dua bekas yang telah disapu sedikit mentega. Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.

Thursday, November 24, 2011

Bingka roti kukus pandan...promo baik dr ummi K !!

yg ni guna respi yg ori....harum segar bau daun pandannya! sudu tuh ter'enteprem' jap!




Assalamualaikum...mood me'nalam' masih belum timbul......fobia mokwo masih ada...tunggulah dulu.... justeru, meh lerr buat kuih yang gerenti jadik nih, gerenti boleh makan pun ssgt sodappppp !

1st time tengok di blog ummi K..mokwo cepat2 salin dan peram lah resepi ( as usual )..sampai seru baru kita buat....bila dah buat, memang tak de full-stop lagik...sekarang, pantang nampak roti tak bersentuh...cepat2 mokwo buatkan bingka nih......sampai pokwo pun naik heran, coz roti yg di beli cepat betul 'laku' lately...:D

bingka nih jugak sudah me'rantau' banyak tempat dan memang menepati citarasa ramai nih...thanks for the owner n for those who care to share....resepi ni memang nak kena simpan kemas2 !

 yang ini mokwo letak gula merah...hanya gantikan quantiti gula biasa dgn gula merah dan masak bersama air

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Dicuba/Uji : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor, mokwo pun)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)

Wednesday, November 23, 2011

DIY pan grease......mudah dan efektif !

Assalamualaikum.......

Cuti2 sekolah nih rajin pulak mokwo update blog yek!!! agak2 itu perkembangan yang sihat ker?? sebenarnya bila cuti sekolah....mokwo ada lebih sedikit masa lapang....maklumlah tak perlu terkejar2 nak ambil anak2....tak perlu kelam kabut siapkan breakfast dan bekal pagi2....so mokwo manfaat lah masa yang ada tuh utk mokwo berblogging lah.....( biarpun kerja rumah lain bertimbun2 banyaknya !!..huhuhu)......nak layan astro , udah rasa macam tak lalu nak tengok cerita basi yang diulang2, entah untuk kali ke berapa tah

hari nih ...dapur mokwo tak ada resepi canggih yek...tapi mokwo harap resepi pan grease nih dapat memberi manfaat kepada semua....pan grease nih dah banyak kali mokwo guna...dan hasil nya cukup memuaskan terutama sekali, dalam pembuatan kek or roti

kerak kepada kek ataupun roti yang telah di masak, akan menjadi lebih lembut dan sedap...berbeza bila kita guna butter atau marjerin sahaja..kekadang kerak akan jadi sedikit hangus dan keras

pan grease nih boleh di buat awal2.....nak simpan dalam fridge pun boleh...tak simpan pun tak apa (mokwo tak pernah simpan, boleh tahan selama lebih sebulan)....ianya tak mudah basi atau berkulat....bila nak guna...just oles pada loyang yang kering , yang mahu di gunakan...resepi adalah hasil meng'google' !



Pan grease :
50gm tepung gandum
50 gm minyak masak (apa2 minyak pun okeh!)
50 gm shortening

cara2:
  • campurkan semua bahan2 dalam bekas yang kering dengan menggunakan hand whisk
  • sebatikan ..sehingga tiada sebarang ketulan.
  • simpan dalam bekas tertutup yang kering lagi bersih
  • selamat mencuba !!

Tuesday, November 22, 2011

Hujan di Luar dan Dalam....

Assalamualaikum....
kalau kat kampung mokwo...bila hujan selalu sangat turun..kami dah siap sedia dengan supply makanan apa yang patut....takut2 banjir melanda!

BIARPUN jam baru pukul 4 pm..suasana sudah gelap !

tapi bila menetap di negeri sembilan...tak perlu pikir pasal semua tuh...sebb negeri nih terkenal sebagai negeri yang paling kontang di Malaysia...mana bisa ada banjir nya!!
Malangnya ada jugak yang terkenan 'banjir'.....

talam suji banjir ....:D

sudahlah lembik.... lagi berair-air  weh!!!/omg......rasanya sudah tahu mana silapnya...alahai talam, ingatkan senang kacang nak buat.....rupanya banyak jugak pantang larangnya

apapun.....nanti nak try lagik lah....sebb walaupun 'banjir' dengan air umpama empangan hydro yang pecah...talam nih cukup sedap rasanya....resepi nya later2 lahh...kena buat sampai jadik baru boleh publish yek! itupun kalau ghajin lerrr! /sweat

Monday, November 21, 2011

Bun yogurt...lemak dan lembut...

siap2 dah nak letak dalam tupperware..so roti akan senantiasa lembap dan gebu


Assalamualaikum...meroti lagi kali inih...cuti2 sekolah nih dengan adanya roti..senang skit kerja....coz bila lambat masak lunch...anak2 n hubby boleh kunyah2 roti....so tak lerr lapar menantikan lunch yang selalunya siap pada pukul 3 petang....kiranya kalau ada tetamu yang bertandang secara terkezut, utk lunch...errrk...nampaknya kebulurlah sekejap nak menunggu....itulah mokwo tak berapa gemar surprise2 visit...kesian nanti kat tetamu


letak choc filling......


resepi dari Ros, onigiri from myr...antara pakar roti berkaliber nih...:D...terimakasih Ros !!

