Pages

Wednesday, July 10, 2013

salam Rindu Ya Ramadhan...siakap 3 rasa ala THai

Assalaamualaikum,
Alhamdulillah...bertemu kembali kita bersama2 di bulan Ramadhan, bulan yang penuh kemuliaan dan barakah...Moga2 kita Di beri kesempatan waktu dan kenikmatan kesihatan dari Allah swt untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan kali ni yek!

Awal2 pagi semasa menghantar Amny ke school...Amny sudah buat gempak....katanya dia tertinggal bekal di rumah...KNJ pun panik jugak...dalam hati...alahai tak sudah!...sebentar kemudian..masing2 berderai ketawa.......loooor....kan puasa, so Amny mana ade nak bawak bekal...bertuah punya budak !!!
hingga ke petang begini...Alhamdulillah Amny masih boleh bertahan....tak ada 'tragedi' termakan or terminum seperti tahun2 sudah..... :) ...sebab agaknya dah besar 8 tahun ni dah bertambah cerdik lah dia....Happy Birthday to Amny...harijadi nya yang jatuhnya pada 1st ramadhan...kiranya tak buatlah kek bagai untuk dia ...sebab puasa kan...tak dak orang lalu nak makan kek time berbuka dan malas pun ye jugak... :D

Since lauk ayam dan daging semacam punya mahal lah lately kat somban ni...Hari ni KNJ masak lauk ikanlah untuk berbuka...masak awal2 jugak sebab ada hamba Allah kat rumah ni yang di beri 'MC' oleh Allah...so boleh dia santap2 nyorok2...kang anak2 nampak pakat2 nak berbuka lak...jenuh...kekadang tak puasa pun, tekak kering semacam orang berpuasa jugak :))






Ikan masak 3 rasa..sedap jugak...resepi asal dari Chef Hanieliza from Ummi Zaihadi tapi KNJ ikut cara TTM ( apa khabar dia agaknya? )...
KNJ letak di sini...utk bagi idea  pembaca2 KNJ buat juadah berbuka....daaa...nak sambung tengok citer korea ( Fashion King ) lak.. selamat berbuka dan selamat menjalani ibadah Tarawikh !

 SIakap 3 Rasa Ala Thai

sumber; TTM,  Ummi Zaihadi

Bahan A:-


  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris) - * ummi kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar (*ni ummi tambah)
  • 1/3 biji capsicum merah (*ni ummi tambah nk habiskan stok)
  • 1/3 biji capsicum hijau (*ni ummi tambah gak)
  • 1 biji tomato - didadu kasar) (*ni ummi letak, jadi xletak yg dibelah dah)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
Bahan B:- (untuk sos)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji buah tomato (dipotong 4)
Cara-Cara:-
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (*akak gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*akak bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.


5 comments:

tun_telani said...

Salam kak nik.. sama laa kita, mc awal2 lagi. huhu.. sedapnyer ikan siakap, sini ayam mmg mahal, tp siakap lagi mahal.

Acik Erna said...

Salam nik ja..birthday amny ye..happy birthday amny.s3dap juadah berbuka mak buat tu

suri solehah said...

selamat berpuasa kak nik..n hepi bisday amny..kek leh pospon raya nanti hehe..sedapnya masak siakap..leh amik resipi..semalam bc yg ayam mahal..lupa lak nak tanya suami kt langkawi ni dah naik rega ke blm..huhu

Ayu said...

Assalam kak nik ja,
oh birthday Amny jatuh on 1st ramadan ya..my Marsya pulak 3rd ramadan.. kelam kabut dibuatnya bila birthday anak2 falls on bulan puasa, sebab mana nak masak untuk berbuka & sahur dan mana pulak nak buat kek...
sabor ajelah kan..
Happy belated birthday buat Amny..
Marsya is 7 this year..Amny tua setahun lah kiranya ya..:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak Nik ja...nampak sedap ikan siakap tu,dah lama tak beli ikan siakap pon...jarang ada kat sini,klu g market besar...br la jumpa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...