Pages

Monday, November 21, 2011

Bun yogurt...lemak dan lembut...

siap2 dah nak letak dalam tupperware..so roti akan senantiasa lembap dan gebu


Assalamualaikum...meroti lagi kali inih...cuti2 sekolah nih dengan adanya roti..senang skit kerja....coz bila lambat masak lunch...anak2 n hubby boleh kunyah2 roti....so tak lerr lapar menantikan lunch yang selalunya siap pada pukul 3 petang....kiranya kalau ada tetamu yang bertandang secara terkezut, utk lunch...errrk...nampaknya kebulurlah sekejap nak menunggu....itulah mokwo tak berapa gemar surprise2 visit...kesian nanti kat tetamu


letak choc filling......


resepi dari Ros, onigiri from myr...antara pakar roti berkaliber nih...:D...terimakasih Ros !!

Bahan-bahan ( kuantiti bergantung pada saiz bun yang dihasilkan )

  • 250 gram tepung roti
  • 120 gram plain yogurt
  • 40 ml susu segar
  • 20 gram marjerin
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula( mokwo letak 3 sudu besar)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread softener
  • krim coklat atau krim susu atau kaya sebagai inti ( ikut selera masing-masing)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pada yang ade BM menu Dough dan ON je.
  2. perap 40 minit dan kemudian tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin. Bahagi doh pada 10 bahagian dan biar selama 8 minit
  3. ambil doh tadi dan masukkan inti kegemaran anda, tapi klu nak plain je pun boleh. Biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 50 minit atau satu jam.
  4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 15 minit atau sehingga permukaan bun tadi perang.
  5. sejukkan atas redai. ini adalah bun yogurt plain yang telah dipotong, hasilnye lembut dan gebu.


yang nih letak inti kacang merah, dan di tabur bijan on top!
roti di atas di buat dengan tepung gandum biase...lihat tekstur nya yang berbeza

5 comments:

tun_telani said...

wahh!! gebu nyer roti mokwo! tun pun terasa mcm nk meroti jugak.. tp xleh wat yg ni sbb xde stok yogurt :(

Cheq Sue said...

kite bila nengok ke roti yang gebu geban ni mule la nak meroti jugak. sedap ni kalau dapat sebiji cicah pulak kopi O....

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Assalamualaykumwbh Mokwo....masih ingat daku yg selalu menyepi tu??? He3......best betol tgok roti ni ar...coklat filling bebyk...pergh..mkn musim2 tengkujuh kat Trg ni, mmg tak hengat doonia....;)

Acik Erna said...

assalam mokwo..teringin nak buat..tapi tak de BM..
simpan jugak la..rsepi ni..mana tau nanti boleh jugak buat..terima kasih mokwo

mokwo® said...

to tun:
hah pergi joggin2 skit , beli yogurt..pasti lagik cepat krus!:)

to cheq sue:
sila2 amek mood meroti ,,mokwo bagi nih!

to Ayu:
halamak ayu..long time no see...tup2 dia wat kuar anak bujang yg ensem tuh!

to kak erna:
tak pe kak..cuci2 mata dulu..pas tuh cuci2 poket beli BM ke FP ke...:))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...