Bahan-bahan ( kuantiti bergantung pada saiz bun yang dihasilkan )

  • 250 gram tepung roti
  • 120 gram plain yogurt
  • 40 ml susu segar
  • 20 gram marjerin
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula( mokwo letak 3 sudu besar)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread softener
  • krim coklat atau krim susu atau kaya sebagai inti ( ikut selera masing-masing)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pada yang ade BM menu Dough dan ON je.
  2. perap 40 minit dan kemudian tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin. Bahagi doh pada 10 bahagian dan biar selama 8 minit
  3. ambil doh tadi dan masukkan inti kegemaran anda, tapi klu nak plain je pun boleh. Biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 50 minit atau satu jam.
  4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 15 minit atau sehingga permukaan bun tadi perang.
  5. sejukkan atas redai. ini adalah bun yogurt plain yang telah dipotong, hasilnye lembut dan gebu.


yang nih letak inti kacang merah, dan di tabur bijan on top!
roti di atas di buat dengan tepung gandum biase...lihat tekstur nya yang berbeza

Sunday, November 20, 2011

barang yang di'kutip' cukup berharga....

Assalamualaikum....hari nih dah Ahad.....sudah mula cuti sekolah kan...oh ya...kepada anak2 yang telah mendapt keputusan cemerlang dalam UPSR...mokwo ucapkan banyak2 tahniah....teruskan usaha gigih sampai ke sekolah menengah pula....pada yang tak berjaya jangan putus asa....there's always another chance coming ahead...

always be positive and work hard...mokwo sendiri pun tak de nya dapat 5As....tapi itu bukan penghalang untuk berjaya di dunia nih.....tapi dalam dok ajar anak2 tekankan keduniaan nih...kita sebagai parents jangan lah lupa juga tekankan benda2 akhirat yek.....anak2 yang berilmu tuh  bagaikan tin2 kosong kalau tidak disertai dengan Iman yang sempurna

oklah..... mari rapat2 kita tengok apa yang kena !!! (macam nak jual ubatlah!!)...nih adalah antara barang2 yang mokwo 'kutip' masa pergi ke Shah Alam tempohari......selain dari rempah ratus...mama mokwo kirim banyak buah mangga muda, limau kasturi, cili2 yang subur berbuah di sekeliling rumah di kampung ..juga beberapa pucuk2 kayu yang lain.....mama kalau boleh mau kirim segala barang2 di kebun...:))


pyrex tuh pemberian adik mokwo...jauh di datangkan dari scotland....hari tuh dia dah bagi last warning..kalau mokwo tak amek...periuk tuh akan di 'sedekah'kan kat orang lain...tuh yang kelam kabut mokwo ambil..:).....ada jugak beberapa pinggan yang canggih manggih telah di beri pada sedara mara yang lain...gigit jari mokwo...hemmmmm...tak pe lah mokwo ingat nanti mokwo nak bodek mama lebih2 skit, kot2 ada harapan nak kecek pinggan pyroflam or visions yang mama punya hehe...( teruk punya anak!!)


yang paling best mama kirim rempah ratus yang memang tak de jual kat sini,,...rempah sugho (banyak mama borong !! cukup untuk buat sugho 5 taun !) dan rempah gulai darat...sedap nya...terlalu rindu nak makan gulai2 kelantan dan makanan  yang ori lagi pelik !! thank you a gazilion much lah mama dear...walaupun anakanda mu nih jarang balik...mama akan selalu bersusah payah memenuhi apa jua permintaan anak2....itulah kasih ibu...dlam mama dok marah2 pun kasih mama tak pernah berubah !


lagi satu barang yang istimewa bagi mokwo ialah food processor nih...FP nih berumur sudah dekat 15 tahun dah...lebih tua umurnya dari anak sulung mokwo.....ini adalah pemberian rakan2 semasa mokwo masih belajar dahulu....hadiah kawin sebenarnya...mujurlah FP nih masih boleh berfungsi dengan baik...biarpun 'badan'nya dan 'berpanau'...apo nak buek....dah 15 taun baru mokwo tau kegunaan nya tuh lah yg usaha jugak ambil balik selepas di peram sebegitu lama....:D...sabau jer lah!!

begitulah ceritanya....ok lah sebelum pergi kenduri kawin yang tak menang kaki, hari nih....mokwo nak masuk ke dapur dah nih...dan nak godek2 apa yang patutlah...especially nak habiskan barang2 yang dah hampir nak expired tuh...kang kot2 nak balik kampung ke, nak bercuti ker.....tidaklah membazir....al maklumlah my pokwo dear selalu suka buat perancangan last2 minute ala2 terkejut badak giteww! /bye

....wassalam

Monday, November 14, 2011

Makan at PJ......Syed Bistro!

beberapa hari lepas ,  mokwo ke shah Alam melawat adik bongsu mokwo sambil2 mengambil barang2 yang mama mokwo kirim dari kelantan

sampai di Shah Alam , di apartment adik mokwo pun sudah pukul 9.30 pm...borak punya borak ( mak nenek punya borak mana boleh sekejap2 ) dah pukul 11.30pm...tak sedar..kesian pokwo...tekun dan sabar menunggu di dalam keretanya...ye lah takkan pokwo nak masuk apartment tu yang di penuhi dengan anak2 dara cun2...segan dan tak manislah !!

dalam perjalanan balik..hari sudah semakin larut malam....perut kami bila berkeroncong minta di isi...al maklumlah kami masih belum makam malam lagi sebenarnya...plan asal nak ajak my sis makan sama tapi dia tak nak lah pulak ...sakit perut katanya sebb pekena tapai siang tadi

kami nih kalau bab2 tempat makan memang tak tahu menahu nak kemana...bosan sudah nak makan fast food sokmo...akhirnya pokwo masuk ke area PJ. dalam benak mokwo, kira nak makan steak kat PJ hilton jer..tapi mengenangkan banyak juga nasihat yang kami terima supaya berhati2 pabila makan di Hotel kerana masaalah status halal haram nya...so niat asal di batal sahaja...

