Pages

Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Ayam Madu 3

Assalamualaikum,
Amboi3x...kusss semangat..nama lauk ayam Kak Nik  hari nih....lucu ade...ngeri pun ade...:D
resepi asal dari DatinLulu My resipi
mekasih!

komen Kak Nik...sedaaaaaaap.... sampai tak terkata...(padahal dah tak tau nak tulis apa dah ni...:)) )
so take care to all!


Bahan-bahan ( 4-5 0rg makan )

  • 1/2 ekor ayam - potong/cuci brsih/toskn
  • ayam dgaul garamkunyit - dgoreng
  • *6 biji bawang merah
  • *4 ulas bawang putih
  • *2 inci halia
  • *10 biji cili api ( ikut pedas)
  • *2 biji cili merah
  • bahan brtanda dblend halus
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar madu
  • 2 batang serai - dtitik
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 labu bawang besar - dhiris bulat/sedikit tebal
  • sedikit garam halus
  • 1/2 cawan air panas ( Kak Nik letak 1 cawan santan dari 1/2 biji kelapa parut )

Cara-cara

  1. Panaskn 1/3 cawan minyak, tumis kulit kayu manis, serai & bahan yg dblend hingga naik bau & sedikit garing
  2. Masukkn 2 jenis sos, kicap manis & madu...biar seketika, dikuti 1/2 cawan air panas...kacau mesra (biar kuah mndidih dgn api yg kecil)
  3. Bleh masukkn ayam, biar kuah mereneh dgn api kecil & gaul/kacau mesra. Sesuai rasa garamnya, klau dah cukup masin x prlu garam lgi
  4. Apabila kuah@sos sudah pekat, masukkn bawang besar...biar seketika, gaul mesra.
  5. Tutup api apabila bawang 1/2 layu, bleh tabur daun bawang/sup & bawang goreng klau suka
  6. Selamat mncuba & menikmati hasilnya :)

Thursday, November 29, 2012

Tauhu telur goreng sambal ayam cincang

Assalamualaikum,
Kak Nik sudah start ke dapur...hanya utk masak simple2 dululah.....beezee nya akak mengalah kan Pee Em yang nk bertanding pilihanraya...malam ni sudah ada dinner date....so kita masak simple2 ajer lah...cepat dan senang anak2 nak makan....akak , pokwo dan along hadi puasa hari ni.....cukuplh sekadar si kakak dan amny (sudah ada sup  sayur utk nya) utk mengalas perut sebelum makan malam karang...tambahan sekarang, si kakak sibuk nak berdiet...so kak Nik rasa masakan ni cukup sesuailah

Memang mengenyangkan......mana tak nya, ada protien dari tauhu dan ayam cincang...sedikit sayur buat penambah fiber...satu hidangan yg lengkap bagi akak lah!


Tauhu Telur Sambal Ayam Cincang

4 batang tauhu telur- potong 3 bahagian setiap satu batang
2 keping dada ayam-- potong kiub/ cincang

2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tomato sos
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering-- rendam dlm air 10min*
garam, gula
1 pokok daun bawang- potong 1'
minyak secukupnya utk menggoreng tauhu dan menumis

Cara2:
  1. panaskan minyak masak dan goreng tauhu hingga garing . 
  2. angkat dan ketepikan
  3. tumbuk bahan2 *. tumiskan bahan2 tumbuk dengan 2 sudu minyak masak lebihan goreng tauhu tadi
  4. masukkan daging ayam,cili kisar, sos tiram dan sos tomato. goreng sampai garing
  5. masukkan tauhu, garam dan gula secukup rasa.masukkan pula daun bawang
  6. sedia di hidang dgn nasi panas atau di makan begitu sahja


Thursday, November 15, 2012

Asam Pedas Ayam

Assalaamualaikum,
Salam Maal Hijriah 1434............Dah baca doa Awal tahun dan akhir tahun ke belum???? udah....yaa Baguss....sedang akak google tentang kelebihan doa akhir dan awal tahun nih..ada beberapa blog menyatakan  fadhilat2 doa akhir tahun dan awal tahun itu  menggunakan hadis2 palsu....hemmm bahaya jugak kan...u als boleh baca di SINI....dan sebenarnya amalan berdoa awal dan akhir tahun ini bukanlah perkara yg di lakukan oleh Nabi Muhammad saw......apa2 pun berdoa itu tidak haram...utk lebih selamat, niatlah supaya mendapt ampunan dan redha dari Allah swt...bukan hanya utk satu tahun, bahkan untuk sepanjang hayat kita...Amiiiiin! kalau tak buat pun tak apa, berdoalah bila2 masa pun pasti Allah itu Mendengar rintihan hamba-Nya

Asam pedas....aaaaahhh...memang ramai orang suka asam pedas.....bila masak asam pedas, akak pasti teringatkan seorang kawan sekolah akak dulu....As...berasal dari Melaka....kami duduk serumah...tiap kali turn dia masak, dia pasti akan memasak asam pedas....sedaaaap...air tangan nya memasak asam pedas, akak rasa tiada tolok bandingannya

daum kesum nan ciput, akak dah blend sekali dlm rempah tumis..so memang tak nampaklah lah! :)


malang sekali As...telah bersuamikan orang Kelantan.....yang tak berapa gemar asam pedas....Alahai ..selepas itu As jarang meng'asam pedas'...tapi tiap kali akak nak makan asam pedas, akak akan calling2 As mintak dia masakkan...siap lepas dah makan kenyang tu, boleh mintak tapau lagi dari As...:D

memang muko tak malu sungguh....tapi  As nampak sangat hepi...coz katanya susah sekarang nak masak asam pedas...masak pun tak dak geng nak makan...kekadang dia masak jugak asam pedas utk melepas rindu...... En somi nya si As siap sound lagik...'.hai macam tak dek lauk lain dlm dunia ni keeeeeer???'.......heeemmmmm apa khabar agaknya si As sekarang???

.Family Kak Nik, mujur jugaklah tekak universal.....makan apa pun boleh...asal makanan nya sedap dan halal.....tak cerewet...,, Alhamdulillah!!

resipi asam pedas kali ni akak ambil dari Mamasya,..... yang baru sahaja pulang dari tanah suci Mekah, Alhamdulillah.........ni lah 1st time akak masak asam pedas guna rempah 4 sekawan ( buah pelaga, cengkih, kayu manis , bungalawang).............emmmmemmmm...not bad at all!!...kalau guna daging lagiiik sedap...so kalau nak mencuba...inilah resipinya yek!...di terbang khas dri dapur Mamasya kini singgah di dapr Kak Nik pula..... ;)..resipi asal dari sya_annur myresipi...terimakasih yek!


