Pages

Showing posts with label lauk. Show all posts
Showing posts with label lauk. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

salam Rindu Ya Ramadhan...siakap 3 rasa ala THai

Assalaamualaikum,
Alhamdulillah...bertemu kembali kita bersama2 di bulan Ramadhan, bulan yang penuh kemuliaan dan barakah...Moga2 kita Di beri kesempatan waktu dan kenikmatan kesihatan dari Allah swt untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan kali ni yek!

Awal2 pagi semasa menghantar Amny ke school...Amny sudah buat gempak....katanya dia tertinggal bekal di rumah...KNJ pun panik jugak...dalam hati...alahai tak sudah!...sebentar kemudian..masing2 berderai ketawa.......loooor....kan puasa, so Amny mana ade nak bawak bekal...bertuah punya budak !!!
hingga ke petang begini...Alhamdulillah Amny masih boleh bertahan....tak ada 'tragedi' termakan or terminum seperti tahun2 sudah..... :) ...sebab agaknya dah besar 8 tahun ni dah bertambah cerdik lah dia....Happy Birthday to Amny...harijadi nya yang jatuhnya pada 1st ramadhan...kiranya tak buatlah kek bagai untuk dia ...sebab puasa kan...tak dak orang lalu nak makan kek time berbuka dan malas pun ye jugak... :D

Since lauk ayam dan daging semacam punya mahal lah lately kat somban ni...Hari ni KNJ masak lauk ikanlah untuk berbuka...masak awal2 jugak sebab ada hamba Allah kat rumah ni yang di beri 'MC' oleh Allah...so boleh dia santap2 nyorok2...kang anak2 nampak pakat2 nak berbuka lak...jenuh...kekadang tak puasa pun, tekak kering semacam orang berpuasa jugak :))






Ikan masak 3 rasa..sedap jugak...resepi asal dari Chef Hanieliza from Ummi Zaihadi tapi KNJ ikut cara TTM ( apa khabar dia agaknya? )...
KNJ letak di sini...utk bagi idea  pembaca2 KNJ buat juadah berbuka....daaa...nak sambung tengok citer korea ( Fashion King ) lak.. selamat berbuka dan selamat menjalani ibadah Tarawikh !

 SIakap 3 Rasa Ala Thai

sumber; TTM,  Ummi Zaihadi

Bahan A:-


  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris) - * ummi kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar (*ni ummi tambah)
  • 1/3 biji capsicum merah (*ni ummi tambah nk habiskan stok)
  • 1/3 biji capsicum hijau (*ni ummi tambah gak)
  • 1 biji tomato - didadu kasar) (*ni ummi letak, jadi xletak yg dibelah dah)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
Bahan B:- (untuk sos)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji buah tomato (dipotong 4)
Cara-Cara:-
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (*akak gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*akak bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.


Wednesday, May 8, 2013

PRU 13 Nasi Tomato dan Ayam Merah!

Assalaamualaikum,
KNJ masih di sini.....belum prgi ke kursus pun...haha...ngelat...selagi boleh di delay..kita delay lah...
U aols apa khabar..KNJ harap berada dlam keadaan yang memuaskan lah yek!

Amacam pilihanraya umum 13 hari tu...memuaskan??? sudah menjadi adat bertanding..ada pemenang mesti nak ada yang kalah...bila dah kalah MESTI akan ada berpeluang untuk MENANG...In Sha Allah! perjuangan itu memang tiada noktah...so don't give up...keep believing ! Allah bersama-sama dengan orang2 yang benar!

Nanti Kita sama-sama tengok apa outcome yang di perolehi dari PRU hari tu yek...pada yang menang ,Tahniah..,silalah kotakan janji2 manis or manifesto yang telah anda gembar gemburkan.....benda2 tu adalah amanah rakyat yek...jangan last2 minit baru nak kelam kabut!


ok!  enough talk about politics....kalau sapa2 rase nak bertengang urat pasal politik boleh meroyan dekat blog2 politik yng lain...Semanis Madu ni blog makan2, blog suka2, blog kongsi resepi dan blog yang akan menjana positivity...Harap Maklum!


Hari ni masak awal-seawalnye, KNJ..sebab banyak benda harus akak settle kan...lama dah nak masak nasik tomato...sampai beli jugak KNJ dekat pasar malam Ahad baru2 ni...hemm rasanya boleh tahan , tapi ayam nya kiut miut......so itulah KNJ usaha jugak buat hari ni...masak ayam merah sekor...puaslah anak2 n pokwo makan...kalau tak habis derang boleh lah hangatkan esok...senang keje my dear pokwo!

resepi dari Raihan Shaari empunya blog Periuk Tanah..tq!

NASI TOMATO

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

2 cawan beras basmathi- cuci dan toskan
1 labu bawang besar didadu kecil
2 ulas bawang putih diketuk
1/2 inci halia dihiris halus
sekuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga, 1 inci kulit kayu manis
1/2 cawan tomato puri
1/2 cawan susu cair
2 1/2 cawan air- K.An suka nasi yang lembut, kalau suka yang agak kering kurangkan 1/2 cawan air
sedikit garam
1/2 biji tomato didadu kecil
2 sudu besar minyak sapi ( KNJ guna minyak kelapa Dara )

Cara memasaknya:

1. Gunakan periuk nasi biasa. Letakkan di atas dapur gas dahulu. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis, bawang besar, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi.

2. Masukkan beras dan goreng seketika- (anggaran 1 minit). Masukkan tomato puri, susu cair, air, buah tomato dan garam. Kacau sebati. Matikan api dan alihkan periuk ke punca elektrik.

3. Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi masak, kacau dengan senduk atau garpu agar nasi peroi. Tambah kismis, gajus dan daun sup/ bawang jika suka. (arwah ayah K.An dulu-dulu suka tambah kacang 'peas' hijau kat dalam tin tu.... (toskan dalam 2 sudu besar, lepas tu campurkan dalam nasi...) sedap juga...

**** nasi tomato ni macam-macam versi orang membuatnya. Yang ini resepi K.An masa berniaga kat gerai 'dolu-dolu' (zaman lapang takde anak kecik tuuu...)
 KNJ gandingkan dengan Jelatah dan Ayam Masak Merah yg simple2



AYAM MASAK MERAH resepi choppy dari My Resipi

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu ( KNJ ganti dengan tomato pes)
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Monday, April 22, 2013

Yang Pedas2... Paru goreng kubis !

