Pages

Wednesday, May 25, 2011

Pasrah......

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Assalamualaikum.....kepada pembaca yang budiman...

kekadang hidup ini tak selalu nya indah...tapi samaada buruk atau indah itu jugak bergantung kepada perspektif kita terhadap sesuatu situasi atau kejadian sebenarnya

last week, on cheerful saturday  morning..mokwo sekeluarga telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya....Alhamdulillah mokwo sekeluarga selamat without any scratch biarpun begitu tatkala itu jantung mokwo bagai nak gugur mendengar dentuman yang begitu kuat dan anak2 dara mokwo dua orang yang duduk di belakang hanya mampu menangis kerana terkejut yang amat sangat...tapi yang tak selamat ialah kereta mokwo...huhu...habis remuk teruk bahagian bonet belakang...kasihan si 'maria' (kereta hitam kesayangan ku)
Vontot yang dulu solid molid sudah tak nampak ghupa lagi ternganga..umpama terngaganya mulut mokwo kerna begitu terkejut dengan musibah yang tiba sekelip mata !

jangan harap manusia yang melanggar kereta mokwo tuh nak keluar duit dia satu sen pun..dia suruh kami buat report polis dan proceed the repairing procedure by claiming his insurance...senang betul idup ko kan!!
tak pa lah.....ingat2 banyak kali tak guna jugak gaduh2...tak bawak kita kemana-mana pun ! so, seharian that day...kerja nya menguruskan si 'maria' ajer...terbantut segala agenda santai2, cuti2 semalaysia  mokwo

kami tiba di rumah pukul 2 pagi dengan keadaan letih lagi frustrated...tiba2 pokwo menerima panggilan kecemasan dari kakak pokwo bahawa papa pokwo, my FIL sedang nazak di hospital kulim kerana mengalami gangguan pernafasan.... pneumonia...dengan kelam kabut, bertolaklah kami dari senawang nih dengan si'maria' yang rompong itew ke kulim, kedah...pada pukul 3 pagi gitu...FIL telah kembali ke Rahmatullah...dalam keadaan sedih kami gagahi jua perjalanan dan sampai ke kampung pokwo selepas subuh..

ahad itu...pengurusan jenazah berjalan dengan lancar dan sempurna...walaupun mahu berlamaan di kampung..keadaan cukup tak mengizinkan......isnin esoknya,.. pagi2 lagi selepas subuh..kami terpaksa pulang semula ke n9 untuk menguruskan hal2 'maria' pulak...gedebuk, gedebak...hari khamis, 'maria' officially di tahan di workshop utk di baiki

fuhhh!!!...satu minggu yang sungguh memenatkan mental dan fizikal buat kami sekeluarga !!!

 setiap suatu yang berlaku....Allah sembunyikan seribu macam hikmah di dalamnya..kita manusia manakan tahu.... baik atau buruk...mokwo mahu senantiasa bersangka baik pada Allah...kerna di situ mokwo dapat satu kekuatan...lagi pun bukan kah segala sesuatu di langit atau di bumi ini adalah milikNya...harta maupun nyawa...hanyalah pinjaman....mokwo mau jadi hambaNya yang redha..sebab keredhaan itu akan menciptakan satu ketenangan.....InsyaAllah..

so sebelum mokwo mengundur diri...mokwo pohon kepada pembaca2 yang sudi agar sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapa mertua mokwo , Abdul Khalid bin Husain ..satu permergian yang amat di rindui dan moga Allah cucuri roh beliau dan tempatkan di kalangan solihin.... amin





18 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum Mokwo...Al-fatihah buat arwah dah takziah buat semua ahli keluarganya,semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan dikalangan org-org beriman...amin.

sabarlah mokwo dgn semua ujian dan dugaan...bersyukurlah diatas semua ujian dr Allah swt...dgn ujian itulah dapat mendekatkan diri kita padaNya.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam mokwo..Alhamdllh mokwo skluarga selamat cuma 'maria' yg teruk yer!.Al-fatihah tuk Arwah & semoga semua kluarga tabah dgn 'kehilangan' ini.