Asam Pedas Daging/ Ayam
Sumber; sya_annur@MyR
Oleh;Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 6 org )
1/2 kg daging (rebus hingga empuk)-campur bhg tetel sikit
10 biji cili kering
3 biji bwg merah/1 biji bwg besar
1/2 inch halia
1/4 inch lengkuas
1 batang serai
blend@tumbuk semua bahan di atas smpai lumat (kecuali daging la, hehe)
2 biji tomato
Daun kesum
Sedikit rempah tumis(Cengkeh, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga)
Garam & Gula secukup rasa

nota dapur mamasya; (kak Nik ikut)
Tambah 1/2 cwn air asam jawa & sedikit belacan

Cara-cara
Toskan daging yang telah direbus tadi. Kemudian hiriskan
Panaskan minyak dan tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah digiling tadi.
Apabila bahan yang ditumis tadi naik baunya, tuangkan baki air rebusan daging tadi kedalam periuk.
Masukkan daging, buah tomato dan daun kesum.




Wednesday, September 26, 2012

Kari Kurma.......

Assalamualaikum
 kita tempek resepi ajelah...hari ni ialah hari otak kak nik blank....


resepi dari dapur Yatie Sinar Kehidupanku...penuh dengan rase kari dengan secubit rasa kurma...sedikit kelainan dlm masakan kari anda..! ok lah akak nak kena melangut, tunggu orang ni...ni lah appointment janji melayu....errrrk janji orang mesia......Selamat mencuba!!

BAHAN- BAHAN
  • 1 ekor ayam- dipotong 12
  • 3 biji kentang- kupas dan belah 4
  • 2 biji tomato- belah 4 setiap biji
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cwn santan cair
  • 2 cwn santan pekat
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 btng serai (di titik)
  • 1 btng lada merah/hijau (belah 2)
  • Garam dan gula (1 sb)
BAHAN TUMIS
  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 tangaki daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Blend bahan2 kisar sehingga halus, campurkan bersama rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili... kisar lagi.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan serai yg di titik, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata, masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih, biar sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang santan pekat, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan lada hijau/merah yg di belah 2.... masak sekejap lagi.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan hidangkan.

Friday, September 21, 2012

Sup Kaki Ayam Pedas...lazatnya!!

Assalaamualaikum,
Tiap kali beli ayam , kak Nik akan asingkan dia punya kaki, hati dan pedal. Kaki ayam tu akan akak buat masak kari, selalunya......kak Nik dan Amny memang peminat tegar kaki ayam...yang lain...kalau dah tak dek lauk lain barulah makan kaki ayam nih

kebetulan dalam fridge banyak pulak kaki, lebihan dari masak2 sepanjang syawal tempohari..akak perap..akak macam dah boring nak masak kari...sebb bila masak kari dengan kaki nih...kuah dia akan menjadi gelatinized bila  dah sejuk...so, tu yang kekadang muak jugak nak makan dia!

Hari nih akak cuba resepi dari Mas Duniaku...resepi asal, letak cili pedas2 tapi akak tak letak pun sebab Amny tak makan pedas...memang sedikit anti-climax lah kalau tak dek pedas nih...tapi berbaloi jugak melihatkan Amny dan Si Kakak,anak dara ku, makan berbatang2 kaki ayam tuh....

Ralit jugak akak dok kepah kaki ayam nih yang digandingkan dengan nasi panas lembik2 (nasi bubur separuh jadik!!)...Semangat akak makan, mengenangkan Mas kata yang kaki ayam ni cukup baik untuk tulang dan ketegangan kulit (kolagen)....:))

Makan nih hari2..kot2 silap ari bulan ade jugak yang nak kena tukar dari title "Kak" Nik Ja kepada "Adik" Nik Ja kang...:D

So akak tempek resepi nya di sini pulaklah yek...terimakasih Mas dan Ibunya yang telah sudi berkongsi resepi yang sedap hingga menjilat kaki (ayam) ni

Kalau sesiapa yang masih tak pandai makan lagik, belajar2 lah makan...sedaaaap ooooo kaki ayam nih!:))...rugiiiii!:D

makan dengan nasi panas2....fuuuhhh!!

Sup Kaki Ayam Pedas
Resep : MasDuniaku
Bahan :
12 ketul kaki ayam 
5 biji cili kering ikut pedas - potong 2 jerk
halia - potong nipis2
2 ulas bawang putih - tak payah kopek kulit - basuh bersih
2 sudu besar sos lada hitam ( klu x de, sos tiram + lada hitam yg ditumbuk )
1/2 kiub ikan bilis
sedikip kicap lemak manis
garam jika perlu
air tepung jagung secukupnya

Caranya :
Basuh bersih2 kaki ayam. Mas rendam kejap ngan cuka kurma dan bilas sebersihnya, boleh juga guna tepung.
Ambik towel bersih @ kitchen towel, lap kaki ayam tu hingga kering, ini untuk mengelak kaki ayam meletup masa proses menggoreng nanti.
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan kaki ayam tadi, tutup periuk dan biar kaki ayam tergoreng hingga kaki ayam nampak cokelet2 sikit, tutup api dan biarkan kaki ayam tu, terus jerk tuang minyak kebekas minyak.
Kemudian masukkan air panas kedalam periuk yang ada kaki ayam tadi, agak2 tenggelam kaki ayam tu.
Masukkan juga cili kering, halia, bawang putih, sos lada hitam ( @ sos tiram dan lada hitam ditumbuk ) dan kiub ikan bilis. 
Masak dengan api perlahan hingga kaki ayam lembut.
Kemudian masukkan sedikit kicap lemak manis dan rasa, jika ok, masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau, kepekatan kuah bergantung pada selera masing2 yerk....
Tutup api dan boleh dihidangkan.



runcing molek jari kaki ayam tuh ekkk!
                   
                   ' Selamat Menunaikan Haji Kepada Semua Bakal2 Haji'

Monday, June 25, 2012

Ayam Masak kicap berempah mamak Penang...fuuuh!!