Assalamualaikum,
Sekarang kan kalau tengok status kengkawan di Facebook...banyak nya berbau politik kan...semangat tuh! tak pe lah memasing nak menyatakan sokongan ke atas parti2 politik kesayangan mereka ..itu akak paham...

tapi yang akak tak sedap baca bila ada makhluk Allah memainkan isu sentimen perkauman...kita di Malaysia ni, hidup dikalangan masyrakt berbilang bangsa.....benda tu kan sesuatu yang sensitif...tak wajarlah kuat sgt di dendang2 kan......sebagaimana kita tak suka kaum lain mencerca kita...sebegitu jugak kaum lain, pun naik hangin jugak lah kalau kita dok cerca dan kata benda tak elok pada derang kan!

 so berhati-hatilah dalam mengeluarkan sesuatu status..... setiap status yang di keluarkan tu..orang boleh menilai peribadi kita..secara tidak kita sedari...jadi keluarkan lah status yang lebih cerdik skit , orang baca pun menenangkan, kita pun dapat pahala jugak kerana menyebarkan benda yang baik2..!

Maka nya cukup2 lah dengan kata2 yang pedas tuh yek...tapi kalau nak makan yang pedas2 tu KNJ , no hal...kali ni KNJ memang masak terpedas skit....huuuuhaaah....berpoluh-poluh esei makan! tapikan , lagi pedas, lagi sedap kita makan.....di gandingkan dengan masak lomak cili api sayur kacang panjang dengan udang (sori no pic..:( ...boleh lencun baju di buatnya....:)
jom semak resepinya !!



 
  Paru Goreng Kubis

1/2 kilo paru-paru lembu (bersihkan dan rebus empuk dengan halia dan garam)
(kemudian gaul dengan sedikit tepung beras lalu goreng garing)
10 biji cili api *
3 ulas bwang putih*
sedikit belachan*
1 " kunyit hidup*
1/2 "halia*
air asam jawa
1 labu bawang holland- didadu /potong bulat
1sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
sayur kobis dihiris kasar--boleh jugak guna kacang panjang
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

 Cara2nya;
  •  goreng paru hingga garing. ketepikan
p/s: hati2 semasa goreng paru2, gunakan kuali yang bertutup utk keselamatan uoals!

  • tumbuk bahan2 bertanda *. tumis hingga naik bau
  • masukkan bahan2 lain kecuali sayur kobis.
  • kacau sebati. akhir sekali baru di masukkan kubis. kacau hingga kobis masak

Wednesday, April 3, 2013

Malaysian Food Fest - Ikan Percik Kelantan

Assalamualaikum,
wayoooh... sedar tak sedar, dah seminggu lebih Kak Nik Ja tak up date blog yek!...time really flies!
kali ni entry berkenaan Malaysian Food Fest - masakan Kelantan, yang di hos kan oleh Gert dari My Kitchen Snippets...jom! sesiapa nak join boleh baca syarat-syarat penyertaan di Blog Gert yek..yang pasti tiada bayaran di kenakan ...betul tak Kak Nor ??...:)

Hari ni KNJ nak memperkenalkan masakan yang cukup popular jugak di Kelantan ni ie Ikan Percik.....kalau uols pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah, di bahagian food court tingkat atas tu...boleh juling biji mata tengok berbagai juadah yang sedap2 belaka..bukan tu saja..harga dia jugak amat2 berpatutan...Ikan percik ni adalah salah satu juadah yang uoals boleh dapati di sana...

lagi satu tempat, kalau nak cari ikan percik sedap..dahulunya boleh di beli di Padang Bas , Kota Bharu ...tapi sekarang, peniaga-peniaga tu telah di pindahkan di tempat lain...KNJ masih belum berpeluang lagi nak cari.

Baru-baru ini Mama KNJ ada menyarankan Restoran Yatie Ayam percik untuk di cuba...In sha Allah, kalau balik kampung pasti KNJ akan terjah ke sana!...ohh rindunya nak pulang ke kampung!!

Yang unik tentang Ikan Percik kelantan style ni..rasa dia tak pedas langsung, berwarna lebih putih dan  manis-manis manja gitu...so bukan saja boleh di nikmati oleh orang2 tua, budak2 pun boleh makan, coz tak pedas kan! kalau tak mau ikan..uoals boleh jugak gantikan dengan ayam bakar... sedap juga! jadi lah ayam percik!

Resepi yang KNJ paparkan di sini mungkin sedikit berbeza dengan yang orang lain coz resepi ni mama KNJ yang ajar...dan setakat ni..Alhamdulillah cukup sesuai pada selera KNJ sekeluarga


Ikan Percik Kelantan style

5 ekor ikan kembung/ kerapu/bawal (KNJ guna kerapu)
air asam jawa secukupnya
1/2 inchi halia*
2 ulas bawang putih *
2 sudu kecil garam*

cara2nya:
- bersihkan ikan dan rendam dengan air asam jawa untuk 15 min
- bilas ikan dan gaul dengan bahan2 tumbuk yang bertanda *
- perap sebentar
- bakar ikan sehingga masak..KNJ guna non-stick pan aje!

bahan untuk kuah:
7 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1 inchi halia*
3 tangkai cili kering*
1 sudu kecil lada hitam*
1 batang serai *
2 keping asam keping
2 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa parut
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung

Cara:
- kisar bahan2 bertanda *
- masukkan bahan2 kisar bersama-sama asam keping dan 1 cawan air. renehkan sehingga pekat
- masukkan pula 2 cawan santan. kacau sentiasa supaya kuah tidak pecah minyak..pecah minyak tak cantik!
- masukkan pula tepung jagung yang telah di bancuh bersama 2 sudu air
- masak hingga gelegak dan pekat
- boleh lumurkan pada ikan bakar tadi dan bakar sekejap
- selamat mencuba !

budu sudah di beri nama komersial baru..pati ikan bilis!


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "



Saturday, March 16, 2013

Ayam Madu 3

Assalamualaikum,
Amboi3x...kusss semangat..nama lauk ayam Kak Nik  hari nih....lucu ade...ngeri pun ade...:D
resepi asal dari DatinLulu My resipi
mekasih!

komen Kak Nik...sedaaaaaaap.... sampai tak terkata...(padahal dah tak tau nak tulis apa dah ni...:)) )
so take care to all!


