Pages

Thursday, February 21, 2013

Sweet Soft Bun E-na

Assalamualaikum,
hari ni memang kena buat n3...sebab lately bila Kak Nik cuba buat sesuatu posting, ada keluar warning dari google mengatakan posting akak tak leh nak save..tapi bila akak publish n3 tu...boleh lak terpampang posting tu dalam blog

baru2 ni...kak Nor SG bagi tau , blog akak di serang malware...tapi bila akak cek....tak dek pun malware nya....tapi akak still suspect something wrong jugak

then Tun Telani bagi tau that akak punya comment ade words verification, walhal akak dah disable dah pun word verification tuh....fening dah akak ni....nak godek lebih2 kita bukan pakar IT....so anybody can help me or not???....hay wire dah blog kak nik nih.......kot2 kena demam denggi blog ni boleh jugak akak bagi ubat...tapi kalau dah terkena irreversible virus....tak tau lah akak nak buat cam no...harap2  my blog can recover soon...

so sementara akak perah otak nak cari solutionnya....jom pekena roti dulu ekkk!!
resepi asal dari E-na Lovely Kitchen.....recently ari tu ternampak umah MamaFami jugak...Tq ladies for sharing!

 
RESEPI SWEET SOFT BUN

Bahan-bahan:
  • 200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 50 gram gula
  • 25 gram shortening
  • 25 gram butter / marjerin
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk glis roti:
  • 1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit butter / marjerin

Bahan sampingan :
  • spray air untuk melembabkan roti
     
    Cara-cara:
    1. Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata guna untuk glis permukaan roti nanti)
    2. Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
    3. Tuang ke dalam bread maker.
    4. Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
    5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
    6. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Bulat-bulatkan dan susun di dalam loyang 4 segi 18cm yang telah di alas dengan cooking sheet dan di sapu marjerin pada keliling loyang.
    7. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
    8. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
    9. Spray permukaan roti dengan air.
    10. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
    11. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
    12. Kemudian bakar lagi selama 8 - 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
    13. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap sebelum keluarkan roti dari loyang. 
    14. Sejukkan roti di atas jaring. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS MENGEMBANGKAN DOH DARI LOVELY KITCHEN

Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau apabila membuat roti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven. Dalam 25 - 30 minit doh sudah naik dan boleh digunakan untuk proses seterusnya
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.

13 comments:

MamaFaMi said...

Assalamualaikum...

Tinggg tonggg... mama sampai dah ni. Ternampak roti yang elok cantik gebu berkilat ni.. berdesup je ke mari. Sungguh rupawan paras rupa roti Nik ni. Ce bancuh kopi o ke nescafe ke.. alangkah nyamannya....

Acik Erna said...

assalam dik nik ja..amboi..enaknya roti..nampak gambar pun dah terpikat ni.buat le lebih2 he he

Kak Nik Ja said...

to mamafami:
waduh!!ingatkan jelitawan mane yg dtg berdesup tuh.....hihi
ma kalau nak neskepe , ma kena bwak sendirklah..dapur kita ade air teh je tuh!!

to kak erna:
sebenonyeer...yg ni dah buat beberapa ari lepas..so dah abeh dah...
kak erna, bila lagi nak meroti???

hana said...

Salam kak... Samalah kita kak.. Aritu kaknor msg tipon kata ada virus.. Tp check alhamdulillah xde... Takat ni xde pulak mslh lain... Klu ada agaknya terus tutup terus... Hihihihi... Akakk nak roti akak yg gebu kilat kilat tuhhhh geram nengok!

Kak Nik Ja said...

to hana:
ohhh hana kena gak ker??? akak rase google tuh demam kus2 kot...haha
hemm memang ade niat pun nak berenti blogging..tapi tiap kali masuk sini..rase sayang lak nak tutup...haaaish ..entahlah!!
roti dah abeh..harap maklum...hihi..kalau nak jugak, pegi kejut BM awak tuh yeK! bagi dia kerja skit...hihi

Love2cook Malaysia said...

Wah homemade always the best kan! Roti itu cicah teh tarik kaw kaw...huish boleh lupa duniaaaaa...hehehe

Wattie said...

Lembutnyaaaa

Ayu said...

Assalam kak nik,
aduhai bila tengok orang buat roti, kita rasa kitalah orang yang paling pemalas betul tau..suka tengok orang buat roti..tapi kita walaupun dah ada BM, tetap malas nak buat entah kenapalah..walhal dulu2 bila baru2 suka sangat buat....maybe the time has come...jeng jeng..jeng..hehe

Zurina said...

dh lama tak cuba buat roti...sbb "M" punya pasal..asyik tunjuk kt kedai jer...:) pepun bila dtg cni tgk rotinya gebu dan cantik + nmpak sedap...teringin pulak nk mcuba...resepipun ada ni..:)

Anonymous said...

I relish, result in I found just what I was looking for.
You have ended my four day lengthy hunt! God Bless you man.
Have a great day. Bye

my website :: golf tips quick
my site :: how to grip the golf club correctly

Anonymous said...

Very rapidly this web site will be famous among
all blog visitors, due to it's good content

Feel free to visit my webpage the best home workout routines for women

Anonymous said...

Wow, incredible blog layout! How long have you been blogging for?

you make blogging look easy. The overall look of
your site is great, let alone the content!

my webpage cheap dumbbells for sale ireland

Anonymous said...

Hello, after reading this remarkable paragraph i am too glad to share my
know-how here with friends.

Stop by my site; click to read

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...