Assalamualaikum wbt
Selamat berpuasa bagi yg sedang berpuasa.....dah masak ke belum tuh?? kalau belum dan ada ayam dalam peti ais..boleh lerr cuba resepi nih ye!!

mokwo buat guna ayam kampung jantan lagi teruna...:)) macam lah tau!!... sebanyak 2 ekor...memang tak sia2...anak2 dan pokwo cukup suka...sambil2 makan, mokwo teringatkan kat nasi kandar di restoran nasi kandar pelita di kulim kedah...rasanya iras2..cuma mokwo buat ni tak berapa pedas sebb amny memang tak tahan pedas...kalau pedas berdengung..memang lagi kaw!!

resepi asal dari mamak Haji, nya tuh cukup panjang dan sungguh berguna utk mendapt rasa original nya.....tapi mokwo ikut resepi ringkasan tulisan Madiha...lagi satu kan ..di sebab terlalu ghajin...mokwo blend segala mak nenek rempah dia termasuk serai...Alhamdulillah secukup rasa!!

Pasti akan di buat lagi dan lagi...terima kasih kepada diva2 yang dah mencuba, rekomen dan berkongsi resepi yang sedap nih!!!




AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG
Resepi :Mamak Haji
Sumber : Kak Watties@homemadecakes, Kak Ayu & MaDiHaA

Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 tsp serbuk lada hitam (yang ditumbuk sendiri)
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 tsp air limau nipis
1 tsp Jintan manis
1 tsp Jintan Putih
1/2 s/b serbuk kas-kas (optional) ~ (Ayu tak letak ni tapi MaDiHaA letak sbb ada stok)
1 sudu besar serbuk cili (boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin) (MaDiHaA jadikan pes)
2 sudu besar rempah kari Daging (MaDiHaA jadikan pes)
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje MaDiHaA guna 2)
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
1 cawan air (yg ni MaDiHaA tambah)

Bahan kisar

3 Biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih

Cara menyediakannya:
1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit & garam. Goreng ayam 3 suku masak & ketepikan dahulu. Panaskan minyak dalam kuali yang lain, tumiskan serai, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik bau masukkan bahan kisar & tumis hingga harum & naik minyak. Masukkan pes cili & pes serbuk kari daging & masak lagi hingga wangi.

2. Masukan semua bahan-bahan yang lain di atas dan biarkan kuahnya mendidih. Masukan ayam yang telah goreng. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. MaDiHaA tambah 1 cawan air. Masak hingga agak kering & rasa kemasinannya & bolehlah tambahkan garam JIKA PERLU.

3. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia.

Selamat mencuba!


makan dengan roti canai sedap banget deeeh!!

Thursday, March 1, 2012

Ayam Masak Halia...emmm...mmm

Assalamualaikum....
haaaaaah...mokwo udah hampir finish mengemas...kalau tak ada aral melintang, mokwo , tiga beranak akan terbang ke kampung halaman nun di kota baharu kelantan esok. adik mokwo mahu melangsungkan hari bahagia nya ( kawin )...dari tahun lepas mengikat janji..kini tibalah hari yang di nanti2....this time around, mokwo udah pack camera dan charger awal2...not like last time..kamera ku kantoi di tengah jalan kehabisan bateri..sudah nya banyak gambar2 menarik tak dapat di rakam....so Moga Allah permudahkan segala urusan mokwo......

hari nih masih menten masak simple2 ajer...asal sedap masuk mulut lagi halal udah lah yeaa...dada ayam yang berbaki lagi 2 keping, mokwo masak secara berhalia....ingatlah masa tahun satu di uni dulu...kalau makan malam, ayam masak halia bersama nasik putih adalah menu yang sudah pasti....itu pun kalau duit biasiswa masih kembung lagi dalam poket...bila duit dah kering, kita pun ikut makan sekuk kering jugak ...:D....nak buat mcam mane..biasiswa mokwo ciput ajer dan family pulak mana nak mampu hantar duit elaun tambahan...so kita  pandai2 lah budget utk hidup kan

so...kali nih mokwo ikut resepi dari kak fida myr ...antara insan2 yang cukup aktif juga menyumbang kan resepi di MYR....kebanyakkan resepi kak fida nih mokwo cukup suka....sebab kebanyakkan menjadi dan sedap2 belaka...tq very much kak fida yek! ai kopi kat sini lak yek utk kenang-kenangan ! :D


Bahan-bahan ( 4org )

  • 1/2 ekor ayam
  • 4 ulas bwg putih(dimayang)
  • 2bj bawang besar(dimayang)
  • 6bj cili padi(suke pedas bleh tmbh)(dihiris)
  • 2inci halia muda(dimayang)
  • 3sudu besar sos tiram
  • garam & gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • sedikit minyak utk menumis 
  • sedikit air asam jawa (mokwo tambah)
  • hirisan carrot ( mokwo tambah)

Cara-cara

  1. potong ayam mengikut kesukaan masing2, sy suke ptg agk kecik n cuci
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga naik bau
  3. selepas itu, masukkan ayam yang telah di potong
  4. masukkan juga sos tiram, air, sedikit garam dan gula
  5. masak sehingga ayam empuk dan bolehlh dihidangkan

Friday, October 14, 2011

Ukur baju di Body sendiri...ini Ayam tak pakai baju !

