Pages

Friday, December 2, 2011

Alang-alang menalam biar sampai ke Tokyo...:D!!


Sessi balas dendam.....hah amek ko...mokwo buat satu adunan...waduh banyak dapat nih.....tapi InsyaAllah habis!

Tq yatie SK coz sudi kongsi resepi Talam tokyo kepunyaan Chef Asma yang sedap nih...walaupun sticky habis tang nak potong bahagian bawah tuh...ternyata Talam nih memang sedap,lembut, lemak manis...umpama makan kuih sago bronok dan serimuka sekali gus !!

kepada yang nak mecuba nya...sila baca, paham dan ikut nasihat yang di tulis oleh Yatie supaya Talam anda jadik mantop gituww!!

Hip, hip hoooraaay...menjadi jugak Talam ku kali ini................:D

 kepada yang tinggalkan komen dan ziarah mokwo di sini, mokwo ucapkan banyak2 terimakasih...mokwo masih belum berkesempatan nak buat kunjungan balik dan membalas komen2 tersebut coz sekarang tengah 'oustation' memanjang...kejap lagi nak merempit ke Giant..sebb nak cari bahan keperluan sekolah budak2...
Salam Jumaat yang Mulia untuk semua !!


 Talam Tokyo
resepi asal fr : chef Asma
copied fr : Yatie Sinar Kehidupanku


Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
  • 300 gm sago kecil warna putih
  • 60 gm sohoon
  • 100 gm kelapa parut putih
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam.
Cara-Cara
  1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
  2. Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
  3. Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
  4. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 4 biji telur (mokwo guna 3 biji )
  • 300 gm gula pasir ( mokwo guna 280gm)
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan) (mokwo guna 300ml air )
  • 100 gm tepung kastard
  • sedikit pewarna hijau
  • 1/8 sudu kecil alkaline water@air abu (takde, Yatie dan mokwo juga guna 1 sudu kecil air kapur)
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
  2. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
  4. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
Tips Yatie yang sangat2 berguna=
Saya tak bungkus dngn kain penutup kukusan tu semasa mengukus kuih, tapi saya buka penutup tu setiap 5 minit dan sentiasalah di lap dan sambung lagi mengukus.
Cara ini saya gunakan semasa guna pengukus biasa dan juga trio steamer.
Sekiranya terdapat sedikit air di atas permukaan kuih, sendengkan/sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu perlahan2.
Boleh juga gunakan kertas tisu dapur. Selepas itu, letakkan semula kuih di tempat rata dan biarkan benar2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik dan pembaris supaya kuih kelihatan rata dan cantik. Selamat Mencuba...
# mokwo guna santan yang di perah dari 2 biji kelapa parut utk mendapat kesemua amount cecair yg di guna di atas...

14 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Mokwo,

sedap tk talam tokyo....nur pun ada resipi TT tapi belum pernah cuba....heheh...nak cuba tak cuba juga...sekali pandang mcm serimuka tapi ada suun.

cik cek said...

Wah...sedapnya...nak rasa sepotong....:)

Chik Mimi said...

sedap ni dah lama mengidam nak buat tapi M banyak besarlah mokwo

Anna Qawina said...

alang2 dah sampai tokyo tu belikan saya sehela kimono..ahak..
alang2 buat kuih tu hanto le sini sket..

Cendana Kasih said...

Salam mokwo...dah sampai tokyo tu, petikkan saya sekuntum bunga sakura yer...hehehe....

tun_telani said...

ooo.. gini rupanya talam tokyo. letak sagu ngan suhun ye..nmpk sedap lah..

inahar ali said...

salam rindu mokwo..lama pn doc x melawat ke sini..pekabo? bila nmpak je talam tokyo nih terus terbang kemari..hehe! nmpak mengancam habiss!

Yatie said...

Assalamualaikum Mokwo,
waduh betul2 terliur tngk talam tokyo mokwo ni..sedapkan...rasa mcm nak buat lagi je..

Acik Erna said...

mokwo..mak ai..sampai ke tokyo..mokwo..nak sepiring..nak rasa he he.
kalau baca resipi macam susah mokwo kan.

Ida,Japan said...

kalau dh sampai ke tokyo tu, singgah2 la kt fukuoka ni, bawak kuih talamnyer sekali...slm kenal mokwo...meaksih sudi singgah blog ida dan follow ye,ida follow sini juga

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam mokwo..kat umah ni dah lama xmenalam...angin M dah singgah.:D.atie pon mmgu depan baru nk merempit beli peralatan sekolah Adik.

Nieza said...

cantik tgk kepala kuih yg hijau tu...kuih talam tokyo ni memang sedap..nieza pun dah 2kali buat mok wo..:)

mokwo® said...

to nuridah:
rasa dia lebih kurang seri muka ..tapi lagi sedap..cobalah nur!

to cek:
meh amek..dok ada seloyang lagi tuh!

to chik mimi:
itu besar punya M, kena campak ke laut tuh!

to Anna:
erkkk..kimono anak mokwo ade tuh...nanti hantar sepiring!:)

to CK:
oooooh minah bunga ghupanya...meh mokwo bagi sepokok!:)

to Tun:
sedap nih..paling sedap boleh telan aje tak yah kunyah!

to inahar:
waaah pn doc baru tersembul ekk...tugas haru di dahulukan yek tak?

to Yatie:
dear yatie mokwo pun dah mila jatuh cinta dgn talam2..tapi nak buat tuh sungguh bercinta!

to Kak erna:
meh amek mokwo ade kat tokyo nih...:)verangan!

to Ida:
InsyaAllah Ida..memang nak sgt ke Jepun!

to atie:
iyalah atie...talam nih sebenarnay sgt leceh ..tapi makan sodap!

to nieza:
eii...samalah kita ..peminat talam nih!

CT Delima said...

AS'alam Mokwo

Amboi jauh perjalanan luas pemandangan ya Mokwo..hihihi. Jauh betul sampai ke Tokyo tu. lain kali nak kesana lagi pelawa awal2 dulu senang nak pak2 barang..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...