Pages

Sunday, February 2, 2014

KEK MINYAK

Assalaamualaikum,

Rasa nak hapdate skitlah hari ni...lame bebenooooo tak hapdate kan!!

Buat Kek Minyak jugaklah  KNJ...sebab ramai sgt yg tayang dan rekomen kek minyak yg sedap ni...so untuk mengambil kesempatan sekolah bercuti agak panjang sempena cuti Raya Cina ni, marilah kita mege'kek' ...jom !!
KNJ suka lah kek  Minyak ni...rasa dia yg tak muak..tekstur seakan-akan bahulu gituw...selepas sehari , kek  Minyak ni akan menjadi lebih moist
KNJ kopi pes resepi dari MY Resipi ajer...terima kasih kepada semua yang dah berkongsi resepi kek Minyak ni yek!...kepada yang tak buat2 lagi...ringan2 kan lah diri utk membuatnya..pasti kan menambat selera anda !!!
nak stori mori panjang2 pun tak leh..sebb nanti nak berkejar hantar Along Hadi ke pusat tusyen lak! hemmm ter-rajin lak cik gu tusyen ni..sebb cuti2 pun nak buat tusyen gak....heeemmmm...tah ada tah tidak tuh!
* p/s: ni sambung hapdate lepas hantar Along Hadi ke tusyen...hemm seperti yg di jangka...tusyen Along di BATAL kan...nampaknya cik gu pun manusia biasa jugak...holi-holiday mood lah tuh!! heeee

 resepi KNJ ambil dari postal resepi sukaramai ie MY Resipi  yg di kongsi oleh Marsha Mohamed..tq!



 KEK MINYAK

sumber : Myresepi oleh Marsha Mohammed

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 5 biji telur
  • 1 cwn minyak
  • 1 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn gula castor
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 st baking powder
  • 1 sb ovalet
  • 1 st esen vanila
  • Pewarna 
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Ayak tepung + baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul telur, gula, ovalet smpai gebu.
  3. Masukkan susu pekat + esen. Masukkan minyak dan pukul lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan pukul smpai sebati.
  5. Bahagikan ikut pewarna. Selang selikan adunan dlm loyang sampai abis.
  6. Bakar selama 45 mins pada suhu 160 hingga masak. Selamat mencuba.

6 comments:

Acik Erna said...

Tunggu cuti minggu depan la knj..nak buat jugak ni

Bbwana adienia said...

salam kak..

sya pun dah buat kek ni..memang sedap dan senang..

Kak Nik Ja said...

to kak erna:
buat ye kak jgn tak buat tau!

to bbwana:
yep sedap n berbaloi buat

Gee® said...

gebusnyaaa....

ummiaisyah said...

cantik menjadi kek tu...geramnya!

Rohah said...

as salam kak...
wahhaa...gebunya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...