Assalamualaikum....salam sejahtera....
kembali bersiaran lagi di alam maya...sebenarnya mokwo sudah kembali  dari awal minggu ni lagi..tapi dek banyak permasaalahan yang timbul di campur semangat cuti2 yang masih menebal...sudahnya asyik tertangguh ajerr nak buat n3..kekadang teruja sungguh melihat rakan2 se'pemasak' lain yang begitu rajin membuat post baru..mereka nih sungguh dedikasi !!...tak macam mokwo...apo nak di buek kan...tiap2 individu Allah jadikan berbeza...stamina dan masa lapang juga di berinya berbeza2..so harap maaf lerr atas kelembapan mokwo nak hap date...kenalah kita ukur baju di body sendiri..ye tak...kang kira nak berlumba dengan orang lain....hapa kerja kita nanti tak terbuat..kena sedekah maki hamun free dengan boss lagi ada !!

bercakap pasal ukur2 baju nih.....teringatlah mokwo akan seorang sedara mokwo nih.....lately asyik nak buat cerita sedih lagi pilu....tujuannya......nak pinjam duit dari kami !! kekadang cerita sedih dia tuh memang tak masuk dek akal..seperti cerita nih bahawa dia kena settlekan bayaran kereta dengan bank...sebuah kereta kancil myvi di buat pinjaman atas nama dia tetapi di guna pakai oleh orang lain..kebelakangan ini orang yang memakai kereta tu tak mau bayar ansuran kereta..sudahnya bank akan bertindak menarik kereta tersebut dan sedara mokwo nih akan di 'blacklist'......looor cerdik ( yang tak berapa) dan baik hati (tak bertempat) sungguh laaaah sedara mokwo nih.....mudahnya termakan dengan kata2 manis orang yang dikenalinya hanya beberapa minggu ajerr......ishh3x Istighfar panjang mokwo dengar cerita dia !! kalau sikit2 boleh kami tulun..tapi bila dah mencecah ribu raban....hemm kita orang pun tak tau mana nak seluk !!

bukan itu sahaja..sedara mokwo nih memang terkenal dengan cara hidup yang luxury...biarpun tak dak duit......kerja nya meng'hebat' dan above standard memanjang........adakalanya yang paling tak tahan....kitaorang pula yang terpaksa ikat perut utk bagi duit kat dia.....hemmm bukan nak ungkit....tapi cara dia betul2 buat mokwo geleng kepala...kalau susah buatlah cara susah...bila tak berduit usahlah beli tv plasma beso2 tuh ( yang mokwo sendiri tak terbeli ), usahlah semborono makan2 angin dan janganlah tanam sifat suka berhutang......dah tu bila dah pinjam bukan tau nak bayo balik.....biarpun tangan memberi itu adalah lebih baik dari tangan yang meminta...tapi tahu kah kita dengan meminta2 atau suka berhutang itu..Allah bukakan lebih banyak pintu2 kefakiran, in short kita bukan jadi lagi kaya..malah lagi miskin.........tapi lain pula kalau meminta pada Allah...selagi kita sebagai hamba ni asyik dok mintak..lagi Allah swt suka..sebb Dia itu Maha Kaya....sebagai muhasabah untuk kita bersama yek! kalau masih tegar sifat suka berhutang  tuh....eloklah buang jauh2 naaaa !!

wokah lah.....ayam nih mokwo masak kala tak berkesempatan nak masak ayam pesen rumit2....cukup simple dan rasa nya pun not bad at all...di kala kesibukkan melanda begini masak jer ape yang tercapai dek tangan...Alhamdulillah sedap sehingga menjilat siku...dah tuh kuah meleleh sampai siku.!! :))

makanan yang simple kadang kala cukup menyelerakan!


mokwo gandingkan dengan penne yang di campur mushroom soup campbell......senang keje!

Ayam Bakar Hoisin
5 ketul whole chicken leg
4 sudu besar sos hoisin (mokwo guna jenama life)
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa

cara2:
  1. bersihkan ayam dan gaulkan semua bahan2 di atas 
  2. perap 2 jam
  3. bakar pada suhu 190 C selama 45-50 min
sosnya:
  1. ambil air lebihan bakar ayam dan air perapan ayam
  2. masak di dalam periuk..kalau nak pekat boleh tambahkan sedikit tepung ubi
  3. perisakan dengan garam dan gula, serta sedikit sos tomato...yang tak de sukatan khusus yek!
p/s : terimakasih kepada semua yang telah tinggalkan komens..mokwo ade menghadapi sedikit masaalah bila nak  balas  komen u ols ..moga2 mokwo ada masa untuk berkunjung ke blog rakan2 semua!

    Tuesday, May 10, 2011

    Rendang Padang


    Assalamualaikum kepada pembaca budiman....dah masak ke belum ?? ooohh buntu nak masak apa...why not masak rendang ni

    sedap..Rendang Padang dari kak fida myr...sepatutnya rasa dia pedas2 skit dan lebih berwarna merah ..tetapi seperti biasa, umah mokwo ni tak boleh masak yang terlalu pedas..justeru itu mokwo hanya letak 3 biji cili merah aja, hoping d colour gonna turn red...tapi hampeh deh! end result, rendang nih still kuning gak !!

    overall memang marvelous sedap rendang nih...rupa2 nye nak buat rendang yg sedap kena letak serai lebih skit yea dan pilih yang gumuks..selama nih mokwo hanya letak 2 btg serai yang di ketuk2 aje untuk buat rendang 1 ekor ayam....patutlah tak berapa ummmphh!!

    jom check out the recipe... then pakat2 ceduk nasik dari rumah sendiri yea! lepas makan kita pakat2 berkipas....fanas laah, fanas lahh...lagi fanas sebb tau hari nih harga gula naik lagi 20 sen for a kilo....hemm barang apa yang tak naik kat Malaysia nih !!! ceh!

    tqvm kak fida utk resepi yg sedap menyelerakan!! boleh buat time raya nanti!!


    Bahan-bahan ( 8-10 orang )

    • 1 ekor ayam - dipotong kecil ...ATAU
    • 1 kg daging - dihiris nipis dan lebar
    • 1/2 biji kelapa parut dijadikan kerisik
    • 1 ltr santan pekat drp 1 1/2 biji kelapa
    • garam, gula secukup rasa
    • 10 - 12 biji cili merah*
    • 3 biji bawang besar*
    • 8 ulas bawang putih*
    • 1/2 ibu jari halia*
    • 1/4 ibu jari kunyit hidup*
    • 2 hiris lengkuas*
    • 4 batang serai*
    • 2 helai daun limau purut - disiat2
    • 1 helai daun kunyit - disiat2
    • 2 helai daun salam
    • 2 sb air asam jawa
    • secukup air - jika perlu

    Cara-cara

    1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
    2. Masukkan kesemua bahan2 di dalam periuk kecuali air asam,garam dan gula dan gaul rata dan masak di atas api sederhana hingga mendidih dan empuk.Tambah air jika perlu dan masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati dan masak lagi hingga kering atau berkuah pekat ikut selera.