PJ nih banyak restoran dan kedai...tapi yang susahnya ialah utk mendapatkan parking space.....kawasan parkingnya sungguh sempit dan tersangat limited.....setelah beberapa kali 'tawaf' di situ akhirnya berjaya jugak pokwo buat side parking..yang tersangat sukar ( kalau mokwo..mokwo kira kirim salam je lah..memang haku fail side parking!! )
pic credit to Anjang Blog...tq!

 kami terpaksa berpuas hati dan berlapang dada utk makan di Syed Bistro Restoran ( lokasi sebenar Restoran nih...sungguhlah mokwo tak tahu coz minda tengah mamai masa tuh...tapi kalau tak silap near PJ Hilton area)...kami order 1 pinggan nasi kambing bukhara for pokwo (mewah dengan daging kambing, telur sebiji dan acar timun) , 3 keping roti naan, 1 ketul ayam tandoori, 1 ketul ayam madu, 1 pinggan nasi kandar lauk kambing kari ...dua air suam, 2 air ais kosong dan 2 teh tarik....makanlah kami anak beranak, mungkin sebb terlalu lapar laju jerr kami makan ...atau makanan kat sini memang sedap!! mintak maaflah ...gambo tak dek..sebb terlalu kebulur...lupa langsung nak 'posing2'...:))

pic credit to catzcafe..tq!

 Biarpun dalam pukul 1 pagi, manusia masih penuh di Restoran nih.... selesai sudah makan..2 keping roti naan... berbaki tak habis  dan terpaksa di 'taa pau'...bila time nak bayor...mokwo macam tak percaya jekk....beberapa kali mokwo menggosok mata yang terasa kelat2 dek mengantuk....rupa2nya...semua nya berharga RM 38.50...murah (errrrk bagi mokwo lah)!! inilah meals yang kami makan di KL secara kenyang dengan harga yang begini murah....sebelum balik mereka memberi bungkusan roti naan tadi...ternyata kuah kari 2 jenis yang di sertakan bersama cukup banyak dan juga terdapat beberapa ketul daging kambing..with no extra charges!!

Alhamdulillah rezeki...kami pulang dengan cukup puas hati dan kenyang perut !! setelah di buat 'post-mortem' tentang harga tuh...rupa2 nya tahu lah kami.....harga yang murah tuh kerana air yang kami order hanyalah sekadar air suam dan ais kosong...berbanding dengan makan2 sebelum nih yang selalu akan di sertai dengan  fruits juices... u ols nampak kan...next time kami sure order air kosong jelah...bukan apa,.. memang mokwo baru nak mula mengamalkan minum air suam selepas makan...itulah tabiat yang lebih healthy  sebenarnya, yang di pandang remeh oleh orang ramai......anak2 pun nampaknya sudah mula suka dengan habit sebegini.....biarlah orang nak kata tak dek kelasszz kerr...sengkek ker...plain water is the best drink ever for the human body !!

so oklah..mokwo pen off sini dululah yeekk!! next time, mokwo akan tunjukkan apa yang mokwo 'kutip' di Shah Alam sana....daaa...have a smashing great day everyone!!!

Friday, November 4, 2011

Tenggelam..tenggelam ...timbul

assalamualaikum...kepada semua pembaca blog mokwo yang mokwo hormati....sori lah lama jugak mokwo jamu mata u aols dengan karipap kereput2 tuh....sebenarnya mokwo terlalu busy betul sejak kebelakangan nih.....minda dan fizikal mokwo pun jadi macam tak centralized jek!!..

macam2 kejadian dan masaalah yang mokwo hadapi (nak cerita satu persatu....too long story, i tell yer)...nak tak nak mokwo harus hadapi jua.....yang paling menyakitkan hati bila masalah yang datang di sebabkan berurusan dengan incompetent person dan 'cakap tak serupa bikin' punya manusia......... huru hara segala jadual harian mokwo di buatnya.....lenkali serik dah nak berurusan dengan orang yang macam ni.....cutting a business deal with them..untungnya tak seberapa...badan dan otak kiita over exhausted..luckly things have been settle.....nicely...tq Allah !!

hah! 2 kali ingat..kekadang tuh elok juga Allah timpakan masaalah...sebab bila dapat masaalah...ingatan dan pergantungan kita pada Allah akan menjadi bulat....masa tuh lah buat segala solat2 sunat dan panjatkan doa like there's no tomorrow...haha...dasar manusia kan !!!

so... sebelum mokwo akan 'tenggelam' sekali lagi..meraikan cuti Aidiladha yang bakal menjelang.....
mokwo sajikan u oals dengan carrot banana cake nih yek... ...sangat sedap..kalau nak buat utuk raya haji nih pun sesuai jugak buat pemanis mulut tetamu yang bertandang...bagi mokwo kalau tak di sapu dengan cream cheese tuh pun tak apa..kek nih punyai rasa nya yang tersendiri

instead of lil' cuppies, mokwo buat sebijik kek..guna loyang 8"..1st time mokwo deco mendeco nih..kederat sungguh!






udah di potong2...n makan time!! cooking n eating are the best therapy..


resepi sumbangan kak nor..secubit garam...tq dear hakak!! kita c&p sini

SALAM AIDILADHA DAN SELAMAT BERCUTI  !! 
PESANAN PENAJA :: SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN !! :))

CARROT & BANANA CUPCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan: (menghasilkan 14 bj cupcake, Mokwo guna loyang segiempat sama 8"))
150gm tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh garam * (*diayak)
170gm carrot yg disagat
50gm badam (optional) ~ dicincang dan disangai sekejap
2 bj telur A
95gm gula perang
100ml minyak sayur/bunga
2 biji pisang ~ dilecek (lebihkurang 1 cawan)
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila
papercup secukupnya

Cara:
Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
Masukkan carrot dan gaul rata.
Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat (ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih)
Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. (lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim)
Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170C sehingga masak (lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup)
Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul2 sejuk sebelum diletakkan frosting/topping keatasnya.