Bahan-bahan ( 4-5 0rg makan )

  • 1/2 ekor ayam - potong/cuci brsih/toskn
  • ayam dgaul garamkunyit - dgoreng
  • *6 biji bawang merah
  • *4 ulas bawang putih
  • *2 inci halia
  • *10 biji cili api ( ikut pedas)
  • *2 biji cili merah
  • bahan brtanda dblend halus
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar madu
  • 2 batang serai - dtitik
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 labu bawang besar - dhiris bulat/sedikit tebal
  • sedikit garam halus
  • 1/2 cawan air panas ( Kak Nik letak 1 cawan santan dari 1/2 biji kelapa parut )

Cara-cara

  1. Panaskn 1/3 cawan minyak, tumis kulit kayu manis, serai & bahan yg dblend hingga naik bau & sedikit garing
  2. Masukkn 2 jenis sos, kicap manis & madu...biar seketika, dikuti 1/2 cawan air panas...kacau mesra (biar kuah mndidih dgn api yg kecil)
  3. Bleh masukkn ayam, biar kuah mereneh dgn api kecil & gaul/kacau mesra. Sesuai rasa garamnya, klau dah cukup masin x prlu garam lgi
  4. Apabila kuah@sos sudah pekat, masukkn bawang besar...biar seketika, gaul mesra.
  5. Tutup api apabila bawang 1/2 layu, bleh tabur daun bawang/sup & bawang goreng klau suka
  6. Selamat mncuba & menikmati hasilnya :)

Wednesday, January 23, 2013

Kari kepala Ikan Special

Assalaamualaikum,
terasa nak makan karilah pulok.....kali ni buat kari guna kepala ikan merah......aaaarh awesome !



Resepi campak2 dari kak Nik....tulis jugak akak kat sini... kalau tak tulis nanti hilang , Akak jugak yg rugi...sebb akak ni pesen main tulis resepi kat cebisan2 kertas...habis masak, kertas kemana, resepi kemana ! :D...
sudah masak kari ni pokwo nak makan dgn roti canai...akak suruh dia beli ajer di kedai mamak berdekatan...lepas tuh akak nak kena pergi sekolah anak dare ku...nak amek duit bantuan sekolah RM100 hinggit.....yg jenuh nya nak kena menadah telinga dengarkan ceramah patriotik YB dari Rembau....hemm tak kosa den!

dapat duit RM100 hinggit....tapi lepas tuh kena bayar yuran PIBG, RM120 hinggit!....nampak gayanya akak kena bawak duit xtra lah...:(..eloknya duit tuh tak yah bagi kat mak bapak kan...bagi kat sekolah jelah siang2...kan sonang kojo!

nway inilah resepi nya...memang panjang skitlah list dia...tapi sgt sedap dan bau wangi bila di tumis....

KARI KEPALA IKAN SPECIAL

2 kepala ikan merah ± 1 kilo
sedikit air asam jawa
-basuh bersih dan rendam dgn air asam jawa utk 15 minit
-basuh bersih dan toskan

Bahan tumis (*di tumbuk):
½ sudu kecil ketumbar*
½ sudu kecil jintan manis*
½ sudu kecil jintan putih*
5 ulas bawng putih*
5 ulas bawang merah*
1 " halia*
1 bunga cengkih
1 bunga lawang
1" kulit kayu manis
1 buah pelaga
 2 tangkai daun kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil kas kas
4 sudu besar serbuk kari ikan di campur dgn sedikit santan cair hingga menjadi pes
1 biji kelapa (perah dan ambil 1 cawan santan pekat dan 1 ½ cawan santan cair )
2 sudu kecil pes asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya utk menumis

2 biji tomato- belah 4
4 bendi- bersihkan dan goreng hingga sedikit layu

cara2:
  1. panaskan minyak dalam periuk.
  2. tumis bahan2 tumbuk bersama-sama bunga lawang, cengkih, buah pelaga, kayu manis dan daun kari hingga naik bau
  3. masukkan pula pes serbuk kari, sos tiram , sos cili dan kas-kas
  4. msukkan santan cair...didihkan hingga rempah dah tak rasa pahit
  5. masukkan pula santan pekat, perisakan dgn  asam jawa pes, garam dan gula secukup rase. didihkan
  6. masukkan kepala ikan hingga msaka
  7. kecilkan api . bolehlah masukkan tomato dan bendi...sedia di hidang!



Tuesday, December 11, 2012

sotong masak kuali yang best!

Assalaamualaikum,
waaahh...berjaya jugak Kak Nik muncul dalam blog hari nih....urusan duniawi kalau nak di hitung tak pernah habis.....lepas satu, satu yang kena settle.....kena redho lah sebb dah jadik tanggungjawab kita...

oklah...tah hari nih terasa terlebih semngat rajin..akak sudah siap sediakan 4 jenis lauk untuk makan tengahari.....tauhu telur dadar, ikan kering goreng, sayur bayam masak bening dan sotong masak kuali....:))....tak ada ape2 yang canggih pun...semuanya simple2...apa yang sempat di capai dek tangan ku nan dua ini...jadik lah kan....yang simple2 tu lah lauk yang paling sedap bagi tekak  akak anak beranak  nih tau!

lauk paling best..ialah lauk sotng masak kuali nih...unik pada nama...cukup sedap dan kena dengan selera kak Nik...

ni lauk di ulang2 ...banyak kali dah akak buat..kekadang kalau masak nasik lemak pun akak akan gandingkan dengan sotong masak cam nih....two thumbs up !!



Untuk resepinya sila klik pada entri lama ni yek>>>Sotong masak kuali

sudi2kan lah kesana yek....terimakasih Che Iza n Chik Mi utk resepi nih !..

opoocoot!......... sebelum Kak Nik sambung balik kerja2 yg terbengkalai nan bertambun ni....akak nak ucapkan terimakasih kepada pengomen2 n3 akak yg lepas, yg tak sempat akak nak membalas dan tak sempat jugak nak  membuat kujungan balas ...rindu jugak nak melawat blog kawan2 yang lain....In shaa Allah , bila ada kelapangan masa, pasti akak kan berkejar ke sana!!!....

so take care folks...........!!!

Thursday, November 29, 2012

Tauhu telur goreng sambal ayam cincang

Assalamualaikum,
Kak Nik sudah start ke dapur...hanya utk masak simple2 dululah.....beezee nya akak mengalah kan Pee Em yang nk bertanding pilihanraya...malam ni sudah ada dinner date....so kita masak simple2 ajer lah...cepat dan senang anak2 nak makan....akak , pokwo dan along hadi puasa hari ni.....cukuplh sekadar si kakak dan amny (sudah ada sup  sayur utk nya) utk mengalas perut sebelum makan malam karang...tambahan sekarang, si kakak sibuk nak berdiet...so kak Nik rasa masakan ni cukup sesuailah

Memang mengenyangkan......mana tak nya, ada protien dari tauhu dan ayam cincang...sedikit sayur buat penambah fiber...satu hidangan yg lengkap bagi akak lah!


