Pages

Wednesday, March 28, 2012

Al-kisahnya sup....!

 Sup bebola daging dan cendawan

Asssalamualaikum

Dekat pukul tiga pagi....kakak meraung kesakitan....mokwo panik...keadaan kakak merengkuk, memegang perutnya yang pedih mencucuk-cucuk...beberapa minit kemudian..kakak muntah2...semau-maunya !!

aaahhrgggh....sudah datang lagi dah penyakit kakak.....mokwo semacam polis pencen...soal siasat apakah pemakanan kakak pada hari yang sebelum nya....tekaan mokwo tepat sekali...sehari sebelum kejadian .....kakak menjamu dirinya dengan makanan yang pedas2 dan masam2...akibatnya inilah hasilnya...gastrik kakak menyentap kembali...dan kali ini symptom nya lebih teruk sehingga muntah ,cirit dan demam sekaligus.....kakak merayu agar tidak di kejarkan ke hospital......kakak memang tak gemarkan sepital seperti mokwo juga!

 so mokwo tak hantarlah dia ke hospital...tapi mokwo bagi dia ubat secukup2nya..kali nih kakak bukannya nak muntah sebab gastrik, tapi kakak macm nak muntah bila mana menengokkan ubat  segenggam yang harus di telannya...:) setiap 3 kali sehari.!!..Alhamdulillah...dengan izin Allah jua kakak kembali beransur sembuh dah...tapi medication kakak akan berlanjutan selama sebulan...huuuiih seksa gak kena gastrik nih!

selain dari ubat-ubatan kakak jugak harus pantang makan...so hampir setiap hari mokwo kena masak sup..itu lemak2 cili api mokwo kena ucap bye-bye lerr utk sementara waktu....kakak pun , nak baik punya pasal , tak banyak songeh...itu pun lepas tak larat di ceramah umi nye lerr!


nih adalah antara dari berbagai jenis sup yang mokwo masak...mokwo pun suka makan...kira all-in-one...sedap dan senang.....tapi dek kerana masak utk orang berpantang, mokwo tak letak lah itu cili api (walaupun akan menjadi lebih sedap...gulp..telan air liur jelah dulu) and limau tu pun bubuh setitik dua jer...tapi enak juga!!

tq a billion bunch kak nor for the resepi...mokwo tempek di sini ...senang anak cucu mokwo nak refer nanti..:D !!





SUP AYAM (Bebola Daging ) DGN CENDAWAN


di salin dari: kak nor secubit garam

Bahan2:
ayam ~ dipotong kecil2 (mokwo guna bebola daging )
cendawan tiram ~ basuh, toskan dan siat2 sket
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
3 bj bawang merah ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ diketuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 - 2 sudu besar rempah sup
1 bj ubi kentang
carrot
1 btg celery
5 -7 bj cili padi ~ jika lebih suka pedas ( kali nih mokwo tak letak )
1 sudu besar perahan limau nipis


garam 
sedikit gula jika suka


Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang
air secukupnya
minyak

Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk serta halia.
Kacau hingga naik bau dan masukkan potongan ayam.
Kacau sket dan masak hingga ayam bertukar warna putih dan masukkan rempah sup.
Masak hingga pecah minyak atau hingga ayam bergaul mesra dgn rempah.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan ubi kentang, celery dan serbuk lada hitam.
Pastu masukkan carrot dan masak hingga ubi kentang empuk.
Masukkan garam dan gula, cili padi yg diketuk dan cendawan.
Masak kejap aje dan padamkan api.
Masukkan perahan limau nipis, kacau2 dan boleh la dihidangkan.
Boleh la ditaburkan dgn sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka.
Sedap juga dimakan dgn sambal kicap :)

* ayam boleh juga digantikan dgn daging.
** kalau suka, bolehlah diletak sedikit serbuk pati ayam atau kiub ayam.
*** kalau tak ada rempah sup serbuk, boleh guna rempah sup bunjut.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

7 comments:

Acik Erna said...

sedap ni mokwo..cendawan kegemaran anak acik

ibh_sue said...

Aslmkum Makwo..
Sedap ni, makan macam tu saja.

ijayuji said...

Salam mokwo! kita sup2 ni mmg ler antu sgt2 ehehehe.. perahkan liau, tubuk lada cili tuuu byk2 aduhhh berpelu peluh makan! pastu letak ikan bilis goreng haishhh! mmg tak pandang org lalu lalang ehehe..

Kak Nik Ja said...

to kak erna:
boleh cuba nih kak..healthy eating!

to ibh sue:
salam sue..pokwo kata benda nih sesuai utk diet..tah betui kak idak!

to ijah:
adoihaii...meleleh air liur mokwo dengar itu cili taruk dlm sup!!gulp3x!

maz said...

Salam mokwo...mksih ye sdi jnguk dpur kcik kita...bonito flakes dan bhn2 lain utk buat takoyaki hanya ada jual kat jucso je..maz biasa bli dkat jusco ioi mall...kat jusco sunway piramid pun ada...klu mokwo nk kirim bleh tlong bli dan poskan...kat n9 xthu la ada ke tidak..

Kak Nik Ja said...

to maz:
nak, nak, nak....tq maz...jusco kat n9 nih memang sah tak do...nanti mokwo e-mail maz...lap u!hihi

K.Nor said...

salam mokwo.. kesian anak dara kena gastrik.. mmg tak leh makan masam dan pedas tu.. cuba bg minum air susu. tak kira lah susu fresh atau air susu tepung (nespray dll) insyaallah bila minum susu tak pedih sgt perut. kena amalkan minum pg dlm ptg utk cepat sembuh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...