*
- kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
- bakar dgn suhu 175 - 180C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.
- cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
- kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
- minyak sayur/bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
- sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.


CREAMCHEESE FROSTING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
125gm creamcheese
60gm butter
60gm gula icing ~ ayak

Cara:
Pukul cheese dgn butter hingga kembang.
Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

#ni utk spread atas kek tp kalau nak deco/bentukkan apa2 boleh tambah gula icing supaya lebih kental

Thursday, October 27, 2011

karipap Tun

asyik ter'gelincir' ajer bab2 kelim karipap!!

sangat sedap laaah!! patutlah ramai orang telah mencubanya...rapuh dan ranggup kulitnya ...ngalah sekuk cream crakers

satu adunan..dapat banyak gak...mokwo buat frozen..utk kesenangan di kemudian hari....dapt jugak 3 kali goreng...hahaha..tak yah dok melilau carik goreng pisang for tea time!!

meh..meh...meh...makan..karipap panas2 (ade tokoh jadik tokeh karipap lepas nih )...pekena dengan kopi  ko..teh ko...time musim2  hujan ginih...ummmmphhh!!! perrrrrghhhh!! need me says no more!!!

Tq tun telani...cik adik manis.... for d recipe..mokwo c&p di sini lak!!

Karipap Inti Kentang dan Sardin
by: tun_telani

Bahan2 (dlm 35 biji)

Utk doh:
4 cawan tepung
2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
1/2 cawan minyak (panaskan)
3/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam

Untuk inti:
1 tin sederhana sardin
2 biji kentang besar- dadu
1 labu bawang besar- dadu
2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
1/2 inci halia- ketuk
2 sudu besar cili giling
garam/gula secukup rasa
1 biji limau nipis Cara2:

Untuk doh:

-panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
-dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2.
-Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. (cara gaul dgn minyak panas ini adalah utk dapatkan kulit yg rapuh)

Untuk inti:
-tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
-masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak - masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
-masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas -dapur, nnti hangus bahagian bawah.
-bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..
-bila inti dh sejuk, blh la buat karipap =)

ni tips utk frozen kan karipap atau kuih2 lain..
  • susun kuih atas dulang yg di lapis plastik. biar ada jarak antara kuih supaya x melekat.
  • masukkan dlm freezer smp keras (dlm setengah jam)
  • pastu boleh la di alih dlm bekas atau plastik. biasa me letak 10-12 bj setiap plastik.

Wednesday, October 19, 2011

kek lapis cheese persona ada nama baru !!

Assalamualaikum...
ni nama pokwo bagi...kek cheese tepung gomak...hihi...ohh pepandai jek pokwo ubah nama cun2 yg tuan punye resepi ni bagi....tapi kan kek mokwo ni memang nampak macam adik beradik kembar siam tepung gomak jerr...sebb terlebih serbuk sekuk atas dia...serbuk banyak2 tuh pun melayan kerenah amny...yang hanya makan serdak itu sahaja...isssh3x

land-slide!!..hihihi

pokwo suka dan anak2 suka...mokwo personally rasa tak berapa nak  kena kat anak tekak...next time instead of that cookies dust kita buh fruit cocktail lah pulok...baru ngam leeehh!!

tq Ryo, owner of d original recipe, and to those countless peeps for trying and recommending !

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
copied fr: K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE, mokwo guna tak habis pun 1 bungkus)
500 ml susu segar,dipanaskan (mokwo guna 250ml ajer)
B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura..mokwo syorkan guna philly, coz tartura tuh ade sedikit masin)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong. lagi lama, simpan lagi sedap kek nih!


Tuesday, October 18, 2011

jom berjimat !! ..timun masak air

alahai...peramah sungguh lah seorang hakak nih...kita tanya skit2 jer..dia bukak cerita mak oooii panjang berjela2 naa....hakak nih rupa2 suami isteri kerja nya menjual goreng pisang ajeer..dengan rezki itulah lah hakak nih dapat menyara anak2 yang masih bersekolah seramai 5 orang...hebat !!

lepas tuh dia cerita  lagik...berberapa minggu lepas dia kena samun...penyamun tuh melarikan kereta kancil kepunyaannya...yang paling haru..dalam kereta kancil itulah dia simpan barang kemas yang bernilai puluhan ribu ringgit !!! wooow!! hanya dengan berjual goreng pisang ..hakak nih sebenarnya begitu kaya !! semstinya lepas nih perspektif mokwo terhadap penjual nasi lemak or penjual goreng pisang pasti berbeda!!!

dek terasa sedikit insaf...iyolah tuh..sebenarnya malas...eh3x bukan.. sedikit sedatif ari nih..tekak maukan lauk2 yg jimat2 pula....tengok masakkan berlemak dan goreng terasa fening nak uwek3x semacam jek! kerr ku ada sesuatu..jeng3x.


timun masak air...lawan dengan  ikan kering goreng dan sambal tempoyak (not in the pic)...fuhhh!!
nih kan kalau masak hari2 lauk gini ada harapan tak mokwo nak kayo?.../wahaha






Bahan2nya:
2 biji timun- buang kulit dan belah empat, buangkan sedikit empulurnya, tak nak buang pun tak pa
10 ekor ikan bilis - basuh bersih- tumbuk
3 ulas bawang putih -tumbuk
1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
1/4 kiub ikan bilis knorr
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

cara2nya:

  1. masukkan bahan2 tumbuk dan air kedalam periuk. didihkan
  2. masukkan timun yang telah di potong 2.5"
  3. masak sampai timun empuk. perisakan dengan kiub ikan bilis , garam dan gula secukupnya

Sunday, October 16, 2011

Food Processor untuk meng'kek' ??