Acik Erna said...

assalamualaikum mokwo..
alfatihah untuk arwah bapa mertua mokwo.
mokwo..terkejut baca cerita mokwo..memang kemalangan tidak kita jangka..musibah datang tidak disangka..siapa yang mahu kan mokwo..tapi itulah takdirnya.
teringat apa yang pernah akak alami..3 kali jugak la..
akak faham apa perasaan mokwo pada masa tu..
alhamdulillah mokwo dan keluarga selamat..

Kak Nik Ja said...

to nieza, k.Ham, atie:
terimakasih dari mokwo..moga Allah limpahkan kebaikan untuk kalian

cek chun said...

alfatihah mokwo
semoga tabah hadapi dugaan

Granny Hani said...

AlFatihah Mokwonik.
Tabah dan redha menempuh dugaan dari Nya.
Pengalaman mematangkan kita.

Kak Nik Ja said...

to kak erna:
terimakasih atas kata2 nasihat dan memahami keadaan mokwo

Kak Nik Ja said...

to cek chun n hani ;
terimaksih dari mokwo sekeluarga..pengalaman yg cukup menginsafkan bagi mokwo nih

hana said...

alhamdulillah mokwo skluarga selamat... terkezut sebentar tadi... aritu kiter pong ampir2 treler nak cium 'vontot' si itam kiter... alhamdulillah Allah panjangkan umur... gegor lutut masa tuh...

dan alfatihah buat arwah serta takziah buat keluarganya.....

Ayu said...

Salam Takziah buat keluarga mokwo ..
harap2 semuanya yang berkaitan dengan 'maria' dah settle, redha & sabar ajelah ya mokwo..

Unknown said...

al fatihah buat arwah semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
banyaknya dugaan yang di tempuhi semuga kamu sabar menghadapinya.
nasib baiklah kamu sekeluarga terselamat alhamdulliah..bila maria di wad tentu patah kaki kan

noorsafone said...

Salam takziah buat keluarga mokwo...dan alhamdulillah mokwo sekeluarga terselamat..tabah kan hati dalam menempuh segala dugaan DARINYA..

Cheq Sue said...

Patutlah agak lama jugak mokwonik menyepi... bawak2 banyak bersabar ye...

kha said...

alfatihah untk keluarga FIL mokwo..takziah ye..moga tabah menghadaipi segald dugaan..

RynaHakimi said...

Al-Fatihah untuk arwah FIL mokwo..Semoga akak sentiasa tabah menghadapi ujianNya ini..Banyak2 sabar ye kak..

Cendana Kasih said...

al fatihah.. dariNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali...semoga arwah tenang di sana.. buat akak, banyak bersabar atas segala musibah yang datang..

cik ain | sweet thots said...

takziah .. moga mokwo terus tabah ye. betulkan ... setiap sesuatu yg terjadi tu ada hikmah yg kita x nampak esp bila kita tgh marah & otak berserabut. jadi kena byk2 bersabar utk melihat hikmah disebalik musibah tu

K.Nor said...

innalillahiwainnailaihirajiuun.. salam takziah dr nor mokwo.. nor dah terlepas berita mengejutkan ni.. maaf banyak2..

semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan dilimpahkan rahmat oleh Allah..

takziah jugak atas kereta mokwo.. nor dpt rasakan apa yg mokwo rasa, sbb dulu pernah disondol gitu tak.. habis bonetku kena sama cam mokwo kena. kena cium dek mercedes.. lagi la sakit jiwa anak yg melanggar (tp tak ada lesen) si ayah take over ngaku kesalahan disebabkan si anak tak ada lesen.. hampir 3 bulan tak patah kaki, bawak anak2 naik motor gi sekolah, gi tuisyen berpanas, berhujan.. takperlah.. segala perbuatan baik atau jahat ada balasannya kan.. sabar ya mokwo..

semoga mokwo sekeluarga tabah menghadapi ujian ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...