    Thursday, March 3, 2011

    mai dah!!! mai dah!!!

    eh..eh..eh..bukan ada sesiapa yg datang ..cuma chickken wings nih dah mai dah kat dapur mokwo
    sedap nnyeeeeerrrr!!! mokwo sukahhh!! actually..ni adalah pertama kali mokwo masak menggunakan chick wings secara total..biasa2 memang tak beli chic wings nih  samada yg mentah atau yg masak

    tapikan kalau nak masak nih, mokwo tersangat syorkan  guna non-stick pan yeh!! karamel tu pasti stick to d ayams ajer..tak stick2 kat frying pan anda.. second time mokwo dah try guna chick thigh  pulak..memang sedap jugak!!!

    posing paling seksa!!


    yu ols perasan tak masak dgn chicken wings nih , banyak minyak  keluar.......baru mokwo tau daa!!
    tapi memang sedap..kalau sesiapa tak cuba lagi harus cuba yeh..nak guna ayam sekor pun boleh jugak...sedap meratah2 gitu

    oklah resepinye mokwo pinjam dari umah hasue...banyak dapur2 yg lain yg dah berasap dgn ayam nih..terimakasih semua kerana telah berkongsi !!!

    Sticky Caramel Chicken Wings >> mutiarazura myresipi.com

    Bahan-bahan ( 24 keping )

    * 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
    * 2 sudu besar minyak masak
    * 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
    * 1 sudu besar halia dicincang
    * 1 sudu besar sos ikan
    * 1 sudu besar kicap
    * 1 sudu besar sos cili
    * 1/4 cawan (60ml) madu
    *1 sudu besar sos tiram -hasue tambah
    *2 sudu besar cili boh ( mokwo tambah)

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
    2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
    3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

    dahhhh abeeesss!! tu lah sapa suruh datang lambat!!! hihihi

    Monday, January 24, 2011

    ayam cencaluk...waduh, waduh!!

    ayam cencaluk yg terlebih kuah...lupa nak brek masa tuang air!!!

    waduhhh buk..bahaya sikk ini lauk!! penangan nye ngak buleh tahan donggg!!...waah merepek meraban lah hakak sensorang...dan sebabkan pokwo makan dgn banyak  lauk ini semalam masa dinner...hari nih pokwo terpaksa berposa...hihi...ehh indak lah...memang niat awal2 pokwo nak posa sunat...dia cukup rajin buat posa sunat..harapkan mokwo, asyik kantoi ajekk...nak tunggu mokwo betul2 sihat dulu lah baru nak posa sunat ( banyak lah hakak punya alasan)...lagi pun posa ganti dok berlambak lagi tak berganti2....

    puasa sunat ni cukup bagus utk zahir dan batin manusia...kira total body detoxify...kalau yg sihat tubuh badan dan mental tu ..buatlahh...kalau tak mampu tu nak buat cam mana...tolong masak utk org berbuka puasa pun dah cukup banyak pahala nye...ye tak!!

     berbalik pd resepi nih..anak mokwo siap tanya..ummi buat kari pesen hape??..otak mokwo nih dah compute nak masak cencalok nih..tapi mata dok pandang rempah kari..ni lehh padah nye...bila mata dan otak dah tak sekufu...tangan lak sesedap hati tuang sebyk2 air...hihi

    apa2 pun memang sedap....rasa cencalok yg tak berapa melampau...semua org boleh makan...pokwo yg tak makan cencalok tu pun boleh habih 2 pinggan...mokwo tok sah crita lah!

    mokwo kopi pes resepi nih dari nor--secubit garam...tq nor..baik punya promo..memang sedap!!

    P/S: ni lauk semalam..kalau sesiapa teringin pergi panaskan sendiri lauk nih yg masih dok dlm fridge..hari nih kiranye mokwo makan lauk recycle ajekk! sonnanng keje!!

    AYAM CENCALUK by CMGebu
    sumber: Ayu S'pore
    sumber : K.Nor@SecubitGaram

    BAHAN-BAHANNYA :-)
    8 ulas bawang merah*
    3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
    600 g dada ayam, potong sedernana kecil
    1/2 cawan cencalok, toskan airnya
    3 helai daun limau purut
    1/2 cawan jus asam jawa
    3 biji limau kasturi, ambil jusnya
    2 camca besar gula
    2 biji cili merah, hiris
    2 biji cili hijau, hiris ~ k.nor tambah cili padi sket
    8 biji bawang merah*
    2 cm kunyit hidup*
    3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
    Garam (jika perlu)
    1 cawan air

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. 
    2. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
    3. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata.
    4. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih.
    5. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
    6. perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat.
    7. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. 
    8. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.

    CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...

    Monday, January 17, 2011

    sup ayam halba

    semalam dan hari nih suara mokwo tenggelam....nasib baik jari jemari ini masih mengeluarkan bunyi.....bukan mahu komplen......hujan itu membawa seribu rahmat.....tetapi dlm cuaca hujan , redup  di selang panas..ramai orang akan sakit....demam, flu, cough and sore throat.....so sesiapa yg allergic dgn hujan terpaksa buat xktiviti dlm umah ajerlah macm mokwo nih.....biarpun mata, tangan dan kaki sudah gatai sebb lama tak pergi window shoppin' kat shopping komplex tuh............
    .masak tok sah crite deh!! apa dlm esbox, ape yg pokwo beli itulah mokwo masak...tak bes lah org lelaki yg shoppin'...di suruh beli nestum, di beli nye pokwo nestum yg packing paling besar.......aduhai...terpaksa lah mokwo google resepi segala mak nenek yg berasaskan nestum lah....hemmm

    so ini makanan paling sesuai di saat sakit tekak dan hidung yg.hampir tak dapat nak bau apa2...sudah semesti nye sup!!!  sup mokwo memang cukup sempoi..mokwo jugak tak berapa gemar bau kayu-kayan
    yg terlampau...sedang2 sudahlah...jimat dan sup pun mokwo buat kalau boleh guna minyak yg sedikit mungkin utk menumis sebab ayam tuh sendiri dah berlemak, besides tukang makan pun dah cukup dgn lemak dah nih...hihihi...