Assalaamualaikum....
Pernah suatu masa dahulu...ada seseorang bertanya tentang kegunaan Food Processor dalam pembuatan kek..minta maaf ye..mokwo lupa dah nama sapa lah  yang bertanya tuh......

sebetulnya, mokwo tak pernah buat kek menggunakan Food Processor nih.....kebiasaan hanya menggunakan mixer sahaja...so tak pa ! kita terai

Kalau tak silap mokwo , mokwo buat kek butter oreo...tapi di sebabkan dan agak lama buat, mokwo dah tak ingat dah  resepi nih diambil dari mana...kalau sesiapa yang berminat boleh google sendiri yek!

mula2 pilih blade yang sesuai....sebenarnya ada 2 jenis blade yg berbentuk serupa..cuma satu panjang dan satu lagi lebih pendek yang di guna untuk mengadun roti...yang nih adalah blade yang panjang punya!

mula2..proses standard lah ni....masukkan butter dan gula ..kemudian putar sampai creamy dan bertukar kaler yg lebih pucat..took about 3 minutes...mixer kat belakang tuh sukah hati laaar dapt cuti free!

kemudian masukkan telur, one at a time..then di susuli dengan tetepung , biskut oreo dan susu cair..adun sampai sebati..proses ambil masa dlam 6-7min

bila dah selesai bako...taaa daaa...inilah hasilnya...kek menjadi bantat..cuba tengok bahagian bawah yang seakan2 bengkang
kek nih bukan sahaja bantat malah rasanya pun tak sedap...kami anak beranak hanya makan suku kek sahaja..selebih nya ..u ols boleh agak lah kitaorang 'sedekah' kat sapa.....kat Mr.'Bin" lah..takkan nak bagi jiran..wat malu kompeni ajeerr...

so konklusinya di sini...kalau nak buat kek ..lebih afdal guna mixer kerana kekdah mixer akan lebih memerangkap banyak udara..dan kek akan jadi lebih gebu....

ataupun....

keeeerrr....hakak yang tak gheti guna food processor tuh??.../sweat........:)

Friday, October 14, 2011

Ukur baju di Body sendiri...ini Ayam tak pakai baju !

Assalamualaikum....salam sejahtera....
kembali bersiaran lagi di alam maya...sebenarnya mokwo sudah kembali  dari awal minggu ni lagi..tapi dek banyak permasaalahan yang timbul di campur semangat cuti2 yang masih menebal...sudahnya asyik tertangguh ajerr nak buat n3..kekadang teruja sungguh melihat rakan2 se'pemasak' lain yang begitu rajin membuat post baru..mereka nih sungguh dedikasi !!...tak macam mokwo...apo nak di buek kan...tiap2 individu Allah jadikan berbeza...stamina dan masa lapang juga di berinya berbeza2..so harap maaf lerr atas kelembapan mokwo nak hap date...kenalah kita ukur baju di body sendiri..ye tak...kang kira nak berlumba dengan orang lain....hapa kerja kita nanti tak terbuat..kena sedekah maki hamun free dengan boss lagi ada !!

bercakap pasal ukur2 baju nih.....teringatlah mokwo akan seorang sedara mokwo nih.....lately asyik nak buat cerita sedih lagi pilu....tujuannya......nak pinjam duit dari kami !! kekadang cerita sedih dia tuh memang tak masuk dek akal..seperti cerita nih bahawa dia kena settlekan bayaran kereta dengan bank...sebuah kereta kancil myvi di buat pinjaman atas nama dia tetapi di guna pakai oleh orang lain..kebelakangan ini orang yang memakai kereta tu tak mau bayar ansuran kereta..sudahnya bank akan bertindak menarik kereta tersebut dan sedara mokwo nih akan di 'blacklist'......looor cerdik ( yang tak berapa) dan baik hati (tak bertempat) sungguh laaaah sedara mokwo nih.....mudahnya termakan dengan kata2 manis orang yang dikenalinya hanya beberapa minggu ajerr......ishh3x Istighfar panjang mokwo dengar cerita dia !! kalau sikit2 boleh kami tulun..tapi bila dah mencecah ribu raban....hemm kita orang pun tak tau mana nak seluk !!

bukan itu sahaja..sedara mokwo nih memang terkenal dengan cara hidup yang luxury...biarpun tak dak duit......kerja nya meng'hebat' dan above standard memanjang........adakalanya yang paling tak tahan....kitaorang pula yang terpaksa ikat perut utk bagi duit kat dia.....hemmm bukan nak ungkit....tapi cara dia betul2 buat mokwo geleng kepala...kalau susah buatlah cara susah...bila tak berduit usahlah beli tv plasma beso2 tuh ( yang mokwo sendiri tak terbeli ), usahlah semborono makan2 angin dan janganlah tanam sifat suka berhutang......dah tu bila dah pinjam bukan tau nak bayo balik.....biarpun tangan memberi itu adalah lebih baik dari tangan yang meminta...tapi tahu kah kita dengan meminta2 atau suka berhutang itu..Allah bukakan lebih banyak pintu2 kefakiran, in short kita bukan jadi lagi kaya..malah lagi miskin.........tapi lain pula kalau meminta pada Allah...selagi kita sebagai hamba ni asyik dok mintak..lagi Allah swt suka..sebb Dia itu Maha Kaya....sebagai muhasabah untuk kita bersama yek! kalau masih tegar sifat suka berhutang  tuh....eloklah buang jauh2 naaaa !!

wokah lah.....ayam nih mokwo masak kala tak berkesempatan nak masak ayam pesen rumit2....cukup simple dan rasa nya pun not bad at all...di kala kesibukkan melanda begini masak jer ape yang tercapai dek tangan...Alhamdulillah sedap sehingga menjilat siku...dah tuh kuah meleleh sampai siku.!! :))

makanan yang simple kadang kala cukup menyelerakan!


mokwo gandingkan dengan penne yang di campur mushroom soup campbell......senang keje!

