Pages

Thursday, May 24, 2012

Alahai dapur.....

ASSALAMUALAIKUM........

Whoooooaaa....lamonyooo mokwo tak hapdet....nak buat macamana kan..mokwo sibuk melayan tetamu dan dapur ku pun macam tongkang pecah......tak cayo..???...tak cayo tengok lah gambor di bawah


sebenarnya dapur mokwo baru aje selesai di ubahsuai sikit....hanya tukar apa2 yang dah rosak aje...nak tukar memang tak susah coz orang lain yang buat...cuma bila diaorang drill sana-sini...satu rumah mokwo di selimuti habuk....since mokwo ni pengidap asma, mokwo cukup alah dengan habuk...hampir setiap hari mokwo rase nak demam dan tak berapa sihat kerna menyedut habuk...uhuk, uhuk..!

Alhamdulillah sekarang dapur mokwo sudah dalam proses spring cleaning...mokwo buat sikit2, ikut kederat yang ada.....pokwo sarankan mokwo upah orang tapi mokwo sudah serik...
kerana selang beberapa hari sebelum tuh. mokwo ada upah orang utk mencuci air-con.....sedang mereka sibuk mencuci, mokwo terpaksa lari sekejap kerana nak mengambil amny dari school...rupa2nya dalam masa 30min itu, mereka gunakan utk geledah barang2 mokwo...

lepas seminggu baru mokwo perasan yang mokwo kehilangan sebentuk cincin kawin mokwo (satu2nya cincin yang mokwo ade..kenangan yng hanya tinggal kenangan), pokwo's electrik shaver (murah je nih...pun nak ambek!) dan mokwo punya digital scale..(gamaknya nak membaking jugak dia nih!!)...

frust jugak...bukan sebab harganya tetapi sebab menyusahkan mokwo dalam banyak hal setelah kehilangan benda2 tersebut...lantas segala mak nenek masak memasak yang menggunakan digital scale, timbang menimbang, terpaksa mokwo batalkan..sementara nak beli scale yang baru...

alahai susah jugak jugak nak memujuk hati utk redho atas apa yang berlaku...tapi mokwo cuba jugaklah..sudah ketentuan Allah untuk berlakunya sesuatu hal...tapi kalau Malaysia nih ada hukum hudud...mokwo masih mau si pencuri itu di potong tangannya....nampak macam  mokwo ni kejam...tapi ada mokwo kisah, sebab barang haku yg hilang ! huhuhu!
jumpa madu yang masih penuh dan masih dalam keadaan baik...hemm hilang benda lain jumpa pulak benda lain..Alhamdulillah rezki jugak nih!

so okaylah...mokwo nak sambung membersih dan mengemop...take care dan pesan mokwo jangan sesekali gatai tangan mencuri hak orang lain...tak kiralah harta benda ke, daun pandan ker, gambo2 dalam blog2 masakan ker, hape2 sekali pun yang di ambil tanpa izin...di dunia nih mungkin kita tak kena apa2..tapi pembalasan di akhirat sana sudah pasti lebih pedih naaaaa!

Selamat berpuasa dan berbuka bagi yang sedang mengerjakan puasa sunat !!! moga amalan kita yang baik di terima Allah swt. amiiin

Wednesday, May 2, 2012

Makan Nasi Kabsa

Assalamualaikum....
ini cerita semalam.....hari buruh..buruh ajer yang cuti..kaum ibu tak da makna nya nak cuti kan.......sebelum menghantar Along Hadi ke asrama...mokwo masakan Nasi Kabsa nih...sedap sungguh Nasi ala2 middle east nih...keistimewaan nya datang dari bau rempah di kombinasikan dengan beras yang panjang...aduh, duh...sedapnya fizikal dan mental...:))

Masa tengah masak nasi nih , amny melompat2 seronok...katanya "yeah, yeah..Ummi masak nasik HARIRAYA"...:))

nak tergelak mokwo mendengarnya...nampak sangat mokwo jarang masak nasi2 special gini....mokwo bukan apa...mokwo nih cukup alergik dengan nasi sebegini..coz nanti mokwo jugak yang akan makan  dengan tak hingat dunia...bahaya deh!!

rempah kabsa nih mokwo beli yang dah siap punya...tq to kak erna,  jelajah juga mokwo satu giant nak cari rempah nih...Alhamdulillah jumpa jugak gerai kecil molek yang turut menjual pelbagai barangan middle east yang lain...(nanti nak beli  olive oil di situ...mcm2 adaaa!)
di sebab kan ayam mokwo terpotong kecil2..(memang kuat berangan tokeh ayam tuh)...mokwo terpaksa buat rebus dulu ayam tuh dan kemudian air rebusan itu mokwo gunakan untuk masak nasi...ayam yang 3/4 masak tuh mokwo goreng berasingan...rasa dia masih menten sedap......dan  rasanya lebih sedap dari nasi Bukhara yang mokwo makan kat Syed Bistro restoran tempohari
cili hijau tak ade..kenalah guna cili merah

Resepinya mokwo terbekenan dekat blog kak Erna..Kak Erna pula ceduk kat dapur Kak Nor...Kak nor pula skodeng dari Zaliedana...resepi asal dari Raidah...Raidah juga ada menyertakan resepi untuk rempah kabsa from scratch....so do check it out yeah!

Tq very2 much ladies for sharing , lepas tuh susah payah letak dalam blog untuk tatapan semua..kalau tak, dah bongkok pun mokwo tak tau apa itu NASI KABSA!!
mokwo tak dak saffron, so mokwo tumbuk kunyit skit bagi dia kaler kuning!

NASI KABSA
resipi : ResipiRaidah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**
utk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon.
utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.



Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.



Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...