    bahan2:
    1/2 ekor ayam potong kecil-- cuci bersih dan rendam dgn cuka bercampur air utk hilang bau hanyir ayam
    1/2 labu bawang besar*
    3 ulas bwang putih*
    2" halia*
    1/2 " kulit kayu manis*
    1 sudu kecil lada hitam *
    2 biji kentang-- kupas kulit dan potong 4
    1 batang carrot - dadu kasar
    1 tomato -belah 4\
    1/2 sudu kecil halba
    1 sudu makan minyak utk menumis
    air secukupnye
    garam dan gula secukup rasa

    bahan tabur:
    daun sup di hiris utk hiasan
    bawang goreng

    cara:
    • tumbuk bahan bertanda *
    • cuci bersih dan tuskan ayam yg telah di rendam 15 minit tadi
    • panaskan minyak..tumis bahan2 tumbuk*  dan halba hingga naik bau
    • masukkan ayam, kentang dan carrot
    • tuang air secukup nye
    • biarkan didih hingga masak
    • hidangkan panas2 dan di tabur daun sup dan bawang goreng

    Tuesday, August 10, 2010

    the yeepeees n huhus of asam pedas

    yeeepeeeee:..mokwo dah bleh wat asam pedas..tak pernah mokwo buat asam pedas sesedap nihhh...huuuih puji tak habih
    huhu: mulanye nak buat asam pedas ikan tapi ikan terlupa nak defrost awal2 so buat ayam lah...aiiyaaaah tak brapa ummmph!

    yeeepeee: asam pedas mokwo less oily..tu yg kena aje kat selera anak tekak nih...phobia nih klau byk minyak, mcm dan2 gemuk lepas makan!
    huhu : semua yg ada kat umah kompius..nih asam pedas ke singgang???asampeds1


    yepeeee: tak masak nasik so asam pedas mkn ngan mee kuning..tercipta lagik satu resepi baru.... kreatip gak mokwo nih!
    huhu: depa semua makan sekadar sepinggan sorang aje..sebb mcm ter'pelik' skit with the mee n asam pedas combo..uiiittt!

    yepeeee: semua kata sedap asam pedas nih..(nak amek hati lee tuh!)
    huhu: semua tak syorkan mokwo buat lagi asam pedas..sebb semua nye bukan peminat setia asam pedas..tak gheti makan! terpaksalah mokwo  abeh kan yg balance semua...meh join mokwo! huhuhuhu..kembung perut makan asam pedas!!!
    tu lah yg malasss buat asam pedas TAUU!!!!
    anyway terimakasih byk2 buat mat gebu atas resepi asam pedas yg sedap..tapi mokwo dah alter ikut sesuka hati menggunakan stok yg ada kat umah! mokwo copy paste kat sini yek!

    asampedas2


    BAHAN-BAHANNYA :-)


    3 - 4 kepingan ikan merah (kalau kepala ikan lagi besss)( mokwo guna ayam, 1/2 ekor)

    1 biji nenas madu, kupas dan potong serong (mokwo buh mangga muda)

    1/2 cawan jus asam jawa

    3/4 cawan cili kisar

    1/2 inci halia, diketuk

    1/2 inci lengkuas, diketuk

    800 ml air (atau secukupnya)

    Garam dan gula secukup rasa

    8 biji bawang merah*

    2 ulas bawang putih*

    1/2 inci belacan*

    1/2 inci kunyit hidup*

    1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)( mokwo tak buh)



    CARA MEMBUATNYA :-)

    Ikan dicuci bersih dan toskan. Nenas dicuci, kupas, buang empulur dan potong serong. Ketepikan.

    Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.( mokwo tumis cili kisar dulu , then baru masukkan bahan2 tumbuk lain, so dpt menggurangkan penggunaan minyak) Masukkan nenas(mangga muda) dan kacau hingga rata dan masak sekejap.

    Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan biar ikan masak. Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin rasa (sesapa nak letak serbuk perasa pun ok). Biar mendidih perlahan 1 - 2 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api...


            *Salam Ramadhan  untuk semua umat Islam*

    Saturday, June 5, 2010

    chicken meatballs

    hari nih punyalah banyak kenduri kendara, so mokwo memang nak masak yg simple2 aje...simple yet must be healthy n delicious..so these chicken meatballs are most suitable..di sebabkan malas nak kepal ngan tangan meatball tuh mokwo masukkan dlm muffin pan...tapi jgn buatlah cam tuh..kelak akan menyusahkan idup je!.. minyak yg keluar dr chicken meat tuh habis melimpah ruah..jadi nak kena lap sentiasa..dan mengotorkan oven jek!!!tujuan mokwo nak buat besar2..memang jadik besarlah sebesar penumbuk! hahahah..makan sebijik sorang dah cukup..tapi heran nye amny yg kecik tuh boleh abihkan 3 bijik..suka sgt dia! sedap ke??? memang sedap sgt..makan panas2 memang tak yah cicah ngan apa2 sos pun!the leftover mokwo buh dlm freezer..nanti bila2 nak makan boleh perangat! memang tak rugi buat!


    resepi mokwo c&p dr blog jun-east meets west..byk lagi nih resepi2 western dlm blog nih..klau tekak rasa2 nak ubah selera bolehlah ke sana yeh!..tq very much jun! mokwo c&p kat sini lak!


    4 pounds daging ayam kisar ( ground chicken )
    16 oz spinach -cincang atau hiris halus ( I guna frozen chopped spinach..defrosted dan perah airnya sampai kering, mokwo guna yg fresh nye)
    1 cawan parmesan cheese
    1/2 cawan susu segar atau cream
    1 biji bawang besar size kecil-cincang
    4 ulas bawang putih - cincang
    1 cawan panko bread crumbs( mokwo guna breadcrumbs biasa )
    2 sudu besar siricha hot chilli sauce ( ikut suka lah nk letak berapa banyak ia, mokwo tak buh tak de)
    2 sudu teh garam
    1 sudu teh serbuk lada hitam
    2 biji telur size kecil-pukul sikit

    Campurkan semua bahan2 diatas hingga rata kemudian bulat2 ikut size yg disukai ( I guna ice cream scoop )
    Alas foil atas dulang membakar dan griskan susun meatballs diatasnya dan bakar pd suhu 400'F selama 30-40 min, kalu buat size kecil kurangkan waktu membakarnya ia. Selamat mencuba.