Ayam Bakar Hoisin
5 ketul whole chicken leg
4 sudu besar sos hoisin (mokwo guna jenama life)
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa

cara2:
  1. bersihkan ayam dan gaulkan semua bahan2 di atas 
  2. perap 2 jam
  3. bakar pada suhu 190 C selama 45-50 min
sosnya:
  1. ambil air lebihan bakar ayam dan air perapan ayam
  2. masak di dalam periuk..kalau nak pekat boleh tambahkan sedikit tepung ubi
  3. perisakan dengan garam dan gula, serta sedikit sos tomato...yang tak de sukatan khusus yek!
p/s : terimakasih kepada semua yang telah tinggalkan komens..mokwo ade menghadapi sedikit masaalah bila nak  balas  komen u ols ..moga2 mokwo ada masa untuk berkunjung ke blog rakan2 semua!

    Wednesday, October 5, 2011

    Puding Avokado...... dari Puding rose !

    Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman........
    sebelum mokwo pergi bercuti.....tak kemana pun balik kampung ajerr....mokwo tinggalkan u all dengan resepi puding avokado...godeh2 nak clearkan fridge..terjumpa 2 biji avokado...tak hingat dah bila beli...nak buat smoothies macam dah muak makan...so pikir2 ternampak resepi puding rose kak nor..mokwo pinjam japlah resepi itu...

    Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan....sebb resepi asal pun memang sedap sungguh

    sekarang dah mula nak suka puding lak!



    resepi asal boleh pergi ke dapur kak nor di SINI...yang di bawah nih resepi yang mokwo dah olah...many2 thanks to kak nor!!

    pssst3x! kak nor ..kalau tak tau nak simpan kat mana silikon mould chomey2 tuh meh lerr cini..kita boleh tulun simpankan...:))

    guna plastic mould.....


    Puding Avokado :

    Bahan2 nya : 1 cawan = 250ml

    10 gm agar2 tali-- basuh dah rendam sekejap
    3 cawan air
    9 sudu besar gula
    1 biji avokado-- belah dan korek isinya
    1 cawan susu cair
    1 biji telur (A)
    1 sudu besar mentega
    beberapa titik pandan paste


    Cara:

    Masak air bersama serbuk agar2 dan daun pandan sehingga agar2 larut Masak lagi hingga mendidih.
    Kisar avokado bersama susu cair ,gula dan telur hingga halus.
    Tuangkan ke dalam adunan agar2 tadi dan masak lagi hingga semua agar2 larut
    Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair dan sebati.
    Masukkan pandan paste utk menaikkan warna bagi puding ini.
    Tuangkan ke dalam loyang yg disukai.
    Biarkan puding sejuk/mengeras sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
    Bila puding dah betul2 sejuk, bolehlah dihidangkan.



    this one guna silicone mould kering kontang......memang jadi gerutu cam tuh!

    sehingga ketemu kembali yekk! wassalam....daaaa ada yang ikut kerr??

    Tuesday, October 4, 2011

    kek karemel...acu coba try testing gak!

    sessi gatai tangan...buat kek karemel pagi2 buta coz..mokwo ade appointment yg harus di settle.pada pukl sepuluh pagi

    alhamdullilah karemel tuh masak sempurna..tapi kan kek dia jadi kembang semacam lak..texture seolah2 kek chiffon jadik nya..mungkin terlebih pukul...tak pa 1st attempt...trial n error..learn from mistakes

    tq to ita masam manis..yg telah provide tutorial panjang lebar beserta gambo n step by step yang cukup gorjes..tq jugak utk kawan2 ita...chantiq2 belaka gambo di blog ita...suka jamu mata di sana !!

    tq jugak tu cheq sue..sebb mokwo copy resepi nih dari blog dia....kembung dan lawo kek  cheq sue...mengingatkan mokwo supaya x leh buat selalu ...nanti jadi kembung cam kek tuh..tak turun2, pokwo gak yg susah.../wahaha

    satu lagi masaalah bila buat kek nih...bebudak asyik dok korek dia punya karemel ajer...last2 tinggal togel, span kek ajer...mana ade ummmph nak makan....bebudak bertuah sungguh !!

    kesalahan pertama..loyang kek lupa nak di sapu grease...bahagian tepi kek melekat di loyang!


    oklah pada yg masih rasa teragak2 nak buat tuh..bolehlah cuba..InsyaAllah kalau di ikuti steps yg di tunjukkan ita dengan betul..kek pasti menjadi...part yang nak susah pun ...tang marbling tuh ajer...sebab adunan macam seakan2 'lari sana sini '...tapi bila dah hampir selesai..tak jadi masaalah lagi...so hepi trying everyone !! mokwo dah buat..u all bila lagi??

    kesalahan kedua..adunan kek terlalu kembang..banyak gelembung udara..kek jadi wobbling..terlalu lembut bak sutera!
    KEK KAREMEL

    Resepi Asal : Munirah Baharum (FB)
    Sumber : Ita Masam Manis


    Gula Hangus
    2 sudu besar gula pasir

    Sediakan loyang 8 inc.mokwo guna 9"
    Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
    Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
    Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

    Bahan Karemel
    1/2 tin susu cair (200gm )
    70g gula castor cheq sue guna 50 g
    1/2 sudu teh esen vanilla
    3 biji kuning telur

    Kacau susu dan gula hingga gula larut.
    Kacau telur dan esen perlahan.
    Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
    Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
    Ketepikan.
    Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.


