Pages

Sunday, April 29, 2012

Masak Lomak udang pucuk paku






 Hati rasa teringin yang hijau kuning...lamanya tak makan pucuk paku ...kebiasaannya pucuk paku mokwo goreng dengan udang kering n kicap...tapi hari nih terlebih rajin untuk perah santan utk menghasilkan masak lemak ni......memang sedap sungguh masak lemak nih di gandingkan dengan seafood..bahan2 sayur bolehlah ditukar ganti samada nak guna pucuk ubi ke, kacanag panjang ke, pucuk keladi ke dsb........ cukup ringkas......kalau sukakan tempoyak boleh tambah juga di dalam nya...sayangnya tempoyak mokwo kali ni nan adoooo!!

Masak lomak Udang pucuk paku

1 cekak pucuk paku - potong pendek, basuh dan tos
1/2 inchi kunyit basah- tumbuk
5 biji cili api hijau- tumbuk (boleh lebihkan jika mau pedas )
1 cawan santan pekat
3 sudu besar air
7 ekor udang sederhana- buang kulit dan urat belakang kalau rajin
garam secukup rasa

Cara2:

  1. masukkan air dan bahan yang di tumbuk dalam periuk. didihkan
  2. masukkan santan pekat dan sayur pucuk paku.guna api sederhana dan senantiasa di kacau supaya tak pecah minyak
  3. masukkan udang dan didihkan sampai udang masak.perisakan dengan garam
  4. tutup api dan sedia untuk di hidang!

"Ya Allah lindungilah kami dari orang-orang yang zalim lagi menzalimi "...amiiiin!

5 comments:

tun_telani said...

salam mokwo.. lama tun x menyinggah.. hihi. seminggu x ngadap blog. tun mmg suka sangat la kalau masak lemak pucuk paku nih. goreng je pun sedap, tp bila masak lemak tu, sedap dia lebih sikit kan. hihi

Acik Erna said...

mokwo..memang sedap ya amat masak lomak pucuk paku ni mokwo..

MamaFaMi said...

Alahai sodap eh...

Amin atas doa yang dititipkan....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam mokwo...sodapnya menu arini.Nk tumpang makan xleh la pulok..masih laie batuk camno nk mkn gulai lomak ciliapi ni ha.
balik dulu la yo..sok2 dtg laie klu masak yg sup2.:D

mokwo® said...

to tun:
sejak bergaul dengan ornag nogori nih mokwo pun rasa semua nak masak lomak...!

to kak erna:
kita sangat suka masak lomak...d best!

to Mama:
tq amin kan doa mokwo!

to atie:
alolah..cian nya get well soon dear!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...