    Sunday, May 23, 2010

    ayam goreng cili asam

    salam ahad semua...(hopefully my posting can successfully be published on sunday, hehehe)..tengah basuh kain ke tuh? ke basuh umah..ke basuh carpet cam jiran sebelah kanan mokwo...seorang cik gu..rajin betul dia! tiap2 bulan mesti ade aje nampak karpet, langsir yg akan di sidai nye...skodeng ehh jap..tapi mana tak nampak..dia sidai pun atas pagar yg menjadi border antara umah mokwo dan umah nye...rajin cik gu nih!kekadang tuh..mokwo berangan2 juga..kalau lah mokwo jadi cik gu mungkin kah mokwo akan serajin itu...aaahhh mana bisa kan! mokwo will always be mokwo...lagi pun kat umah mokwo nih...karpet pun tak de ! hehehe

    dah! dah! jgn dok jadi mak joyah lak..bz body hal umah tangga org..masuk dapur masak lagi best...kain baju pun masih bertimbun tak basuh lagik! errrkkk alamak! nampaknye tak dapatlah mokwo nak zzz sat gi.. bercakap pasal zzz nih, semalam mokwo dok melangut depan tv nengokkan akademi fantasia finale..half way through boleh tertido laaa..either the show was soooo boring or i was so tired last night...!!!
    enough tv and zzz, back to mokwo's kitchen ahahh...ayam goreng besa2, sonang2 tapi cukup menyelerakan..makan ngan nasik panas2 di 'gu' kan ngan lauk sayur bayam masak air...fuhhh! simple2 udah lee..ari ahad patut2 org cuti..dapur pun nak cuti gak..kan!...hehehhe

    cili ketuk terpaksa mokwo buh asing, coz si amny will only eat chilli-free dishes..senang skit,klau tak nanti terpaksa nak masak lauk asing
    bahan2:
    1 ekor ayam- potng, basuh rendam dlm air cuka for 15 min
    1 labu bawang besar*
    5 ulas bawang putih*
    1/2 " halia*
    1 batang serai*
    garam secukupnye
    4 helai daun limau purut- buang tulangnye n hiris nipis2
    1 sudu besar tpg gandum
    1 sudu besar tpg jagung
    1 sudu besar tpg beras

    cara2:
    1. kisar bahan2 bertanda *
    2. basuh ayam dan tus
    3. gaul ayam bersama2 bahan kisar,garam, daun limau purut dan tetepung
    4. perap for 1 hr
    5. goreng dlm myk terendam

    sos cili asam:

    1 biji lemon- perah amek jus nya

    10 biji cili api - tumbuk

    beberapa titik sos ikan

    gula skit

    cara2:

    1. campur semua bahan. kacau till gula larut
    2. tuangkan atas ayam yg telah di goreng tadi semasa panas2

    Tuesday, May 11, 2010

    chicken cordon bleu

    susah tak nak jadi ibu?..jadi ibu sahaja bagi mokwo tak lah sesusah mana, ngandung lepas tu beranak ...dah cukup syarat nak jadi ibu... tapi klau nak jadi ibu yg baik itulah yg paling mencabar..anak2 di zaman sekarang jauh bezanye dgn ketika kita masih kanak2 dulu..prinsip 'listen n obey' yg di guna pakai kebanyakkan ibubapa 40 tahun dulu sudah cukup berkesan, sekarang 1 patah kita kata, alasan dr anak2 akan berpuluh2 patah...menetapkan sesuatu rules mesti ada reason2 yg cukup kuat, klau tak ia akan dipersoalkan anak2..nak2 bab yg berkaitan dgn solat 5 waktu...cukup seksa jiwaku nak pantau anak2..kekadang sampai nak kena berkejar dgn rotan bila sahaja masuk waktu solat!

    resepi chicken gordon blue , ambil dr blog mamafami..mokwo gandingkan dgn kuah sweet n sour jek!

    sungguh challenging bila tang nak masukkan sosej tu dlm ayam..bila goreng lak meleles kuar cheese yg kat dlm..huhuh..tapi rasa nye sungguh berbaloi2..sedap! everybody gives 2 thumbsup! time makan pun kan.. kekadang kena pegang rotan jugak...sebb dok bergaduh kat meja makan...hish!hish!hish!..sabau jelah aku!

    tq mamafami yg glamer amer tuh! mokwo c&p dari blog mama! kalu nak tengok complete set boleh pergi umah mamafami yeh!

    CHICKEN CORDON BLEU

    Ingredients :

    2 pieces of chicken breast

    2 sausages

    2 pieces sliced cheese

    salt

    pepper

    oyster sauce

    flour

    egg ~ lightly beaten

    bread crumbs

    oil for deep frying


    Method :

    1. Clean chicken breast. Wrap the sausage with the sliced cheese. Make a slit in the middle of the chicken and insert the wrapped sausage.

    2. Rub the chicken with salt, pepper and oyster sauce. I marinate for 2 hours.

    3. Coat the marinated chicken with flour.

    4. Dip in the egg.

    5. Roll into the bread crumbs.

    6. Fry till golden brown.

    Wednesday, April 28, 2010

    AYAM MADU BBQ

    "mi cepat lah mi, cepatlah mi!! lewat dah nih!', teriak kakak..mata dah hampir nak nangis..
    "memang ratu air mata betullah budak nih", gerutu mokwo.."nak habih dah nih!!"..so tak dapat lah mokwo nak elaborate dgn lebih panjang yeh..resepi yg sedap harus di terai oleh semua...see u ols on the next post!!
    mokwo ceduk dr dapur ummi, ummi lak C n P dr Kak Pah (Sherry Mz) kat MyR, tq semua!
    12 ketul kepak/peha ayam
    4 sudu makan madu
    1 sudu makan ketumbar
    1 sudu teh jintan manis
    1 sudu teh jintan putih
    2 inci halia
    10 ulas bawang merah
    5 ulas bawang putih
    3 sudu makan sos cili
    3 sudu makan kicap pekat
    1 sudu makan sos tiram
    1 sudu makan cili boh (klu nk pedas blh tmbh lg)
    1 sb sos Hoisin (*ni ummi tambah, mokwo pun boh!)
    Garam secukup rasa

    Cara-cara:-
    Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih.
    Kisar/tumbuk halia, bwg merah & putih.
    Gaul semua bahan2 tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya.
    Perap semalaman @ sekurang2nya 2 jam supaya semua bahan2 td meresap masuk ke dalam isi ayam.
    Panggang/bakar seperti biasa. (*akak masukkan dlm oven dan bakar selama 20 minit api atas dan tambah lg 20 minit guna api atas n bawah - balik-balikkan ayam)
    Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak, nasi putih dsbnya.