    Adunan Kek Bahan 1
    70g gula kastor (50 g)
    3 biji telur kuning
    135ml air
    45ml minyak masak

    Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
    Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


    Adunan Kek Bahan 2
    140 gm tepung gandum
    1 sudu teh baking powder

    Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
    Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
    Ketepikan.


    Merinque
    6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
    70g gula castor (50 g)
    1 sudu teh krim of tar2

    Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
    Pukul putih telur hingga berbuih
    Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
    Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
    Gaul rata secara kaup balik
    Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


    Cara-cara :
    Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
    Letakkan pewarna yang anda sukai.
    Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
    Belang- belangkan adunan
    Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.yang ni bergantung kepada warna2 yang digunakan...cheq sue guna merah. hijau dan kuning, mokwo guna koko emulco,dan lagi satu plain
    Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
    Akhir sekali dengan satu sudu.
    Lorekkan atas adunan dengan lidi.
    Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
    Gunakan api bawah sahaja.

    Kaedah Steam Bath
    Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
    Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
    Letakkan pada rak bawah dalam oven.
    Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
    Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
    Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
    Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
    Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
    Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

    Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
    Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
    Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

    mokwo syorkan pergi ke blog Ita untuk gambaran yg lebih jelas !!

    kesalahan ketiga..tinggalkan kek nih pada pokwo...bila mokwo balik hampir separuh kek pokwo dan ngap...ohh my dear pokwo !!hemm..nampaknya next time kena buat lagi...kalau ghajin hihi....bercinta sungguh!!

    konklusinya..kek nih memang sedap!

    Sunday, October 2, 2011

    kek epal sihat !!

    Assalamualaikum pembaca budiman....
    Minggu lepas adalah minggu yang sibuk...sejak hari Isnin mokwo udah memulakan projek dobi-mendobi....segala mak nenek langsir Alhamdulillah sudah selesai di basuh...perkara yang sepatutnya mokwo buat sebelum Raya puasa dulu, baru sekarang selesai...apakan daya baru sekarang ada mesin basuh yang besar......bercinta sebenarnya nak beli yang baru..sebab mesin basuh yang kecil masih elok lagi...tapi bila di timbang2 balik berbaloi gak beli....kain baju kotor yang melonggok tuh kira mokwo masuk sekali harung ajerlah...amny yang kecik pun boleh rajin tolong basuh..mana tak nya....masuk baju n then hanya main tekan2 button yang berkenaan ajer...jimat masa ..sukah2.......now ada lebih skit masa nak menempek di PC...

    pokwo tak abeh2 tersengeh2 melihat gelagat mokwo...dah lama dia offer nak beli mesin basuh yang baru.....tapi al-maklumlah..mokwo ni kan isteri mithali...tak nak menyusahkan suami yang penat lelah mencari rezki....ecehceh...pokwo memang untung!! :))

    oklah tk sah menceceh panjang...moh lerr kite mengasah bakat buat kek pulak..lama dah rasanya tak buat kek...ye lah bulan posa mana lalu nak telan kek....macam tak kena ajer  dek anak tekak...lepas raya , mokwo tengok sana sinun dok pakat2 buat kek belaka....hajat di hati nak buat kek karemel felangi2 getuww...tapi kiv lah dulu...mokwo nak perabihkan epal.....kali nih mokwo buatkan kek yang healthy punya!!..ada epal dan menggunakan minyak zaitun



    resepi asal dari Sini...tapi since mokwo buat half batch...sukatan pun kuranglah...dan mokwo sudah olah sedikit sebanyak sesedap rasa...

    sejurus selepas di bakar ..kek nih seakan2 garing pada permukaan atasnya..mokwo syorkan untuk di biarkan semalaman pada suhu bilik..kek nih akan menjadi lebih lembut dan moist


    KEK EPAL SIHAT( resepi asal Apple spice cake )

    160ml minyak zaiton ( sebeno nyer guna butter cair lagi sodapp!! )
    1 ½ cawan tepung gandum *
    ½ sudu kecil serbuk kayu manis *
    ½ sudu kecil baking soda *
    ½ sudu kecil baking powder *
    ½  cawan gula perang
    ½ cawan gula pasir ( manis jugak nih..syorkan kurangkan 1 sudu besar )
    2 biji telur
    1 ¾ cawan epal yg telah di kupas kulit dan di dadu
    1 biji limau kasturi --ambil jusnya shaja
     ½ cawan kacang walnut-- kalau suka ( mokwo tak letak )

    --- loyang 7"......sukatan 1 cawan = 250ml

    cara2:
    1. ayak bahan yang bertanda *. ketepikan
    2. dengan mixer high speed pukul minyak + gula + telur  sehingga kembang
    3. masukkan bahan yang di ayak tadi kedalam adunan di atas ..kaup balik sampai sebati
    4. masukkan epal dan jus limau kasturi..kaup balik sampai sebati
    5. bakar dalam oven bersuhu 170 C selama 50 minit

    Sunday, September 25, 2011

    Ikan belanak masak tempoyak....selera lepas raya!