Tauhu Telur Sambal Ayam Cincang

4 batang tauhu telur- potong 3 bahagian setiap satu batang
2 keping dada ayam-- potong kiub/ cincang

2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tomato sos
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering-- rendam dlm air 10min*
garam, gula
1 pokok daun bawang- potong 1'
minyak secukupnya utk menggoreng tauhu dan menumis

Cara2:
  1. panaskan minyak masak dan goreng tauhu hingga garing . 
  2. angkat dan ketepikan
  3. tumbuk bahan2 *. tumiskan bahan2 tumbuk dengan 2 sudu minyak masak lebihan goreng tauhu tadi
  4. masukkan daging ayam,cili kisar, sos tiram dan sos tomato. goreng sampai garing
  5. masukkan tauhu, garam dan gula secukup rasa.masukkan pula daun bawang
  6. sedia di hidang dgn nasi panas atau di makan begitu sahja


Thursday, November 15, 2012

Asam Pedas Ayam

Assalaamualaikum,
Salam Maal Hijriah 1434............Dah baca doa Awal tahun dan akhir tahun ke belum???? udah....yaa Baguss....sedang akak google tentang kelebihan doa akhir dan awal tahun nih..ada beberapa blog menyatakan  fadhilat2 doa akhir tahun dan awal tahun itu  menggunakan hadis2 palsu....hemmm bahaya jugak kan...u als boleh baca di SINI....dan sebenarnya amalan berdoa awal dan akhir tahun ini bukanlah perkara yg di lakukan oleh Nabi Muhammad saw......apa2 pun berdoa itu tidak haram...utk lebih selamat, niatlah supaya mendapt ampunan dan redha dari Allah swt...bukan hanya utk satu tahun, bahkan untuk sepanjang hayat kita...Amiiiiin! kalau tak buat pun tak apa, berdoalah bila2 masa pun pasti Allah itu Mendengar rintihan hamba-Nya

Asam pedas....aaaaahhh...memang ramai orang suka asam pedas.....bila masak asam pedas, akak pasti teringatkan seorang kawan sekolah akak dulu....As...berasal dari Melaka....kami duduk serumah...tiap kali turn dia masak, dia pasti akan memasak asam pedas....sedaaaap...air tangan nya memasak asam pedas, akak rasa tiada tolok bandingannya

daum kesum nan ciput, akak dah blend sekali dlm rempah tumis..so memang tak nampaklah lah! :)


malang sekali As...telah bersuamikan orang Kelantan.....yang tak berapa gemar asam pedas....Alahai ..selepas itu As jarang meng'asam pedas'...tapi tiap kali akak nak makan asam pedas, akak akan calling2 As mintak dia masakkan...siap lepas dah makan kenyang tu, boleh mintak tapau lagi dari As...:D

memang muko tak malu sungguh....tapi  As nampak sangat hepi...coz katanya susah sekarang nak masak asam pedas...masak pun tak dak geng nak makan...kekadang dia masak jugak asam pedas utk melepas rindu...... En somi nya si As siap sound lagik...'.hai macam tak dek lauk lain dlm dunia ni keeeeeer???'.......heeemmmmm apa khabar agaknya si As sekarang???

.Family Kak Nik, mujur jugaklah tekak universal.....makan apa pun boleh...asal makanan nya sedap dan halal.....tak cerewet...,, Alhamdulillah!!

resipi asam pedas kali ni akak ambil dari Mamasya,..... yang baru sahaja pulang dari tanah suci Mekah, Alhamdulillah.........ni lah 1st time akak masak asam pedas guna rempah 4 sekawan ( buah pelaga, cengkih, kayu manis , bungalawang).............emmmmemmmm...not bad at all!!...kalau guna daging lagiiik sedap...so kalau nak mencuba...inilah resipinya yek!...di terbang khas dri dapur Mamasya kini singgah di dapr Kak Nik pula..... ;)..resipi asal dari sya_annur myresipi...terimakasih yek!


Asam Pedas Daging/ Ayam
Sumber; sya_annur@MyR
Oleh;Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 6 org )
1/2 kg daging (rebus hingga empuk)-campur bhg tetel sikit
10 biji cili kering
3 biji bwg merah/1 biji bwg besar
1/2 inch halia
1/4 inch lengkuas
1 batang serai
blend@tumbuk semua bahan di atas smpai lumat (kecuali daging la, hehe)
2 biji tomato
Daun kesum
Sedikit rempah tumis(Cengkeh, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga)
Garam & Gula secukup rasa

nota dapur mamasya; (kak Nik ikut)
Tambah 1/2 cwn air asam jawa & sedikit belacan

Cara-cara
Toskan daging yang telah direbus tadi. Kemudian hiriskan
Panaskan minyak dan tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah digiling tadi.
Apabila bahan yang ditumis tadi naik baunya, tuangkan baki air rebusan daging tadi kedalam periuk.
Masukkan daging, buah tomato dan daun kesum.




Sunday, November 4, 2012

tulang gearbox style sup utara

Assalaamualaikum,
 kebanyakkan daging kurban hari tuh, akak dah sedekah2kan pada orang...akak hanya bawak balik sedikit tulang, ekor dan hati utk buat makan sekeluarga di somban ni......

masa kat kampung hari tuh, sebahagian tulang, mama akak dah buat singgang...emmm sedap jugak( air tangan mak, mesti sedap2 belaka)...tapi kali ni akak nak rasa  masak sup bening2 pulak.....

biasanya kalau masak tulang ni, akak akan rebus dulu...kemudian bila dah sejuk, akak akan ceduk keluar lelemak beku yang terapung atas kuah...tak rela akak nak makan lemak tu...sebb badan pun dah tepu ngan lemak nih...:D

resepi dari Norlie Ilham Masakanku , tq Norlie...tq jugak pada empunya resepi asal ie dari resepi turun temurun keluarga sahabat suami Norlie...sedap dan senang...tak dek nak kisah2 tumis bagai perencah dia...hanya sembamkan segalanya bahan dalam puyuk...gelegak...., daging dah empuk...... dah bleh hidang......klau nak buat open2 haus jamu org makan cukup sesuai nih......

so resipinya seperti di bawah....akak nak keluar jap...kicap lak habis.....makan sup tak dek sambal kicap...mcm tak sempurna ajer.....!....tapi kan....adeh3x...kat luar tu kejap cerah, kejap gelap....hemmmmmm! kicap oh kicap...ade tak sapa2 nak sedekah kicap kat Kak Nik  ni???
daun pudina tuh Kak Nik yng tanam dalam pasu, mau jugak idup, subur dan banyak pulak tuh! tak larat nak makan, kita petik, bleh buat prop....hihi
SUP TULANG ALA UTARA
cik Joi

BAHAN YANG PERLU DIBERSIH SECUKUP BERSIH
: (sila ekjus sendiri bahan2 di bawah mengikut kesuaian daging dan tulang yang di masak)

 * bahan ini x perlu dibuang kulit @ dipotong.

