ini cerita semalam.....hari buruh..buruh ajer yang cuti..kaum ibu tak da makna nya nak cuti kan.......sebelum menghantar Along Hadi ke asrama...mokwo masakan Nasi Kabsa nih...sedap sungguh Nasi ala2 middle east nih...keistimewaan nya datang dari bau rempah di kombinasikan dengan beras yang panjang...aduh, duh...sedapnya fizikal dan mental...:))
Masa tengah masak nasi nih , amny melompat2 seronok...katanya "yeah, yeah..Ummi masak nasik HARIRAYA"...:))
nak tergelak mokwo mendengarnya...nampak sangat mokwo jarang masak nasi2 special gini....mokwo bukan apa...mokwo nih cukup alergik dengan nasi sebegini..coz nanti mokwo jugak yang akan makan dengan tak hingat dunia...bahaya deh!!
rempah kabsa nih mokwo beli yang dah siap punya...tq to kak erna, jelajah juga mokwo satu giant nak cari rempah nih...Alhamdulillah jumpa jugak gerai kecil molek yang turut menjual pelbagai barangan middle east yang lain...(nanti nak beli olive oil di situ...mcm2 adaaa!)
di sebab kan ayam mokwo terpotong kecil2..(memang kuat berangan tokeh ayam tuh)...mokwo terpaksa buat rebus dulu ayam tuh dan kemudian air rebusan itu mokwo gunakan untuk masak nasi...ayam yang 3/4 masak tuh mokwo goreng berasingan...rasa dia masih menten sedap......dan rasanya lebih sedap dari nasi Bukhara yang mokwo makan kat Syed Bistro restoran tempohari
cili hijau tak ade..kenalah guna cili merah |
Tq very2 much ladies for sharing , lepas tuh susah payah letak dalam blog untuk tatapan semua..kalau tak, dah bongkok pun mokwo tak tau apa itu NASI KABSA!!
mokwo tak dak saffron, so mokwo tumbuk kunyit skit bagi dia kaler kuning! |
NASI KABSA
resipi : ResipiRaidah
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan:1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.
**
utk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon.
utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.
Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
8 comments:
tumpang lalu mokwo, nk nasi kabsa 2 pinggan..haha mmg sedap tk rugi mencubanya...kecur aja nur tengok...telan air liur aja nie
salam mokwo.geram tengok nasi yang panjang2 tu kan..he he..lagi geram bila makan tak boleh satu pinggan.
mokwo sejak ada rempah kabsa tu..asal masak nasi raya je..he he ikut kata anak mokwo le ni akak letak sikit rempah tu..baru2 ni akak buat nasi minyak..masa tumis bahan2 penumis tu..akak masukkan satu sudu teh rempah kabsa..mak ai..mokwo..bukan puji diri sendiri tau..nasi minyak biasa tu jadi sangat sedap..he he..jangan terliur ye mokwo..tapi memang sedap..dah 3 kali dah akak buat..anak2 suka.
dah lama memending resepi ni...dok plan nak buat rempahnya dulu...tapi sampai loni x jadi2 lagi...
pssstt...ingat tadi dah salam rumah... ^^
ishh.. sorang lg tayang nasi kabsa... nak buat, hanya dua mulut jer yg ada kat rumah.. apasal lah mokwo tak hantar sepinggan nasi tu kat sini. boleh ku kongsi dgn cik abe :)
mokwo, kalau rempah nasi kabsa yg along k.nor bawak balik aritu kan, siap ada rempah hidup (rempah 4 beradik tuh) pastu ada daun bay, ada limau kering sekali.. nanti la kalau diizinkan Allah.... ^____^
salam mokwo..lama dah tak masak/makan nasi kabsah ni... ingat nk buat la jugak, tp list utk nasi berderet2 tunggu turn, mana dengan nasi komok, biryani, dagang...aduhh!! mana satu nk buat dulu ni??
cantik nasi tue..beras panjang2..alahaiiii tergoda tgo..bila la nk cuba nie:)
1st time tengok..blh dicuba
salam mokwo..
timekasih sudi singgah kat sarang tempua kita..
minggu ni asyik jumpa nasi kabsa jer...ni yg rasa takleh tahan ni...
timekasih pada mokwo yg sudi kongsi resepi ya..
org suk kongsi2ni tak rugi, tak gitu mokwo?
Post a Comment