    Assalamualaikum....salam santai 1 Malaysia ...kalau sesiapa yang kena berkerja di hari minggu tuh..selamat berkerja yek!...tak moh merungut2 wokah...bekerja menyara keluarga juga boleh di jadikan ibadah..kalau kena dengan syariat Islam

    Ikan belanak...first time mokwo jumpa...selama nih dok dengar hanya cerita2 tentang nya...cukup payah nak jumpa di pasar2 biasa...harga nya pun boleh tahan mahal nya...pokwo yg beli di pasar ikan bagan lalang...brapa sekilo pun dia tak pasti ...rembat ajerr tak moh banyak cakap sebb pokwo tengok hanya ada tinggal sekor


    Rupa nya memang sedap ikan  ni...lembut dan lemak isinya..lebih2 lagi bila ikan memang fresh...jika ketemu lagi..mokwo mau beli banyak ekor....nak try goreng or bakar...tapi kan yang tak tahan tu tang dia punya kepala....alamak aii serupa itu ularrr....hemm mokwo tutup mata makan tau..!!




    resepi yang mokwo copy dari cik gu Ina...mana dah menghilang mak budak nih...Ina kata resepi nih di perturunkan dari Ummi Kuantan..tq to both lovely happy-go-lucky ladies ! resepi simple yang sedap !! 

    1. ikan belanak..pic yang mokwo pinjam dari visiklasik..tq!
    Bahan-bahan

    2 ekor ikan patin - elok yang sungai punya (saiz sedang) - mokwo x makan ikan patin ganti ikan belanak!

    12 - 14 tangkai cili padi - ditumbuk
    2 ulas bawang putih - ditumbuk
    2 inci kunyit hidup - ditumbuk
    2 cawan tempoyak (akak guna 1 cawan tempoyak agak lama (masam sikit) & 1 cawan tempoyak baru sikit, kalau tempoyak baru semua, kena letak 1-2 kpg asam gelugor)
    1/2 batang timun taun (timun tua yang berwarna coklat gitu) - hana gune timun biasa jerk, mokwo buh terung!

    8 - 10 tangkai daun kesum
    2 kuntum bunga kantan - belah 2
    2 cawan air untuk kuah secukupnya (jangan terlalu cair)
    garam secukup rasa
    gula (optional) - kalau terpedas sangatlah

    Cara-cara
    Ikan dipotong dan dibersihkan. Kemudian diperap dengan garam dan limau nipis lebih kurang 20 - 30 minit. Bersihkan semula dan toskan.
    Timun dibelah dua dan dibuang biji tengahnya dan potong 1/2 inci tebal. Bersihkan dan ketepikan.
    Masukkan bahan tumbuk dan tempoyak dengan 1/2 cawan air dulu ke dalam periuk. Renehkan sebentar agar cili benar-benar masak.
    Bila telah mendidih, masukkan air untuk kuahnya beserta timun taun.
    Biarkan timun masak bersama tempoyak dahulu hingga 3/4 lembut dengan api sederhana perlahan. (timun ni agak keras jugak)
    Kemudian masukkan bungan kantan dan daun kesum. Biar sebentar biar kantan lembut.
    Masukkan ikan patin dan kacau sesekali sahaja. (ikan patin cepat masak dan mudah hancur jika selalu dikacau). Boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat. Biarkan mereneh dan letak garam secukup rasa.

    Saturday, September 24, 2011

    Ho...Ho...Ho..Holy !!

    Amny " Umi ! gula2 nih seposen jerrrrr...!!"
    Mokwo " wahh murah!!!..pandai anak umi dapat beli gula2 sendiri..murah lak tuh "

    amny dah siap sedia nak buka balutan gula2 yang di belinya tadi..tak sabar nak makan..... gula2 pertama yang di beli  oleh amny sendiri di sebuah kedai buku yang berdekatan

    Mokwo " Meh umi nengok ..macam mana ke ghupe gula tuh ..." ( ade lagi kat dunia nih gula2 lollipop yang berege 10 sen...musyhkil bercampur heran)

    "MasyaAllah!!.....amny!! nanti beli gula lain lah wokay...gula nih umi takut tak halal..nanti makan hati gelap tau !!"
    Amny hanya tercengang sambil mengangguk kepala...kali nih kakak ikut sekali, temankan adiknya amny beli gula2...

    meh tengok gula ape tuh....

    sepintas lalu gula2 nih..tiada cacat celanya..!

    pada plastik pembungkusnya tertera nama 'HOLY POP'...salahkah mokwo merasa was2 lagi curiga??

    Thursday, September 22, 2011

    COQ TOQUA IKAN.....pernah rasa tak??

    apeee tak pernah ghase...( nada buat2 terkejut )...Coq toqua ikan ( bahse kedah ) atau jepuk tahu ike (bahse kelate ) or cucur tauhu ikan ( bahse standard malaysia baku ) :))

    hemm you all layan jelah resepi nih..baru habis buat breakfast..lunch bolum masak laeii...wahh darurat nih !!
    nilerr penangan melangut depan pc pagi2 lagi...haah amalkan selalu yeaa..dah kena sound dah nih !! adeh dehh pedih 3x!


    kalau sesiapa yang teringin..inilah resepi nya..resepi yang mokwo sudah ubah suai sesedap rasa:

    Cucur Tauhu Ikan

    1 cawan tepung gandum
    1 cawan isi ikan yang telah di rebus dan di buang tulang , lecek halus ( mokwo suka guna ikan mata besar)
    1 ketul tauhu lembut ( 300gm ) - lecek
    1 biji telur
    1 biji bawang besar --cincang halus
    2 ulas bawang puith-- cincang halus
    daun ketumbar --cincang
    1 sudu kecil lada hitam-- tumbuk
    garam dan gula secukup rasa
    sedikit air rebusan ikan--campur sehingga membentuk adunan seperti adunan cucur
    minyak secukupnay utk goreng terendam

    cara2:
    1. satukan semua bahan kecuali telur..pukul telur sedikit berbuih bari masukkan dalam adunan
    2. panaskan minyak..sudukan adunan dan goring sampai keperangan
    3. buat sampai habis
    4. boleh di makan begitu sahaja atau di hidang bersama2 sos cili

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...