10 batang serai *
1 ketul lengkuas (besar) *
2 ketul halia (besar) *
 3 labu bawang putih *
10 biji bawang merah *
secekak daun leek *
sepohon batang calery *
beberapa helai daun pandan - simpulkan *
kentang (Kak Nik tambah)
carrot (Kak Nik tambah )

2-3 senduk besar gula @ secukup rasa
pak aji
2 kotak besar kiub ayam
RM 1.00 lada hitam timbang - blend halus (kak nik letak lada putih)
garam
segengam kulit kayu manis
segengam bunga lawang
buah pelaga
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)

masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api.

bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak 2-3 jam supaya daging ketulan besar dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut).

setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi. hanya tinggalkan ketulan daging yang besar.

teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya seimbang.

bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi.
sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup.

** untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.

HIASAN;
bawang goreng
daun sup

ini Along Hadi punya portion...dah siap sedia dia ngan nasi panas kat belakang sinun! haaaiih kena bergambo cepat-cepatlah yek!
 Hujan itu satu Rahmat !

Thursday, October 18, 2012

Gulai kuning daging salai dengan pauh muda

Assalaamualaikum,
pepagi kak Nik dah pergi TM Point dekat pasar besar Seremban......urusan akak nak pasang streamyx dekat umah kak Nik nih...yep Rumah akak masih belum ada streamyx lagi...ikutkan hati akak nak pasang unifi...tapi belum ada servis tu....kalau tak, bolehlah browse kencang skit, kan...shoppin pun kencang...duit keluar pun kencang jugak laah!

apa yang akak suka dekat TM point di seremban ni, ialah servis yang cukup baik, mesra alam dan efficient...masa akak sampai tuh customer tak ramai lagi, tapi pekerja punya lah ramai, mereka tengah buat promo kot....berebut mereka masing2 nak layan akak..terasa mcm DIVA lah pulok....hahaha...tak sampai lima minit....permohonan akak dah siap di proses...menakjubkan!! kalau lah semua tempat ada servis sebegini cepat kan bagus...tahniah to kakitangan TM point seremban....... lebih suka berurusan di sana dari branch yang di senawang nih...

balik umah tak yah masak...lauk semalam banyak lagi......hanya perlu hangatkan dan masak nasik dan goreng sayur togeh simple2 jek....Alhamdulillah...banyak kerja di permudahkan hari ni...!



semalam akak masak gulai nih....gulai kali ni kira fusion lah antara masakkan gulai kelantan dan masak lomak cili api nogori...di campur dgn  mangga muda, rasanya tak ubah mcm kentang cuma masam skit...akak pun tak leh sgt nak makan podeh2...sat gi akak akan tercherry berry...tak pun tegolek2 sakit perut dek gastrik...tapi kalau org yang jenis usus tebal, lidah tobal , telingo tobal,bleh makan pedas2...:D.....uols tambah lah sendiri amaun cili nya yah!


Gulai kuning daging salai dengan pauh muda

bahan2:
300gm daging salai- hiris nipis
1 batang serai - ketuk2
4 ulas bawang merah*
3 biji cili api*
3 inchi kunyit (kunyit banyak, gulai lebih sedap dan manis) *
1 biji cili merah (kalau suka)-potong 2
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji mangga muda -potong baji atau hiris tebal

cara2:
  1. tumbuk bahan2 yang bertanda *
  2. jerang di atas api bahan tumbuk bersama2 dan serai dgn santan cair, biar menggelegak seketika
  3. masukkan daging salai, santan pekat masak sampai daging lembut
  4. masukkan pula mangga muda, bila mangga hampir empuk masukkan cili merah. masak hingga semuanya empuk
  5. gulai hendaklah senantiasa di kacau utk mengelakkan santan pecah lemak...tak cantik lah!



Wednesday, October 10, 2012

WW -- Kacang Panjang Goreng Sambal

 Assalamualaikum,
Dah makan ker u ols??? Hari ni akak berlaukkan sayur ajerrr...ayam masih beku lagi..petanglah baru dimasak ayam tuh......kekadang buntu idea dah nak masak ayam pesen ape...:)...nak pegi skodeng dapur kawan2 lah kejap......untunglah ade Geng Masak-Masak kan !!




Bhan2-nya:
10 kacang panjang- basuh dan potong 1 1/2 inchi
 1 keping tempe-potong dadu
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
5 biji cili api*
1 " belachan*
5 ekor ikan bilis*
2 biji limau kasturi- perah ambil air nya
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya

cara2-nya:
  1. panaskan minyak. goreng tempe hingga kekuningan. angkat dan ketepikan
  2. goreng kacang panjang hingga sedikit layu. angkat dan ketepikan
  3. tumbuk bahan2 bertanda*. tumiskan dengan sedikit minyak hingga garing
  4. masukkan sos tiram
  5. masukkan tempe dan kacang panjang tadi.
  6. gaul rata dan perisakan dengan garam dan gula secukupnya
  7. tutup api dan bolehlah di tuangkan jus limau kasturi. gaul rata dan terus di hidangkan

Wednesday, September 26, 2012

Kari Kurma.......

Assalamualaikum
 kita tempek resepi ajelah...hari ni ialah hari otak kak nik blank....


resepi dari dapur Yatie Sinar Kehidupanku...penuh dengan rase kari dengan secubit rasa kurma...sedikit kelainan dlm masakan kari anda..! ok lah akak nak kena melangut, tunggu orang ni...ni lah appointment janji melayu....errrrk janji orang mesia......Selamat mencuba!!

