Pages

Wednesday, August 28, 2013

Donut Gebu Hasue

Assalaamualaikum,
gebu gebana ..tu lah kawan2 kat Fb dok cerita pasal donut ni.....tapi yang paling menggembirakan ialah donut ni tak perlu di perap lelama...hanya campurkan semua bahan dan canai terap... di sebabkan kandungan yis yang dah cukup banyak, adunan boleh cepat mengembang...time kita tengah terap2 tu, dah nampak dah donut mengembang...so bila dah habis terap boleh cepat2 masak dan lepas tu boleh cepat2 makan ...yum yumm! suka, suka, suka kuih yang cepat2 nih... :))

Resepi Asal Dari Hasue (yg baru dapat baby chomel sgt !)...tapi KNJ copied dari Izah tokeh muffin (jugak dah dapt baby chomei!)..cukup produktif..hihi!

kali ni KNJ guna acuan 'lap u lap me' ...ter'romantik' lak! hihi



DONUT HASUE
sumber: Hasue@myR , Izah ML ...TQ!!

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )


500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) *saya letak separuh gandum separuh tepung roti
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir (KNJ guna 4-5 sudu besar)
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Topping:
Gula Halus @ susu tepung @ apa2 topping kegemaran

Cara-cara

Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..

Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.


nota: donat ni memang gebu dan lembut dan best walaupun tak perlu diperam. Selamat mencuba!!


8 comments:

Rosfazila Abd Rahman said...

Tabik knj bab respi best, mudah, sedap lagi terbukti. Saya pasti Cuba!

Kak Nik Ja said...

boleh lah terai yg ni pulak Ros...tak renyah sgt dan cepat nak siapkan dia..nanti dah terai gi tau KNJ wokeh!

Gee® said...

Waaaa.... gebu gebas gitu!

Bbwana adienia said...

salam kak..

ala, comelnya donut..geram tengok..selera makan tengok shape love tu..hehe..

tun_telani said...

alahai comey nyerrrr... kalau tun 3 bijik sekali ngap tuh... tun pernah try donat nih, mmg lembut.

FnF Simple Life said...

walla...comel nye donut bentuk love... sy pun suka resepi donut hasue ni...kompem lembut gebus

Qhaifa Nur said...

comelnya donut ni...
gebu tuh...

Kak Nik Ja said...

to gee:
Alhamdulillah gebus sgt!

to Bbwana:
buat cmoei2 memang menarik...tapi jenih nak menerap!

to Tun:
3 biji after 3bijik..that's how i ate! haha!

FnF:
lembut dan sgt simple..KNj juga suka!

Qhaifa Nur:
gebu ni qhaifa..bleh buat tuk anak2 mesti depa suka!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...