    Monday, April 5, 2010

    ayam goreng beryani tandoori



    ceduk dr blog JC- east meets west..sebenonye mokwo dah tulis panjang2 tadi..tapi adalah sapa gatai tangan pi delete..huwaaaa..malasnye nak tulis balik..layan jelah resepi yeh!..sedap nih..tapi kaler tu itam skit..terlebih sudah!

    AYAM GORENG BRIYANI TANDOORI
    1 ekor ayam -potong 12
    1/2 cawan rempah briyani
    1/2 cawan rempah tandoori
    1/4 cawan madu
    2 sudu besar serbuk bawang*
    1 sudu besar pes bawang putih*
    1 sudu besar pes halia*(mokwo guna 1 bawang besar+3ulas bwng putih+1" halia;;;semua masuk blender)
    3 sudu besar jus nenas ( kalu takde gantikan dgn jus lemon atau lime)
    1/2 cawan tepung jagung (cornstarch)
    1/2 cawan tepung beras

    Gaulkan semua bahan2 ni rata-rata, kemudian perap sekurang kurangnya 1/2 jam. Goreng garing guna api sedang. Enjoy

    Granny's salad

    1 batang carrot-hiris batang mancis
    1 epal ijau-potong dadu
    2 sb mayo*
    1 biji limau kasturi- perah airnye*
    1 sk gula alus*(gaul sebati)

    campur semua bahan..n hidangkan

    Wednesday, March 10, 2010

    homemade chicken nuggets


    fuuuhhhh..bukan senang nak buat chicken nugget nih..patutlah kebanyakkan suri rumah lebih rela beli ready made nye dr membuatnye sendirik...but this nuggets i told u worth the effort..sedap betullll! mokwo buat sekilo daging ayam sekojap yo losap!
    adunan yg mokwo buat sedikit sticky, mungkin sebab tak tos betul2, lagi pun mokwo guna susu cair bukan buttermilk, sebab udah puas ku round kat giant, c4, tesco tak dak jumpa buttermilk itu! tapi rasenye tetap sodap...lips smacking good!
    resepi yg mokwo amek dr dapur JC labu..ehh, ehh silap dr JC limau..tq JC for sharing this lovely recipe!..nextime biar pung remeh, mokwo akan buat nuggets sendiri aje..kenyang mkan! budak2 amat suka, bapak budak tok sah crite le! tq JC, mokwo c&p kat sini yeh!
    HOMEMADE CHICKEN NUGGETS
    1-1/2 pounds dada ayam }
    Buttermilk secukupnya } perap ayam & buttermilk beberapa jam atau semalaman( mokwo guna susu cair +1 sudu kecil cuka)
    1/2 sudu teh dried basil
    1/2 sudu teh dried oregano
    1/2 sudu teh dried parsley
    1/2 sudu teh italian seasoning
    1 sudu teh serbuk bawang (mokwo guna bwg besar kisar)
    1/4 sudu teh paprika
    1/4 sudu teh lada sulah
    1/4 cawan parutan keju parmesan
    1/2 sudu teh garam

    Toskan dada ayam dan kisar dgn bahan2 diatas

    2 biji putih telur (bole guna whole eggs)}
    1/4 sudu teh serbuk lada hitam} Campurkan 3 bahan ni pukul sikit
    1/4 sudu teh garam}

    Tepung whole wheat secukupnya (mokwo Guna tpg goreng ayam)
    Panko bread crumbs secukupnya

    Ayam yg sudah dikisar dibulat2kan (I buat size 1 sudu besar each) gaulkan dgn tpg whole wheat kemudian celup dlm telur putih dan gaul rata2 dgn serbuk roti (leperkan sikit ikut bentuk yg disukai).
    Susun dlm dulang sejukkan kejap dlm fridge selama 15 min, goreng hingga keperangan. Siap.

    NOTE: Homemade buttermilk- Masukkan 1-2 sudu besar jus lemon atau jus lime atau cuka dlm gelas sukatan, lepas tu tambah susu segar hingga paras 1 cawan, biarkan dlm 5 min kemudian bole le digunakan

    Monday, March 8, 2010

    ayam panggang kerisik


    kalau sesiape perasan, mokwo jarang2 paparkan lauk pauk yg mokwo masak. sebenarnye, lauk pauk harian mokwo cukup simple..nasi +ikan goreng/telur goreng+ sayur+budu/sambal belacan...dah..sekadar mengalas perut utk tidak lapar..nak masak grand2 biasenye tunggu ujung minggu atau cuti sekolah je...so ini projek ari jumaat ke sabtu lepas ...tah tak ingat...
    sepatutnye ayam nih di panggang..tapi dek nak kejar mase yg tak terkejar..mokwo masukkan aje dlm kuali non-stick, tanpa di tambah air, mokwo reneh sampai kering..hasilnye...sedap betul...nak rase dekat2 ngan rendang tapi bukan rendang bah!...jom cek resepi yg dtg dr toke limau JC-east meets west
    so as a conclusion, ayam nih sedap dimasak walau ape care punggg!

    tq jun for sharing this lovely n finger licking recipe! mokwo c&p ke sini yeh!


    AYAM PANGGANG KERISIK

    Bahannya:

    5 keping leg quarters ( atau guna sekor ayam berat dlm 4 pound dipotong)
    3 sudu besar kerisik*
    2 btg serai*
    6 ulas bawang putih *
    3 ulas bawang kecil*
    2 sudu besar pes halia*
    2-3 btg cili merah atau 2-3 sudu besar cili kisar* ( kalu nk lg pedas bole tambah lada kecil)
    2 sudu teh serbuk ketumbar*
    1 sudu teh serbuk jintan manis*
    1 sudu teh serbuk kunyit*
    2 sudu teh garam*

    Caranya:

    Kisar semua bahan2 yg bertanda*. kepingan ayam dikelar2 kemudian campurkan bahan kisar dgn ayam dan gaul rata (sumbat2 marinate dlm kulit ayam).

    Perap kan selama 1-2 jam. Panaskan oven atau grill pd suhu 400'F. bakar selama 1 jam 15 min atau hingga masak dan golden brown ( kulit ayam jadi ranggup)..Enjoy

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...