BAHAN- BAHAN
  • 1 ekor ayam- dipotong 12
  • 3 biji kentang- kupas dan belah 4
  • 2 biji tomato- belah 4 setiap biji
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cwn santan cair
  • 2 cwn santan pekat
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 btng serai (di titik)
  • 1 btng lada merah/hijau (belah 2)
  • Garam dan gula (1 sb)
BAHAN TUMIS
  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 tangaki daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Blend bahan2 kisar sehingga halus, campurkan bersama rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili... kisar lagi.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan serai yg di titik, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata, masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih, biar sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang santan pekat, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan lada hijau/merah yg di belah 2.... masak sekejap lagi.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan hidangkan.

Friday, September 21, 2012

Sup Kaki Ayam Pedas...lazatnya!!

Assalaamualaikum,
Tiap kali beli ayam , kak Nik akan asingkan dia punya kaki, hati dan pedal. Kaki ayam tu akan akak buat masak kari, selalunya......kak Nik dan Amny memang peminat tegar kaki ayam...yang lain...kalau dah tak dek lauk lain barulah makan kaki ayam nih

kebetulan dalam fridge banyak pulak kaki, lebihan dari masak2 sepanjang syawal tempohari..akak perap..akak macam dah boring nak masak kari...sebb bila masak kari dengan kaki nih...kuah dia akan menjadi gelatinized bila  dah sejuk...so, tu yang kekadang muak jugak nak makan dia!

Hari nih akak cuba resepi dari Mas Duniaku...resepi asal, letak cili pedas2 tapi akak tak letak pun sebab Amny tak makan pedas...memang sedikit anti-climax lah kalau tak dek pedas nih...tapi berbaloi jugak melihatkan Amny dan Si Kakak,anak dara ku, makan berbatang2 kaki ayam tuh....

Ralit jugak akak dok kepah kaki ayam nih yang digandingkan dengan nasi panas lembik2 (nasi bubur separuh jadik!!)...Semangat akak makan, mengenangkan Mas kata yang kaki ayam ni cukup baik untuk tulang dan ketegangan kulit (kolagen)....:))

Makan nih hari2..kot2 silap ari bulan ade jugak yang nak kena tukar dari title "Kak" Nik Ja kepada "Adik" Nik Ja kang...:D

So akak tempek resepi nya di sini pulaklah yek...terimakasih Mas dan Ibunya yang telah sudi berkongsi resepi yang sedap hingga menjilat kaki (ayam) ni

Kalau sesiapa yang masih tak pandai makan lagik, belajar2 lah makan...sedaaaap ooooo kaki ayam nih!:))...rugiiiii!:D

makan dengan nasi panas2....fuuuhhh!!

Sup Kaki Ayam Pedas
Resep : MasDuniaku
Bahan :
12 ketul kaki ayam 
5 biji cili kering ikut pedas - potong 2 jerk
halia - potong nipis2
2 ulas bawang putih - tak payah kopek kulit - basuh bersih
2 sudu besar sos lada hitam ( klu x de, sos tiram + lada hitam yg ditumbuk )
1/2 kiub ikan bilis
sedikip kicap lemak manis
garam jika perlu
air tepung jagung secukupnya

Caranya :
Basuh bersih2 kaki ayam. Mas rendam kejap ngan cuka kurma dan bilas sebersihnya, boleh juga guna tepung.
Ambik towel bersih @ kitchen towel, lap kaki ayam tu hingga kering, ini untuk mengelak kaki ayam meletup masa proses menggoreng nanti.
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan kaki ayam tadi, tutup periuk dan biar kaki ayam tergoreng hingga kaki ayam nampak cokelet2 sikit, tutup api dan biarkan kaki ayam tu, terus jerk tuang minyak kebekas minyak.
Kemudian masukkan air panas kedalam periuk yang ada kaki ayam tadi, agak2 tenggelam kaki ayam tu.
Masukkan juga cili kering, halia, bawang putih, sos lada hitam ( @ sos tiram dan lada hitam ditumbuk ) dan kiub ikan bilis. 
Masak dengan api perlahan hingga kaki ayam lembut.
Kemudian masukkan sedikit kicap lemak manis dan rasa, jika ok, masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau, kepekatan kuah bergantung pada selera masing2 yerk....
Tutup api dan boleh dihidangkan.



runcing molek jari kaki ayam tuh ekkk!
                   
                   ' Selamat Menunaikan Haji Kepada Semua Bakal2 Haji'

Friday, June 29, 2012

Asam pedas Nyonya...Ikan Uji Rashid!!


Assalamualaikum................
salam sejahtera untuk semua....salam satu malaysia!!!...ada orang beli saham felda keer?? kalau yang beli tuh pasti senyum sampai ke telinga..sebab saham ni naik mencanak2 nampaknya....amboi!! bertambah lagi lah jutawan2  felda yek!!
eh...tidak lah, mokwo tak beli saham tu pun...nak main amanah saham bumiputra pun mokwo tak gheti...apa lagi saham2 berprestige (lagi penuh kontroversi !!)...involving ribu raban nih......sesaja, sekali sekala nak tahu jugak perkembangan isu2 semasa di Malaysia nih

oklah berbalik dgn menu ringkas hari nih....wa manyak suka hati looor...biasa nya masak asam pedas ..jarang2 nak sedap...kali nih tersedap lah pulook!! ..:D

mokwo buat guna ikan Uji Rashid (ikan mata besar!) ajerr...asyik dok buat ikan goreng..tetiba nak cuba sesuatu kelainan lah...nasib baik menjadi...... yahooo!! (mokwo nih fail sokmo bila buat asam pedas...selalu  jadi kuah nya pahit!!)

pada tekak mokwo rasenya lebih kurang macam asam pedas lain jugak..cukup tak reti nak mengklasifikasikan kan dia nyonya ka, johor mari ka, melaka ka...kita tau makan aje lah

kepada yg kepingin mencubanya...inilah resepi yang mokwo ambil dari DTS Mat Gebu...tq very much Mat for sharing!! mintak izin panjangkan di sini pulak yea!

                                                            ASAM PEDAS NYONYA
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
2 kelopak sawi jeruk (optional)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1 hirisan nipis lengkuas
1/2 camca teh lada hitam biji (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...(sesiapa nak letak serbuk perasa pun boleh..)

lawan dgn sayur sawi jepun kukus...curahkan saute bwng putih dan udang idup, sedikit oyster sos n lada sulah

Monday, June 25, 2012

Ayam Masak kicap berempah mamak Penang...fuuuh!!

