Pages

Thursday, November 24, 2011

Bingka roti kukus pandan...promo baik dr ummi K !!

yg ni guna respi yg ori....harum segar bau daun pandannya! sudu tuh ter'enteprem' jap!




Assalamualaikum...mood me'nalam' masih belum timbul......fobia mokwo masih ada...tunggulah dulu.... justeru, meh lerr buat kuih yang gerenti jadik nih, gerenti boleh makan pun ssgt sodappppp !

1st time tengok di blog ummi K..mokwo cepat2 salin dan peram lah resepi ( as usual )..sampai seru baru kita buat....bila dah buat, memang tak de full-stop lagik...sekarang, pantang nampak roti tak bersentuh...cepat2 mokwo buatkan bingka nih......sampai pokwo pun naik heran, coz roti yg di beli cepat betul 'laku' lately...:D

bingka nih jugak sudah me'rantau' banyak tempat dan memang menepati citarasa ramai nih...thanks for the owner n for those who care to share....resepi ni memang nak kena simpan kemas2 !

 yang ini mokwo letak gula merah...hanya gantikan quantiti gula biasa dgn gula merah dan masak bersama air

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Dicuba/Uji : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor, mokwo pun)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)

9 comments:

Nieza said...

Assalam Mokwo, bingka roti pandan ni memang sedap...kalau mkn lepas disejukkan tu lagi sedap. bingka ni dah merantau sampai ke Finland juga...hehe

Puan Ros said...

Mokwo kita belum prenah try buat.Org keliling kelalang semua dah buat..nak kena cuba la ni ya.

Anna Qawina said...

aslmkm Mokwo..wah..nak yg sejuk2 dlm esbox tuh..bak sikiiitt je pon takpe..

tun_telani said...

sedap ye mokwo.. dpt daun pandan mesti lg wangi bau dai kan.. tun ada perisa pandan je. sedih pulak rasanya. huhu

~Norul Mas Hana ~ said...

mokwo,
teringin menengoknya...meh sepotong..hihi

Ayu Safieza @ Humaira' said...

mokwo..............uwaaaaaaaaaa Ayu menangis tgok bingka ni.....tak buat2 groceries lagi aduyai....akhir bulan brg2 pantry cabinet byk yg dah yileeeeeeeek......hujan x berhenti lebat dari smlam..hu3....hari ni pun xdpt kuor lagi....mmmmm, tumpang lunch kat rumah mokwo la nanti.....:)

Chik Mimi said...

Kita punduk kiv je dalam list bingka kukus ni :)

mokwo® said...

to nieza:
tulah...jauh , naik kapalterbang dah bingkA nih..:)

to puan ros:
ros..mokwo strongly recommend!

to Anna:
nah amek...sesudu..:D

to tun:
perisa pandan pun sedap jugak tun...kalau guna kelpa kotak pun sedap gak~!!..semua main nakl segera kan..:D

to ayu:
bole3x..menu lunch mokwo roti dan bingka..nasik kena vongkos sendirik..:))

to chik mimi:
;)....list mokwo pun dok memanjang sokmo! tapi memang sedap lah nih!tak rugi coba!

Ummi said...

Assalam Mokwo, kita baru perasan bingka kukus pandan ni mokwo dah wat eh...apasaii x hantar kat kita hari tuh...nak rasa airtgn mokwo gitu...hehee.. Baik punya promo eh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...