Asssalamualaikum
Dekat pukul tiga pagi....kakak meraung kesakitan....mokwo panik...keadaan kakak merengkuk, memegang perutnya yang pedih mencucuk-cucuk...beberapa minit kemudian..kakak muntah2...semau-maunya !!
aaahhrgggh....sudah datang lagi dah penyakit kakak.....mokwo semacam polis pencen...soal siasat apakah pemakanan kakak pada hari yang sebelum nya....tekaan mokwo tepat sekali...sehari sebelum kejadian .....kakak menjamu dirinya dengan makanan yang pedas2 dan masam2...akibatnya inilah hasilnya...gastrik kakak menyentap kembali...dan kali ini symptom nya lebih teruk sehingga muntah ,cirit dan demam sekaligus.....kakak merayu agar tidak di kejarkan ke hospital......kakak memang tak gemarkan sepital seperti mokwo juga!
so mokwo tak hantarlah dia ke hospital...tapi mokwo bagi dia ubat secukup2nya..kali nih kakak bukannya nak muntah sebab gastrik, tapi kakak macm nak muntah bila mana menengokkan ubat segenggam yang harus di telannya...:) setiap 3 kali sehari.!!..Alhamdulillah...dengan izin Allah jua kakak kembali beransur sembuh dah...tapi medication kakak akan berlanjutan selama sebulan...huuuiih seksa gak kena gastrik nih!
selain dari ubat-ubatan kakak jugak harus pantang makan...so hampir setiap hari mokwo kena masak sup..itu lemak2 cili api mokwo kena ucap bye-bye lerr utk sementara waktu....kakak pun , nak baik punya pasal , tak banyak songeh...itu pun lepas tak larat di ceramah umi nye lerr!
nih adalah antara dari berbagai jenis sup yang mokwo masak...mokwo pun suka makan...kira all-in-one...sedap dan senang.....tapi dek kerana masak utk orang berpantang, mokwo tak letak lah itu cili api (walaupun akan menjadi lebih sedap...gulp..telan air liur jelah dulu) and limau tu pun bubuh setitik dua jer...tapi enak juga!!
tq a billion bunch kak nor for the resepi...mokwo tempek di sini ...senang anak cucu mokwo nak refer nanti..:D !!
SUP AYAM (Bebola Daging ) DGN CENDAWAN
di salin dari: kak nor secubit garam
Bahan2:
ayam ~ dipotong kecil2 (mokwo guna bebola daging )
cendawan tiram ~ basuh, toskan dan siat2 sket
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
3 bj bawang merah ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ diketuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 - 2 sudu besar rempah sup
1 bj ubi kentang
carrot
1 btg celery
5 -7 bj cili padi ~ jika lebih suka pedas ( kali nih mokwo tak letak )
1 sudu besar perahan limau nipis
garam
sedikit gula jika suka
Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang
air secukupnya
minyak
Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk serta halia.
Kacau hingga naik bau dan masukkan potongan ayam.
Kacau sket dan masak hingga ayam bertukar warna putih dan masukkan rempah sup.
Masak hingga pecah minyak atau hingga ayam bergaul mesra dgn rempah.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan ubi kentang, celery dan serbuk lada hitam.
Pastu masukkan carrot dan masak hingga ubi kentang empuk.
Masukkan garam dan gula, cili padi yg diketuk dan cendawan.
Masak kejap aje dan padamkan api.
Masukkan perahan limau nipis, kacau2 dan boleh la dihidangkan.
Boleh la ditaburkan dgn sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka.
Sedap juga dimakan dgn sambal kicap :)
* ayam boleh juga digantikan dgn daging.
** kalau suka, bolehlah diletak sedikit serbuk pati ayam atau kiub ayam.
*** kalau tak ada rempah sup serbuk, boleh guna rempah sup bunjut.
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me