Assalamualaikum wbt
Selamat berpuasa bagi yg sedang berpuasa.....dah masak ke belum tuh?? kalau belum dan ada ayam dalam peti ais..boleh lerr cuba resepi nih ye!!

mokwo buat guna ayam kampung jantan lagi teruna...:)) macam lah tau!!... sebanyak 2 ekor...memang tak sia2...anak2 dan pokwo cukup suka...sambil2 makan, mokwo teringatkan kat nasi kandar di restoran nasi kandar pelita di kulim kedah...rasanya iras2..cuma mokwo buat ni tak berapa pedas sebb amny memang tak tahan pedas...kalau pedas berdengung..memang lagi kaw!!

resepi asal dari mamak Haji, nya tuh cukup panjang dan sungguh berguna utk mendapt rasa original nya.....tapi mokwo ikut resepi ringkasan tulisan Madiha...lagi satu kan ..di sebab terlalu ghajin...mokwo blend segala mak nenek rempah dia termasuk serai...Alhamdulillah secukup rasa!!

Pasti akan di buat lagi dan lagi...terima kasih kepada diva2 yang dah mencuba, rekomen dan berkongsi resepi yang sedap nih!!!




AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG
Resepi :Mamak Haji
Sumber : Kak Watties@homemadecakes, Kak Ayu & MaDiHaA

Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 tsp serbuk lada hitam (yang ditumbuk sendiri)
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 tsp air limau nipis
1 tsp Jintan manis
1 tsp Jintan Putih
1/2 s/b serbuk kas-kas (optional) ~ (Ayu tak letak ni tapi MaDiHaA letak sbb ada stok)
1 sudu besar serbuk cili (boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin) (MaDiHaA jadikan pes)
2 sudu besar rempah kari Daging (MaDiHaA jadikan pes)
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje MaDiHaA guna 2)
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
1 cawan air (yg ni MaDiHaA tambah)

Bahan kisar

3 Biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih

Cara menyediakannya:
1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit & garam. Goreng ayam 3 suku masak & ketepikan dahulu. Panaskan minyak dalam kuali yang lain, tumiskan serai, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik bau masukkan bahan kisar & tumis hingga harum & naik minyak. Masukkan pes cili & pes serbuk kari daging & masak lagi hingga wangi.

2. Masukan semua bahan-bahan yang lain di atas dan biarkan kuahnya mendidih. Masukan ayam yang telah goreng. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. MaDiHaA tambah 1 cawan air. Masak hingga agak kering & rasa kemasinannya & bolehlah tambahkan garam JIKA PERLU.

3. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia.

Selamat mencuba!


makan dengan roti canai sedap banget deeeh!!

Wednesday, May 2, 2012

Makan Nasi Kabsa

Assalamualaikum....
ini cerita semalam.....hari buruh..buruh ajer yang cuti..kaum ibu tak da makna nya nak cuti kan.......sebelum menghantar Along Hadi ke asrama...mokwo masakan Nasi Kabsa nih...sedap sungguh Nasi ala2 middle east nih...keistimewaan nya datang dari bau rempah di kombinasikan dengan beras yang panjang...aduh, duh...sedapnya fizikal dan mental...:))

Masa tengah masak nasi nih , amny melompat2 seronok...katanya "yeah, yeah..Ummi masak nasik HARIRAYA"...:))

nak tergelak mokwo mendengarnya...nampak sangat mokwo jarang masak nasi2 special gini....mokwo bukan apa...mokwo nih cukup alergik dengan nasi sebegini..coz nanti mokwo jugak yang akan makan  dengan tak hingat dunia...bahaya deh!!

rempah kabsa nih mokwo beli yang dah siap punya...tq to kak erna,  jelajah juga mokwo satu giant nak cari rempah nih...Alhamdulillah jumpa jugak gerai kecil molek yang turut menjual pelbagai barangan middle east yang lain...(nanti nak beli  olive oil di situ...mcm2 adaaa!)
di sebab kan ayam mokwo terpotong kecil2..(memang kuat berangan tokeh ayam tuh)...mokwo terpaksa buat rebus dulu ayam tuh dan kemudian air rebusan itu mokwo gunakan untuk masak nasi...ayam yang 3/4 masak tuh mokwo goreng berasingan...rasa dia masih menten sedap......dan  rasanya lebih sedap dari nasi Bukhara yang mokwo makan kat Syed Bistro restoran tempohari
cili hijau tak ade..kenalah guna cili merah

Resepinya mokwo terbekenan dekat blog kak Erna..Kak Erna pula ceduk kat dapur Kak Nor...Kak nor pula skodeng dari Zaliedana...resepi asal dari Raidah...Raidah juga ada menyertakan resepi untuk rempah kabsa from scratch....so do check it out yeah!

Tq very2 much ladies for sharing , lepas tuh susah payah letak dalam blog untuk tatapan semua..kalau tak, dah bongkok pun mokwo tak tau apa itu NASI KABSA!!
mokwo tak dak saffron, so mokwo tumbuk kunyit skit bagi dia kaler kuning!

NASI KABSA
resipi : ResipiRaidah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**
utk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon.
utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.



Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.



Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Sunday, April 29, 2012

Masak Lomak udang pucuk paku






 Hati rasa teringin yang hijau kuning...lamanya tak makan pucuk paku ...kebiasaannya pucuk paku mokwo goreng dengan udang kering n kicap...tapi hari nih terlebih rajin untuk perah santan utk menghasilkan masak lemak ni......memang sedap sungguh masak lemak nih di gandingkan dengan seafood..bahan2 sayur bolehlah ditukar ganti samada nak guna pucuk ubi ke, kacanag panjang ke, pucuk keladi ke dsb........ cukup ringkas......kalau sukakan tempoyak boleh tambah juga di dalam nya...sayangnya tempoyak mokwo kali ni nan adoooo!!

Masak lomak Udang pucuk paku

1 cekak pucuk paku - potong pendek, basuh dan tos
1/2 inchi kunyit basah- tumbuk
5 biji cili api hijau- tumbuk (boleh lebihkan jika mau pedas )
1 cawan santan pekat
3 sudu besar air
7 ekor udang sederhana- buang kulit dan urat belakang kalau rajin
garam secukup rasa

Cara2:

  1. masukkan air dan bahan yang di tumbuk dalam periuk. didihkan
  2. masukkan santan pekat dan sayur pucuk paku.guna api sederhana dan senantiasa di kacau supaya tak pecah minyak
  3. masukkan udang dan didihkan sampai udang masak.perisakan dengan garam
  4. tutup api dan sedia untuk di hidang!

"Ya Allah lindungilah kami dari orang-orang yang zalim lagi menzalimi "...amiiiin!

Wednesday, March 28, 2012

Al-kisahnya sup....!

 Sup bebola daging dan cendawan

Asssalamualaikum

Dekat pukul tiga pagi....kakak meraung kesakitan....mokwo panik...keadaan kakak merengkuk, memegang perutnya yang pedih mencucuk-cucuk...beberapa minit kemudian..kakak muntah2...semau-maunya !!

aaahhrgggh....sudah datang lagi dah penyakit kakak.....mokwo semacam polis pencen...soal siasat apakah pemakanan kakak pada hari yang sebelum nya....tekaan mokwo tepat sekali...sehari sebelum kejadian .....kakak menjamu dirinya dengan makanan yang pedas2 dan masam2...akibatnya inilah hasilnya...gastrik kakak menyentap kembali...dan kali ini symptom nya lebih teruk sehingga muntah ,cirit dan demam sekaligus.....kakak merayu agar tidak di kejarkan ke hospital......kakak memang tak gemarkan sepital seperti mokwo juga!

 so mokwo tak hantarlah dia ke hospital...tapi mokwo bagi dia ubat secukup2nya..kali nih kakak bukannya nak muntah sebab gastrik, tapi kakak macm nak muntah bila mana menengokkan ubat  segenggam yang harus di telannya...:) setiap 3 kali sehari.!!..Alhamdulillah...dengan izin Allah jua kakak kembali beransur sembuh dah...tapi medication kakak akan berlanjutan selama sebulan...huuuiih seksa gak kena gastrik nih!

selain dari ubat-ubatan kakak jugak harus pantang makan...so hampir setiap hari mokwo kena masak sup..itu lemak2 cili api mokwo kena ucap bye-bye lerr utk sementara waktu....kakak pun , nak baik punya pasal , tak banyak songeh...itu pun lepas tak larat di ceramah umi nye lerr!


nih adalah antara dari berbagai jenis sup yang mokwo masak...mokwo pun suka makan...kira all-in-one...sedap dan senang.....tapi dek kerana masak utk orang berpantang, mokwo tak letak lah itu cili api (walaupun akan menjadi lebih sedap...gulp..telan air liur jelah dulu) and limau tu pun bubuh setitik dua jer...tapi enak juga!!

tq a billion bunch kak nor for the resepi...mokwo tempek di sini ...senang anak cucu mokwo nak refer nanti..:D !!





SUP AYAM (Bebola Daging ) DGN CENDAWAN


di salin dari: kak nor secubit garam

Bahan2:
ayam ~ dipotong kecil2 (mokwo guna bebola daging )
cendawan tiram ~ basuh, toskan dan siat2 sket
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
3 bj bawang merah ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ diketuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 - 2 sudu besar rempah sup
1 bj ubi kentang
carrot
1 btg celery
5 -7 bj cili padi ~ jika lebih suka pedas ( kali nih mokwo tak letak )
1 sudu besar perahan limau nipis


garam 
sedikit gula jika suka


Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang
air secukupnya
minyak

Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk serta halia.
Kacau hingga naik bau dan masukkan potongan ayam.
Kacau sket dan masak hingga ayam bertukar warna putih dan masukkan rempah sup.
Masak hingga pecah minyak atau hingga ayam bergaul mesra dgn rempah.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan ubi kentang, celery dan serbuk lada hitam.
Pastu masukkan carrot dan masak hingga ubi kentang empuk.
Masukkan garam dan gula, cili padi yg diketuk dan cendawan.
Masak kejap aje dan padamkan api.
Masukkan perahan limau nipis, kacau2 dan boleh la dihidangkan.
Boleh la ditaburkan dgn sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka.
Sedap juga dimakan dgn sambal kicap :)

* ayam boleh juga digantikan dgn daging.
** kalau suka, bolehlah diletak sedikit serbuk pati ayam atau kiub ayam.
*** kalau tak ada rempah sup serbuk, boleh guna rempah sup bunjut.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Thursday, March 1, 2012

Ayam Masak Halia...emmm...mmm

Assalamualaikum....
haaaaaah...mokwo udah hampir finish mengemas...kalau tak ada aral melintang, mokwo , tiga beranak akan terbang ke kampung halaman nun di kota baharu kelantan esok. adik mokwo mahu melangsungkan hari bahagia nya ( kawin )...dari tahun lepas mengikat janji..kini tibalah hari yang di nanti2....this time around, mokwo udah pack camera dan charger awal2...not like last time..kamera ku kantoi di tengah jalan kehabisan bateri..sudah nya banyak gambar2 menarik tak dapat di rakam....so Moga Allah permudahkan segala urusan mokwo......

hari nih masih menten masak simple2 ajer...asal sedap masuk mulut lagi halal udah lah yeaa...dada ayam yang berbaki lagi 2 keping, mokwo masak secara berhalia....ingatlah masa tahun satu di uni dulu...kalau makan malam, ayam masak halia bersama nasik putih adalah menu yang sudah pasti....itu pun kalau duit biasiswa masih kembung lagi dalam poket...bila duit dah kering, kita pun ikut makan sekuk kering jugak ...:D....nak buat mcam mane..biasiswa mokwo ciput ajer dan family pulak mana nak mampu hantar duit elaun tambahan...so kita  pandai2 lah budget utk hidup kan

so...kali nih mokwo ikut resepi dari kak fida myr ...antara insan2 yang cukup aktif juga menyumbang kan resepi di MYR....kebanyakkan resepi kak fida nih mokwo cukup suka....sebab kebanyakkan menjadi dan sedap2 belaka...tq very much kak fida yek! ai kopi kat sini lak yek utk kenang-kenangan ! :D


Bahan-bahan ( 4org )

  • 1/2 ekor ayam
  • 4 ulas bwg putih(dimayang)
  • 2bj bawang besar(dimayang)
  • 6bj cili padi(suke pedas bleh tmbh)(dihiris)
  • 2inci halia muda(dimayang)
  • 3sudu besar sos tiram
  • garam & gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • sedikit minyak utk menumis 
  • sedikit air asam jawa (mokwo tambah)
  • hirisan carrot ( mokwo tambah)

Cara-cara

  1. potong ayam mengikut kesukaan masing2, sy suke ptg agk kecik n cuci
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga naik bau
  3. selepas itu, masukkan ayam yang telah di potong
  4. masukkan juga sos tiram, air, sedikit garam dan gula
  5. masak sehingga ayam empuk dan bolehlh dihidangkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...